TIPS MENGATASI KULIT KUSAM

August 06, 2015

Dah kerap sangatkan kita baca tentang masalah kulit kusam.. ada tu sanggup ambil jalan pintas untuk "kembali putih dan gebu dalam masa 2 hari" tak pun "cantik menawan kulit wajah tiada cela dalam tempoh 2 jam SAHAJA".. pada kakak.. itu hanyalah bayangan gurauan terlampau kasar dari seller.. kesian customer, ko janjikan bebukan.. hahaha~

Tak pe lah.. nih ha.. kakak share beberapa tips boleh - guna - pakai untuk merawat masalah kulit kuram berjeragat berhabuk.. hee~ jangan marah eh..

1 : BANYAK MINUM AIR MASAK

  • air masak sangat penting dalam menjaga kesihatan organ dalaman dan tak lari jauh untuk memelihara kesihatan kulit.. berapa banyak korang konsume air masak mempengaruhi kecantikan kulit korang ye.. haa.. lepas ni sila maintain 2.5 liter - 3 liter air masak sehari..

2 : BERSIHKAN DIRI SECARA TERATUR
  • kalau dah biasa mandi 3 kali sehari ( awal subuh / tengahari / lewat petang ) kekalkan momentum.. hahaha~ betullah.. kekalkan.. jangan kurang.. dan kalau nak lagi best, lebihkan sebab ? kalau kita ni Muslim, kita diwajibkan menunaikan solat 5 waktu sehari semalam.. nah !! sebelum solat, bersihkan diri adalah pilihan yang tepat.. kalau ngam kita solat 5 waktu, boleh jek nak sama banyakkan 5 kali mandi sehari..


3 : PAKAI LOSYEN PELEMBAB

  • penting gak ni.. kalau kita kat luar, terdedah dengan habuk la, cahaya laa.. jalan mudah nak elakkan kulit kering, pakai pelembab.. tapi.. kena hati-hati memilih produk sebab dah terlampau byank lambakan produk yang tak tau dari mana datang menarik perhatian wanita-wanita yang suka akan kecantikan.. lagi satu.. kulit setiap orang adalah berbeza ya.. dapatkan nasihat dari pakar..


4 : BEAUTY SLEEP

  • dapatkan tidur yang berkualiti dan elakkan berjaga sepanjang malam kerana sedikit sebanyak ia mengganggu proses penghasilan kulit baru yang berkualiti.. dpaat minima 6 jam dah ngam dah..

5 : JAUHI STRESS
  • stress ? jauhkan dari punca stress.. sebab stress jugak menjadi punca kulit wajah kusam.. kalau nak kurangkan stress, boleh cuba consume B Complex Shaklee.. ala.. sebotol boleh tahan 4 bulan kot.. jimat kan ? RM 56.98 jek pon..


6 : BERSENAM

  • sekali sekala bersenamlah.. dapat seminggu sekali pun okay dah.. kenapa ? dengan bersenam, kita dapat menggerakkan kesemua otot badan kita dan melegakan tekanan yang ada pada otak.. amik udara segar sesambil tu kan..

7 : JAGA POLA MAKAN
  • nak cantik ? jaga pola makan ye.. jangan makan main sedap anak tekak jek.. sebab bukan semua jenis makanan yang kita suka membantu untuk menjaga kesihatan kulit.. haa.. ce semak balik ape yang korang makan..


8 : PUTIH TELUR

  • jimat dan murah.. kan ? jangan tak tau putih telur tu korang boleh buat masker.. biarkan kering lepas tu basuh dengan air suam.. jadikkan amalan.. serius.. cnatik gebu macam putih telur nanti.. yang kuning ? haa.. yang tu goreng, makan dengan nasik + kicap + patahkan cili api.. pfffftttt-- sedap !!


9 : AIS BATU

  • sejuk !! tapi sangat membantu.. lebam bawah mata boleh disurutkan dengan ais batu.. hee~ bestkan..

10 : SET PERAWATAN WAJAH


  • Shaklee le.. ape lagikkan.. hahaha~

LOVE ;



You Might Also Like

0 comments

RAKAN BLOGGER !!

G+ FOLLOWERS