TIPS AWET MUDA SECARA NATURAL

usia nak mencecah 30-an ? ya.. sangat membimbangkan bila penambahan angka sekaligus garis halus di sekitar mata dan dahi mula kelihatan.. waa.. cuakkan ? masa tu jugak la keyakinan diri sedikit goyah dan panik..

korang macam tu tak ? hee~ tak pe.. kalau ada rasa camgitu, lepas ni tolak jejauh ya.. sebab kakak nak share tips untuk tampil awet muda secara alami.. a.. gittew--



1 : BERSIHKAN WAJAH SEKERAP MUNGKIN
  • kulit yang bersih mampu menyerap nutrisi yang baik secara menyelurus dan bernafas dengan sihat..
  • bersihkan wajah dengan air suam dan gunakan pencuci muka yang sesuai dengan kulit wajah..
  • kalau anda jenis yang suka mengenakan mekap, pastikan anda mencuci mekap tersebut dengan kapas halus kerana kapas tersebut dapat membersihkan kulit secara menyeluruh dan melancarkan perjalanan darah secara menyeluruh..
  • bilas wajah dan keringkan dengan tuala bersih..
  • tukar tuala muka dengan kerap kerana penggunaan tuala dalam tempoh yang lama boleh menyebabkan bakteria menggangu..
  • pupurkan pelembab untuk melembabkan kulit..

2 : MULAI SEJAK REMAJA
  • perawatan awet muda haruslah bermula sejak awal 20-an..
  • jadikan ia ritual lengkap setiap hari dengan mengenakan perawatan serum, krim malam dan pelembab yang sesuai dengan kulit wajah..
  • kandungan produk anti-aging yang digunakan pada usia awal 20-an dapat mencegah timbulnya tanda-tanda penuaan dan menjaga proses metabolisme kulit supaya stabil..
  • ramai yang bertanggapan bahawa, pada usia mudalah kena nikmati semua jenis makanan dan pelbagai cara kehidupan tetapi mereka lupa bahawa apa yang kita amalkan akan memberi tindakbalas pada tubuh kita nanti..

3 : RUTIN OLAHRAGA
  • adakan masa sekurang-kurangnya 3 kali seminggu dan 30 hingga 60 minit sehari untuk bersenam..
  • selain baik untuk kesihatan jantung, olahraga juga meransang sistem di otak untuk menghasilkan hormon anti-aging..
  • tak sempat ? tak de mana lansung ? sibuk ? maka.. bersenamlah di mana anda berada dengan gerakan yang ringkas..
  • kesan jangka panjang, anda akan kelihatan lebih bertenaga dan cergas..

4 : MASKER ALAMI
  • selain melakukan perawatan harian, manjakan kulit wajah dengan masker alami buatan sendiri.. 
  • campurkan telur dengna perahan lemon, kacau sehingga berbuih kemudian sapu rata pada wajah dengan rata.. putih telur berfungsi menganjalkan kulit dan mengecilkan pori-pori..
  • banyak lagi resepi masker alami yang ada, nanti kakak share lain ya.. hee~

5 : KUALITI ISTIREHAT
  • waktu tidur malam yang berkualiti adalah selama 7 - 8 jam untuk memberi waktu rehat pada tubuh selepas seharian beraktiviti.. jaga kualiti tidur anda..
  • jangan tidur dengan perasaan marah, stress dan risau..
  • jauhkan dari handphone, laptop, buku-buku dan segala benda yang menggangu kualiti tidur malam anda..
  • jadikan ruang tidur sebagai ruang privasi anda untuk menikmati waktu rehat..
  • matikan lampu sebelum tidur kerana tidur dalam keadaan gelap akan membuatkan tubuh menghasilakn hormon melatonin yang baik untuk sistem pertahanan tubuh dan menjaga sel tubuh dari mengalami kerosakan..
  • elakkan minum air sebelum tidur kerana anda akan terjaga pada waktu malam untuk membuang air.. ya.. ia menggangu tidur.. hee~
cemana ? jangan kata kakak tak payung eh.. dah !! jom tidur.. selamat malam !!

No comments:

Powered by Blogger.