PIL PERANCANG MENJEJASKAN PENYUSUAN

October 20, 2014

Soalan : 

Adakah pil perancang boleh menjejaskan penyusuan ? 

Jawapan : 
Puan Sabrina Haron, Pharmacist. (Petikan dari Majalah Pa & Ma Bil 131 Ogos 2011).

Pengambilan sesetengah pil perancang boleh menurunkan tahap simpanan vitamin C sehingga 30%, pengambilan vitamin C sangat digalakkan semasa mengambil pil perancang. 

Pengambilan pil perancang turut mengakibatkan penurunan aras pyridoxine (Vitamin B6) dan Vitamin E dalam darah. Oleh itu, suplemen tambahan seperti vitamin B Complex dan E sangat membantu.


Terdapat wanita yang mengalami ketidakselesaan pada bahagian payudara semasa mengambil pil perancang. Ini boleh diatasi dengan pengambilan EPO 1000mg sekali sehari sepanjang penggunaan pil perancang.

Terdapat 2 jenis pil perancang:



Pil perancang yang mengandungi estrogen TIDAK SESUAI untuk diambil semasa tempoh penyusuan kerana ia mengurangkan penghasilan susu badan. Progesteron pula tidak memberi sebarang kesan terhadap penghasilan susu badan. Namun, sebahagian hormon sintetik tersebut akan memasuki susu badan tetapi tidak mendatangkan kesan buruk kepada bayi.


EPO selamat untuk diambil semasa tempoh penyusuan. Bahan aktif EPO ialah GLA (Omega 6). Asid lemak ini sangat penting untuk pembentukan sel-sel badan yang sangat pesat terbentuk pada bayi dan kanak-kanak.

Berdasarkan soal jawab ini, supplement yg telah disarankan oleh pakar adalah :

1. Sustained Release Vitamin C 500





2. B-Complex


3. Vitamin E Complex


4. GLA Complex



dapatkan khidmat nasihat secara terus dari kakak ye.. eksklusif untuk pelanggan kakak jek.. hee~


LOVE ;

You Might Also Like

0 comments

RAKAN BLOGGER !!

G+ FOLLOWERS