TIPS : 5 TIPS MENERAN KETIKA MELAHIRKAN

PLEASE READ AT YOUR OWN RISK..

Hee~ Kakak nak share TIPS MENERAN ni.. Meneran tu ape ? Meneran ya bukan Meran.. Baca leklok tau.. Hee~


Meneran berlaku ketika kontraksi saat untuk melahirkan bayi atau dalam bahasa pasar yang agak kasarnya meneran masa nak beranak !! Woahh-- Keras dan padu.. Hee~ Takut plak nanti ade yang labelkan blog kakak 18 SX..

Sebenarnya memang ada teknik tertentu yang perlu ibu - ibu tahu, belajar, faham dan berlatih untuk meneran dengan cara yang betul ketika bersalin normal.. Antara point tersebut adalah :

1 : PERNAFASAN
  • Latihan pernafasan sangat penting, bunyi macam remeh tapi latihan yang berulang kali dapat membantu kita mengawal pernafasan ketika meneran.. Jangan ingat nak masuk pertandingan menyanyi jek perlukan latihan pernafasan, nak masuk labour room pun kena ya.. Gittew-- Cemana ? 
  • Caranya gini :
    • Masa mula contraction datang, tutup mata dan baca Bismillah, cuba fokus pada cara mommies bernafas.. 
      Kemudian..
    • Tarik nafas dalam kiraan 3 atau 4.. apabila tarik nafas, gunakan hidung..
    • Tahan nafas sesaat atau dua..
    • Lepaskan nafas mommies perlahan dalam kiraan lima macam tu, melalui mulut.. 
    • Dalam satu sesi contraction, mommies boleh ulang teknik pernafasan ini beberapa kali..


2 : POSTUR BADAN

  • Baring dengan keadaan kedua-dua belah kaki terbuka luas dan dilipatkan sedikit menjadi seperti bentuk huruf A..
  • Biasanya, jururawat akan meninggikan bahagian atas ( kepala dan bahu kita ) supaya dapat memudahkan kita meneran..
  • Dalam keadaan itu, sebaik / sebolehnya tangan kite memegang pada tumit.. Orang kurus, biasa boleh buat gini.. Bagi yang agak berisi yang tak boleh nak capai tumit kaki ketika posisi baring begitu, biasanya jururawat akan letak kaki kita kedua-duanya diatas besi khas di kiri kanan katil untuk menyokong kedua-dua belah kaki kita.. Dia macam tergantung la..
  • PERKARA UTAMA yang kita kena pastikan posisi ketika meneran :
    • Kepala diangkat sehingga DAGU MENCECAH RAPAT ke dada..
    • Punggung dalam keadaan tetap pada tempatnya dan TIDAK terangkat, kerana risiko berlakunya kekoyakan..
    • mase kite ready tarik nafas pangjang dan meneran tu, ketika meneran tu la kita make sure kepala dan dagu kita rapat pada betul dada dan punggung tidak diangkat.. Bila, kepala diangkat dan dagu rapat betul pada dada, momentem kite meneran tu lebih tinggi.. Tenaga yang disalurkan disitu lebih. Jadi daya teranan tu lebih kemas dan mantap !! 

3 : TENAGA
  • Bila dah ada tanda nak melahirkan, kalau sempat mandi, g la mandi dulu biar badan segar sikit.. Kan.. 
  • Lepas tu alas la perut tu sikit.. Makan makanan yang memberi tenaga seperti telur separuh masak, susu, roti ataupun air milo.. Kalau takde pilihan lain, boleh la standby ESP sebotol untuk saat-saat genting camni.. Hee~ ESP mampu memberi rasa kenyang seharian dan memberi tenaga yang banyak.. Sebab nak meneran memerlukan tenaga yang banyak..



4 : PERLINDUNGAN DIRI
  • Amalakan ayat Qursi, selawat ke atas nabi, doa Nabi Yunus, surah 3 Qul dan surah al-Insyirah..
  • Berdoalah tanpa jemu supaya meringakan kesakitan dan memudahkan proses melahirkan..
  • Bila fizikal kita keasikatan tetapi sepanjang menahan sakit tu kita sentiasa beristirghfar dan mengigati Dia sekali gus menguatkan hati kita.. Ya.. Sakit hanya pada fizikal tetapi hakikatnya jiwa kita kuat untuk jihad.. Hee~

5 : MOHON KEAMPUNAN
  • Memohon kemaafan dan keampunan juga merupakan satu remedi yang membantu untuk memudahkan proses melahirkan.. Bunyi macam simple, macam hari raya.. Kan ?

Sakit kontraksi hanya dirasa saat kontraksi SAHAJA.. Lepas baby dah keluar, secara automatik sakit tu hilang sama sekali.. LAgi-lagi lepas dapat menatap wajah comel yang kita kendong selama 9 bulan tu.. Masya Allah.. Ajaibkan ?

Tak dapat nak diungkapkan dengan perkataan betapa besarnya kuasa Dia dan betapa besarnya kasih sayang Dia terhadap ibu yang melahirkan.. Saat kakak menaip ni pun akak cuba nak explain sakit kontraksi tu cemana, tapi tak dapat nak gambarkan.. Sebab sakit tu berlaku TIME TU SAHAJA.. 

Akhirkata.. 
SELAMAT BERJUANG MOMMIES !!

NAK BERPANTANG SECARA SIHAT ?
DENGAN SUPPLEMENT SHAKLEE..
SILA TANYAKAN PADA PENGEDAR SHAKLEE BERHAMPIRAN ANDA..

SET BERSALIN DAN BERPANTANG SHAKLEE NI BOLEH ELAK JAUNDICE PADA BABY..
DAN MEMBANTU MOMMIES KURUS DENGAN SIHAT..
HEE~



LOVE ;


No comments:

Powered by Blogger.