CARA UNTUK MENDAPATKAN KEINTIMAN SUAMI ISTERI BERSAM SHAKLEE

by - June 02, 2014

PERHUBUNGAN suami isteri mempunyai kualiti. Perhubungan itu mungkin baik dan intim, ataupun mungkin buruk dan penuh konflik, ataupun ia berada di antara kedua-dua. Kualiti perhubungan suami isteri tergambar pada ciri-ciri komunikasi yang berlaku antara mereka.
Kajian-kajian psikologi mendapati, seks bukanlah unsur wajib dalam keintiman. Ertinya, sepasang suami isteri yang banyak melakukan seks belum tentu menikmati hubungan yang sangat intim. Namun aktiviti seks yang berkualiti dapat meninggikan lagi keintiman yang sedia ada.

Cara-cara suami isteri berkomunikasi boleh menggambarkan keintiman dan kepuasan mereka terhadap satu sama lain dan terhadap perhubungan antara mereka berdua. Antara isi kandungan komunikasi orang yang puas terhadap diri pasangannya ialah;

1. Dia banyak memberitahu bahawa dia puas dengan apa yang diterimanya.
  • ''Abang seronok dapat isteri pandai berjenaka macam Ila''. 
  • ''Saya puas dengan apa yang abang beri.''

2. Dia banyak mengucapkan penghargaan dan sanjungan terhadap pasangannya.
  • ''Abang ni dah la hensem, jangan dok senyum-senyum dengan perempuan lain.'' 
  • ''Isteri abang ni cantiklah, kalau ada pengarah filem nampak Ila, mesti dia tawarkan Ila jadi heroin.''.

Komunikasi orang yang tidak puas akan menggambarkan perasaan itu. Dia akan berkomunikasi dengan gaya negatif. Antara isi kandungannya ialah :

1. Dia banyak merungut-rungut berkenaan sifat-sifat peribadi dan perbuatan pasangannya.
  • ''Abang ni, balik saja, terus baca surat khabar. Sikit tak mahu tolong saya buat kerja. Kalau abang letih, saya pun letih juga. Bukan abang saja kerja. Saya pun kerja juga.'' 
  • ''Awak tak de baju lain ke ? Comot aje.''

2. Dia banyak mengkritik, menegur dan menasihati pasangannya.
  • ''Sikap abang tu tak ikut ajaran nabi, tahu ? tugas saya sebagai isteri cuma bersolek untuk menyukakan hati suami. Kerja-kerja rumah tak wajib isteri buat. Sebagai suami, abang wajib sediakan orang gaji untuk saya. Tak kiralah walau saya duduk rumah, sebab itu tugas suami.'' 
  • ''Kenapa awak ikut perangai buruk mak awak yang suka buli bapa awak ? Ingat ! Saya ni bukan bapa awak. jangan cuba buli saya.''

3. Dia banyak menuduh dan mempersalahkan pasangannya.
  • ''Cuba fikir sendiri, salah siapa?'' 
  • ''Awak tak pernah peduli perasaan saya.''

Bagaimanakah caranya untuk mengetahui sama ada kita menikmati hubungan suami isteri yang intim ? Keintiman boleh diukur dengan beberapa cara. Salah satu daripada cara itu ialah dengan melihat kehadiran aspek-aspek berikut di dalam perkahwinan itu :

1. Menikmati apa yang diharapkan
  • Di dalam semua perkahwinan, pihak suami dan pihak isteri mempunyai pengharapan ke atas satu sama lain dan ke atas perkahwinan mereka. Kepuasan perkahwinan sangat dipengaruhi oleh sejauh mana suami dan isteri menikmati apa yang mereka harapkan. Semakin banyak mereka mendapat apa yang diharapkan, semakin tinggi kepuasan yang mereka nikmati. Semakin kurang mereka mendapat apa yang diharapkan, semakin mendalam rasa tidak puas hati yang mereka alami.

2. Memahami hati sanubari
  • Sepasang suami isteri berasa intim apabila mereka berasa pasangannya tahu dan faham hati sanubarinya. Pasangan yang intim banyak berkongsi fikiran, perasaan, keyakinan, fantasi, angan-angan, minat, tujuan dan latar belakang. Jadi cuba fikirkan sama ada kita memahami pemikiran pasangan kita. Apabila kita bercakap dengan suami isteri yang intim, kita seperti bercakap dengan dua orang yang satu kepala. 
  • Mereka banyak bersetuju dan saling sokong-menyokong pendapat masing-masing. Salah satu faktor yang menyukarkan kita memahami pemikiran dan sanubari orang lain ialah perbezaan pengetahuan. Sebagai contoh, adalah sukar bagi seseorang yang berpendidikan sekolah menengah untuk memahami pemikiran seorang yang berkelulusan Ph.D. Keadaan bertambah sukar bagi si lulusan sekolah menengah untuk memahami apakah keyakinan-keyakinan, angan-angan dan fantasi si pemegang Ph.D. 
  • Di sinilah letaknya kepentingan seseorang itu supaya rajin membaca bahan-bahan ilmu sebagai cara mengurangkan jurang pengetahuan yang barangkali wujud antara dirinya dan pasangannya.

3. Mengambil berat
  • Pasangan yang intim saling mengambil berat berkenaan diri dan perasaan satu sama lain. Ramai suami isteri menyangka pasangan mereka boleh membaca apa yang ada dalam kepala mereka, jadi mereka tidak perlu memberitahunya lagi. Sangkaan itu salah. 
  • Orang lain tidak mungkin tahu apa yang ada dalam kepala kita. Ini menyebabkan orang lain mengagak-agak sahaja apa yang mereka patut buat, atau tidak patut buat untuk memuaskannya. Akibatnya, apabila agakan itu salah, mereka berasa orang itu tidak mengambil berat tentang dirinya.

4. Saling mempercayai
  • Mereka saling percaya-mempercayai akan cinta dan kesetiaan masing-masing. Mereka juga saling harap mengharapkan. Dan mereka mempunyai tekad dan komitmen untuk terus saling cinta-mencintai hingga akhir hayat. 
  • Berdasarkan ciri-ciri itu, jelaslah bukan semua perkahwinan menikmati keintiman. Malah tidak semua perkahwinan yang kekal merupakan perkahwinan yang intim.
Orang yang berasa puas akan mempunyai dorongan dan motivasi untuk meneruskan perhubungan yang ada dan untuk memupuk lagi perhubungan itu supaya tambah memuaskan kedua-dua belah pihak. Jadi, rasa puas adalah pendorong paling kuat mengapa orang mahu mengekalkan hubungan mereka, ataupun mahu mengakhirinya.

Hari ini saya nak berkongsi dengan anda semua tentang VITAMIN CINTA Shaklee. Jangan ingat ramuan tradisi sahaja yang boleh kembalikan HANGAT malam pertama anda, vitamin moden Shaklee pun mampu tau.

Masalah 'dingin' untuk bersama adalah sesuatu yang perlu ditangani demi kerukunan rumah tangga. Jangan pula ada kaum isteri yang membiarkan masalah ini tanpa diselesaikan kerana malu dan memandang perkara ini sebagai remeh dan bukan masalah besar dalam rumah tangga. Antara faktor yang menyebabkan HUBUNGAN CINTA semakin pudar dan 'dingin' antaranya kerana kehamilan, kelahiran, perubahan hormon dan stress serta sibuk dengan tugasan pejabat dan anak-anak. Masalah keputihan juga turut dijadikan alasan dan mematikan 'mood' suami serta rasa rendah diri untuk tampil menawan bersama suami.


Jom lakukan sesuatu untuk menyemarakkan lagi hubungan kasih sayang antara suami dan isteri. Sesuai untuk suami dan isteri dan sangat membantu hubungan menjadi lebih mesra dan bersemangat. Jom ketahui dengan lebih lanjut :

VITAMIN E - RM 157.94
ALFALFA COMPLEX - RM 56.98
Peranan Kepada Suami 
  • Lebih tenaga seksual 
  • Ereksi yang lebih lama 
  • Libido yang lebih kuat 
  • Orgasma yang lebih kerap dan bersemangat
Peranan Kepada Isteri
  • Lebih tenaga seksual 
  • Lebih mudah terangsang 
  • Libido yang lebih kuat 
  • Orgasma yang lebih kerap dan bersemangat 
  • Untuk menstabilkan hormon seks dan kewanitaan terutama bagi ibu yang menyusu dan mempunyai kandungan hormon prolaktin (hormon menyusu) yang tinggi

Alfafa Complex ( dikenali juga sebgai Kacip Fatimah Shaklee )
  • membantu mengurangkan masalah keputihan 
  • mengurangkan masalah 'kering' ketika bersama 
  • memberikan orgasma yang lebih kerap dan bersemangat 
  • membantu detoks dan mengurangkan masalah sembelit
    LOVE ;

You May Also Like

0 comments