HEALING CRISIS ( KRISIS PENYEMBUHAN ) TANDA BADAN MULA MENERIMA 'BENDA' BAIK

Orang kata, kesihatan kena jaga dari muda supaya bila dah berusia dapat menjalani kehidupan yang sihat dan bahagia. Bila cerita pasal kesihatan, proses penyembuhan selepas tempoh tidak sihat adalah proses yang sangat panjang dan memenatkan. Tapi.

Apa pula HEALING CRISIS tu ?


HEALING CRISIS


Healing crisis merupakan satu proses berterusan dalam badan yang mengambil masa untuk membersih dan membina semula sel-sel badan yang telah rosak akibat radikal bebas. Sebahagian dari proses ini akan mula untuk menyingkirkan toksin yang telah sekian lama terkumpul didalam badan sepanjang hidup. Semasa proses penyingkiran toksin, badan anda akan mengalami tanda atau sintom yang membuatkan rasa tidak selesa, dan ia dipanggil sebagai krisis penyembuhan. Dalam perubatan China, penyembuhan terbaik sentiasa didahului dengan krisis penyembuhan.

Menurut Professor Yoshio Niwa, seorang pakar dalam nutrisi molekul, apabila kita menambahkan pengambilan nutrien, nutrien itu akan bertindak balas dengan oksigen didalam badan. Dan tindak balas ini akan merangsang organ badan bagi menjalankan proses pembersihan, penyingkiran, menggantikan tisu yang lama dengan tisu yang baru dan lain-lain lagi dengan berkesan. Sebagai contoh, korang akan mengalami ruam pada kulit, lebih banyak pergerakan usus, dan ini merupakan satu tanda bahawa badan sedang menjalani proses menyahtoksin.

Healing Crisis


Bayangkanlah sekiranya badan kita seperti besi paip yang berkarat, dan bila anda meletakkan serbuk anti karat atau pencuci paip, banyak karat yang terhakis akan keluar daripada dinding paip tersebut dan itu akan menyebabkan anda berasa lebih teruk serta banyak kotoran-kotoran yang terdapat di sekeliling paip itu. Tetapi selepas karat itu disingkirkan, paip tersebut akan menjadi lebih baik dan kembali bersih seperti baru.

Menurut beberapa artikel melalui pembacaan kakak, healing crisis merupakan satu petanda yang menunjukkan rawatan atau makanan kesihatan yang diambil benar-benar berkesan. Sesetengah orang akan berfikir yang sintom mereka menjadi semakin teruk, tetapi hakikatnya ia adalah proses penyembuhan semulajadi dan ia ternyata petanda yang sangat baik untuk mendapatkan kesan krisis penyembuhan yang sebenar. Umumnya, krisis penyembuhan hanya berlaku kepada orang yang sihat sepertimana daya tahan mereka masih cukup kuat untuk mendapat tindak balas dari perubahan biologikal semasa proses penyembuhan itu berlaku.

Sesetengah individu akan mengalami krisis penyembuhan sebaik sahaja mereka mengambil makanan tambahan dan mereka yang lain hanya akan merasai selepas satu atau dua bulan. Kesannya juga berbeza. Lebih banyak toksin di dalam badan, lebih teruk lagi krisis penyembuhannya.


Kesan Vitamin Shaklee Terhadap Kesihatan


Bahasa paling ringkas dan mudah untuk difahami, HEALING CRISIS tialah apabila kita mengambil vitamin dari sumber semulajadi yang bertindak mengeluarkan toksin dan merawat kerosakan pada sel dan sistem dalam badan kita. Proses ini membuatkan seseorang itu berasa 'tak sedap badan' dan mungkin demam atau mengalami sakit pinggang atau sakit kepala yang teruk. Ini adalah tindakbalas biasa bila badan kita nak mengeluarkan toksin.

Bayangkan kereta BMW kemek sikit kena langgar. Kita hantar la kat bengkel, kena la ketuk, cat bagai kan. Nak tutup kesan kemek tu berlakulah proses yang sama macam kita ambil vitamin. CKetuk dan cat semula sehingga menutup cela akibat kemalangan tadi. Kesannya, kereta tak nampak teruk tapi ia nampak tak rata sebab kita cuma 'tampal' cat ke atasnya.

Lebih kurang sama bila badan kita mula terima makanan tambahan seperti vitamin semulajadi. Sebelum badan dan sel-sel menjadi serasi, kesemua sel-sel yang telah rosak perlulah disingkirkan dahulu. Antara kesan healing crisis yang terjadi pada badan kita adalah seperti :
  • Pening
  • Mual
  • Badan panas
  • Demam
  • Sakit kepala
  • Sakit pinggang
  • Mengantuk
  • Muntah-muntah
  • Berpinar-pinar
  • Ulser
  • Rasa tak larat
  • Emosi terganggu

Jangan risau kerana ini petanda yang sangat baik.


Kebaikan Minum Air Kosong



MENGURANGKAN HEALING CRISIS

  • Bertenang dan berehat seketika
  • Consume air masak mengikut berat badan yang sesuai
  • Riadah ( Sunning + Grounding )
  • Berdoa supaya kesan tidak berpanjangan dan proses healing crisis belalu dengan cepat
  • Sekiranya berlarutan, sila dapatkan nasihat doktor

InsyaAllah, healing crisis bukan satu proses berpanjangan dan ia adalah proses yang sangat baik untuk tubuh badan kita. Lepas semua toksin nakal dikeluarkan dari tubuh kita, khasiat dan zat yang baik akan mula terserap dan hasilnya CONFIRM puas hati. Semakin cantik + sihat + bertenaga dan awet muda gittew~~


No comments:

Powered by Blogger.