ANAK KERAP DEMAM SELESEMA, LEPAS TU TAK NAK MAKAN PULA. #pickyeater..

by - December 02, 2014


anak-anak tak nak makan ?
asyik makan jajan jek ?
picky eater ?

sudah tentu kebimbangan menyelimuti hati ibu kan ? bila anak tak nak makan, ia menyebabkan kekurangan zat dan vitamin yang diperlukan tubuh semasa proses tumbesaran sedang berlaku sekaligus menyebabkan ank kelihatan tidak bertenaga dan mudah dijangkiti penyakit.

kita layan vimeo nih sekejap ye..



Berikut beberapa tip yang boleh di manfaatkan oleh ibu bapa dalam menggalakkan anak makan :
  • ibu yang berkerja, luangkan sedikit masa tetapi memanfaatkan masa itu dengan berkualiti untuk menyuapkan anak makan sebab anak memahami kesibukan anda yang berkerja. Oleh itu dia akan makan jika anda yang menyuapnya
  • berikanlah kepuasan psikologi kepada anak sesuai dengan usia dan dalam suasana yang menyenangkan hatinya seperti makan sambil berjalan -jalan ini sesuai buat kanak-kanak beusia 6 bulan sehingga 2 tahun
  • semasa anda pulang dari kerja , perkara pertama anda perlu lakukan adalah menyapa anak, tanya sudah makan ke belum jika belum berikannya makanan terlebih dahulu.
  • jangan memaksa anak makan sehingga terpaksa mencubit memukul atau memarahinya sebab itulah timbul masalah anak tidak mahu makanan yang berkhasiat, sebaliknya memujuk dan jelaskan kepadanya dulu tentang makanan yang akan anda sediakan dalam menu dahulu dengan harapan, dia beransur-ansur mencuba makanan itu
  • sebaiknya dari usia awal anak , anda menerapkan nilai penghargaan dan hukuman yang positif. Misalnya jika anak mahu makan berilah pujian,pelukkan dan ciuman. kalau tidak mahu makan katakan anda tidak mahu menonton tv bersamanya atau tidak mahu bermain denganya.
  • setelah anak mencapai usia 4 hingga 6 bulan mulalah perkenalkan makanan segera yang perlu dibancuh dengan susunya .Jika lebih enam bulan , lebih baik sediakan buburnya sendiri dengan mencampurkan pelbagai sayuran ,kentang, lobak , dan lauk pauk yang disediakan dengan pelbagai variasi rasa

dan sedikit temubual bersama Doktor Kanak-Kanak..
Dr Foo Chee Hoe


Q : "Doktor, saya ada 2 soalan, harap doktor boleh tolog saya. anak saya berumur 1 thn 4 bulan, skrg ni dia susah sangat nak makan, kalau dia lapar sangat baru dia nak makan tu pun 2 3 suap je. saya dah cube bagi vitamin selere makan tapi kurang berkesan. macam mana saya nak buat ? saya nak juga tgk anak saya berisi.” ( Iema )

A : Puan Iema, terima kasih atas soalan anda.  “Anak saya tak mau makan” adalah aduan yang agak biasa didengar dari kalangan ibubapa. Saya ingin mengesyorkan beberapa strategi yang boleh membantu anda.

  1. Anak anda mungkin jenis yang pilih makan (picky eater). Beri pelbagai pilihan jenis makanan yang mungkin anak anda suka. Kanak-kanak pada kebiasaannya hanya menumpu pada beberapa jenis makanan sahaja. Oleh itu, jangan paksa anak anda cuba makanan baru tetapi sentiasa menyediakan makanan kegemarannya.
  2. Jangan cuba ‘rasuah’ anak anda untuk habiskan makanan dengan menawarkan snek atau gula-gula/coklat selepas selesai makan kerana ini menjadikan suatu tabiat yang kurang baik dan menyebabkan anak anda terlalu makan yang tidak sihat.
  3. Sediakanlah makanan yang nampak sedap dan juga rasa enak 
  4. Kalau anak minta lagi, boleh beri lagi. Sekiranya tidak habiskan, jangan paksa/ancam. Jangan berikan wajah yang marah dan risau apabila anak tidak dapat habiskan makanan atau tidak mahu makan. Anak anda mungkin akan sengaja tidak mahu makan untuk menarik perhatian anda sekiranya begitu.
  5. Kanak-kanak patut makan tiga kali sehari dengan dua kali snek. Makanan yang boleh dijadikan snek adalah seperti keju, biskut ‘whole-grain’,yogurt, epal, strawberi dan sebagainya.
  6. Sekiranya anak anda tidak mahu makan, jangan paksa dan berikan snek yang lebih banyak dan berkhasiat beberapa jam kemudian.
  7. Beritahu anak 15 minit lebih awal bahawa masa makan akan datang, kerana kanak-kanak mengambil masa untuk membina selera, terutama sekali sekiranya mereka tengah asyik bermain.
  8. Jadikan masa makan sesuatu yang rutin dan tetap masa kerana kanak-kanak lebih biasa dengan aktiviti yang rutin. Ini membantu anak anda bersedia untuk menjamu selera.
  9. Jadikan masa makan suatu aktiviti yang ceria dan bersama seisi keluarga. Tak best makan sendiri.
  10. Elakkan bergaduh dan marah-marah di meja makan supaya kanak-kanak tidak mengaitkan masa makan dengan stres dan perkara yang tidak selesa.
Ya !! Bagi kanak-kanak yang mempunyai berat badan yang tidak ideal serta TIDAK MAHU MAKAN ( sebab otak sedang berhubung, asyik nak main saja.. ), Mealshakes adalah pilihan TERLENGKAP untuk mereka.

Selain menaikkan selera makan, Mealshakes juga membantu mengatasi masalah eczema. Jika anda tertanya-tanya adakah Mealshakes hanya sesuai untuk kanak-kanak sahaja, jawapannya TIDAK. Mealshakes sesuai untuk semua peringkat umur dari kanak-kanak sehingga dewasa. Malah, jika anda tercai-cari multivitamin untuk keguanaan sekeluarga, Mealshakes adalah pilihan yang tepat. Dengan harga runcit RM 114.00 anda dapat menikmati kebaikan protein Mealshakes Shaklee.

Hubungi saya untuk DISKAUN ISTIMEWA !!

TESTIMONI DI SINI

LOVE ;


You May Also Like

4 comments

  1. Thanx 4 sharing, good info =)
    http://danishdamiadaris.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. singgah sini :)

    http://www.blogparihh.com/

    ReplyDelete
  3. Info yg bagus.
    Kakak saya bagi ank dia makan ni, Alhamdulillah nampak perubahan.

    ReplyDelete
  4. salam ukhwah..singgah sini =)

    ReplyDelete