7 July 2015

MASALAH KEPUTIHAN KETIKA HAMIL

Masalah keputihan ketika hami adalah masalah biasa pada kebanyakan wanita kerana perubahan hormon ketika mengandung.. Masalah keputihan terbahagi kepada dua iaitu Keputihan Normal dan Keputihan Kritikal.. Jom kita semak cemana rupa dan ciri masalah tersebut :





1 : KEPUTIHAN NORMAL
  • lelehan putih yang nipis dan berbau nipis..

2 : KEPUTIHAN KRITIKAL
  • lelehan berwarna hijau atau kekuningan dan berbau hamis yang kuat disertai kegatalan..
  • ia juga dikenali sebagai jangkitan yis..
  • ia juga boleh berpunca dari aktiviti seksual ( sexually trasmitted disease )

TANDA IBU HAMIL MENGALAMI KEPUTIHAN

Lelehan pada faraj pebih banyak berbanding biasa dan berwarna putih seperti susu.. Tetapi jika anda mengalami keputihan seperti :

  • lelehan pekat, berwarna putih seperti krim
  • gatal, sakit atau warna kemerahan di sekeliling faraj atau punggung
  • sakit bila melakukan hubungan intim
  • sakit bila membuang air kecil

PENYEBAB


1 : Keputihan disebabkan oleh kulat mikroskopik atau yis dipanggil candida albicans dan ia memang ada dalam setiap badan manusia

2 : Biasanya ia hidup dalam faraj tanpa memudaratkan dan kita mungkin tidak tahu ia berada dalam badan.. Namun masalah timbul apabila terdapat ketidakseimbangan diantara jumlah yis dan mikro-organisma lain dalam badan..

3 : Anda lebih berkemungkinan mengalami keputihan jika :

  • semasa hamil, faraj mengandungi gula yang tinggi dipanggil glikogen dan ini menggalakkan pertumbuhan kulat
  • memakai pakaian ketat yang diperbuat dari bahan sintetik, seluar jeans atau seluar dalam nilon yang menghalang peredaran angin lantas menggalakkan pertumbuhan keputihan
  • antibiotik boleh mengganggu keseimbangan di antara mikro-organisma baik dan jahat yang tinggal di dalam perut anda
  • menghidapi kencing manis atau diabetes yang tidak dikawal dengan baik

RAWATAN
  • doktor akan memberikan ubat atau krim anti kulat yang sesuai pada tahap kehamilan yang memerlukan anda menumpukan hampir 7 hari untuk perawatan sempurna untuk menghapuskan masalah keputihan
  • sapukan yogurt asli tanpa perisa ke dalam dan disekliling faraj
  • pakai seluar dlaam yang diperbuat dair kapas
  • jangan berendam dalam mandian panas terlalu lama kerana ini menyediakan persekitaran yang hangat dan lembap yang sangat sesuai untuk pembiakan kulat
  • jangan gunakan mandian buih yang mengandungi pewangi
  • lap punggung hingga ke bahagian hadapan sehingga benar-benar kering selepas anda ke tandas
  • pastikan faraj anda cukup basah sebelum anda bersama suami

RAWATAN DENGAN PRODUK SHAKLEE ?

Ada je.. 


DAPATKAN SET PERAWATAN MISS V DARI PENGEDAR SHAKLEE ANDA !!

LOVE ;


No comments:

Post a Comment