23 February 2015

PETUA MERAWAT SENGGUGUT



Senggugut kalau dah menyinggah bukan takat rasa nak patah pinggang tapi lebih kurang sama macam sakit nak melahirkan. Berpeluh-peluh siap menonggeng-nonggeng bagai. Jawabnya bergantung pada pain killerlah dan dah jeas sangat tak selamat untuk jangka masa yang panjang.


Apa itu SENGUGUT ?
  • kesakitan yang dialami di bawah perut atau pelvis semasa datang haid
  • dalam Bahasa Inggeris, sengugut dipanggil "dysmenorrhoea"

JENIS 1 : PRIMER
  • berlaku kepada kebanyakan perempuan remaja tetapi tidak mempunyai patologi di pelvis dan rahim
  • ia biasanya berlaku selepas 6 - 12 bulan dari akil baligh 

JENIS 2 : SEKUNDER
sebab-sebab :
  • penyakit endometriosis biasanya dihidapi oleh 5 - 15 % wanita yang mempunyai haid
  • cyst ovari dan tumor
  • fibroid ( bengkak pada rahim ) - kesakitan ini berlaku semasa kedatangan haid yang banyak
  • jangkitan ke rahim atau sauran dari rahim ke kilang telur
  • kongenital
  • alat pencegahan kehamilan dalam rahim ( IUCD ) dan mengakibatkan sengugut semakin teruk

Lebih daripada 60 % perempuan remaja mengalami senggugut primer dan satu dari 10 wanita mengalami kesakitan yang teruk sehingga menggangu aktiviti seharian.

TANDA - TANDA
  • Sakit di bahagian bawah perut. Kesakitan ini biasanya sederhana dan mengejang, yang boleh merebak ke belakang dan bahagian peha
    • PRIMER - Ia biasanya paling sakit pada dua hari pertama datang haid yang diikuti dengan sakit yang berkurangan beberapa hari selepas itu, dan berhenti apabila haid berhenti
      • Biasanya berlaku selama 12 ke 24 jam, ada yang selama 2 ke 3 hari
      • Kesakitan ini berkurangan apabila umur meningkat dan selepas bersalin
    • SEKUNDER - Senggugut ini mempunyai tanda seperti senggugut primer tetapi sakitnya berpanjangan, bermula beberapa hari sebelum haid and bertambah teruk
      • Senggugut ini menjadi semakin teruk selepas beberapa tahun haid biasa.
      • Berikut adalah tanda yang menyatakan kemungkinan anda mengalami Senggugut Sekunder
          • Haid yang tidak tetap
          • Kesakitan antara haid
          • Pendarahan yang bertamban banyak
          • Lelehan dari faraj
          • Kesakitan ketika melakukan seks
    • Sakit kepala, pening, letih, sakit belakang
    • Loya dan muntah, cirit-birit.

KOMPLIKASI
Fizikal - Tidak dapat mengandung
Mental - Stress + tidur terganggu

Dengan Shaklee pun boleh selesaikan masalah Senggugut ni :


Wanita yang mengalami senggugut tidak dapat menukarkan asid linolenik dengan baik untuk menjadi GLA. Pengambilan GLA COMPLEX tambahan dapat meringankan simptom senggugut.



Sebelum haid bermula, paras kalsium akan menurun menyebabkan gangguan emosi. Bekalan kalsium tambahan dapat mengurangkan mood swing semasa period.

Vitamin B%, B^, B12 sangat berkesan untuk mengatasi masalah senggugut.

APA KATA PENGGUNA SET SENGGUGUT SHAKLEE NI ?


korang salah sorang yang menahan betapa sakitnya senggugut ni ? cuba dulu si 3 beradik ni yang berharga RM 206.00.. lepas tu dah boleh lepaskan dah pain killer kaler pink tu.. hee~ kalau berminat nak beli, boleh klik icon kat bawah ni ye dan teruskan pembelian macam biasa..


LOVE ;

11 February 2015

CARA PALING MUDAH DAN MUJARAB MENGURANGKAN KOLESTEROL DALAM BADAN TANPA PENGAMBILAN UBAT SINTETIK



Pernah tengok tak tanda putih putih gitu kat bawah mata ? Takutkan kalau-kalau bintik tu muncul kat muka kita sendiri. Bintik putih tu adalah disebabkan kandungan kolesterol yang tinggi dalam badan. Opppssss-- Korang ade tak ? Jangan buat gurau dengan kolesterol ye sebab kolesterol boleh jadik pembunuh dalam diam ( saluran darah tersumbat ---> sakit jantung )

Jangan ingat orang berbadan besar jek ada masalah kolesterol TAPI orang kurus pun ada masalah yang sama.

BINTIK KOLESTEROL

1 : xanthoma
  • Adalah lebihan lemak yang terbina di bawah kulit yang boleh muncul di mana-mana sahaja pada badan seperti di siku, lutut, tangan, kaki, sendi, tendon dan punggung. Kebiasaannya ia muncul pada warga tua dan orang yang mempunyai tahap kolesterol yang tinggi dalam darah.

2 : xanthelasma
  • Bintik Kolesterol boleh berbeza dari segi saiz, ada sangat kecil dan ada yang lebih besar dari 3 inci. Biasanya dalam rupa seperti lebihan daging berwarna putih atau kekuningan, kadang-kadang ada juga yang kelihatan kemerahan atau berwarna merah jambu. Bintik kolesterol ni tidak menyakitkan tapi boleh menggangu penampilan wajah seseorang kalau ada banyak kelihatan di kelopak mata atau di muka.

PUNCA KOLESTEROL TINGGI

Ada beberapa faktor yang menyebabkan seseoran itu mempunya kandungan kolesterol yang tinggi dalam tubuh badan.


1. Pemakanan

  • pengambilan makanan berlemak tanpa kawalan

2. Keturunan
  • boleh juga diwarisi dari mak / ayah kepada anak-anak

3. Hati tidak berfungsi dengan betul
  • salah satu organ yang bertindak balas dengan kolesterol tidak normal dan terusan menghasilkan kolesterol dalam tubuh badan

Maka, jom ubah gaya pemakanan dengan mengurangkan garam, bahan perasa ( MSG ), makanan segera, makanan proses dan minuman berkarbonat.


BAGAIMANA MENGURANGKAN KOLESTEROL DALAM BADAN ?

Menurut pakar pemakanan, amalan pemakanan yang sihat dan seimbang dengan pengambilan hidangan lengkap seperti bijirin penuh serat, sumber protein yang betul, sayur-sayura juga buah-buahan yang mengandungi serat dan antioksidan dapat membantu menurunkan / mengurangkan paras kolesterol dalam darah.


Antaranya ialah :



1. Makanan berbijirin dengan serat yang tinggi

  • Makanan berserat kaya dengan serat larut yang dapat membantu menurunkan kolesterol tidak baik ( LDL ) dari dalam tubuh dan serat ini berfungsi seperti span yang menyerap kolesterol dan membuangnya bersama pembunagan susu perkumuhan harian.
  • Sejumlah 10 gram hingga 15 gram serat larut yang diambil setiap hari mencukupi untuk menurunkan kadar LDL. Serat larut boleh ditemui dalam pisang, kacang buncis, barli, epal, prun dan pear.
  • Oat mempunyai betagukan yang membantu menyingkirkan kolesterol jahat. Untuk mendapatkan hasil terbaik kita boleh menggantikan nasi lemak ( sedap tu.. hee~ ) dengan segelas susu suam bersama oat.

2. IKAN DAN ASID LEMAK POLI TIDAK TEPU OMEGA 3
  • Asid lemak tidak tepu yang tekandung dalam ikan dikatakan mampu menurunkan paras kolesterol dalam badan dan kerana itulah kita disarankan untuk makan pelbagai ikan ( sumber protein ) sekurang-kurangnya dua kali seminggu. Disamping itu Omega 3 juga berfungsi menurunkan tekanan darah dan mengurangkan risiko pembekuan darah.
  • Antara ikan yang tinggi kandungan lemak tidak tepu ini adlaah ikan laut dalam seperti tuna, salmon, cencaru sardin dan kembung. 

3. KEKACANG BADAN, WALNUT, PISTACHIO DAN SOYA
  • Kajian menunjukkan sesetengah protein jenis kekacang mampu menurunkan paras kolesterol dalam darah kerana mengandungi asid lemak tidak tepu yang tinggi. Asid lemak ini membantu menjadikan dinding pembuluh darah yang sihat dan bebas daripada pelekatan kolesterol.
  • Namun begitu, umumnya kekacang mengandungi kalori yang agak tinggi. Kajian menunjukkan pengambilan kacang jenis pistachio pada kadar 40 hingga 50 gram sudah cukup untuk memberikan kebaikan kepada jantung.
  • Tetapi awas kerana pengambilan secara berlebihan boleh mengakibatkan kegemukan sekali gus meningkatkan risiko serangan jantung. Sebaiknya, bersederhana dalam pengambilan jenis kekacang ini.
  • Makan atau minum soya sebanyak 20 hingga 30 gram setiap hari mampu mengurangi paras kolesterol. Ada banyak pilihan makanan yang berasaskan kacang soya seperti tauhu dan tempe.

4. BUAH-BUAHAN KAYA ANTIOKSIDAN MENGANDUNGI VITAMIN A, C DAN E
  • Buah-buahan sitrus masam seperti mangga, belimbing, oren, strawberi dan kiwi mengandungi vitamin C yang tinggi serta berupaya mencegah pelekatan kolesterol dalam salur darah. Sayuran dan buah berwarna terang seperti brokoli, tomato, lada benggala, labu kuning, ubi, buah zaitun, avokado, betik, aprikot dan sayuran berdaun mempunyai kandungan antioksidan seperti beta karotina, vitamin A dan E.
  • Panduan penjagaan lemak dan kolesterol mestilah saling berkaitan dengan prinsip pemakanan sihat mengikut piramid makanan Malaysia.
Jadi, jom kita sama-sama kawal pemakanan dan aktiviti seharian kita. Penyakit kalau dah bertapak dalam badan memang susah nak dirawat tapi tak mustahil kalau kita jumpa penawar. Kan ? Jangan lupa !! Mencegah lebih baik dari merawat.

9 February 2015

KENAPA IBU MENGANDUNG MUDAH TERKENA JANGKITAN SELESEMA ?

Semasa hamil, sistem imun ibu akan berubah dimana ia bekerja untuk melindungi bayi di dalam kandungan.


Tips Ibu Hamil


Selesema bukan sahaja boleh menyebabkan ketidakselesaan kepada ibu mengandung malah boleh melarat sehingga demam, sakit kepala, sakit otot, sakit tekak dan batuk. Ibu hamil tidak digalakkan mengambil ubat-ubatan untuk proses penyembuhan yang cepat.


Selsema ; satu keadaan normal tapi bila anda sedang mengandung dan mengidap selsema teruk, anda harus berhati-hati. Menurut pemerhatian, situasi ni boleh menyebabkan kelahiran pra matang atau lebih teruk boleh membawa kepada keguguran. Kalau selsema ibu hamil melarat,pernafasan akan terganggu dan memberi kesan kepada kandungan. 
[ sumber : majalah RAPI ]

Apakah cara merawat selsema dan flu ketika hamil tanpa menggunakan sebarang ubat?
Amil langkah pencegahan adalah paling baik. Pastikan ibu-ibu mengambil nutrisi yang secukupnya semasa kehamilan. Boleh rujuk LINK INI untuk mengetahui nutrisi-nutrisi penting bagi mengelakkan masalah kesihatan ketika hamil.  Namun sekiranya dah berlaku, ibu-ibu boleh mengatasinya dengan cara berikut

Apakah cara merawat selesema ketika hamil tanpa mengambil ubat-ubatan ?

  • Minum air masak sekurang-kurangnya 1.5 liter sehari. Air yang banyak boleh membantu mengelak masalah dehidrasi dan mencairkan lendir-lendir akibat selesema. Digalakkan juga untuk minum jus buah-buahan yang segar untuk membantu penyediaan mutrisi dan vitamin penting untuk badan.
  • Pilih sayur yang kaya dengan vitamin C dan tumis dengan 3 - 4 ulas bawang putih kerana bawang putih adalah sumber antibiotik semulajadi yang sangat bagus untuk mengatais masalah jangkitan kuman dan bakteria.
  • Banyakkan berehat dan lupakan seketika kerja di pejabat dan di rumah. Biarkan suami  mengambilalih segala kerja. Rehat boleh mengurangkan stress.
  • Elakkan tidur menghadap kipas / aircond
  • Makan madu. Selain memberi tenaga ia juga berfungsi melancarkan sistem penghadaman dan membuang angin dalam badan kerana madu kaya dengan vitamin C
  • Jika ibu hamil mempunyai vitamin C di rumah, jangan skip pengambilannya. Untuk pengguna Sustained Release Vitamin C Shaklee, anda boleh pecahkan 1 biji vitamin kepada 2 bahagian dan telan salah satunya. Pengambilan 2 kali sehari iaitu pagi dan malam membantu mempercepatkan proses penyembuhan.


Set Ibu Hamil


Panduan asas pengambilan ubat semasa mengandung 

Jika demam atau sakit-sakit badan : 
  • Ubat yang selamat dimakan adalah paracetamol (PCM) Elakkan mengambil ponstan dan ubat tahan sakit yang lain seperti voltaren Jika demam perpanjangan melebihi 3 hari segera berjumpa dengan doktor berdekatan untuk pemeriksaan lebih lanjut. 

Jika selsema : 
  • Elakkan mengambil semua jenis ubat selsema seperti actifed, piriton Apa yang boleh dilakukan oleh ibu-ibu mengandung adalah mengambil vitamin C dan makan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran dan banyakkan minum air suam. 

Jika batuk : 
  • Elakkan minum semua jenis ubat batuk 

Jika cirit-birit : 
  • Elakkan mengambil ubat cirit birit (lomotil) dan ubat sakit perut yang memulas akibat cirit birit (buscopan) Ibu-ibu boleh mengambil ubat garam (ORS-oral rehydration salt) untuk menggantikan garam galian yang hilang daripada badan dan pastikan banyak minum air suam. 

Antibiotik selamat ? 
  • Terdapat antibiotik yang selamat digunakan semasa mengandung. Di sini saya senaraikan antibiotik yang biasa diberikan oleh doktor-doktor di Malaysia untuk jangkitan yang pelbagai dan ianya selamat digunakan semasa mengandung
    • amoxycillin 
    • erythromycin 
    • augmentin 
    • cephalexin 

Paling penting jaga kesihatan semasa mengandung dan elakkan mengunjungi tempat-tempat kunjungan orang ramai bagi mengelakkan terkena jangkitan terutamanya selsema dan batuk (jangkitan salur pernafasan atas-upper respiratory tract infection) kerana semasa mengandung imuniti ibu-ibu sedikit lemah dengan kehadiran bayi di dalam kandungan. 

Bagi mengelakkan jangkitan kuman pada salur kencing pula, elakkan menahan diri daripada buang air kecil dan minum banyak air. Semoga anda dan bayi anda sihat dalam proses mengandung, jangan lupa banyak berdoa dan berserah diri kepada Yang Maha Esa, In Shaa Allah dipermudahkan.


Artikel berkaitan :


5 February 2015

PENCUCI AJAIB YANG BOLEH BERSIHKAN HAMPIR SEMUA BENDA


Pencuci Tanpa Bahan Kimia
HARGA PASARAN : RM 46.00



APA ITU BASIC H ?


Basic H ada 1001 kegunaan dan di belakang botolnya ada ditulis hanya 3 kegunaan sahaja iaitu cuci lantai, cuci tingkap dan perkakasan dapur. Lagi 997 kegunaan adalah hasil eksperimen lebih 700,000 ahli di seluruh dunia.

Kandungan utama Basic H adalah minyak jagung dan minyak kelapa.


BAHAYA ATAU SELAMAT ?

  • Kandungan utama daripada bahan semulajadi ( minyak jagung dan minyak kelapa )
  • Bebas bahan kimia dan toksin
  • Jimat
Kalau dulu ada majlis kenduri kahwin siap team rewang rendam pinggan mangkuk guna CLOROX dan sabun serbuk berplastik-plastik. Lagi-lagi bila guna pinggan Melamine yang pernah popular sekitar tahun 1990-an. 

Maka, terlarutlah kesan daki dan kesan kotor pada pinggan dan cawan segala bagai. Cantik + putih + bersih.

TAPI !!

Mana yang lebih selamat ?? CLOROX yang meluntur atau Basic H yang digunakan bahan organik ??


IBARAT

Shaklee tak pernah ' over claim ' mengenai produk ni. 1 PRODUK 1001 kegunaan. Cuma kakak dan para pengguna yang lain menggali sendiri kegunaan lain Basic H dan berkongsi tentang kebaikan.

Ibarat : KICAP berfungsi sebagai perisa tambahan menambah selera ketika makan tapi jika MELECUR + TERKENA AIR PANAS boleh jek nak sapu kicap. 


ANTARA KELEBIHAN DAN KEGUNAAN BASIC H SHAKLEE


Harga Basic H

  • Mencuci dan membersih sayur-sayuran dan buah-buahan daripada racun & bahan kimia.
  • Mencuci dan membersih ikan, ayam, daging, makanan laut daripada bahan awet.
  • Mencuci dan membersih makanan basah spt. Mee kuning, kuehtiau dsbnya daripada bahan awet.
  • Mencuci dan membersih tempat dan peralatan memasak (terutama yang berminyak).
  • Mencuci dan membersih bilik air, tandas, tangki, sinki, cermin tingkap, rak buku, almari dan etc.
  • Mencuci badan, tangan dan kaki daripada daki kotoran, pijar lada, dakwat marker pen, minyak dan etc.
  • Mencuci dan membersih lantai serta alat permainan.
  • Menanggalkan gula-gula getah pada baju dan etc.
  • Mengasah pisau.
  • Membersih dakwat pen pada tangan, baju dan etc.
  • Menghapuskan kutu di atas kepala.
  • Terkena minyak, air panas atau melecur terkena benda panas.
  • Menghindarkan dan membunuh serangga seperti lipas, nyamuk, semut, lalat dan etc.
  • Demam panas (sebelum berjumpa doktor).
  • Sakit gigi.
  • Gatal-gatal pada badan atau miang (masalah kulit).
  • Ulser dan mulut berbau.
  • Penyubur tanaman dan penggembur tanah.
  • Menghilangkan karat dan daki pada barang kemas, jam tangan dan etc.

4 February 2015

SIAPA PERLUKAN SUMBER KALSIUM BEST NI ?

OSTEMATRIX Shaklee mengandungi mineral semulajadi dan garam mineral dari Laut Mati yang terdiri daripada kalsium + magnesium + fosforus dan vitamin D + zinc + kuprum + manganes + boron.

Kepentingan Kalsium

haa..
kemain banyak kandungan bermanfaat yang terselit dalam Ostematrix nih..
teruja kan ?

Nutrien-nutrien ni perlu diambil bersama untuk penyerapan oleh tubuh dan menghaang endapan sesetengah mineral. Kajian telah membuktikan supplement kalsium akan meningkatkan ketumpatan tulang wanita yang telah berumur secara berkesan.

Kalsium adalah mineral paling banyak yang diperlukan oleh tubuh badan kita.

Kalsium Untuk Wanita

Wanita yang hamil dan menyusukan anak mempunyai risiko kekurangan kasium yang tinggi kerana mereka memerlukan jumlah kalsium yang lebih tinggi berbanding wanita biasa . Apatah lagi wanita yang tidak suka minum susu dan alah pada susu dan tidak mengamalkan pemakanan kurang sihat.

Bayi dalam kandungan dan bayi yang menyusu memerlukan kelebihan kalsium dari ibu mereka. Maka, ibu-ibu memerlukan pengambilan kalisum tambahan bagi menampung keperluan kalsium badan kalau tak ibu akan menanggun risiko tulang reput dan osteoporosis.

Maksud Osteoporosis

Berikut merupakan keperluan kalsium harian purata:

  • bayi ( 0-6 bulan ) - 200mg
  • bayi ( 7-12 bulan ) - 260mg
  • 1-3 tahun - 700mg
  • 4-8 tahun - 1000mg
  • 9-18 tahun - 1300mg
  • 19-70 tahun - 1000mg
  • ibu hamil dan menyusu - 1200mg

Selain wanita hamil dan menyusukan anak, siapakah lagu yang sangat memerlukan kalsium terbaik ?

  • mereka yang kurang mendapat zat-zat membina tulang dari pemakanan harian
  • mereka yang mengambil berat tentang pembinaan tulang dan mengekalkan tulang yang sihat untuk jangka masa panjang
  • mereka yang merokok, pengambilan alkohol yang tinggi, atau kerap minum minuman ringan - tabiat gaya hidup yang boleh menghadkan atau mengganggu penyerapan kalsium
  • wanita yang berumur 30 tahun dan ke atas, remaja dan warga tua
  • wanita yang mengalami gejala PMS
  • mereka yang mengambil berat tentang tekanan darah yang normal
  • sekiranya anda sukar menelan kalsium dalam bentuk lain


Hubungi saya segera untuk mendapatkan diskaun terbaik dan FREE cara pengambilan supplement Shaklee dengan kaedah yang betul..

    MERAWAT MASALAH KEPUTIHAN KRONIK SEHINGGA BADAN BERBAU

    hari ni kakak nak cerita pasal masalah wanita.. hee~ opppsss !! apakah ? sinonimkan masalah keputihan dengan wanita.. da tu sampai bukan putih lagik, da kekuningan.. itu tandanya faraj telah dijangkiti kuman..


    keputihan atau lelehan lendir ada dalam dua cara iaitu keputihan fisiologi dan patologi.. keputihan fisiologi atau yang normal bersifat keputihan atau jernih, namun ada kala ia kekuningan kerana jangkitan kuman.. perlu diingat, keputihan berlaku pada tempoh seminggu sebelum haid dan berlaku setiap bulan.. namun oleh kerana ada masanya ia terlalu banyak, wanita berasa kurang selesa dan gatal di sekitar alat sulit kerana kelembapan..

    Petua Rawat Masalah Keputihan


    keputihan patologi pula disebabkan bakteria, kulat atau organisma lain.. ia amat mengganggu seperti masalah gatal yang serius, berbau, lelehan berwarna kekuningan selain sakit di bahagian bawah perut.. ujian ke atas keputihan itu lazimnya menunjukkan kehadiran mikro organisme atau kuman..  

    sumber : Berita Harian 


    ada dikalangan wanita yang mengaami masalah keputihan yang serius tapi segan nak berjumpa dengan doktor untuk rawatan susulan apatah lagi ramai pakar gynea adalah doktor lelaki.. hee~ betul tak tekaan kakak ??



    JENIS-JENIS KEPUTIHAN


    ia terbahagi kepada dua jenis iaitu :
    • KEPUTIHAN FISIOLOGI
      • keputihan normal dan tidak menunjukkan gejala penyakit
      • kerap berlaku semasa wanita berada dalam tempoh subur dan sebelum haid
      • lelehan lendir yang normal adalah berwarna putih atau krim, tidak berbau busuk dan tidak menyebabkan kegatalan pada bahagian faraj
      • lendir yang dikeluarkan adalah sedikit dan berbentuk cecair
    • KEPUTIHAN PATOLOGI
      • keputihan kronik dan menunjukkan tanda-tanda penyakit
      • tekstur sedikit kental, berwarna kuning / kelabu / hijau dan berbau busuk
      • menjadi punca kegatalan pada bahagian faraj
      • ia disebabkan oleh jangkitan kuman ( bakteria / kulat ) dan perlu dirawat dengan kadar segera

    PUNCA MASALAH KEPUTIHAN


    • KEBERSIHAN
      • kebersihan pada bahagian faraj perlu dijaga dengan baik agar tidak berlaku sebarang jangkitan kerana bahagian lembab pada faraj akan menggalakkan pertumbuhan dan jangkitan mikroorganisme seperti kulat dan bakteria.

    • HORMON
      • ketidakseimbangan hormon dalam darah juga boleh menjadi punca masalah keputihan :
        • perembesan hormon estrogen iaitu hormon pembiakan wanita hamil membolehkan kulat lebih mudah melekat pada dinding faraj
        • pengambilan antibiotik yang berlebihan untuk jangka masa yang panjang menyebabkan bakteria semulajadi pada bahagian faraj akan mati dan ini secara tidak lansung menyumbang kepada pertumbuhan mikroorganisma patogen seperti bakteria atau kulat
        • wanita yang mengalami tekanan / stress atau gangguan emosi turut mempengaruhi aktiviti normal otak dalam mengkoordinasi penghasilan hormon
        • pengambilan pil perancang keluarga atau pil pencegah kehamilan turut menyumbang kepada ketidakseimbangan hormon

    • GAYA HIDUP
      • gaya hidup turut mempengaruhi terjadinya masalah keputihan kerana wanita yang aktif adalam aktiviti seksual yang tidak sihat, misalnya betukar-tukar pasangan lebih cenderung untuk mendapat pelbagai jangkitan pada bahagian faraj

    • KESIHATAN
      • wanita yang mempunyai penyakit seperti kencing manis lebih mudah mendapat penyakit keputihan disebabkan oleh kandungan gula yang tinggi dalam rembesan faraj yang membolehkan pertumbuhan kulat yang banyak dan membiak dibahagian faraj.
      • wanita yang mempunyai sistem daya tahan badan yang rendah juga berisiko tinggi mendapat jangkitan pada bahagian faraj


    Artikel berkaitan :

    TIPS LUKA BERSALIN CEPAT SEMBUH. NOMBOR 3 PALING CEPAT DAN MUDAH

    APA ITU EPISIOTOMI ?


    Semasa bersalin ramai wanita akan mengalami koyakan pada faraj semasa bayi melalui ruang pelvis. Untuk mengurangkan risiko koyakan, doktor akan melakukan episiotomi dimana faraj akan digunting sedikit untuk memudahkan laluan bayi. Lepas bersalin, luka tersebut akan dijahit dengan benang yang akan hancur sendiri selepas beberapa hari

    Luka Bersalin Cepat Sembuh


    Luka yang dialami oleh ibu-ibu yang baru bersalin memang membuatkan rasa tidak selesa. Tidak sabar rasanya hendak sembuh dan menjalani rutin harian seperti biasa. Selain mengambil ubat-ubatan yang dibekalkan doktor, anda boleh juga mencuba petua tradisional yang dipercayai membantu menyembuhkan luka dengan cepat dan selamat diamalkan.

    1. Rebus segenggam daun jambu batu muda sehingga mendidih. Apabila suam, gunakan air ini untuk mencuci di bahagian sulit. Lakukan dua atau tiga kali sehari hingga luka sembuh.

    2. Ikan haruan dipotong dan dicuci bersih. Rebus bersama halia, beberapa biji lada hitam dan sedikit garam. Makan bersama nasi atau dibuat sup. Adoi. Macam susah nak terima dek tekak jek ni. Hee~

    Pati Ikan Haruan Asli



    3. Rebus gamat dengan air yang banyak hingga mendidih. Sejukkan dan minum airnya atau sapukan di tempat yang luka.

    4. Campurkan biji manjakani, halia, akar kayu dengan air. Rebus kesemua bahan tadi sehingga mendidih. Dalam keadaan masih panas ( suam ), minum air rebusan tersebut. Amalkan setiap hari.
    5. Minum air rebusan daun pegaga setiap hari. Selain daripada direbus, daun pegaga juga boleh dibuat ulam. Makanlah bersama garam dan lada hitam yang ditumbuk halus.

    6. Basahkan manjakani. Asah pada bontot pasu. Sapukan pada bahagian luka --> kawan saya kata sangat pedih tapi memang cepat eloknya.

    7. Sits bath - rendam punggung di dalam besen berisi air garam. Ia mengurangkan sakit dan membersihkan luka sehingga ke dalam vagina.

    8. Senaman kegel - dibuat 100-200 kali sehari untuk melancarkan perjalanan darah ke vagina. Dengan itu, luka cepat sembuh.

    9. Minum air kunyit. Kunyit kaya dengan antiseptik. Namun, tidak boleh diambil selalu. Amalkan minum sebanyak tiga kali sepanjang tempoh berpantang. Seelok-eloknya selepas seminggu berpantang dan di minum selama tiga hari berturut-turut.


    Terasa susah nak buat cara tradisional sebab anak tekak tak boleh nak telan ? Hee~ Meh telan sirap anggur ni. Bukan setakat sembuhkan luka bersalin, tapi membentuk sel-sel baru dan mematikan sel-sel mati. Barulah awet muda !!


    Harga Vivix Shaklee

    Vivix Shaklee

    Petua Awet Muda


    nak jimat tapi nak produk terbaik ?
    pilihlah Shaklee..

    Artikel berkaitan :


    3 February 2015

    KELEBIHAN PENCUCI SERBAGUNA BASIC H SHAKLEE

    Harga Basic H Shaklee
    HARGA PASARAN : RM 46.00

    KELEBIHAN BASIC H SHAKLEE


    1. Mencuci & membersih sayur-sayuran dan buah-buahan daripada racun & bahan kimia 



    Pencuci Sayuran Tanpa Bahan Kimia
    Isikan air ke dalam besen dan masukkan 5 titik basic-h. Biarkan selama 5 – 10 minit


    2. Mencuci & membersih ikan, ayam, daging & makanan laut daripada bahan awet.

    • Isikan air ke dalam besen dan masukkan 5 titik basic-h. Biarkan selama 5 – 10 minit

    3. Mencuci & membersih makanan basah spt. Mee kuning, kuehtiau dsbnya daripada bahan awet 
    • Isikan air ke dalam besen dan masukkan 5 titik basic-h. Biarkan selama 5 – 10 minit

    4. Mencuci & membersih tempat dan peralatan memasak (terutama yang berminyak) 
    • Isikan air ke dalam baldi dan masukkan satu sudu teh basic-h dan gunakan untuk mencuci peralatan memasak

    5. Mencuci & membersih bilik air, tandas, tangki, sinki, cermin tingkap, rak buku, almari dsbnya 
    • Isikan air ke dalam baldi dan masukkan satu sudu teh basic-h kemudian mopkan atau lapkan tempat yang hendak dibersihkan kecuali bilik air dan tandas perlu diberus

    6. Mencuci badan, tangan dan kaki daripada daki kotoran, pijar lada, dakwat marker pen, minyak dsbnya 
    • Basahkan tangan dengan air kemudian tuangkan 2-3 titik kemudian digosok-gosok serta bilas

    7. Mencuci & membersih lantai serta alat permainan 
    • Isikan air ke dalam baldi dan masukkan satu sudu teh basic-h kemudian cuci alat mainan dan dibilas manakala cucian lantai tidak perlu dibilas selepas lantai dimop kerana ia mudah kering dan tidak melicinkan lantai

    8. Menanggalkan gula-gula getah pada baju dsbnya 
    • Titikkan 5 titik di sebelah belakang baju yang terkena gula getah kemudian digosok-gosok hingga tertanggal

    9. Mengasah pisau 
    • Titikkan 4-5 titik pada pisau dan asah pisau seperti biasa sehingga tajam

    10. Membersih dakwat pen pada tangan, baju dsbnya 
    • Titikkan 4-5 titik di tempat terkena dakwat, digosok dan kemudian dibilas


    PETUA BUNUH KUTU RAMBUT


    1. Menghapuskan kutu di atas kepala 



    Petua Matikan Kutu Rambut


    • Basahkan rambut dan ambil 10 titik Basic-H dan lumurkan ke atas kepala dan ratakan. Setelah selesai balutkan kepala dengan kain tuala bersih dan biarkan selama 10-15 minit barulah dibilas

    2. Terkena minyak, air panas atau melecur terkena benda panas 
    • Sapukan terus Basic-H ke atas tempat yang terkena tadi dan kulit tidak akan menggelembung atau melecur bahkan akan rasa sejuk.

    3. Menghindarkan & membunuh serangga seperti lipas, nyamuk, semut, lalat dsbnya 
    • Tuangkan 4-5 titik Basic-H ke dalam botol semburan bunga yang dicampur air kemudian goncang dan semburkan kepada serangga

    4. Demam panas (sebelum berjumpa doctor) 
    • Tuangkan 4-5 titik Basic-H ke dalam besen kecil yang mengandungi air. Kemudian sapukan atau lumurkan ke seluruh badan dan kepala.

    5. Sakit gigi 
    • Masukkan 4-5 titik Basic-H ke dalam cawan yang dicampur air kemudian kumur. Sekiranya sakit pada gigi berlubang titikkan 2-3 Basic-H pada kapas dan letakkan pada tempat yang sakit.

    6. Gatal-gatal pada badan atau miang (masalah kulit) 

    • Tuangkan 4-5 titik ke dalam gayung. Kemudian gosokkan ke seluruh tempat gatal dengan menggunakan span mandian dan dibilas.

    7. Ulser dan mulut berbau 
    • Tuangkan 4-5 titik ke dalam gelas kemudian kumur (sekerap mungkin) ATAU celupkan Basic-H menggunakan putik kapas & letakkan pada bahagian ulser.

    8. Penyubur tanaman dan penggembur tanah 
    • Air lebihan cucian Basic-H boleh disiram pada pokok bunga dan tanaman lain untuk membantu kesegaran dan kesuburan.

    9. Menghilangkan karat dan daki pada barang kemas, jam tangan dsbnya 
    • Tuangkan 4-5 titik Basic-H ke dalam mangkuk kecil kemudian rendamkan dan biarkan selama 15-30 minit, karat dan daki akan tanggal serta kelihatan kilat seperti baru.

    Artikel berkaitan :

    OMEGA GUARD, MINYAK IKAN TERBAIK MEMBANTU RAWAT ASTHMA KANAK-KANAK

    kusut dengan masalah asthma anak-anak ?
    kesiankan anak-anak ?


    kalau ikut petua orang-orang lama, belut merupakan makanan alternatif untuk merawat asthma. itu kalau ikut petua orang-orang lama la. tapi, berapa ramai sanggup menyiang belut ? hee~ atie nak tengok pun takut, apatah lagi nak menyiang. mau menangis.



    Harga Omega Guard Shaklee

    selain dari pemakanan makanan eksotik, atie ada cadangan untuk mengurangkan asthma kanak-kanak dan juga mengurangkan kebergantunagan pada asthma inhaler iaitu dengan mengamalkan minyak omega 3 secara konsisten.



    MINYAK IKAN TERBAIK UNTUK KANAK-KANAK


    Omega-3 adalah nama yang diberikan kepada rantaian asid lemak politak-tepu yang panjang (yang mempuyai banyak ikatan). Asid lemak mempunyai minyak-minyak penting yg diperlukan untuk menjamin kesihatan kerana tubuh kita tidak dapat menghasilkannya sendiri. Malah, ia juga boleh mengakibatkan kegagalan untuk berkembang, melainkan asid lemak ini hadir di dalam makanan yang diambil. Asid lemak boleh ditemui di dalam ikan.

    Kajian nutrisi telah membuktikan bahawa minyak ikan amat kaya denagn asid lemak Omega-3, asid lemak inilah yang melindungi ikan-ikan laut dalam kerana ia mempunyai takat beku yang rendah dan membantu memanaskan ikan ketika berada di lautan yang paling sejuk. Ikan-ikan semestinya mati kebekuan sekiranya ketiadaan lapisan lemak ini.





    TAPI !!



    jangan membeli sebarangan sebab minyak ikan mengandungi bahan merbahaya seperti plumbum, merkuri dan lain-lain tambahan omega 3 yang dihasilkan oleh ikan tersebut.

    runsing nak pilih minyak ikan yang selamat dan terhindar dari segala bahan merbahaya untuk merawat asthma anak anda ?

    Omega Guard Shaklee adalah omega 3 paling selamat kerana menjalani proses penyulingan proprietari 3 molekul yang mengekstrak omega 3 yang tulen dan juga menyingkirkan bahan-bahan berbahaya seperti plumbum, merkuri, arsenik, kadmium, dioksin, dan PCB. Omega 3 Shaklee diekstrak dari ikan laut dan berair sejuk (sardin, mackerel, herring dan anchovies) 


    Best Fish Oil For Kids


    harga runcit untuk sebotol Omega Guard Shaklee ( 90 biji ) adalah RM 136.00 dan sebiji berharga RM 1.50. tapi, sempena promosi beli 6 FREE 1 ni, dah tentu harganya jatuh menjunam ke ladang gandum. ha.. gittew--

    Sangat berbaloi dengan wang yang anda laburkan dengan kualiti omega 3 yang tinggi dan bebas bahan kimia berbahaya. Bagi kanak-kanak yang berusia 2 tahun hingga 4 tahun hanya sebiji kapsul seminggu diperlukan.

    sekarang tak payah risau lagi. kalau anda mampu membeli gadget mahal-mahal, apalah sangat makanan tambahan untuk pastikan anak anda sihat.

    kan ??


    Artikel berkaitan :