CARA YANG BETUL MENGAJAR BABY MENGGUNAKAN BOTOL SUSU

Haa.. Ye la kan.. Dah syok berpantang, dok bergayut dan sampai masa ibu kena bekerja.. Baby pulak tak nak botol susu.. Parah gak tu.. Hee~ Jom kakak share beberapa tips untuk mengajar baby menggunakan botol susu..


1 : SUSU EBM
  • Kakak menyokong dan mengalakkan ibu kemberi baby 100% EBM ( Exclusive Breast Milk ) kerana, selain mengelakkan payudara membengkak EBM terbukti dapat menenangkan baby dan dapat mengelakkannya dari terkejut dengan perubahan rasa susu..
  • Mulakan dengan memberi fresh / chilled EBM kerana kalau dari awal terus bagi baby dengan frozen EBM dikhuatiri baby akan menolak.. Sebab ? Rasa frozen EBM sangat berbeza berbanding susu fresh dari ibu..
  • Lepas baby dah boleh terima chilled EBM bolehlah mula memberi frozen EBM..


2 :BANTUAN ORANG KETIGA
  • Ibu digalakkan meminta bantuan dari orang ketiga iaitu ayah ataupun pengasuh.. Logiknya, baby susah nak terima medium lain selain payudara si ibu bila dia merasakan payudara berada berdekatan dengannya.. Haa.. Unikkan sensor seorang baby.. Hee~ Sebab tu dalam proses training ni, ibu tidak ada bersama..


3 : POSISI
  • Jom bereksperimen dengan pelbagai posisi penyusuan yang berbeza-beza dan seboleh-bolehnya bukan dalam posisi ibu menyusukan baby..
  • Boleh cuba menyusukan baby dengan menghadap ayah atau pengasuh ( face to face )..


4 : KEMAHUAN
  • Uji kemahuan baby dengan cara meletakkan puting botol susu di tepi mulut dan tunggu sehingga baby buka mulut dan menghisap puting..
  • Kalau baby tak memberi sebarang respon atau menolak, itu bermakna baby belum lapar atau masih kenyang..


5 : WAKTU MALAM
  • Waktu yang baby sedang relax dan tenang.. Kebiasaannya lebih mudah kerana baby berada dalam situasi 'mudah menerima'..


6 : TENANGKAN BABY
  • Peluk dan tenangkan baby dengan cara berinteraksi, mendodoi dan mengusap kepala baby supaya baby berasa lebih relax.. Boleh juga dukung dan bawa berjalan-jalan santai semasa menyusukan.. Iamakan membuatkan baby rasa selesa dan dapat mengalih perhatian baby terhadap payudara ibu..


7 : PUTING BERSESUAIAN
  • Gunakan puting yang bersesuaian yang hampir sama dengan rupa dan bentuk puting payudara ibu supaya tidak terjadinya kekeliruan puting..
  • Terdapat pelbagai jenis puting yang ada dipasaran, ibu haruslah bijak memilih puting berlabel new born dan slow flow..
  • Boleh dapatkan pelbagai jenis puting dan botol susu dari MARISSA SHOPPE.. Hee~ Boleh walk-Iin, boleh juga beli secara online.. Owner dan staff sangat membantu..



8 : MULA AWAL
  • Seawal 2 - 3 minggu sebelum ibu bekerja adalah waktu yang terbaik untuk mengajar baby untuk serasi dengan kaedah baru penyusuan ini..


9 : JANGAN PUTUS ASA
  • Jangan sesekali mengalah dengan anak.. Jangan terus suakan susu directndari payudara dengan alasan tak sampai hati menengok anak menangis.. Ambil masa dan teruskan dengancteknik penyusuan ibu menggunakan botol susu..
  • Teruskqn mencuba dan berikan sedikit masa untuk baby serasi dengan botol..


Haa.. Cemana ? Kakak harap tips yang kakak share ni dapat membantu sedikit sebanyak proses penyusuan susu ibu secara eksklusif kepada baby ya.. Tak de alasan untuk bagi baby susu tepung yang sedia ada dipasaran..

RISAU susu semakin berkurangan ? Dapatkan SET PENYUSUAN Shaklee yang telah terbukti menjadi milkbooster terbaik sehingga ada ibu yang mampu menyusukan anak sehingga 4 tahun.. Woah-- Laam tu kan.. Hee~ Rezeki anak.. Ngam dah tu dengan promosi ESP bulan nih.. 

LOVE ;


No comments:

Powered by Blogger.