MASALAH MENTAL DIKALANGAN ORANG DEWASA

March 26, 2015

Penyakit mania-kemurungan ( manic-depressive illness ) merupakan masalah mental yang menyebabkan perubahan perasaan atau mood yang melampau dan tidak normal. Pesakit bipolar mengalami perubahan perasaan yang drastik di antara mood gembira dan sedih. Namun, pesakit tersebut mengalami mood yang biasa atau sama seperti orang lain apabila tidak mengalami simptom bipolar.


STATISTIK

Dianggarkan sebanyak 1.2 % daripada populasi yang berumur 18 tahun ke atas didapati mempunyai masalah penyakit bipolar. Kebiasaannya, masalah bipolar mula berlaku pada tempoh lewat remaja iaitu di antara umur 17 tahun dan 21 tahun. Sama seperti pesakit kronik yang lain seperti diabetes dan darah tinggi, penyakit bipolar adalah penyakit jangka masa panjang yang harus dirawat dan dikawal sepanjang hidup pesakit.

SIMPTOM BIPOLAR

Kebiasaannya tanda-tanda awal tidak dapat dikesan kerana masyarakat menganggap perubahan sikap dan perasaan hanyalah sikap semulajadi seseorang. Akibatnya, ramai pesakit bipoar menderita dari penyakit tersebut selama bertahun-tahun sebelum didiagnos dengan betul dan mendapat rawatan.


  • Sangat bertenaga, sangat aktif dan tidak boleh duduk diam
  • Kelihatan terlampau gembira atau “high” dan terlalu baik
  • Cuma memerlukan masa tidur yang pendek
  • Fikiran yang berserabut
  • Bercakap dengan kuat dan cepat
  • Sukar fokus pada satu-satu kerja
  • Lemah pertimbangan
  • Keyakinan yang tidak realistik tentang keupayaan sendiri
  • Provokatif, cepat marah dan agresif
  • Perasaan sedih atau tiada mood yang berpanjangan
  • Sangat pesimis dan merasa tiada harapan untuk berjaya dalam apa-apa kerja
  • Merasakan rendah harga diri dan berasa bersalah tanpa sebab
  • Hilang minat terhadap perkara yang biasanya digemari
  • Sentiasa berasa lemah dan tiada tenaga
  • Tidak dapat tidur
  • Berfikir tentang bunuh diri atau kematian

SIMPTOM KEMURUNGAN 

Ada juga pesakit bipolar yang mengalami psikosis atau DELUSI yang melampau dimana pesakait akan mendakwa bahawa mereka mendengar dan melihat benda yang tidak wujud. Sebagai contoh, ada pesakit mengelar pergelangan tangan kerana tidak yakin dan percaya dengan kematian.

Seringkali pesakit bipolar diberi diagnosis yang salah iaitu kemurungan. Ini adalah kerana pesakit hanya menunjukan ciri-ciri kemurungan sahaja semasa rawatan dengan ahli perubatan dan itu menyebabkan ahli perubatan menyangka pesakit tersebut hanya mengalami kemurungan. 

PUNCA BIPOLAR

Kajian perubatan moden menunjukkan terdapat beberapa faktor yang meninggikan risiko seseorang itu untuk mendapat masalah bipolar dan faktor-faktor tersebut adalah seperti keturunan, kecederaan otak, stress dan perubahan yang sangat besar di dalam hidup pesakit.

RAWATAN

Sesiapa yang mempunyai simptom-simptom bipolar sebaik-baiknya harus diperiksa psikitris.
Dari segi ubat-ubatan, ramai pesakit bipolar memerlukan pengambilan  beberapa jenis ubat yang bertindak mengurangkan persaan murung, mengawal simptom-simptom mania dan mencegah berlakunya 'mood swing' ( perubahan perasaan yang melampau ).

Doktor akan memastikan ubat-ubatan yang diberikan adalah dalam jumlah dos yang betul dan diberikan bagi tempoh yang sesuai bagi setiap pesakit bipolar. Selain itu, rawatan yang berterusan adalah sangat penting dan sudah terbukti bahawa rawatan yang berterusan membantu dalam pencegahan ;mood swing' di kalangan pesakit bipolar. 



Perubatan moden turut memberi rawatan psiko-sosial kepada pesakit bipolar. Pesakit akan diberi rawatan kaunseling dan pendidikan tentang penyakit bipolar. Malah, ahli keluarga pesakit turut akan diberi galakan dan maklumat mengenai penyakit ini supaya mereka dapat memberi sokongan dan bantuan kepada pesakit. Kajian terkini sudah menunjukkan bahawa rawatan psikososial ini banyak membantu pesakit bipolar untuk menjalani kehidupan normal tanpa diganggu dengan episod mania-kemurungan.

AYAT SUCI AL-QURAN

Jika pesakit bipolar adalah disebabkan oleh masalah minda atau psikiatrik, maka ayat-ayat yang berikut perlu diamalkan dan seterusnya disertai dengan doa kepada Allah untuk memohon penyembuhan. Ayat-ayat tersebut adalah :

Cara amalan ayat-ayat Al-Quran tersebut ialah, pesakit hendaklah membaca surah pertama iaitu surah Az-Zumar tiga kali pada waktu malam dan surah kedua iaitu surah Al-Israa’ tiga kali pada waktu siang. Pembacaan ini hendaklah diamalkan setiap hari selama tiga hingga empat minggu. 

Selepas membaca tiga kali, pesakit perlu memohon doa kepada Allah SWT untuk penyembuhan.

Pesakit haruslah ingat bahawa penyembuhan hanyalah dengan izin daripada Allah SWT. Jikalau penyembuhan masih belum lagi tiba walaupun sudah pelbagai usaha dibuat dan jika sudah lama menderitai penyakit, kita hendaklah terus bersabar dan jangan berputus asa. Kita harus yakin bahawa penderitaan atau kesukaran yang kita hadapi di dunia ini merupakan satu ujian daripada Allah SWT dan ingatlah bahawa Allah SWT telah berjanji bahawa pasti ada hikmah di sebalik setiap kesukaran tersebut. 

Seperti di dalam surah al-Insyirah ayat 5, Allah swt berfirman; 
“Sesungguhnya di sebalik kesusahan pasti ada kesenangan.”

Tiada cara yang terbukti mampu untuk mencegah masalah bipolar ini. Oleh itu,  penting untuk menyedari gejala-gejala awal penyakit bipolar yang mungkin menyerang orang yang terdekat dengan diri kita. Selain itu, tindakan awal untuk merawat bipolar adalah sangat penting juga supaya bipolar itu tidak berlarutan ke tahap yang lebih serius. 

Apa yang merisaukan ialah apabila pesakit bipolar tersebut mula menunjukkan tanda-tanda mahu membunuh diri tetapi ahli keluarga gagal untuk mengesan kecenderungan tersebut. Akibatnya, ada pesakit-pesakit bipolar yang membunuh diri tanpa disedari oleh keluarga mereka sendiri.

Oleh sebab itu, galakan dan perhatian ikhlas daripada ahli keluarga, rakan-rakan dan juga jiran tetangga kepada pesakit bipolar adalah sangat penting. Bukan sahaja mereka boleh mengesan tanda-tanda mania-kemurungan bipolar dalam diri pesakit, malah mereka turut boleh membantu dalam keberkesanan rawatan pesakit dengan memberi sokongan moral kepada pesakit. 

Percayalah, hanya dengan kata-kata yang baik dan hubungan sillaturahim yang ikhlas dengan pesakit, kerisauan dan kegelisahan dalam hati pesakit bipolar boleh diubati dan perkara ini mampu memberi impak yang sangat besar kepada pesakit-pesakit bipolar. Pertolongan yang diberi pasti akan mendapat ganjaran daripada Allah SWT. 

Seperti di dalam firman Allah SWT dalam surah  al-Maidah ayat 2, yang lebih kurang bermaksud ;
“…Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat seksa-Nya.”

You Might Also Like

0 comments

RAKAN BLOGGER !!

G+ FOLLOWERS