KESIHATAN IBU HAMIL

November 14, 2014

Ibu hamil memerlukan makanan tambahan untuk menyokong zat dan nutrisi harian bagi menampung keperluan diri dan anak dalam kandungan.

Ramai bertangapan multivitamin dan vitamin-vitamin untuk ibu hamil menjadikan saiz bayi lebih besar berbanding usia kandungan. Anggapan itu tidak benar sama sekali kerana pengambilan makanan tambahan adalah bertujuan membina sel-sel darah baru bertujuan untuk mencegah kekurangan darah ketika bersalin kelak.



Ibu mengandung digalakkan untuk mengambil prenatal vitamin kerana :

** dapat mengurangkan risiko kecacatan ketika hamil
** mengurangkan kelahiran pramatang & kekurangan berat ketika lahir
** membantu ibu kekal sihat dan memberi kekuatan kepada ibu sepanjang tempoh kehamilan.
** mengurangkan risiko kekurangan nutrisi bagi ibu yang mengalami loya, muntah dan tak selera makan di awal kehamilan.

Apapun, pengambilan makanan berkhasiat dan seimbang adalah perkara penting yang perlu dititikberatkan. Bukan sekadar telan vitamin dan boleh makan apa sahaja sepanjang 9 bulan kehamilan tau.

Antara suplemen vitamin penting bagi ibu mengandung :

  • Iron - utk pembentukan sel darah merah yang bawa oksigen ke seluruh badan. *makanan seperti ikan, daging merah dan hati mengurangkan penyerapan iron dalam tubuh, begitu juga kalsium seprti susu, keju dan produk tenusu lainnya. Ambil suplemen iron sejam sebelum atau 2 jam selepas jika makan makanan tersebut.
  • Folic Acid - utk perkembangan fizikal dan saraf bayi di awal kehamilan. Folic acid boleh diamalkan dari sebelum mengandung lagi.
  • Kalsium - untuk kesihatan tulang, gigi dan gusi ibu. Ibu mengandung cenderung untuk sakit pinggang dan kejang kaki jika kekurangan kalsium. Ibu mengandung perlukan 1000mg kalsium sehari.
  • Omega 3 - penting untuk perkembangan otak, sistem saraf dan penglihatan yang baik. Ikan adalah sumber omega terbaik, terutamanya ikan salmon. Tapi hati2, ada ikan yang diracuni merkuri akibat pencemaran laut.

Vitamin Shaklee Untuk Ibu Mengandung :

  • Vitalea - multivitamin dengan iron, mengandungi 30 nutrisi harian lengkap, 12 vitamin dan 7 mineral penting yg disarankan oleh RDA.


  • B Complex - lengkap dengan 8 keluarga B termasuk folic acid


  • Ostematrix - kaplet kalsium dengan magnesium, fosforus, vitamin D, zinc, kuprum, manganes dan boron. Suplemen kalsium perlu datang dgn pakej lengkap tersebut untuk mengelakkan endapan sesetengah mineral. *magnesium dalam Ostematrix juga membantu melembutkan najis, jadi mengurangkan risiko sembelit pada ibu hamil.


  • Omega Guard - sumber omega 3 terbaik dari minyak ikan tulen. Mula pada trimester ke 2 (bulan ke 4 kehamilan)



Boleh juga add on :

  • Vitamin C 
  • ESP
TAPI.. pengambilan prenatal vitamin bukan jaminan tiada sebarang risiko terhadap ibu hamil dan kandungan. Kita berbalik kepada kuasa Yang Maha Esa, dan teruskan berusaha.

LOVE ;

You Might Also Like

0 comments

RAKAN BLOGGER !!

G+ FOLLOWERS