29 March 2015

BETUL KE GEMUK PUNCA SUSAH NAK MENGANDUNG ?

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Sesetengah bertangapan fizikal yang berisi itu memadai asalakn sihat dan tidak berpenyakit. Ada juga yang merasakan tembam itu COMEL. Jika berharap pada comel diluaran sahaja tapi berisiko tinggi pada kemudian hari, adalah tidak berbaloi.

Buat wanita obes yang sudah berkahwin dan berkeinginan akan zuriat, AWAS !! sekiranya anda kekal dengan berat badan sekarang, anda mungkin akan menerima pelbagai berita buruk kelak.

GEMUK atau obesiti selalu dikaitkan dengan individu yang mempunyai berat badan lebih 30 % dari yang sepatutnya. Ini sellau dikaitkan dengan individu yang kurang melakukan aktiviti seperti bersukan, amalan pemakanan yang tidak sihat dan mengalami masalah kesihatan.



Kajian penyelidik dari Jabatan Obstetrik, Gibekologi dan Biologi Reproductif, Universiti Michingan, Amerika Syarikat, Barbara Luke mendapati wanita obes berisiko 28 % berdepan dengan kesukaran mendapat zuriat dan sekiranya hamil, kandungan mereka tidak akan bertahan sehingga keperingkat kelahiran. Manakala kes yang berjaya pula, jumlah kelahiran pra-matang turut menigkat.

Barbara melakukan kajian ke atas hampir 50,000 wanita menggunakan teknologi reproduktif.


"Wanita gemuk sukar untuk hamil kerana tubuh mereka tidak bersedia untuk pembesaran janin melainkan mereka berjaya menurunkan berat badan seperti yang disarankan oleh doktor serta menjaga kesihatan sebaiknya"


Gemuk juga dikaitkan dengan hormon yang tidak stabil. Penghasilan telur bagi wanita dan sperma bagi kaum lelaki akan terjejas akibat rembesan hormon yang tidak stabil.

Ada juga yang kaitkan kegemukan dengan penyakit PCOS ( Sindrom Ovari Polistik ) iaitu punca utama masalah kesuburan. Ini kerana pesakit PCOS dikatakan kerana proses ovulasi yang terganggu samada penghasilan telur yang tidak matang atau tiada ovulasi langsung. Gangguan hormon menyebabkan pembesaran telur tidak sempurna dan tidak mencapai saiz yang sepatutnya untuk disenyawakan.


RISIKO WANITA OBES KETIKA MENGANDUNG

1 : Diabetis

  • Diabetis semasa mengandung agak susah untuk dikenal pasti melainkan melalui ujian darah. Antara simpton ialah kenaikan berat badan secara mendadak, sejarah keluarga yang berisiko diabetis, usia melebihi 35 tahun. Ujian darah dilakukan sekitar usia kandungan 26 hingga 28 minggu. UJian MGTT ini ialah darah yang diambil selepas berpuasa selama semalaman dan selepas pengambilan air gula.
2 : Darah Tinggi

  • Ibu yang obes berisiko menghidap darah tinggi semasa mengandung. Semasa pemeriksaan lawatan berkala tekanan darah ibu akan diperiksa. Jika tekanan darah tidak di kawal boleh menyebabkan sawan dan pertumbuhan kandungan.
3 : Melahirkan bayi yang besar

  • Bayi yang terlalu besar memerlukan pembedahan atau caesarean.
Anda nak hamil ?
Tetapi doktor suruh diet dulu sampai berat badan yang sesuai ?

Shaklee ade jalan penyelesaian terbaik untuk anda..


LOVE ;

27 March 2015

PETUA MERAWAT SEMBELIT ANAK

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Anak anda mempunyai masalah sembelit ?
Tak nak makan sayur-sayuran dan buah-buahan ?

Rasanya dah tak pelik masalah sembelit dikalangan kanak-kanak ni sebab mereka sentiasa menolak makanan yang berkhasiat. Air masak ? mampu ke sorang kanak-kanak minum hampir 3 liter sehari ? bunyi macam mustahilkan ? tapi sebanyak itulah keperluan air masak yang badan kita perlukan untuk melancarkan proses nyah kumbahan.

JOM TONTON SEKEJAP







APAKAH FIBER ?

merupakan karbohidrat yang tidak dapat dicernakan oleh tubuh dan FIBER boleh membantu melancarkan pembuangan kerana ia menyerap air sepanjang laluan pembuangan.

ADAKAH FIBER DAPAT MEMBANTU MENGATASI SEMBELIT ?

Ya !! fiber dapat membantu masalah sembelit kanak-kanak dan sumber fiber terbaik adalah MEALSHAKES Shaklee.

1/4 cup mealshake : 4 sudu besar: 3 gram fiber

Kanak-kanak memerlukan 20 - 30 gram fiber sehari. Jadi anda boleh berikan beberapa kali hidangan Mealshakes kepada anak-anak anda untuk mencukupkan bekalan fiber mereka.
Galakkan juga anak-anak mengambil buah-buahan serta sayur-sayuran kerana Mealshakes hanyalah supplement tambahan dan jangan terus meletakkan kebergantungan semata pada Mealshakes.

BERAPAKAH SAIZ HIDANGAN FIBER DALAM MEALSHAKES ?

Cadangan hanya minimum 4 sudu besar sehari dan tambahan boleh diberi mengikut kesesuaian anak anda. Hanya tambahkan dos penyediaan Mealshake jika masalah sembelit tidak berkurang dengan cadangan hidangan tadi. Untuk kanak-kanak lingkungan1 - 3 tahun boleh mulakan dengan 2 sudu sehari.

KEPERLUAN FIBER MENGIKUT UMUR
  • Kanak-Kanak 1 - 3 tahun : 19 gram fiber setiap hari
  • Kanak-Kanak 4 - 8 tahun : 25 gram fiber setiap hari
  • Lelaki 9 - 13 tahun : 31 gram fiber setiap hari
  • Perempuan 9 - 13 tahun : 26 gram fiber setiap hari
  • Lelaki 14 - 19 tahun : 38 gram fiber setiap hari
  • Perempuan 14 - 19 tahun : 26 gram fiber setiap hari

Bancuhkan 4 sudu besar mealshake ke dalam 237 ml air masak atau boleh juga dicampurkan ke dalam bancuhan susu anak-anak. Boleh dibancuh sejuk atau normal, tidak digalakkan bancuh dengan air panas kerana dibimbangi proteinnya akan musnah.
Jika masalah sembelit masih tidak dapat diatasi, berikan anak anda 2 kali sehari sehingga masalah sembelit tiada lagi.

Yang menariknya, Mealshakes juga mengandungi MAGNISEUM yang membantu menenangkan otot usus dan membolehkan proses pembuangan menjadi lancar. Magnesium juga membantu meningkatkan jumlah air dalam kolon yang bertindak melembutkan najis seterusnya memudahkan proses nyahtoksin.



LOVE ;

1 March 2015

CC : #01 : SUKAN BERKUDA MENGIKUT SUNNAH NABI ?

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Harini kakak nak cerita pasal sukan berkuda. Kakak memang berkenan sangat dengan kuda lagi-agi part muscle kuda hat ketul-ketul gagah tu. Perrgghhhh-- meleleh air liur tengok. Tapi takat tengok jek la, nak dekat apatah lagik nak pegang memang tak berani.

Dah lama kakak suarakan hasrat hati nak masukkan #anakCEO kakak masuk kelas berkuda dan agaknye memang ade rezeki kakak, kakak jumpa iklan ni kat wall FB makcik kakak.


Maka, bermulalah sesi mem-whatsapp dan mintak segala detail. Dengan izin Dia dan suami kakak, maka salah satu hajat kakak tercapai dan in shaa Allah akan ada kesinambungan untuk kelas ni. Hee~ Sebenarnya kakak lebih excited nak shopping boots + jacket + halmet untuk #anakCEO kakak. Wee~~

Ni kakak sediakan sedikit info mengenai sukan berkuda :

Sesungguhnya Rasulullah SAW pernah mengadakan pacuan kuda dan memberi hadiah kepada pemenangnya.” 
( Riwayat Ahmad )
“Demi Allah! Sungguh Rasulullah SAW pernah bertaruh terhadap suatu kuda yang disebut sabhah (kuda pacuan), maka dia dapat mengalahkan orang lain, Baginda SAW sangat tangkas dalam hal itu dan mengherankannya.” 
( Riwayat Ahmad )
Taruhan yang dibenarkan, atau yang dimaksudkan ialah suatu upah (hadiah) yang dikumpulkan bukan dari orang-orang yang menunggang saja atau dari salah satunya saja, tetapi dari orang-orang lain juga.
Adapun hadiah yang dikumpulkan daripada para penunggang, kemudian siapa yang unggul itulah yang mengambilnya, maka hadiah seperti itu termasuk judi yang dilarang. Dan Nabi sendiri menamakan tunggangan kuda seperti itu, iaitu yang disediakan untuk berjudi, dinamakan Kuda Syaitan. Harganya adalah haram, makanannya haram dan menungganginya juga haram. 
( Riwayat Ahmad )
Dan Rasulullah SAW bersabda : 
“Kuda itu ada tiga jenis: kuda Allah, kuda manusia dan kuda syaitan. Adapun kuda Allah ialah kuda yang disediakan untuk berperang di jalan Allah, maka makanannya, kotorannya, kencingnya dan apanya saja – mempunyai beberapa kebaikan. Adapun kuda syaitan, iaitu kuda yang digunakan untuk berjudi atau untuk dibuat pertaruhan, dan kuda manusia pula, adalah kuda yang diikat oleh manusia, ia mengharapkan perutnya (hasilnya), sebagai usaha untuk menutupi keperluannya.” 
( Riwayat Bukhari dan Muslim )
.
Kebaikan Dari Segi Kesihatan
  • Berkuda amat baik untuk kesihatan manusia. Seluruh anggota tubuh badan dari kepala hingga ke kaki, dari fizikal hingga mental akan mendapat manfaatnya.
  • Bentuk lekuk badan belakang kuda – tempat di tunggang- baik untuk merawat segala masalah tulang belakang manusia.
  • Semasa pergerakan galloping iaitu cara rentak kuda melompat dan berlari, menyebabkan vetebra tulang belakang manusia bergesel antara satu sama lain dalam keadaan harmoni, dan meransang saraf-saraf tulang belakang, seolah-olah diurut, sedangkan pakar chiropraktik  pun tidak mampu berbuat seperti gerakan natural tulang-tulang veterbra semasa orang menunggang kuda.
  • Seluruh anggota : tulang rangka, otot-otot, organ-organ viseral – termasuklah sistem penghadaman, sistem  saraf, sistem voluntary mahupun involuntary, organ perkumuhan, malah geseran kepada organ-organ seksual akan teransang secara optimum untuk menjadi semakin sihat. Penunggang kuda yang hebat selalunya bebas dari mengalami sakit belakang atau ’ter’gelumang dengan tabiat-tabiat seks yang di luar tabie.  
  • Selain itu menunggang kuda turut mencerahkan mata sebab terdapat ransangan terhadap saraf kranial semasa gerakan ‘galloping’ kuda.
Dan sedikit kenangan :


lokasi
Sg. Ramal Stable
Sungai Ramal Dalam, Kajang


borang
frasa yang membuatkan kakak semakin dekat dengan sukan berkuda


dalam perjalanan
Kota Damansara - Sg. Ramal Dalam, Kajang
cas bateri.. hee~


nampak kambing macam nampak sepeti emas.. hahaha~


sesi briefing
#CEOaiman sangat rendang dan shommel !!! hahaha~


beratur
ikut giliran
muka cuak beliau.. hahaha~ hilang darah la tu..


#CEOaiman first ride..

halmet tu besar okay
coach kata..
"mana ade rider bawak kuda dengan satu tangan.. ni kira hebat ni.. ada bakat.." hahaha~ 


red riding hood
1 Malaysia !!!


baru kakak tau yang kuda makan carrot !! hahaha~
anak-anak happy + suami happy..
boleh datang lagik !! 


terima kasih teacher-teacher yang sangat sporting..
gelak tawa senyum tak lekang dok melayan Tuan Muda dan Cik Puan Muda..
aiseh !!
gigih betul kalian..
kakak salute !!


" firdaus "


 on the way balik..
nasib opah dah bekalkan roti canai..
dapatlah #anakCEO kakak alas perut sebelum tapau makan tengahari.. hee~

in shaa Allah..
akan ade sambungan mengena kelas berkuda #anakCEO kakak..
doa-doakan yang terbaik buat kami ye..