BETUL KE GEMUK PUNCA SUSAH NAK MENGANDUNG ?

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Sesetengah bertangapan fizikal yang berisi itu memadai asalakn sihat dan tidak berpenyakit. Ada juga yang merasakan tembam itu COMEL. Jika berharap pada comel diluaran sahaja tapi berisiko tinggi pada kemudian hari, adalah tidak berbaloi.

Buat wanita obes yang sudah berkahwin dan berkeinginan akan zuriat, AWAS !! sekiranya anda kekal dengan berat badan sekarang, anda mungkin akan menerima pelbagai berita buruk kelak.

GEMUK atau obesiti selalu dikaitkan dengan individu yang mempunyai berat badan lebih 30 % dari yang sepatutnya. Ini sellau dikaitkan dengan individu yang kurang melakukan aktiviti seperti bersukan, amalan pemakanan yang tidak sihat dan mengalami masalah kesihatan.



Kajian penyelidik dari Jabatan Obstetrik, Gibekologi dan Biologi Reproductif, Universiti Michingan, Amerika Syarikat, Barbara Luke mendapati wanita obes berisiko 28 % berdepan dengan kesukaran mendapat zuriat dan sekiranya hamil, kandungan mereka tidak akan bertahan sehingga keperingkat kelahiran. Manakala kes yang berjaya pula, jumlah kelahiran pra-matang turut menigkat.

Barbara melakukan kajian ke atas hampir 50,000 wanita menggunakan teknologi reproduktif.


"Wanita gemuk sukar untuk hamil kerana tubuh mereka tidak bersedia untuk pembesaran janin melainkan mereka berjaya menurunkan berat badan seperti yang disarankan oleh doktor serta menjaga kesihatan sebaiknya"


Gemuk juga dikaitkan dengan hormon yang tidak stabil. Penghasilan telur bagi wanita dan sperma bagi kaum lelaki akan terjejas akibat rembesan hormon yang tidak stabil.

Ada juga yang kaitkan kegemukan dengan penyakit PCOS ( Sindrom Ovari Polistik ) iaitu punca utama masalah kesuburan. Ini kerana pesakit PCOS dikatakan kerana proses ovulasi yang terganggu samada penghasilan telur yang tidak matang atau tiada ovulasi langsung. Gangguan hormon menyebabkan pembesaran telur tidak sempurna dan tidak mencapai saiz yang sepatutnya untuk disenyawakan.


RISIKO WANITA OBES KETIKA MENGANDUNG

1 : Diabetis

  • Diabetis semasa mengandung agak susah untuk dikenal pasti melainkan melalui ujian darah. Antara simpton ialah kenaikan berat badan secara mendadak, sejarah keluarga yang berisiko diabetis, usia melebihi 35 tahun. Ujian darah dilakukan sekitar usia kandungan 26 hingga 28 minggu. UJian MGTT ini ialah darah yang diambil selepas berpuasa selama semalaman dan selepas pengambilan air gula.
2 : Darah Tinggi

  • Ibu yang obes berisiko menghidap darah tinggi semasa mengandung. Semasa pemeriksaan lawatan berkala tekanan darah ibu akan diperiksa. Jika tekanan darah tidak di kawal boleh menyebabkan sawan dan pertumbuhan kandungan.
3 : Melahirkan bayi yang besar

  • Bayi yang terlalu besar memerlukan pembedahan atau caesarean.
Anda nak hamil ?
Tetapi doktor suruh diet dulu sampai berat badan yang sesuai ?

Shaklee ade jalan penyelesaian terbaik untuk anda..


LOVE ;

No comments:

Powered by Blogger.