14 July 2015

EKZEMA MERUNSINGKAN HATI IBU AYAH KINI TINGGAL SEJARAH

Ada sesetengah mak ayah kat luar sana, sikit pun tak hiraukan soal ni.. Tapi kakak sangat hiraukan dan sangat kasihkan anak kecil yang tak tau pape mengenai EKZEMA.. Ada tu bila kakak tanya pasal pipi si anak syurga yang kemerahan, si mak hanya menjawab "saya dah letak bedak tapi tak hilang.. kejap ada, kejap tak de.. tak pe kot.. nanti hilang la tu.. abang dan kakaknya sume pun sama.." 

Kakak nak cakap ape lagi ? Keluarkanlah senjata dari handbag, sapu la pelan-pelan.. Hee~ Baikkan kakak ? *flip shawl*

Jom kita borak pasal EKZEMA ni.. Amenda tah tu..

  • biasanya terjadi pada bayi / kanak-kanak sebelum berumur 5 tahun
  • ia juga dikenali sebagai atopic dermatitis dan tidak berjangkit
  • radang kulit yang membengkak dan ruam kemerahan yang menyebabkan kegatalan
  • selalunya terdapat pada muka, pergelangan tangan, pertengahan siku dan juga lutut

APA PENYEBAB EKZEMA ?
  • keturunan
  • bukan alahan tapi boleh menjurus kepada alahan
  • boleh terjadi pada kulit yang kering, gatal dan sensitif pada kepanasan, kain berbulu dan permukaan kasar
  • ia juga boleh terjadi akibat perkara-perkara berikut :
    • infeksi virus
    • bahan kimia seperti sabun ataupun minyak wangi
  • alahan kepada makanan atau bahan-bahan lain

APAKAH TANDA-TANDA EKZEMA ?

Ekzema kelihatan seperti :
  • tompok-tompok kemerahan yang gatal dan kering pada permukaan tangan,leher, muka dan kaki
  • kulit bersisik
  • bengkak kecil dan berair
CONTOH :


Pipi gebu bayi..


Pangkal paha bayi..


BAGAIMANA NAK MERAWAT EKZEMA ?
  • ubat pencegah gatal seperti antihistamin
  • losyen pelembab, krim untuk menahan kekeringan dan kegatalan
  • zrim Steroid digunakan untuk kes-kes yang teruk
  • antibiotik jika terdapat jangkitan kuman
  • **rawatan di atas hanya untuk mengawal, mengurangkan gejala dan tanda tetapi bukan untuk penyembuhan..

BAGAIMANA SAYA NAK TOLONG ANAK SAYA UNTUK MELEGAKAN EKZEMA ?
  • letakkan anak di bilik yang selesa dan nyaman
  • elakkan mandi air panas / suam
  • gunakan pakaian jenis kain kapas dan nipis
  • elakkan fabrik yang kasar
  • jangan gunakan sabun ketika mandi
  • gunakan krim pelembab selepas mengelap anak
  • awasi makanan yang mungkin menjadi penyebab alahan
  • dapatkan nasihat doktor

KAKAK ADA PLAN LAIN UNTUK MEMULIHKAN EKZEMA ?

Mommies boleh membuat pilihan menggunakan produk Shaklee seperti berikut :


HUBUNGI KAKAK UNTUK FREE LIFETIME CONSULTATION MENGENAI SET EKZEMA..
BUKAN BAYI / KANAK-KANAK JEK BOLEH CONSUME..
ORANG DEWASA PUN BOLEH..


LOVE ;

13 July 2015

10 SEBAB KENAPA KENA KAHWIN AWAL


ade yang sengih-sengih tak baca tajuk tu ? hee~ ye.. kakak pun ikut menyengih ni.. jangan risau.. klaian tak bersendirian.. bila cakap pasal nikah - kahwin ni, kakak pun pernah alami takut - seram - sejuk - cuak - nak - tak nak - tolak - tarik ape bagai perasaan sume la.. masa tu usia kakak menginjak 23 tahun.. tengah syok kerja, kumpul duit nak pergi Amsterdam ( main petik jek.. ) ade pulak yang nak masuk meminang..

usia perkenalan kakak dengan suami memang tak lama.. kami kenal kat laman Tagged.com.. awal tu tak de la rasa nak kahwin cuma suka berkawan aje.. mungkin perjalanan kami mudah dengan niat yang baik.. lepas 3 bulan yang kali pertama jumpa, beliau kata nak masuk meminang.. then kakak tak banyak cakap la.. cuma hint.. "kalau nak kat atie, jumpa mak ayah.. atie masih ade mak ayah.." haa.. dan tu jugak katanya.. "next week mie g rumah mak ayah atie ya.. nanti bagi tau mak ayah.." 

gigih ko ? ketar jugak la lutut.. hahaha~ lepas kejadian jumpa mak aya.. 3 bulan kemudian mak ayah beliau datang merisik kakak.. lepas merisik, 3 bulan kemudian bertunang.. da.. kemuncaknya jugak lepas 3 bulan.. kami diijabkabulkan.. tadaa-- Dia permudahkan urusan kami..

kenapa kakak pilih untuk nikah seawal usia 23 tahun ? ( tatadaatadaa-- bunyi sound effect.. hahaha~ )


Firman Allah Subhanahu wa Taala :

“Di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untuk kalian isteri-isteri dari jenis kalian sendiri supaya kalian cenderung dan merasa tenteram kepadanya dan dijadikanNya di antara kalian rasa kasih dan sayang.” 
- [ TMQ ar-Rum ( 30 ) : 21 ]

haa.. nak rasa tenteram, nikah lah.. hahaha~ senangkan ? jom kakak share 10 tips kenapa korangp un perlu kahwin awal.. haa.. suke lettew--

1 : TUNTUTAN AGAMA
  • agama Islam menyarankan untuk menyegerakan pernikahan seandainya sudah cukup syarat zahir dan batin kerana pernikahan juga termasuk dalam amalan sunnah kerana boleh meningakatkan bilangan umat Islam..
  • PALING PENTING.. saham akhirat kita sok sok akan terjamin ( in shaa Allah.. ) apabila ada anak yang soleh dan solehah yang mendoakan kita bila dah tak de sok..
  • kalau agama pun menggalakkan, kenapa kita nak cari alasan untuk melengahkan ? ye dok ?

2 : MENGELAK ZINA
  • pegang tangan sebelum nikah HARAM ya.. ya.. ya.. time sikit sikit tu la syaitan suka sangat menghasut untuk pergi 'lebih jauh'.. haa..
  • iman kita sebagai manusia ni bukan la tebal buku 15 379 042 helaian buku sejarah dunia.. senipis kulit bawang jek dik non..
  • ZAMAN SEKARANG : whatsapp / wechat / telegram 24 / 7.. berborak tah pape.. hee~ tengok wayang midnight.. selamatkah ? haa.. sebab tu Islam menggalkkan untuk menyegerakan nikah supaya tak melepasi batasan dan fitrah manusia..

3 : LEBIH BERTANGGUNGJAWAB
  • kalau sebelum ni, seluar dalam pun mak yang basuhkan, tapi bila dah nikah.. POM !! otometik semua berubah.. tak kan dah nikah pun nak suruh mak basuhkan seluar dalam.. kan ? hahaha~ semua tu akan jadi secara semulajadi..
  • tanggungjawab dan komitmen perlu ada untuk mencapai matlamat keluarga bahagia.. kos sara hidup pun semakin tinggi membuatkan komitmen dan tanggungjawab semakin berat.. tapi pasti ada jalan untuk sama-sama membahagiakan keluarga tercinta.. kan ?

4 : KETENANGAN
  • kalau bertanya kepada mereka yang dah bernikah, mesti ada jek cerita yang indah dan seronok untuk didengar.. ye.. ketenangan yang susah nak diluahkan cuma dapat digambarkan dengan kegembiraan.. hahaha~ ( melayan perasaan btol menaip topik ni..)
  • sesetengah perkara aada juga yang memeningkan.. loan rumah, loan kereta, belanja dapur, tabungan anak-anak, duit belanja mak ayah di kampung.. haa.. TAPI.. bila ada teman yang sama-sama berusaha dan mengambil tanggunjawab untuk terus bersama.. dengan izin Dia.. semua akan tenang dan kembali ceria.. bak kata orang muda sekarang.. ada bahu untuk bersandar.. a.. gittew--

5 : LEBIH MATANG
  • kalau sebelum bernikah dulu, ade jek program sampai ke malam.. kan ? lepak dengan kawan kat mamak, main futsal, shopping sampai malam.. ade kan gitu ? tapi lepas bernikah.. masing-masing pilih untuk duduk rumah dan nikmati hari-hari bersama.. haa.. ye tak ? ye tak ?
  • kalau nak cakap kekangan masa sebab komitmen pada keluarga dan jadual kerja menjadi penghalan, pun boleh jadi jugak.. tapi bukanlah bermaksud tak boleh keluar dengan kawan-kawan lansung.. cuma carilah waktu yang bersesuaian..
  • kalau ada masalah sikit, tak usahlah diperbesarkan.. bawalah berbincang dari hati ke hati.. sebab hidup berumah tangga bukan untuk sehari dua.. tapi hingga ke jannah nanti.. in shaa Allah..
6 : MEMPERBAIKI DIRI
  • ramai mengakui ( temasuk kakak.. hee~ ), turning point paling penting dalam kehidupan adalah selepas bernikah.. haa.. nape ek ?
    • sikap panas baran dapat dikikis sedikit demi sedikit
    • tak pandai masak ? POM !! ajaib.. terus pandai masak..
    • malas nak kemas rumah ? sampai bila nak duduk dalam rumah yang berterabur.. kan ?
    • tak solat tapi impikan syurga bersama-sama suami / isteri ? haa.. terus belajar baca doa Qunut.. hee~ comel kan ?
  • untuk suami, selepas nikah merupakan pendorong utama turning point.. KEPIMPINAN sangat terserlah.. untuk protect sesebuah keluarga dan perhubungan bukan senang ya.. tapi rasional seorang lelaki mampu untuk melakukan yang terbaik.. sebab tu hanya lelaki dipilih sebagai pemimpin..
7 : PERANCANGAN JANGKA MASA PANJANG
  • kakak nikah pada usia 23 tahun.. pada usia kakak 24 tahun, kakak dah dapat seorang bayi lelaki yang comel.. bila usia kakak 30 tahun, anak sulung kakak berusia 6 tahun.. bila kakak 40 tahun, anak kakak dah berusia 16 tahun.. bila umur kakak 60 tahun.. anak sulung kakak dah 36 tahun.. wah !! perancangan yang cantik kan ? nanti ade yang kata mak dengan anak macam kakak dengan adik jek.. hee~
  • YANG PENTING.. dengan tubuh yang masih sihat, ekonomi yang kukuh dan anak-anak yang sudah mampu berdikari.. masa tu lah suami dan isteri boleh meluangkan masa tua bersama-sama.. lakukan aktiviti yang digemari.. kalau kakak dan suami.. kami suka hutan.. sejuk mata memandang.. segar jek rasa.. hee~
  • berbanding dengan mereka yang bernikah pada usia lanjut.. bila usia mencecah 60 tahun, dah layak bersara.. tak boleh nak berehat sebab nak uruskan anak-anak yang masih bersekolah / belajar, menyertai aktiviti sekolah mereka.. ini menyebabkan kehidupan di usia tua agak tertekan dan menjadikan kesibukan yang akan menjejaskan masa untuk beribadat..
8 : SEKS YANG BERKUALITI
  • pastinya tenaga di usia muda lebih kuat.. hee~ kualiti tu.. kualiti..
  • menurut kajian perubatan, antara faktor utama kemandulan adalah berkahwin lambat.. wanita harus lebih berwaspada kerana jika anda memilih untuk berkahwin pada usia 30 - an dan ke atas, anda mungkin dinasihatkan untuk tidak mengandung kerana bimbang berlaku pelbagai komplikasi.. apa-apa pun haruslah merujuk pada doktor..

9 : REZEKI
  • risau tentang rezeki ? duit ? kemewahan akan berkurangan ?
“Dan kahwinilah orang yang sendirian di antara kamu, 
dan orang yang layak (berkahwin) daripada hamba yang lelaki dan perempuan.
 Jika mereka miskin, Allah akan mengkayakan mereka daripada rezeki-Nya. 
Dan Allah Maha Luas Pemberian-Nya dan Maha Mengetahui.” 
- (Surah al-Nur, ayat 32)

10 : JANGAN TUNGGU LAMA-LAMA

  • mesti ada antara korang yang dah ada kekasih kan ? kan ? kan ? senyum la sket.. kalau betul sayang, cinta, rindu apebagai yang korang ucapkan.. kenapa nak tunggu lagi ? ingat.. sakarang ni dunia tak macam dulu dah.. bila-bila masa jek bunga yang korang genggam tu boleh dipujuk raya sang kumbang yang lebih bersedia.. kalau jadik gitu.. gigit jarilah korang.. hee~ 
  • jangan kata kakak tak payung eh..

HALWA

saat akad nikah
PAHALA !

suami peluk isteri
PAHALA !

cium isteri
PAHALA !

renung isteri
PAHALA !

suami bekerja untuk cari rezeki halal untuk isteri
PAHALA !

suami bernafsu tengok isteri
PAHALA !

suami pegang isteri
PAHALA !

suami marah isteri ( untuk menegur )
PAHALA !

suami imamkan isteri
PAHALA !

suami ajar isteri fardhu ain
PAHALA !

suami setubuh isteri
PAHALA !

main kenyit-kenyit mata dengan isteri
PAHALA !

Allahurabbi..
indahnya !!



BAHAYA ANEMIA SEMASA HAMIL

Ada mommies yang anemia ke ?

Anemia semasa hamil berlaku apabila kendungan hemoglobin ( sel darah merah ) berada pada tahap yang rendah dan tidak dapat membawa oksigen ke setiap sel-sel tisu dalam badan.. Mommies yang mengandung memerlukan bacaan hemoglibin 11g / dl dan ke atas untuk memastikan baby dalam kandungan tidak terganggu..

Sebab tu la sel darah merah yang betul-betul sihat sangat penting untuk mommies dan baby..



BAHAYA SANGAT KE ANEMIA SEMASA HAMIL NI ?

Ya.. Bahaya kerana pesakit anemia kekurangan folate atau asid folik boleh mengakibatkan beberapa jenis ketidaksempurnaan pada mommies mahupun baby seperti tiub neural tidak normal atau baby tak cukup berat dan paling teruk boleh mengakibatkan kelahiran baby pramatang..




BAGAIMANA NAK ATASI MASALAH ANEMIA SEMASA HAMIL ?


  1. Makanan yang kaya dengan zat besi, asid folik dan vitamin B12.
    • seperti kerang, lalal, tiram, ikan bilis dan daging
    • pengambilan sekurang-kurangnya 4 kali seminggu
  2. Buah-buahan
    • mommies digalakkan mengambil buah-buahan yang mengandungi vitamin C seperti jambu batu, mangga, kimau, delima, tembikai dan betik
  3. Sayur-sayuran
    • sayuran yang berwarna hijau dapat membantu mengatasi masalah anemia mommies ketika hamil
    • mommies digalakkan mengambil sayuran yang tinggi zat besi dan asid folik seperti pegaga, daun pudina, ulam raja, pucuk gajus, bayam merah, kangkung, cekur manis, pucuk paku, pucuk keledek, daun remunggai dan peria

APA YANG PERLU DIELAKKAN ?
  • makanan yang mengandungi caffien dan teh kerana ia boleh menghalang penyerapan zat besi, asid folik dan vitamin B12

SHAKLEE TAK BOLEH BANTU KE ?

Dah tentulah boleh.. Shaklee juga menawarkan Set Kehamilan Shaklee yang mengandungi :



1 : Vita Lea Iron Formula
  • Membantu menaikkan kadar haemoglobin

2. B-Complex
  • Asid Folik, mengelakkan stres, sakit kepala dan mengelakkan kecacatan pada janin

3. Sustained Release Vita-C Plus

  • Antioksidan, membantu menyerapkan iron dalam Vita lea (perlu diambil bersama), mematangkan bayi dalam kandungan supaya ia tidak keluar sebelum pada ia matang sepenuhnya

4. ESP

  • Sumber protein Non-GMO yang membantu penyerapan semua vitamin yang diambil oleh ibu
  • Ia juga merupakan makan sel dan baik untuk kulit ibu dan bayi yang bakal dilahirkan nanti.

5. Ostematrix

  • Sumber kalsium yang memberi kelegaan kepadaan tulang belakang ibu, elak krem (kejang otot atau simpul biawak), memberi tidur yang lena, mengatasi sembelit dan gusi berdarah ketika hamil

LOVE ;

12 July 2015

KESALAHAN JALANRAYA PALING POPULAR MENJELANG AIDILFITRI

Paling popular time nak dekat raya nih.. Ha.. Ye la.. Surat saman la.. Ape lagik kan ? Hee~ 


So, kakak shout out kesalah paling popular menjelang Aidilfitri.. Bukan tahun nih jek.. Tahun lepas-lepas dan tahun mendatang pun sama jek corak kesalalahnye.. Pakcik-pakcik JPJ memang sukalah gini.. Hee~

1 : PENGGUNAAN TELEFON BIMBIT
  • tak kiralah telefon pintar ke, tak berapa nak pintar ke.. tapi itu telefon.. korang ? mohon jadik orang yang pintar.. JANGAN MENGGUNAKAN TELEFON BIMBIT KETIKA MEMANDU..
  • nak call awek ke, penghantar gas ke, supplier lemang ke, bina kubu COC ke.. mohon berhenti dulu.. ye..



2 : MEMOTONG KENDERAAN LAIN
  • kalau kat jalan raya tu korang jek yang ade kereta, tak kisah la nak pecut cemana pun.. tapi kenyataanye adalah TAK.. ramai pengguna lain yang menggunakan kemudahan yang sama.. maka TOLAK ANSUR..
  • kalau nak memotong, masuklah ke lane KIRI.. jangan main suka suka mak kau hijau nak potong belah mana yang korang nak.. tak bagus untuk kesihatan ya.. lagi-lagi kesihatan HATI..


3 : LANGGAR LAMPU ISYARAT
  • lampu dah kuning, lagi korang tekan minyak.. nak gak buat buat lepas 'sebelum' lampu merah..
  • tsk.. korang fikir korang bawak kereta lumba ? haa.. jangan dibiasakan.. selfish namanya tu.. kalau tak de pape, tak pe.. buat nya kenderaan lain dah standby nak pecut gak, tak naya ?




4 : GARISAN BERKEMBAR
  • ibarat kembar la kan, mana boleh nak potong-potong.. haa.. kat situ jek kalau tak belajar pun boleh tahu.. kan ? kan ?
  • jangan mencilok mana-mana simpang, kenderaan, keadaan bila anda lalu kat garisan berkembar.. faham dok ?



5 : TALI PINGGANG KELEDAR
  • ini selalu kakak jumpa.. liat nau nak pakai seat belt tu.. apsal tah.. 
  • pakailah.. orang cipta seat belt tu bukan sesuka.. ade sebab.. maka.. gunalah dengan perihatin.. tak payah nak jadikkan seat belt tu sebagai hiasan di laman rindu.. tak jumpa sebab musabab yang berbaloinya ia..



6 : LORONG KECEMASAN
  • lorong kecemasan adalah untuk KECEMASAN sahaja.. faham tak SAHAJA tu ?
  • jangan salah guna.. bahagian kita sok sok tak tau lagi cemana.. kan ?



7 : TOPI KELEDAR
  • wah !! nak ambil angin sangatkan ? haa.. tau tak ape bahaya yang menunggu kat depan sana nun ? tak tau kan ? kalau tak tau.. UTAMAKAN KESELAMATAN.. tak payah nak tunjuk kepala tu keras kebal sangat.. 



Kalau rasa berduit sangat, langgarlah peraturan.. Hee~ Orang cipta peraturan untuk kita ikut, bukan untuk dilanggar.. Korang bukan macam Todak ye.. Syok syok langgar Singapura.. Hahaha~ Kita ni pun tak cukup kebal, badan kita bukan dari besi pun..

Sayangilah orang yang menyayangi anda.. 

Pandu cermat ; Jiwa selamat..

LOVE ;


11 July 2015

10 LAGU RAYA PILIHAN KAKAK

Wah !! Kemain ramai blogger buat entri ni.. Lagu Raya pilihan teling sendiri.. Kakak pun nak jugak laa.. Disebabkan kakak ni boleh dikategorikan sebagai evergreen dan kakak pun membesar dengan lagu-lagu dorang, maka.. Inilah hasilnya..
  1. Aishah - Pulanglah
  2. Aman Shah - Kepulangan Anakmu
  3. Amy Mastura - Setahun Sekali
  4. M. Nasir - Satu Hari Di Hari Raya
  5. Rafeah Buang - Bila Takbir Bergema
  6. Dayangku Intan - Senandung Hari Raya Untukmu
  7. Mamat Exist - Ku Pohon Restu Ayah Bonda
  8. Siti Nurhaliza - Sesuci Lebaran
  9. Sudirman - Dari Jauhku Pohon Maaf
  10. Azlina Aziz - Indahnya Beraya Di Desa

    Kalau killer, kakak pilih Dari Jauh Ku Pohon Maaf.. Hee~ Ade yang tersirat dalam lagu tu tepat memanah dihati kakak..

Korang layan lagu ape plak ?


LOVE ;



10 July 2015

PENCUCI PINGGAN MANGKUK YANG HALAL DAN MENJAMIN PENJIMATAN


Raya Aidilfitri nak datang lagi ni, cemana persiapan tahun ni ? Kakak harap semua okaylah ya.. Kakak ? Alhamdulillah, semua okay jek.. Tak delah beriya sakan mana pun, takat memeriahkan anak-anak syurga jek.. Hee~ Dah tua-tua ni tak de fikir nak raya sangat, janji anak-anak happy, tetamu yang datang rumah pun happy.. Ye dok ?

Sejak berkahwin, tiap kali menjelang raya, kakak risaukan sangat dengan pinggam mangkuk yang melambak kat dapur.. Penat membasuhnye pun.. Kadang-kadang terfikir nak pakai jek pinggan polisterin tu, tapi lagi la tak manis tetamu tengok dah tu tak elok juga untuk kesihatan..

Tahun ni, kakak dah siap-siap buat stok untuk family kakak.. 3 botol.. 1 untuk kakak gunakan kat rumah, 1 untuk mak kakak yang dok Kota Damansara dan 1 lagi untuk mak mertua kakak kat Kampung Simpang Pelangai, Bentong tu.. Kali ni plannya tak payah basuh beriya sangat nak hilangkan kesan minyak kat pinggan..


Cukup rendam - celup celup celup, bilas sket.. Taaadaaaa-- kalah jenama terkenal yang selalu keluar kat tv nun.. Lagi best bila pencuci pinggan ni tak de bahan kimia tau !! Haa.. betapa selamatnya untuk anak-anak syurga kita..

Bukti ? Tak sungguh ; kakak tak kata.. Hee~ Jom layan video kat bawah ni.. Senyum-senyum ye.. 


.
INGIN MENDAPATKAN PENCUCI PINGGAN TERBAIK PADA ABAD INI ?


LOVE ;

TESTIMONI PEPPERMINT GINGER PLUS

Kalau part buang angin dalam badan, memang kerja dia la tu tapi sejauh mana keberkesanan Makcik Peppermint Ginger Plus tu ? Haa.. Korang nak dengar apa kata rakyat Malaysia mengenai ejen anti-angin ni ? 


JOM !!















semua selesai dengan sebotol comel PEPPERMINT GINGER PLUS berharga RM 47.70.. bebas angin dari badan jom !! best woo--



LOVE ;

9 July 2015

ATASI PERUT KEMBUNG DENGAN SHAKLEE

Korang pernah rasa kembung perut ? Ala.. Yang tetiba rasa senak lepas tu perut cramp tu.. Haa.. Tu kembung perut la tu kekdahnye.. Lagi-lagi time nak dekat datang hais, dia punya kembung tu siap boleh bergendang.. Hee~ Korang ade rasa gitu tak ?



Tentu tentu tak selesakan ? Apa nak buat ? Baring aje la sampai perut lega sket..

Sebenarnya, kebanyakan wanita mengalami kembung perut beberapa hari sebelum datang haid kerana hormon progestron meningkat.. Dinding perut wanita yang dikatakan lemah yang disebabkan oleh komposisi hormon yang dihasilkan.. Ia boleh menjadi semakin teruk pada wanita hamil..


Situasi ini turut menjadikan proses pembuangan melalui saluran pencernaan menjadi sedikit susah kerana perut tidak memberi tindakbalas yang normal seperti hari-hari biasa.. Wanita yang mengalami kembung perut disarankan mengambil banyak sumber serat bagi mengatasi masalah ini..


MACAMANA BOLEH KEMBUNG ?


1 : Pengambilan sumber serat yang terlalu banyak..

2 : Pengambilan pil kehamilan..
3 : Minum minuman gas secara berlebihan..
4 : Pengambilan makanan masin ataupun yang diproses..
5 : Kekurangan protein..
6 : Kurang air dalam badan..
7 : Pengambilan terlalu banyak makanan berlemak..
8 : Alahan makanan..


MACAMANA NAK ATASI MASALAH KEMBUNG PERUT ?


1 : Minum air masak sekurang-kurangnya 8 gelas sehari..
2 : Elakkan pengambilan makanan yang masin..
3 : Lebihkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan..
4 : Utamakan pengambilan makanan segar..
5 : Elakkan makan makanan segera..
6 : Lakukan senaman secara teratur..
7 : Elakkan mengambil makanan yang panas, sejuk dan berlemak..
8 : Elakkan makanan yang memberi ransangan berlebihan pada usus seperti kopi, teh serta coklat..

ADA BANTUAN LAIN TAK ?
SEBAB SAYA MAKAN SEMUA JENIS MAKANAN DAN SUSAH NAK ELAK..


Shaklee ada menawarkan beberapa jenis makanan tambahan untuk membantu mencegah kembung perut dari berlarutan.. TETAPI haruslah tahu sebab dan punca anda mengalami kembung.. 


Sekiranya anda kembung perut disebabkan hormon, kakak mencadangkan anda mengambil GLA COMPLEX yang dapat membantu menstabilkan hormon yang menjadi punca pada masalah kembung perut..



RM 96.73



APA LAGI KELEBIHAN GLA COMPLEX NI ?


  • Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid
  • Membantu meningkatkan kesuburan
  • Melegakan PMS ( sindrom pra-haid )
  • Membantu dalam menangani menopus
  • Menguatkan kuku dan rambut
  • Menjadikan kulit lebih sihat dan berseri-seri
  • Membantu menangai ekzema
  • Melegakan simptom akibat artritis reumatoid
  • Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri
  • Menguatkan imun tubuh
  • Memperlahankan proses penuaan
  • Mengurangkan blood-clot yang boleh menyebabkan serangan jantung
  • Mengawal kencing manis dan darah tinggi
  • Mengawal kolesterol
  • Untuk fungsi saraf

Kalau anda kembung perut disebabkan pemakanan seperti minuman bergas, ubi kayu, petai dan lain-lain anda boleh mengambil PEPPERMINT GINGER PLUS untuk selesaikan angin yang tersangkut kat perut tu..


RM 47.70


SIAPA LAGI YANG BOLEH AMALKAN PEPPERMINT GINGER PLUS NI ?
  • Anda yang badan penuh angin
  • Anda yang sering muntah-muntah dan loya ( kalau anda mengandung, amalkan dan tiada lagi morning sickness !! yeay !! )
  • Anda yang ingin menjaga kebersihan usus 
  • Anda yang suka minum teh pudina
  • Anda yang sering alami perut kembung

LOVE ;

TIPS BERSENAM DI RUMAH

Ya.. Kakak faham sebab kakak juga ada simptom M itu untuk keluar semata-mata bermandi peluh dan masamkan ketiak.. Hahahah~ Yelah.. Serius kakak tak selesa kot dengan anak-anak lagi, mana dan nak masuk keluar gym ke, pusat akrobatik ke, nak jogging seminggu sekali pun dengan #duanur, jawabnya main kejar-kejar dengan dorang sambil terpekik terlolong "aiman ! here !" - "adik !! no, salah jalan.." - "aiman !! adik !! sini !! cepat sikit.." - "aiman !! no !! jangan kacau kakak tu.." Hahaha~ kakak dah imagine kot.. Anank-anak bijak tu bahaya kalau dilepas bebas..

Then.. Kakak pun tanyalah Pakcik Google ni.. Ade ke tak senaman kat rumah dengan kekdah paling senang dan tak memudaratkan kakak.. Hee~ Kalau susah sape nak buatkan ? Ye dok ? Jom kita baca, ape yang kakak jumpa..


1 : JUMPING JACKS
  • senang cerita, dalam bahasa paling mudah adalah lompat bintang..
  • elok untuk jantung dan kardio


2 : PUSH UPS
  • kalau nak kuatkan otot dada, boleh amalkan..
  • perut pun jadik lebih padat dan tak berlemak..

3 : SQUATS

  • memang menggunakan hampir kesemua otot kita..
  • sangat sesuai kalau nak kurangkan berat badan dan men'sado'kan otot.. 

4 : CRUNCHES
  • nak ade 6 pax ? amalkan..


5 : MENARI

  • menari biarlah lagu rancak.. ko jangan layan tarian endang plak ye.. kalau kakak, kakak pilih lagu hindustan.. hee~
  • biarkan tubuh menikmati setiap step yang ada..
  • dapat bakar lemak weyh !!

LOVE ;