DETOKS

June 02, 2014

Kesihatan yang baik bermula dengan proses detoksifikasi atau bebas racun dalam tubuh khususnya sistem pencernaan yang terdiri daripada hati, kolon, buah pinggang, darah dan sistem limfa. Secara alaminya, tubuh manusia mampu mengawal kesihatan diri sendiri. Bagaimanapun, mekanisme ini tidak akan berfungsi apabila tubuh anda telah dilonggokkan dengan terlalu banyak himpunan toksin. Keadaan bertambah serius jadinya apabila ia tidak dapat dikeluarkan dengan sempurna daripada badan.

Toksin-toksin ini sangat berbahaya dan bersifat terkumpul, serta dapat menyebabkan kerosakan sistem detoksifikasi tubuh dan gangguan pada memproses metabolisme tubuh. Kehadiran toksin inilah yang menyebabkan gejala seperti:
  • sembelit 
  • demam, selesema 
  • sakit kepala dan belakang 
  • gangguan pernafasan / lelah 
  • mulut dan badan berbau 
  • penyakit kulit, alahan yang kerap 
  • sakit sendi / artritis 
  • kolesterol tinggi 
  • peningkatan gula dalam darah 
  • hipertensi 
  • obesiti 
  • hilang ghairah seks 
  • letih lesu 
  • cepat tua

Keadaan ini juga menjadi tanda seseorang itu memerlukan detoks.

Apa itu toksin ?

Toksin adalah bahan racun yang berupaya memusnahkan fungsi sel dan struktur sel tubuh. Beberapa jenis toksin bersifat membunuh manakala selebihnya, lebih ringan.
Antara sumber toksin adalah:

* Logam berat 
  • contohnya raksa, plumbum, serta aluminium. Orang bandar dan mereka yang tinggal berhampiran kawasan perindustrian sangat rentan tercemar logam-logam ini

* Bahan-bahan kimia, ubat-ubatan, bahan pengawet makanan, pestisid dan racun rumput rampai/herbasid 
  • Bahan-bahan ini lazimnya masuk ke dalam tubuh baik secara sengaja (ubat-ubatan) mahupun secara tidak sengaja, (pengawet makanan, pestisid/herbisid yang terdapat pada sayur-sayuran yang tidak dicuci secukupnya).

* Mikrobial 
  • contohnya, toksin-toksin yang dikeluarkan oleh bakteria

* Produk penguraian protein 
  • dalam hal ini, protein yang dimaksudkan adalah protein apa pun yang kita makan. Hasil penguraian utama metabolisme protein seperti urea dan amonia akan dibuang melalui buah pinggang yang bertugas menyaring darah.

Hati berfungsi sebagai detoksikan bagi tubuh, bekerja mengubah zat-zat yang bersifat toksik bagi tubuh, menjadi zat yang tidak toksik. Namun akibat fungsinya ini, lama-kelamaan hati juga akan rosak apabila diserang secara bertubi-tubi. Sama halnya dengan hati, apabila mengalami serangan bertubi-tubi, buah pinggang pun boleh menjadi rosak.

Sistem detoksifikasi tubuh

Tubuh kita sebenarnya memiliki mekanisme detoksifikasi sendiri. Sistem detoksifikasi tubuh yang utama adalah :

- Kulit 
  • melalui keringat
- Usus 
  • melalui najis dan cecair perut
- Buah pinggang 
  • melalui air kencing
- Hati 
  • melalui proses berenzim / enzimatik agar toksin menjadi lebih larut dan efek toksiknya berkurang / hilang.

Detoksifikasi oleh hati



Keadaan hati yang normal berperanan penting untuk melindungi tubuh daripada bahaya kanser. Ini kerana, hampir 90 peratus daripada penyakit pembunuh itu disebabkan oleh karsinogen/sebarang bahan yang apabila terdedah kepada tisu hidup boleh menyebabkan penghasilan karsinoma atau kanser setempat seperti air, makanan, udara dan kekurangan zat makanan.

Namun, fungsi hati ini juga dapat dipengaruhi oleh faktor-faktor seperti usia, kurangnya aktiviti serta kekurangan zat makanan. Fungsi hati sebenarnya dapat ditingkatkan secara nyata dengan memakan makanan yang berkhasiat. Dengan fungsi hati yang normal, sekitar 99 peratus toksin dan racun bakteria dapat disingkirkan.

Sekali toksin telah diubah menjadi bentuk yang tidak toksik, maka toksin tersebut harus segera dibuang. Hempedu menyediakan jus untuk mengangkut zat-zat toksik dan kolesterol. Di usus, cairan ini akan diserap oleh serat, dan dibawa bersama serat untuk dibuang melalui najis. Makanan rendah serat hanya mampu membuang bersamanya sedikit toksin sahaja. Akibatnya banyak toksin yang tertinggal di dalam tubuh. Lebih buruk lagi, bakteria di dalam usus akan mengubah toksin-toksin tersebut menjadi bentuk yang lebih berbahaya.

Proses enzimatik hati bekerja meneutralkan kimia yang tidak diinginkan seperti ubat, pestisid dan toksin dari perut. Proses ini menghasilkan radikal-radikal bebas yang bisa merosakkan hati, kecuali tubuh memiliki cukup antioksidan, vitamin dan mineral. Oleh sebab itu, banyak makan buah-buahan segar, sayur-sayuran, bijirin penuh, biji-bijian dan kekacang merupakan cara ideal untuk memberikan khasiat yang diperlukan tubuh.

Ketika seseorang mengalami kerosakan pada proses enzimatik hati, individu tersebut akan mudah menjadi lemah, dan cenderung mengalami gangguan pencernaan dan alahan. Ini boleh dielakkan jika seseorang memiliki gaya hidup sihat dan selalu makan makanan yang sihat serta berkhasiat. Menghindari lemak, gula ditapis dan alkohol adalah antara cara bijak menghindari kerosakan hati.

Cara detoksifikasi

Sebenarnya, kita semua boleh membantu tubuh melakukan detoksifikasi sendiri. Namun detoksifikasi ini memerlukan perancangan dan idealnya harus dilakukan secara berkala di bawah pengawasan pakar. Mengamalkan gaya hidup sihat dan melakukan senaman rutin juga membantu pencernaan dan proses detoksifikasi.

* Diet; idealnya adalah diet rendah lemak, tinggi karbohidrat kompleks. Cubalah hindari gula, alkohol, lemak, ubat-ubatan yang tidak dibenarkan serta zat-zat lain yang bersifat merosak. Fokuslah pada makanan-makanan berkhasiat yang mengandungi banyak air dan serat larut seperti buah epal dan pear, juga kekacang, brokoli dan kubis.

* Pembersihan dan detoksifikasi untuk membersihkan sistem parasit dan bakteria pada usus dan juga organisme-organisme lain. Pembersihan turut meliputi kulit selaku organ perkumuhan paling berkesan, pengeluaran peluh melalui liang roma. Antaranya, program perawatan detoks wajah/facial dan menggunakan pelekat yang ditampal pada telapak kaki mahupun secara rendaman kaki.

* Puasa; cara yang cepat untuk membuang zat-zat beracun dan meningkatkan proses pemulihan hati. Jumlah hari dan jenis puasanya adalah pelbagai. Boleh dengan puasa tiga hari hanya dengan air dan jus buah, tetapi pastikan anda mendapatkan nasihat daripada profesional terlebih dahulu. Selama berpuasa, hindari kafein dan minuman bersoda. 

* Suplemen; selain menggunakan suplemen untuk keperluan pemakanan secara umum, gunakan suplemen yang membantu fungsi hati. Pengambilan suplemen juga membantu membersihkan saluran pencernaan dan menunjang fungsi hati.


Kebaikan detoksifikasi
  • Meremajakan sel kulit, 
  • menurunkan berat badan berlebihan, 
  • meningkatkan tenaga, 
  • meningkatkan deria hidu, rasa dan dengar, 
  • melancarkan pengaliran darah, 
  • membaiki daya ingatan, 
  • menghilangkan penyakit seperti alahan, sakit kepala, kembung

 LOVE ;


You Might Also Like

0 comments

FOLLOW LE KAKAK !!

G+ FOLLOWERS