10 SEBAB KENAPA KENA KAHWIN AWAL

July 13, 2015


ade yang sengih-sengih tak baca tajuk tu ? hee~ ye.. kakak pun ikut menyengih ni.. jangan risau.. klaian tak bersendirian.. bila cakap pasal nikah - kahwin ni, kakak pun pernah alami takut - seram - sejuk - cuak - nak - tak nak - tolak - tarik ape bagai perasaan sume la.. masa tu usia kakak menginjak 23 tahun.. tengah syok kerja, kumpul duit nak pergi Amsterdam ( main petik jek.. ) ade pulak yang nak masuk meminang..

usia perkenalan kakak dengan suami memang tak lama.. kami kenal kat laman Tagged.com.. awal tu tak de la rasa nak kahwin cuma suka berkawan aje.. mungkin perjalanan kami mudah dengan niat yang baik.. lepas 3 bulan yang kali pertama jumpa, beliau kata nak masuk meminang.. then kakak tak banyak cakap la.. cuma hint.. "kalau nak kat atie, jumpa mak ayah.. atie masih ade mak ayah.." haa.. dan tu jugak katanya.. "next week mie g rumah mak ayah atie ya.. nanti bagi tau mak ayah.." 

gigih ko ? ketar jugak la lutut.. hahaha~ lepas kejadian jumpa mak aya.. 3 bulan kemudian mak ayah beliau datang merisik kakak.. lepas merisik, 3 bulan kemudian bertunang.. da.. kemuncaknya jugak lepas 3 bulan.. kami diijabkabulkan.. tadaa-- Dia permudahkan urusan kami..

kenapa kakak pilih untuk nikah seawal usia 23 tahun ? ( tatadaatadaa-- bunyi sound effect.. hahaha~ )


Firman Allah Subhanahu wa Taala :

“Di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untuk kalian isteri-isteri dari jenis kalian sendiri supaya kalian cenderung dan merasa tenteram kepadanya dan dijadikanNya di antara kalian rasa kasih dan sayang.” 
- [ TMQ ar-Rum ( 30 ) : 21 ]

haa.. nak rasa tenteram, nikah lah.. hahaha~ senangkan ? jom kakak share 10 tips kenapa korangp un perlu kahwin awal.. haa.. suke lettew--

1 : TUNTUTAN AGAMA
  • agama Islam menyarankan untuk menyegerakan pernikahan seandainya sudah cukup syarat zahir dan batin kerana pernikahan juga termasuk dalam amalan sunnah kerana boleh meningakatkan bilangan umat Islam..
  • PALING PENTING.. saham akhirat kita sok sok akan terjamin ( in shaa Allah.. ) apabila ada anak yang soleh dan solehah yang mendoakan kita bila dah tak de sok..
  • kalau agama pun menggalakkan, kenapa kita nak cari alasan untuk melengahkan ? ye dok ?

2 : MENGELAK ZINA
  • pegang tangan sebelum nikah HARAM ya.. ya.. ya.. time sikit sikit tu la syaitan suka sangat menghasut untuk pergi 'lebih jauh'.. haa..
  • iman kita sebagai manusia ni bukan la tebal buku 15 379 042 helaian buku sejarah dunia.. senipis kulit bawang jek dik non..
  • ZAMAN SEKARANG : whatsapp / wechat / telegram 24 / 7.. berborak tah pape.. hee~ tengok wayang midnight.. selamatkah ? haa.. sebab tu Islam menggalkkan untuk menyegerakan nikah supaya tak melepasi batasan dan fitrah manusia..

3 : LEBIH BERTANGGUNGJAWAB
  • kalau sebelum ni, seluar dalam pun mak yang basuhkan, tapi bila dah nikah.. POM !! otometik semua berubah.. tak kan dah nikah pun nak suruh mak basuhkan seluar dalam.. kan ? hahaha~ semua tu akan jadi secara semulajadi..
  • tanggungjawab dan komitmen perlu ada untuk mencapai matlamat keluarga bahagia.. kos sara hidup pun semakin tinggi membuatkan komitmen dan tanggungjawab semakin berat.. tapi pasti ada jalan untuk sama-sama membahagiakan keluarga tercinta.. kan ?

4 : KETENANGAN
  • kalau bertanya kepada mereka yang dah bernikah, mesti ada jek cerita yang indah dan seronok untuk didengar.. ye.. ketenangan yang susah nak diluahkan cuma dapat digambarkan dengan kegembiraan.. hahaha~ ( melayan perasaan btol menaip topik ni..)
  • sesetengah perkara aada juga yang memeningkan.. loan rumah, loan kereta, belanja dapur, tabungan anak-anak, duit belanja mak ayah di kampung.. haa.. TAPI.. bila ada teman yang sama-sama berusaha dan mengambil tanggunjawab untuk terus bersama.. dengan izin Dia.. semua akan tenang dan kembali ceria.. bak kata orang muda sekarang.. ada bahu untuk bersandar.. a.. gittew--

5 : LEBIH MATANG
  • kalau sebelum bernikah dulu, ade jek program sampai ke malam.. kan ? lepak dengan kawan kat mamak, main futsal, shopping sampai malam.. ade kan gitu ? tapi lepas bernikah.. masing-masing pilih untuk duduk rumah dan nikmati hari-hari bersama.. haa.. ye tak ? ye tak ?
  • kalau nak cakap kekangan masa sebab komitmen pada keluarga dan jadual kerja menjadi penghalan, pun boleh jadi jugak.. tapi bukanlah bermaksud tak boleh keluar dengan kawan-kawan lansung.. cuma carilah waktu yang bersesuaian..
  • kalau ada masalah sikit, tak usahlah diperbesarkan.. bawalah berbincang dari hati ke hati.. sebab hidup berumah tangga bukan untuk sehari dua.. tapi hingga ke jannah nanti.. in shaa Allah..
6 : MEMPERBAIKI DIRI
  • ramai mengakui ( temasuk kakak.. hee~ ), turning point paling penting dalam kehidupan adalah selepas bernikah.. haa.. nape ek ?
    • sikap panas baran dapat dikikis sedikit demi sedikit
    • tak pandai masak ? POM !! ajaib.. terus pandai masak..
    • malas nak kemas rumah ? sampai bila nak duduk dalam rumah yang berterabur.. kan ?
    • tak solat tapi impikan syurga bersama-sama suami / isteri ? haa.. terus belajar baca doa Qunut.. hee~ comel kan ?
  • untuk suami, selepas nikah merupakan pendorong utama turning point.. KEPIMPINAN sangat terserlah.. untuk protect sesebuah keluarga dan perhubungan bukan senang ya.. tapi rasional seorang lelaki mampu untuk melakukan yang terbaik.. sebab tu hanya lelaki dipilih sebagai pemimpin..
7 : PERANCANGAN JANGKA MASA PANJANG
  • kakak nikah pada usia 23 tahun.. pada usia kakak 24 tahun, kakak dah dapat seorang bayi lelaki yang comel.. bila usia kakak 30 tahun, anak sulung kakak berusia 6 tahun.. bila kakak 40 tahun, anak kakak dah berusia 16 tahun.. bila umur kakak 60 tahun.. anak sulung kakak dah 36 tahun.. wah !! perancangan yang cantik kan ? nanti ade yang kata mak dengan anak macam kakak dengan adik jek.. hee~
  • YANG PENTING.. dengan tubuh yang masih sihat, ekonomi yang kukuh dan anak-anak yang sudah mampu berdikari.. masa tu lah suami dan isteri boleh meluangkan masa tua bersama-sama.. lakukan aktiviti yang digemari.. kalau kakak dan suami.. kami suka hutan.. sejuk mata memandang.. segar jek rasa.. hee~
  • berbanding dengan mereka yang bernikah pada usia lanjut.. bila usia mencecah 60 tahun, dah layak bersara.. tak boleh nak berehat sebab nak uruskan anak-anak yang masih bersekolah / belajar, menyertai aktiviti sekolah mereka.. ini menyebabkan kehidupan di usia tua agak tertekan dan menjadikan kesibukan yang akan menjejaskan masa untuk beribadat..
8 : SEKS YANG BERKUALITI
  • pastinya tenaga di usia muda lebih kuat.. hee~ kualiti tu.. kualiti..
  • menurut kajian perubatan, antara faktor utama kemandulan adalah berkahwin lambat.. wanita harus lebih berwaspada kerana jika anda memilih untuk berkahwin pada usia 30 - an dan ke atas, anda mungkin dinasihatkan untuk tidak mengandung kerana bimbang berlaku pelbagai komplikasi.. apa-apa pun haruslah merujuk pada doktor..

9 : REZEKI
  • risau tentang rezeki ? duit ? kemewahan akan berkurangan ?
“Dan kahwinilah orang yang sendirian di antara kamu, 
dan orang yang layak (berkahwin) daripada hamba yang lelaki dan perempuan.
 Jika mereka miskin, Allah akan mengkayakan mereka daripada rezeki-Nya. 
Dan Allah Maha Luas Pemberian-Nya dan Maha Mengetahui.” 
- (Surah al-Nur, ayat 32)

10 : JANGAN TUNGGU LAMA-LAMA

  • mesti ada antara korang yang dah ada kekasih kan ? kan ? kan ? senyum la sket.. kalau betul sayang, cinta, rindu apebagai yang korang ucapkan.. kenapa nak tunggu lagi ? ingat.. sakarang ni dunia tak macam dulu dah.. bila-bila masa jek bunga yang korang genggam tu boleh dipujuk raya sang kumbang yang lebih bersedia.. kalau jadik gitu.. gigit jarilah korang.. hee~ 
  • jangan kata kakak tak payung eh..

HALWA

saat akad nikah
PAHALA !

suami peluk isteri
PAHALA !

cium isteri
PAHALA !

renung isteri
PAHALA !

suami bekerja untuk cari rezeki halal untuk isteri
PAHALA !

suami bernafsu tengok isteri
PAHALA !

suami pegang isteri
PAHALA !

suami marah isteri ( untuk menegur )
PAHALA !

suami imamkan isteri
PAHALA !

suami ajar isteri fardhu ain
PAHALA !

suami setubuh isteri
PAHALA !

main kenyit-kenyit mata dengan isteri
PAHALA !

Allahurabbi..
indahnya !!



You Might Also Like

0 comments

RAKAN BLOGGER !!

G+ FOLLOWERS