29 October 2015

TESTIMONI ( VIDEO )

TIPS MENGATASI RAMBUT GUGUR


MASALAH GASTRIK KRONIK SELESAI 


HAID TIDAK TERATUR


MERAWAT MASALAH JERAWAT KRONIK


CABARAN MENYUSU ANAK PRAMATANG


ANAK SAYA KURUS KERING ? ITU SEJARAH LAMA..


ANAK SAYA SEMBELIT TERUK.. 



SEDANG HAMIL ? ANEMIA ?


LELAKI KUAT BERSUKAN TAPI TAKNAK MAKAN VITAMIN ?


UBAT CHICKEN POX DEWASA
 





14 October 2015

MERAWAT BARTHOLIN CYST DAN CARA PENCEGAHAN

BARTHOLIN disebut BAHR-kaki-linz merupakan kelenjar yang terletak pada setiap bahagian pembukaan faraj.. Kelenjar ini merembeskan cecair yang membantu melincirkan vagina..
Bartholin Cyst

Kadang-kadang bukaan kelenjar ni terhalang, dan menyebabkan cecair untuk melembabkan permukaan miss V terhalang dan cecair tidak dapat dihasilkan.. Hasilnya ? SAKIT !! Bengkak tersebut kebiasaannya mengandungi cecair berbentuk nanah dan dikelilingi tisu radang dan rawatan bergantung kepada saiz dan tahap kesakitan.. 

Cara Merawat Bartholin Cyst

Tahap pembesaran Bartholin Cyst adalah berbeza dan ada yang terlalu kecil sehingga kita tak sedar lansung.. Tapi kalau ia tumbuh besar dan semakin membesar ia sedikit sebanyak akan menggangu keselesaan bahagian faraj..

Tumbesaran Bartholin Cyst mampu berlaku dalam tempoh beberapa hari dan dalam masa yang singkat dan kalau korang dijangkiti Bartholin, korang mungkin mengalami :

  • rasa ketulan lembut dan menyakitkan berhampiran pembukaan faraj
  • rasa tidak selesa ketika berjalan atau duduk
  • sakit semasa bersama suami
  • demam

Britholin Cyst yang menanah kebiasaannya berlaku pada bahagian sebelah sahaja dan ia berpunca daripada jangkitan kuman.. Jom kita tengok bagaimana pulak boleh terjadinya Bartholin Cyst tu..


PUNCA TERJADINYA BARTHOLIN CYST



Ada kajian yang mengatakan, pakar percaya punca utama Bartholin Cyst adalah pengumpulan cecair pada pembukaan kelenjar tersekat berkemungkinan akibat jangkitan ataupun kecederaan..

Bartholin Cyst yang dijangkiti kuman akan membentuk benjolan yang mengandungi nanah dan bakteria seperti gonorrhea dan chlamydia memberi sokongan kepada tumbesaran Bartholin Cyst..

Nah !! Perawatan segera untuk proses penyembuhan sangat diperlukan kalau tak memang menanggung kesakitan dan ketidakselesaan.. nih ha kakak nak share sikit ape yang korang kena buat kalau terkena jangkitan..

  • Lakukan pembedahan pelvik ( yang ramai wanita tak berani nak buat sebab peratusan untuk sembuh sepenuhnya tak de sebaliknya kelenjar boleh terbentuk semula selepas pembedahan.. )
  • Ambil sampel rembesan dari faraj atau serviks untuk diuji..
  • Jika ia semakin membesar dan terdapat sel kanser, doktor akan membawa terus kes korang ke pakar sakit puan..
  • Doktor akan menetapkan antibiotik sekiranya ia semakin melarat dan dikhuatiri akan pecah..
  • Marsupialization ( mahar Soo-pee-ul-ih-ZAY-shun ) prosedur ini boleh membantu  di mana doktor akan menjahit di setiap sisi insisi saliran untuk mewujudkan pembukaan kekal kurang daripada 1/4-inci ( kira-kira 6 milimeter ) panjang.. 
  • Jika kesemua teknik tidak berjaya, doktor akan menjalankan pembedahan untuk membuang kelenjar Bartholin dan kebiasaannya pembedahan dilakukan dengan dos bius yang minima.. Mungkin akan rasa sakit sikit laa.. Hee~ DAN !! Pembedahan berkemungkinan akan memberi risiko yang lebih besar seperti pendarahan atau komplikasi selepas prosedur pembedahan..

bulan lepas kakak dapat sorang prospek yang memang kakak tak boleh nak guide * sedikit frust.. * sebab dah tahap bengkak nak berjalan pun tak boleh ape tah lagi nak bersama dengan suami.. jatuh airmata gak ah masa dengar akak tu cite * cite kat whatsapp, baca, tapi kira menjadi pendengar laa.. hee~ * dan doktor kata memang kena operate.. dia mintak pendapat kakak, dan kakak pun sokong dengan pendapat doktor sebab dah memang tak boleh buat ape.. hahaha~ cemana kakak nak jelaskan dengan ayat "memang tak boleh buat pape.."


Benjolan Pada Faraj

BARTHOLIN CYST MENANAH


  • wanita memiliki 2 kelenjar bartholin yang setiap satunya bersaiz kacang yang letaknya kat setiap pembukaan faraj dan ia membekalkan pelincir untuk membran faraj..
  • cecair terkumpul di kelenjar meningkatkan tekanan kat kawasan tu dan kalau terjadinya bengkak dulu, kelenjar boleh bernanah dan kebiasaannya ia terjadi pada satu bahagian sahaja ( jarang dapat kes kedua-dua kelenjar bengkak dan bernanah.. )
  • bila dah bernanah, ==> sakit sangat + tak selesa..
  • antara punca terjadinya Bartholin Cyst adalah dari bakteria sepert E. Coli, penyakit kelamin ( STD ) juga merupakan punca kelenjar menjadi semakin membengkak dan boleh merebak..
  • jika tidak dirawat, ia boleh menjadi kanser..

em.. kawal pemakanan.. kawal pemakanan.. makan makanan sihat.. jauhkan diri dari makanan yang menjadi sumber sel sel parasit ni membiak.. kalau tanak jaga kesihatan, nak tunggu dah sakit baru nak jaga.. tepuk dada, tanya hati.. ada suami yang kasihkan korang, ada anak anak yang memerlukan belaian korang.. hee~


PENCEGAHAN


sebenarnya.. TAK DE cara khusus untuk mencegah terjadinya Bartholin Cyst nih melainkan korang memang jaga kebersihan sebaik mungkin dan mengamalkan seks sihat dan selamat.. terutamanya kalau korang menggunakan kondom..


APA YANG KAKAK BOLEH BANTU ?



Bila hal hal yang melibatkan JANGKITAN kuman / bakteria camgini, memang kakak akan menyarankan pengambilan antibiotik semulajadi seperti NUTRIFERON atau ALFALFA COMPLEX yang bertindak sebagai anti-kulat.. Tapi.. dalam kebanyakan kes yang berkaitan dengan CYST / KETUMBUHAN, kakak memang mengesyorkan pengambilan GLA COMPLEX yang bertindak menstabilkan hormon ( kebanyakan cyst terjadi apabila hormon wanita macam puting beliung.. hee~ )


SET CYST / FIBROID SHAKLEE



1 : GLA COMPLEX ( cepat kecut )
  • membantu mengecutkan cyst / fibroid dengan cepat
  • membantu penghasilan prostaglandin
  • mengurangkan bengkak atau merah pada rahim yang menyebabkan kesakitan
  • menghalang salur darah tersumbat
  • menstabilkan hormon wanita


2 : SR VITA C PLUS ( daya tahan )
  • mempercepatkan penyembuhan cyst / fibroid
  • meningkatkan daya imun tubuh melawan penyakit
  • memusnahkan sel yang tidak normal ( cyst / fibroid )
  • detail DI SINI


3 : VITAMIN E COMPLEX ( cepat sembuh )
  • mempercepatkan penyembuhan
  • menghasilakn sel baru yang sihat dan normal
  • menghalan cyst / fibroid berulang



Nak tau apa kata customer kakak ?

Pengedar Shaklee Bukit Jalil

Alhamdulillah.. 

Pengedar Shaklee Puchong

Set Cyst Shaklee

Merawat Masalah Senggugut Kronik

Tapi bukan itu aje tau.. Sebab semakin membengkaknya Bartholin Cyst ni bila hendak bersama dengan suami, pelincir tidak dapat dihasilkan dengan konsisten.. Ada masa tu sampai kering sungguh dan teramat sakit.. Haa.. Jelaskan kakak explain pasal kelenjar Bartholin Cyst ni ?



LOVE ;
ATIE ADNAN


11 October 2015

PEWANGI RUMAH SEMULAJADI MURAH DAN TAHAN LAMA


Dah kalau namanya surirumah tapi bergaji ni memang tak reti nak dok diam haa.. Ade jek kekdah nak mengharmonikan lagi rumah haa.. Hee~ Hari tu g Mydin dekat dengan rumah nih ha, nampak plak daun pandan.. Kesian dia tak de orang beli.. Kakak amik la seikat haa.. Tapi memang tak plan nak buat pape..

Letak dalam peti sejuk sampai 3 hari.. Tiap kali bukak peti sejuk, semerbak bau dia naik menusuk hidung haa.. Syok-- 

Lepas tu menunglah kakak sorang diri.. Hahahah~ Kakak capai pisau, potong-potong halus.. Ngam !! Lepas tu letak dalam bekas terbuka..







Letak dalam bilik tido.. Pergh-- Bau dia memang menusuk jiwa.. Sorry pewangi sintetik.. Kakak dah jatuh cinta dengan daun pandan.. Ala-ala pengantin baru gittew-- Serius best bau dia.. Rasa boleh tahan seminggu dua ni.. Kita tengok cane nanti.. Hee~

Follow instagram kakak !!
cari #atiehilmi2u

LOVE ;



9 October 2015

SUSAHNYA NAK KURUS WALAUPUN DIET

Susahkan ? Hahaha~ Dah beriya dok diet ni tapi berat badan masih macam tu jugak, seluar masih ketat, baju ada yang dah tak boleh pakai lagi ; sendat.. Ini bukannya berat badan susut malah bertambah pulak tu.. Opppsss-- Baca sampai habis, mana tau kot terkena tepat kat batang hidung sendiri ke.. Hee~ Ye la.. Kadang tu kebanyakan kebiasaan akan memberi impak negatif untuk program diet kita tapi tak pe la.. Lepas ni ubah la mana patut.. Ye !!




KENAPA SUSAHNYA NAK TURUNKAN BERAT BADAN ?


1 : AIR BERKARBONAT



  • bila sebut air berkarbonat, kita sendiri fahan dan sedar "gula".. Haa.. Korang tau tak yang segelas air berkarbonat terdapat 65 kalori dok menyorok dalam tu..
  • kalori tu tak mengenyangkan perut malahan membuatkan korang bertambah lapar..
  • kalau korang amik 2 - 3 gelas minuman berkarbonat sehari, kemungkinan besar berat badan korang akan bertambah 30 %.. Kalau sedia 70kg, mohon standby untuk 100kg yaa..

2 : KURANG TIDUR
  • tidur tidak kurang dari 5 jam sehari akan mempengaruhi minda dan sekaligus menaikkan nafsu untuk makan pada waktu sunyi..
  • semakin sikit jumlah waktu korang tidur, semakin banyak masa korang mengunyah makanan.. INI BAHAYA !!

3 : TIDAK SARAPAN
  • kalau korang tak sarapan, korang berhadapan dengan risiko menghidapi obesiti.. 4 kali lebih dari mereka yang memang mengamalkan sarapan setiap hari..
  • dengan membiarkan perut korang kosong tanpa sarapan ia akan melambatkan proses metabolisme badan dan menahan rasa lapar sekaligus akan membuatkan korang nak makan banyak waktu tengahari.. Dah lapar kan ? Hee~

4 : MAKAN TERLALU CEPAT
  • amboi korang.. Kalau makanan sedap, kemain laju korang kunyah macam keretapi kan.. Haa.. Siap tak sempat kunyah terus telan.. Kan ?
  • cuba amalkan apa yang Rasulullah SAW dah ajar kita.. Mengunyah sebanyak 40 kali untuk membiarkan makanan itu betul-betul hancur lumat supaya perut kita senang nak proses makanan tu..

5 : KURANG MINUM AIR MASAK
  • dalam kajian ada mengatakan ; seseorang yang sedang diet dan minum 2 gelas air masak sebelum makan akan membuatkan beratbadannya kurang 30% lebih cepat berbanding mereka yang tidak amalkan..
  • badan kita memerlukan sekurang-kurangnya 3 liter air masak untuk mencernakan segala makanan.. Haa.. Kalau kurang air masak, kurang la proses nyahkumbahan.. Itu juga salah satu punca gemuk..

6 : KOMBO MAKANAN LEBIH MURAH
  • ya.. Betul la tu.. Kombo makanan yang diiklankan selalunya lebih murah berbanding set asas.. Tapi AWAS !! Ia akan membuatkan korang lebih rasa nak makan jek keje nye..
  • korang beli set kombo, korang akan mengambil lebih banyak kalori dan dah tentu korang akan sedaya upaya menghabiskannya sebab tak nak membazir.. Kan ?

7 : PORTION BESAR

  • Seseorang yang makan dengan potongan yang besar boleh menambah kalori di badan mereka sebanyak 50% berbanding dengan mereka yang mengambil potongan kecil dan kunyah perlahan-lahan..

8 : MAKAN LEWAT MALAM
  • mengikut kajian Journal Obesity : siapa yang makan selepas jam 8 malam akan mendapat lebih banyak kalori yang tidak sempat dibakar..
  • jadi.. kalau korang ade rasa nak makan tengah-tengah malam tu.. sila la makan makanan yang kandungan gula dan lemak yang rendah seperti susu rendah lemak dan buah-buahan..

9 : MALAS BERSENAM
  • walaupun korang dok la kurangkan pengambilan makanan konon diet la katakan tapi boleh jadi tak de satu bahagian kat badan korang mengecil.. dah kenapa ? ya.. malas nak bersenam..
  • manfaatkan 15 minit sehari untuk sedikit senaman yang berkesan..

10 : KURANGKAN PENGAMBILAN KARBOHIDRAT
  • pengambilan karbohidrat secara berlebihan seperti mi, nasi putih dapat meningkatkan hormon serotinin yang menyebab kan korang rasa nak makan lagi dan lagi..
  • gantikan karbohidrat sederhana dengan karbohidrat kompleks seperti beras perang atau oatmeal..

11 : MAKAN KETIKA STRESS
  • waktu stress kita memang suka makan makanan manis konon nya akan mendapat ketenangan.. konon laa..
  • kalau stress, alihkan perhatian dengan melakukan aktiviti-aktiviti senaman atau pun paling mudah, TIDUR.. jangan makan..

12 : BERKAWAN DENGAN MEREKA YANG SAMA BERAT BADAN
  • Kajian di dalam New England Journal Of Medicine menunjukkan bahawa seseorang itu lebih cenderung untuk menjadi obesiti apabila mereka berkawan dengan orang yang ada obesiti..
  • haa-- tapi itu tak bermaksudlah korang tak boleh berkawan dengan mereka yang berbadan besar.. cuma gaya hidup dan pola pemakanan kawan sangat mempengaruhi tau.. 
  • jadi untuk mengelakkan perkara ini terjadi, ajaklah kawan pergi bersenam ke, amalkan pola pemakanan sihat.. perkara berfaedah selain makan makan dan terus makan.. ade jek orang yang suka dengan aktiviti makan ni dan jadikan rutin untuk mencuba pelbagai jenis makanan baru.. ini bahaya kalau tak kawal..

LOVE ;


TIPS HILANGKAN KESAN PARUT

PARUT ? Jelas plak tu.. Sampai terpaksa pakai bedak tebal-tebal sebab nak tutup kesan parut tu.. Kalau selain dari muka, tak dapat la plak nak pakai baju seluar seksi seksi.. Hee~ Impak parut kat wanita ni ibarat, sanggup tak makan nasik la janji hilang parut.. Korang gitu tak ? Kakak ye.. Memang sangat kakak la kalau ade parut melompat nak clearkan cecepat.. Mula la google mencarik apa jalan terbaik untuk selesaikan masalah terbesar di dunia ni.. 



Parut ni berpunca dari macam-macam paling ramai highlights :
  1. Parut jerawat
  2. Parut kemalangan
  3. Parut demam campak
  4. Scretch mark semasa mengandung
  5. Parut luka pembedahan
Korang ade yang mana ? Hee~ Parut kena bantai masa kecik, time nakal dulu ade ? Itu jangan buang.. Jadikan pedoman untuk generasi akan datang.. Kalau nak cakap 100% parut tu akan hilang, kakak tak berani la TAPI testimoni kata seawal 2 minggu dah pudar.. Haa-- 2 minggu dah pudar, kalau 4 bulan ? Tak clear sume ke ? Hee~ Eksaited tak ?


Tapi ade plak kes yang dok guna macam-macam produk tapi tak hilang pun parut nye.. Apsal ? Korang kena baca kt bawah ni.. Hee~
  1. TOKSIN DALAM BADAN
    ** bila banyak toksin dalam badan memang lambat la penyerapan vitamin dalam badan.. maka.. kita kasik buang toksin dalam badan dengan HERBLAX..
  2. KAFIEN
    ** kafien pun melambatkan proses penyerapan vitamin.. kalau boleh kurangkan pengambilan kafien.. ye !!
  3. PENGAMBILAN AIR
    ** pengambilan air masak untuk menampung kelembapan kulit adalah minima 2.5 liter.. haa.. sila jangan kurang dari 2.5 liter ya kalau nak kulit cantik dan lembap..
  4. DISIPLIN
    ** kalau tak konsisten, ada yang culas memang lambat atau mungkin tak berkesan lansung la vitamin kat tujuan kita.. haa.. jangan culas.. okay..

Nampak tak kenapa pentingnya penyerapan vitamin sepenuhnya untuk mendapatkan hasil yang memberi impak memuaskan.. Kalau kakak share testimoni dari pecinta produk Shaklee yang berjaya buang rasa segan dlaam tempoh 2 minggu.. Hee~ 2 minggu noks--

Cara Hilangkan Parut Dalam Tempoh 2 minggu Dengan Vita E Complex
Kalau sape ade parut tapi tak runsing, memang jiwa ko kental.. Hahaha~ Kakak macam testimoni ni gak la cuma parut kakak bukan kat bahagian muka.. Kat perut.. Masa mengandungkan #duanur dulu rajin nau menggaru.. Syok plak tu.. Hee~ Natijahnya.. Kesan yang kakak sesali sebab dah tak cantik teksturenya..

Kulit adalah organ terbesar tubuh kita dan parut adalah sel-sel mati yang dok menumpang kat kulit kita sama macam sel dah mati tapi sel baru tak nak tumbuh.. Dok la sel mati tu tanpa gangguan dan seronoknya dia di situ..

Nak buang sel mati kena la dapatkan kulit yang sihat, baru sel mati dapat dibuang lepas tu dapat pula hidupkan sel baru.. Haa-- Bunyi macam susah tapi senang sangat kalau konsisten ambil vitamin E..

Kerja paling senang tak payah nak stim kan kulit, tak payah nak scrub hari-hari, tak payah nak cucuk sana sini sebab semuanya Vitamin E boleh uruskan sebab :

  1. Vitamin E membantu memelihara sel sel yang sentiasa terdedah kepada radikal bebas supaya tak rosak.. Ia juga membantu memperbaiki tekstur kulit, tona kulit yang tidak sekata, mengelakkan penuaan awal dan membantu menangani masalah parut..
  2. Vitamin E ni ambil 1 biji je sehari, ia juga boleh disapu pada kulit dan dijadikan masker untuk kesan lebih baik..
  3. Vitamin E ni mengandungi Vitamin E d-alpha tocopherol concentrate dan d-alpha tocopherol acetate selain ia lengkap dengan selenium.. Selenium ini membantu vitamin E untuk penyerapan vitamin E yang lebih berkesan..
  4. Vitamin E Shaklee didatangkan bersama dengan grape seed yang mana ia mengandungi antioksidan 20 kali lebih hebat daripada vitamin E sahaja.. Grape seed ni mengandungi Oligomeric Proanthi Cyanidin yang membantu kulit lebh anjal dan awet muda, ia juga bertindak sebagai anti kanser..
  5. Vitamin E Shaklee 100% semulajadi tanpa pewarna, pengawet atau perasa tiruan..
Kalau nak impak yang lagi meletop pom pom pom atas tujuan menghilangkan parut, kakak rekomenkan tambah ESP dan SR Vita C sebab :

  1. ESP membantu memperbaharui sel kulit dan penghasilan sel kulit baru yang sihat. Jadi no more dead cells atau sel mati yang diulang copy banyak kali..
  2. SR Vita C penting untuk pertumbuhan tisu, membantu membaik pulih tisu, merangsang kesihatan dan kecantikan kulit melalui penghasilan kolagen..
Korang jangan ngengade nak rasa rendah diri la hape la.. Tak mo pendam pendam sebab setiap masalah / penyakit mesti ade jalan penyelesaian.. Boleh hubungi kakak untuk konsultasi secara PERCUMA.. Tak de hal.. Hee~ 

7 October 2015

TESTIMONI OMEGA GUARD SHAKLEE

Orang Malaysia suka makan kan ? Sebab tu kena ada sebotol untuk satu keluarga.. Hee~ Jom kita tengok apa orang Malaysia cakap pasal OMEGA GUARD.. dengarnya kalau tak de OMEGA GUARD ni tak meriah rumah..























Ramai yang dah jatuh cinta dengan keberkesanan OMEGA GUARD nih.. Haish-- Belum kakak yang bagi testimoni ni.. Kalau tak.. Haish-- Kakak menyeru korang beli la satu.. Tak pun beli dua bagi kat mak ayah.. Beli tiga la untuk mertua sekali.. Eh !! Beli empat untuk anak-anak.. Ala.. Banyak plak TERPAKSA beli ni.. hee~

HARGA PASARAN : RM 136.00


LOVE ;


6 October 2015

KAEDAH BERKESAN MENGHILANGKAN LEMAK DEGIL PADA PERUT

"pergh.. ni perut ke spare tyre babe ?"
"ko mengandung dah berapa bulan ni ?"
"amboi.. besarnya perut.. ko tak pakai bengkung ke ?"



Biasa dah dapat ayat-ayat gitu ? Hee~ Lepas ni, korang boleh ek sikit kat orang-orang yang selalu tegur ala sindiran gittew-- kat korang.. Ingat kita ni yang ade spare tyre memang kehendak kite ke.. Kita pun nak kurus selim melim jugak.. Haa.. Kalau ade niat gitu, semak tips yang kakak nak share ni.. Mana korang berkenan, boleh le ikut.. 



1 : JANGAN BERHENTI BERGERAK

  • Fakta menarik pasal lemak viseral ni : ia mudah hilang dengan cara senamrobik.. hilangkan kalori dengan berlari, berbasikal, berenang senang cerita semua jenis aktiviti yang meningkatkan kadar degupan jantung kerana ia lebih berkesan berbanding latihan agresif..

2 : MAKAN MAKANAN BERPROTEIN


  • “Badan kita akan menghasilkan lebih banyak insulin dengan penambahan usia disebabkan sel-sel lemak dan otot tidak bertindak balas dengan betul” kata Louis Aronne, MD, Pengarah Obesity Clinic di Cornell..
  • Untuk pengetahuan anda, insulin menggalakkan penyimpanan lemak, terutamanya di bahagian perut ( perhatian !! ini adalah topik kita )..
  • Menurut Aronne lagi, diet tinggi protein dapat melindungi badan kita daripada kesan insulin.. Dalam satu kajian, wanita obes yang mengamalkan diet 30% protein, 40% karbohidrat dan 30% lemak selama 8 minggu kehilangan lebih lemak – termasuk lemak viseral – berbanding wanita yang mengamalkan rancangan diet 16% protein, 55% karbohidrat dan 26% lemak..

3 : LEBIHKAN PENGAMBILAN LEMAK TIDAK TEPU
  • Menurut kajian di Sweden yang diterbitkan Februari lalu, lemak tepu mengandungi lebih lemak viseral berbanding lemak poli tidak tepu.. Dalam kajian tersebut, subjek perlu mengambil lebih 750 kalori sehari dalam masa seminggu, sama ada dalam bentuk minyak kelapa sawit ( lemak tepu ) atau minyak bunga matahari ( lemak poli tidak tepu ), subjek yang mengambil lemak tepu memperoleh lebih lemak viseral manakala subjek yang mengambil lemak poli tidak tepu memperoleh lebih jisim otot dan kurang lemak... Dengan ini anda tahu yang mana lebih baik: lemak poli tidak tepu boleh diperolehi dari kekacang, bijian dan ikan..

4 : AMALKAN CUKA
  • Menurut kajian di Jepun pada tahun 2009, seseorang dengan berat badan berlebihan yang mengamalkan pengambilan cuka sebanyak satu atau dua sudu sehari selama lapan minggu akan menunjukkan penurunan lemak dalam badan yang ketara, terutamanya lemak viseral..
  • “Terdapat satu teori menyatakan bahawa asid asetik dalam cuka menghasilkan protein yang membakar lemak,” kata Pamela Peeke, professor bahagian perubatan di Universiti Maryland dan juga penulis buku Fight Fat After 40..

5 : YOGA
  • Dalam kajian yang dijalankan pada tahun 2012, wanita menopaus yang mengamalkan yoga selama 16 minggu menunjukkan penurunan lemak viseral yang ketara.. 
  • Jika anda tidak menyukai gerakan yoga, lakukan senaman santai, walaupun hanya dengan tarik nafas secara mendalam juga dapat membantu – tujuan utamanya ialah untuk mengurangkan paras hormon tekanan kortisol, yang berkait rapat dengan lemak pada perut..

6 : JAGA WAKTU TIDUR
  • Menurut kajian yang dilakukan pada tahun 2010 oleh Universiti Wake Forest, tidur kurang dari 5 jam pada setiap malam akan meningkatkan paras lemak viseral.. Seperti yang anda tahu, 6 - 8 jam adalah tempoh tidur yang disyorkan..

7 : AMALKAN TEH HIJAU


  • Teh hijau kaya dengan anti-oksidan yang dikenali sebagai katekin, seseorang yang mengamalkan minum teh hijau lebih cenderung untuk kehilangan lemak pada abdomen semasa bersenam berbanding dengan seseorang yang tidak meminumnya..
  • Satu kajian mensyorkan pengambilan sebanyak 625 mg sehari, bersamaan dengan dua atau tiga cawan lapan auns teh hijau..

8 : LEBIHKAN FIBER
  • Pastikan anda makan lebih fiber.. 
  • Dalam percubaan yang dilakukan pada tahun 2011, kandungan lemak viseral berkurangan sebanyak 3.7% selepas lima tahun bagi seseorang yang meningkatkan pengambilan serat larut sebanyak 10 gram sehari ( bersamaan dengan 2 epal bersaiz kecil, satu cawan kacang pea, satu setengah cawan kacang pinto )

Haa.. Boleh ke boleh ? Hahaha~ Mesti boleh punya la.. Kalau keberatan jugak la nak buat apa tips yang kakak bagi.. Jom dapatkan set bakar lemak tepu dari kakak.. 



nak miliki SET BUANG LEMAK ni ? dengan harga RM 188.50, korang boleh kurus dengan sihat.. bukan setakat buang lemak jek ye.. banyak kelebihan lain.. hee~ klik icon BELI SEKARANG untuk membuat pembelian secara online..


LOVE 

KITARAN SUBUR ISTERI

Haa.. Merancang nak keluarga kena juga merancang waktu nak buat 'tembakan' ye.. Itu sangat penting untuk mengetahui tempoh matang telur isteri untuk disenyawakan dengan sperma gagah sang suami.. Giteew-- 




KENAPA KENA TAHU TEMPOH SUBUR ISTERI ?
  • Bagi pasangan yang merancang keluarga, yang tidak selesa dengan pemakaian kondom atau pi perancang keluarga, yang mahu melepaskan terus benih sperma ke dalam rahim isteri.. Ada kajian mendapati ; melepaskan air mani ke dalam faraj isteri, dapat memberi nikmat yang tinggi kepada isteri.. Jeng.. Jeng.. Jeng.. 
  • Mengetahui hari subur isteri bagi meningkatkan peluang untuk mengandung..
  • Hari subur wanita merupakan hari yang paling BERAHI untuk wanita.. Keinginan untuk melakukan hubungan bersama tinggi sewaktu hari subur.. Bagi pasangan suami ister yang ingin menikmati hubungan 'luar jangkaan' adalah sesuai pada hari isteri subur..

FAKTA TENTANG PUSINGAN HAID



  • Wanita biasanya mengeluarkan satu telur bagi setiap bulan pusingan haidnya.. Jangkaan adalah 14 hari sebelum hari pertama haid yang berikutnya..
  • Telur yang dikeluarkan akan bergerak daripada ovari wanita ke rahim wanita melalui salur fallopian.. Sperma lelaki perlu senyawakan telur dalam masa 24 jam dalam salur Fallopian ini.. Satu-satu ruang yang akan memastikan telur yang disenyawakan sampai pada rahim pada masa yang bersesuai..
  • Telur wanita hanya hidup 36 ke 48 jam.. Selepas itu ia akan mati.. Walaupun jangka masa hidup telur wanita lebih panjang, namun jangka masa sesuai untuk senyawa telur hanya dalam masa 24 jam selepas ia dikeluarkan dan ianya perlu dilakukan sewaktu telur bergerak dalam salur Fallopian..
  • Lebih kurang 12 hari kemudian, lapisan permukaan rahim akan menanggal dan keluar sebagai haid wanita.. Rahim kemudian akan membentuk lapisan baru untuk menunggu telur yang disenyawa pada pusingan haid berikutnya..
  • Sperma lelaki boleh bertahan dalam wanita sehingga 7 hari selepas air mani dipancut dalam faraj wanita..

Daripada fakta diatas jangkaan hari subur wanita boleh dikira.. Sebagai contoh sekiranya wanita datang haid setiap 28 hari, maka waktu keluar telur adalah hari yang ke 14 daripada haid hari pertama.. Sekiranya wanita datang haid setiap 32 hari, maka waktu keluar telur adalah hari ke 18..

Hari keluar telur, merupakan hari paling subur wanita..


Dalam pusingan haid wanita terdapat tiga fasa, fasa tidak subur sebelum keluar telur, fasa subur dan fasa tidak subur sebelum haid berikutnya..


Fasa tidak subur sebelum keluar telur, adalah antara hari pertama haid sehingga hari ke tujuh. Ingin diingatkan sperma lelaki boleh bertahan sehingga 7 hari dalam wanita..


Jika wanita haidnya kering diantara hari pertama hingga hari ke tujuh.. Sekiranya hubungan seks dan pancutan air mani dilepas dalam faraj wanita, maka kemungkinan untuk mengandung adalah rendah.. Hari ke 7 biasanya hari berhati-hati. Pakailah kondom jika tidak mahu mengandung..


Hari ke 8 sehingga hari ke 16 adalah, hari yang tidak selamat bagi melepaskan air mani dalam faraj wanita, ini bagi pasangan suami isteri yang merancang keluarga. Ini adalah afasa subur wanita..


Bagi yang ingin mendapatkan anak, hari 13 dan 14 merupakan hari betul-betul sesuai untuk bersama melakukan hubungan seks dan memastikan peluang yang tinggi untuk mendapatkan anak..


Adalah diingatkan, walaupun pada hari paling subur, hubungan seks bukan hanya masuk dan lepaskan air mani sahaja dan berharap sperma lelaki akan bertemu dengan telur di salur Fallopian.. Untuk meninggikan lagi peluang untuk isteri mengandung pasangan suami dan isteri perlu dengan berahi yang tinggi.. Dengan berahi yang tinggi akan membuat pasangan suami dan isteri mencapai klimak atau orgasm yang tinggi..


Berahi dan Klimak dan orgasm yang tinggi, akan memastikan air mani dengan sperma yang terbaik dihasilkan.. Wanita pula akan membuat faraj dan rahim menarik masuk mani dan sperma lelaki dengan denyutan-denyutan yang lagi mencepatkan sperma sampai ke salur fallopian.. Ingat ya !! Hanya ada 24 jam untuk memastikan isteri mengandung..


Nak menjamin kualiti sperma untuk menghasilkan keputusan yang positif, suami kena makan makanan yang berkhasiat dan memberi manfaat terhadap perkembangan sperma.. salah satunya vitamin E.. 


HARGA PASARAN : RM 149.00

Sebab vitamin E ade kandungan SELENIUM - Selenium memainkan peranan penting dalam meningkatkan metabolisme serta mencegah kanser prostat pada lelaki.. Antara sumber makanan yang mengandungi tinggi selenium adalah kekacang, ikan tuna, ikan kod, daging serta bijirin..


jom buat pembelian sekarang !!


LOVE ;

5 October 2015

STRESS PUNCA KEGEMUKAN ?

Stress punca gemuk ? Biar betul ? Apa plak kaitan stress dengan gemuk ? Mesti korang terfikirkan.. Ye.. Kakak pun sama dok link kan kanap boleh gemuk sebab stress ? Hee~



Ada penyelidikan telah mengesahkan bahawa :


Bila kita stress, salah satu gen yang mengepam keluar protein dan mempengaruhi kadar metabolisme telah menyumbang terhadap keinginan untuk makan.. Ia juga dapat membuktikan bahawa tubuh mengaktifkan FE yang digelar Unc3 dan dalam tak sedar, GEN ini berjaya mempengaruhi nafsu makan kita..


Dalam kajian yang diterbitkan dalam Journal Proceeding of The National Academy of Science di Amerika Syarikat berjaya merekodkan ; aktiviti GEN tersebut meningkatkan Unc3 yang menyebabkan kita berkeinginan untuk makan makanan bergula dan berlemak..



TANDA-TANDA STRESS BELEBIHAN :


  • sakit kepala
  • mudah sakit atau cepat letih
  • masalah pencernaan - cirit-birit / sembelit
  • masalah tidur
  • sakit-sakit badan
  • sakit urat saraf
  • selera makan membuak-buak
  • tiada selera makan
  • cepat marah
  • tiba-tiba menangis
  • berhalusinasi
  • kurang fokus

CARA-CARA MENGHADAPI STRESS

  1. RELAX
    - duduk tegak dan tarik nafas sedalam-dalamnya dan hembuskan perlahan-lahan sambil berselawat dan memberi salam..
  2. tenangkan diri dengan makan buah anggur..
  3. gosok gigi dan anda akan merasa sedikit lega..
  4. berwudhuk dan solat sunat 2 rakaat..
  5. berdoa kepada Allah SWT agar dipermudahkan segala urusan dan dikurangkan bebanan masalah..
  6. luahkan apa yang dirasakan kepada orang yang kita percayai..
  7. fikirkan perkara yang indah-indah..
  8. lakukan senaman ringan seperti Yoga..
  9. beriadah..
Cari dan gali apa punca yang menyebabkan kita stress dan jangan menyembunyi kan sebarang tekanan yang menghantui diri.. Takut nanti sekali meletup, habis orang sekeliling turut mendapat impak yang tak sepatutnya..

Selalunya kalau kakak stress, jarang kakak mengamuk atau menangis.. Sebaliknya kakak amik tindakan untuk duduk bersendirian kat dalam SOHO ( Small Office Home Offce ) sambil ditemani lagu-lagu sentimental dan secawan kopi.. Hee~ Keadaan mestilah gelap.. Keadaan kakak stress pun biasanya tak lama, dalam sejam dua, lepas tu okay dah.. Kakak anggap setiap ujian dan dugaan yang terjadi adalah salah satu nikmat sebagai manusia yang masih mempunyai hati dan perasaan untuk menimbang tolak mana yang baik dan yang buruk..

Wallahualam..

Lately, sejak kakak berkawan baik dengan B COMPLEX Shaklee, memang rasa lama dah tak menghadapi moment stress tu.. Hahahah~ Mungkin sebab adenya kandungan seperti ?

B5 : Pantothenic Acid – Membantu mengurangkan Stress Mental/ Fizikal..
Sebotol tahan 4 bulan..
Retail price : RM 56.98
B6 : Pyridoxin – Mengawal Serotonin di dalam otak kerana ketidakseimbangan serotonin akan mendorong kepada kemurungan..
B9 : Folic Acid – Vitamin B9 dalam membantu fungsi neurotransmitter, juga dapat mengurangkan tekanan..

Nakkan khidmat nasihat kesihatan secara PERCUMA ? hee~ jadilah pelanggan kakak dan nikmati pelbagai keistimewaan.. ade free gift tau.. eksklusif untuk pelanggan kakak jek..



LOVE ;