CHECKLIST KEPERLUAN IBU BERSALIN KE HOSPITAL

Apa ? kandungan dah cecah 32 minggu ? dah lebih ? tapi tak kemas lagi barang yang nak bawak untuk 'check-in' kat hospital ? hee~ tak pe.. tak payah nak kelam kabut sangat sebab kakak nak share checklist untuk kelengkapan ibu bersalin ke hospital.. dijamin, LENGKAP..

KENAPA KENA SEDIAKAN AWAL ?

Buatnyalah baby dah tak sabar nak keluar, tak de lah kelam kabut nanti.. tinggal nak capai beg je lepas tu berdesupppp ke hospital..

Jom kita semak apa yang ada dalam list tu :

1 : BARANG KEPERLUAN IBU

  • tuala mandi  dan kain batik
    • sehelai sudah cukup melainkan ibu tahu akan berada di hospital dalam tempoh lebih daripada 1 hingga 2 malam atau ibu akan masuk hospital lebih awal dari tarikh dijangka bersalin atas faktor kesihatan ibu dan kandungan..
  • keperluan mandi
    • berus gigi, ubat gigi, sabun, syampu, pencuci muka dan sebagainya..
  • penjagaan diri
    • bedak, sikat, getah ikat rambut, deodorant dan sebagainya..
  • 1 helai pakaian untuk pulang dari hospital
    • semasa dalam ward, pakai baju yang disediakan oleh pihak hospital je..
  • 1 pasang  stokin tebal
    • boleh pakai semasa dalam labour room kerana suhu dalam labour room sangat sejuk.. selain itu, boleh juga dipakai selepas bersalin nanti..
  • 1 plastik berwarna hitam ( kecil ) untuk letak uri..
  • 1 plastik besar untuk letak kain kotor..
  • air zam-zam dan buah kurma
    • untuk diminum / dimakan oleh ibu dan untuk tujuan mentahnik ( belah mulut ) bayi.. biasanya suami akan tahnik bayi semasa dalam labour room lagi, sebaik bayi keluar dan sebelum menyusu kali pertama..
  • bengkung moden
    • supaya perut ibu sentiasa terjaga.. ingat yer, sebelum makan, pastikan berbengkung dahulu.. guna yang jenis moden lebih mudah semasa dalam wad.. bila dah balik rumah, barulah guna bengkung yang berlilit-lilit tu.. takkan la nak melilit bagai kat ward kan.. hee~
  • 1 pack tuala wanita maternity ( khas untuk wanita selepas bersalin ) 
  • pakaian dalam wanita
    • bra menyusu dan panties ( seluar dalam ) biasa yang bukan untuk ibu mengandung.. untuk lebih mudah boleh juga guna disposable panties ( seluar dalam pakai buang )..
  • buku laporan mengandung
    • pihak hospital perlukan untuk rujukan.. jangan lupa tau, kang tak pasal-pasal kena marah..
  • SET BERPANTANG SHAKLEE
    • set ini boleh diambil segera, sebaik sahaja selepas bersalin..


2 : BARANG KEPERLUAN BABY

  • 2 helai tuala mandi bayi..
  • 2 helai kain bedung / selimut bayi..
  • 2 pasang sarung tangan dan sarung kaki bayi..
  • 2 pasang baju lengan panjang dengan seluar panjang bayi..
  • 4 hingga 5 keping lampin pakai buang / pakai basuh.. standby satu pek lampin pakai buang ( atau lebih banyak lampin pakai basuh ) dalam kereta, kalau-kalau diperlukan nanti..
3 : KEPERLUAN BABY KE LABOUR ROOM


  • 1 helai baju lengan panjang sahaja ( tanpa seluar )..
  • 1 helai tuala bayi..
  • 1 helai kain bedung / selimut bayi..
  • 1 pasang sarung tangan dan sarung kaki bayi..
  • 1 lampin pakai buang / pakai basuh..
Amacam ? okay tak ? semoga perkongsian di atas dapat memberi sedikit sebanyak manfaat kepada mommies yang tengah buat master checklist barang sebelum bersalin..

Banyakkan istirghfar, berselawat dan sentiasa tenang bila dah nak masuk labour room ya.. hee~ semoga urusan kelahiran mommies berjalan dengan lancar..



LOVE ;

No comments:

Powered by Blogger.