CC : #02 : PAKATAN DUA NUR

June 20, 2015

haa.. dah ada perkataan pakatan, maka asasnya berpakat laa.. adoi.. mengurut dada kalau selalu cemgini haa.. huu~

perjalanan Bukit Jalil - Simpang Pelangai, Bentong buat aku jadik lemau.. ye la.. sedikit sebanyak memang letih.. dok dalam kereta nak dekat 3 jam.. perghhh-- dengan letih duduk campur mengantok.. nikmat tido terganggu la kan sebab #duahur tu mana nak reti dok diam..

sesampai kampung.. aku memang dah set nak tido awal.. balas komen + PM + whatsapp ape bagai.. kejap jek da pukul 1 pagi * lap airmata * hahahaa~ kira awal la sebenarnya..

maka kami berempat berbincang..

aku : ibu dengan ayah tido dulu, abang dengan adik tengok la kartun.. dah ngantok nanti masuk bilik ye..

aiman : ibu jangan kunci pintu tau..

aku : tak.. ibu tak tutup pintu pun..

layan borak da bazir 30 minit.. ni nak bangun pukul 4 pagi ni.. nak masak untuk sahur.. hee~ dapat la lelap walaupun lelap dalam jeritan.. ha.. gittew-- ngantok, tapi telinga ni dengar jek aktiviti #duanur.. adoi.. dalam gelap pun dorang menjadik..

dan..

ringgggggggg-- ( bunyik jam loceng )

lalalalalala-- bangun dengan gembira.. ni tak keluar dari bilik.. hahahaah~ sekali keluar.. nah !! jamuan mata mengalahkan jamuan hari raya..


fullframe..
mengucap panjang woo--


zoom sket !!
ya.. itu dia.. aku syak dorang main masak masak ni..
resepi ?
haa.. tengok gambar bawah..


OMG !!
masam dia kemain aih.. hahahah~


ya..
bahan utama adalah biskut oreo yang krimnya telah dimakan..
bahan tambhan untuk menyakitkan hati ibu adalah bedak aiken..
huu~



dan.. penat sangat..
suspek dipercayai mula tumbang pada jam 4 pagi..


* lap airmata lagik *

You Might Also Like

0 comments

RAKAN BLOGGER !!

G+ FOLLOWERS