RISIKO ANAK GEMUK

by - November 22, 2014

Diabetes mellitus 

  • Penyakit diabetes mellitus adalah satu keadaan di mana paras glukos (gula) adalah tinggi di dalam darah.
  • Ia disebabkan oleh kurang hormon insulin yang dihasilkan oleh organ pankreas.
  • Insulin mengawal keseimbangan glukos dalam badan dengan membantu pergerakan glukos dari darah ke dalam sel.
  • Sekiranya anda mengalami diabetes mellitus, glukos tidak boleh masuk ke dalam sel, ia kekal di dalam darah dan menyebabkan paras glukos yang tinggi.
Jenis-jenis Diabetes Mellitus
Ada dua jenis Diabetes Mellitus
  • Diabetes mellitus jenis 1
  • Diabetes mellitus jenis 2


Adakah ia sering berlaku ?
  • Kejadian diabetes mellitus berbeza antara negara dan komuniti. Di Malaysia dianggarkan kurang dari 1 %.

Apakah yang menyebabkan diabetes mellitus ?
  • Sebab diabetes mellitus terjadi dikalangan kanak-kanak tidak diketahui. Kemungkinan ia melibatkan gabungan antara keturunan dan faktor persekitaran.
  • Diabetes mellitus jenis 1 : 
    • Kanak-kanak dan remaja selalunya mendapat jenis 1. Ia adalah satu keadaan "antoimmune" di mana sistem imun badan pesakit menyerang tisu-tisu dan organ badannya sendiri.

  • Diabetes mellitus jenis 2 : 
    • Dilaporkan kerap terjadi dikalangan kanak-kanak di negara-negara yang mengalami peningkatan kadar kegemukan / obesiti.
  • Sebab-sebab lain termasuk kecacatan genetik fungsi pankreas di mana diabetes mellitus berlaku ketika seseorang itu masih muda (maturity onset of diabetes in the young : MODY)


Gejala penyakit diabetes mellitus
Anak anda mungkin mengadu :
  • Kerap kali kencing dan air kencing banyak (siang dan malam).
  • Rasa haus yang amat sangat.
  • Berat badan menurun.
  • Rasa letih lesu dan kurang tenaga.
  • Sakit perut dengan atau tiada muntah.
  • Sakit kepala.
  • Masalah tingkah laku.
  • Mudah mendapat jangkitan terutama di kulit.
Perhatian : (Kencing malam) pada kanak-kanak yang telah terlatih mengawal pundi kencingnya dikenali sebagai "secondary enuresis". Sekiranya anak anda mengalami masalah ini, diabetes mellitus haruslah disyaki.
Sekiranya gejala ini tidak dikenal pasti awal, kemungkinan besar anak anda akan mengalami "diabetic ketoacidosis" (DKA).

Apakah "diabetic ketoacidosis" ?
  • Ia adalah keadaan kecemasan di mana kanak-kanak mengalami paras glukos yang tinggi dalam darah dengan pernafasan yang cepat serta dalam keadaan keliru atau koma.
  • Dalam keadaan ini, anda perlu mendapatkan rawatan perubatan dengan kadar segera. Anak anda perlu dimasukkan ke hospital untuk rawatan insulin dan terapi cairan.

Masalah apakah yang timbul akibat diabetes mellitus ?
Bermulanya komplikasi bergantung pada jangka masa dan kawalan kencing manis. Komplikasi ini hanya akan berlaku di kemudian hari iaitu semasa usia dewasa. 
Tahap glukos dalam darah yang terkawal akan mengurangkan atau melambatkan berlakunya komplikasi yang melibatkan organ-organ berikut:
  • Ginjal : kegagalan ginjal
  • Mata : Buta
  • Jantung : serangan sakit jantung, serangan angin ahmar
  • Salur darah : tekanan darah tinggi, peningkatan taraf lipid (lemak)
  • Sistem saraf : masalah deria
  • Organ reproduktif : mati pucuk (impotent)
  • Kaki : masalah kaki (diabetic foot)
  • Kulit : jangkitan kulit berulang seperti bisul
Apakah rawatan yang sesuai ? 
  • Sekiranya anak anda mempunyai diabetes mellitus jenis 1, dia memerlukan rawatan insulin sepanjang hayat.
  • Dalam diabetes mellitus jenis 2, ubat secara oral (makan) dan suntikan insulin diberi untuk menurunkan tahap glukos dalam darah.
  • Untuk kedua-dua jenis diabetes mellitus, anak anda mesti mengambil makanan yang disarankan mengikut sukatan dan melakukan senaman.
  • Rekodkan keputusan ujian glukos darah, beserta hari bulan dan masa ujian di dalam buku harian (diary). Dos insulin boleh disesuaikan mengikut bacaan glukos jika perlu.
  • Kanak-kanak yang mengalami diabetes mellitus perlu datang untuk lawatan susulan secara berkala dan dipantau oleh doktor.

Bolehkah diabetes mellitus dicegah ?
  • Tiada cara yang jelas untuk mengelakkan diri daripada mendapat diabetes mellitus jenis 1.
  • Untuk diabetes mellitus jenis 2, adalah disarankan anda mengamalkan gaya hidup sihat.
LOVE ;

You May Also Like

0 comments