25 November 2015

RESEPI CHURROS PALING SENANG

hee~ orang buat, kita pun nak gak la kan.. maka terhasillah CHUROS SESUKA HATI KITA.. ada la durhaka sket kat resepi yang kakak dapat.. nah !! korang try la kot mana ter-ber-kenan kat tekak korang ke kan.. 


proses kejadian tu tak sempat la kakak nak snap sebab dok melayan doh sambil melayan #duanur berborak.. ade jek nak ditanya.. tah pape la kakak jawab semoga tak de la kakak termencarut ke hape.. hee~ 


bahan-bahan :

250 ml air masak ( lebih kurang 1 cawan )
2 sudu besar makan gula
setengah sudu teh garam
1 cawan setengah tepung gandum

haa..

itu ikut resepi asal yang kakak dapat la..
tapi !!


bila dah sampai kat tangan orang terlebih kreatif macam kakak.. mana mau nak sukat bagai.. hahaha~ maka.. kakak punya resepi..


bahan-bahan :

air masak yang cukup
gula agak-agak
garam sket
tepung gandum secukupnya sebab tak mo kasik doh melekat

haa.. korang jangan ikut gaya kakak.. confirm korang menyesal.. hahaha~ jangan salahkan kakak eh..



caranya plak :



1 : masak atas dapur ( air + gula + garam ) sampai sebati.. letak kan kat tepi kasik suam suam kuku..



2 : masukkan tepung sikit sikit sampai tepung tak melekat kat periuk tu..



3 : masuk kan kat dalam piping bag..



4 : panaskan minyak masak sehingga yakin panas.. hahahah~ boleh la mulakan menge-paip kan doh tu.. standby pisau / sudu untuk potong ikut saiz kepanjangan yang korang nak..




5 : agak da perang cantik sket.. korang angkat le..




ade orang dok berhias bagai siap ayak gula la, cinnamon powder la.. hee~ kakak tak.. cukup takat cicah dengan cokelat.. dah.. ngam.. penyudahnya.. kakak sorang makan.. kat rumah ni, mana bleh tengok benda pelik sket.. sume tak nak.. nak tak nak kakak kena la makan sensorang sambil melayan drama korea.. hahaha~




tips cokelat :

kakak tak reti nak double boiling.. hee~ lepas tu macam tak cukup tangan dan mulut nak membebel kat #duanur yang dok assist kakak kat dapur tu.. semalam masa beli barang dapur, kakak da siap beli cokelat ni.. hee~ nampak tak instinct nak buat CHUROS SESUKA HATI KITA tu..





LOVE ;


18 November 2015

BILA AIMAN DAPAT NOMBOR 1 ; IBU YANG TERLEBIH HAPPY

oh !! ni rupanya perasaan bila anak periksa nombor 1.. hahaha~ serius.. keindahan dia rasa macam sehari lagi nak nikah.. tak tau nak cakap cemana tapi biasa la.. FISRTIME kot-- tu yang seronok tah pape tu.. lain la kalau anak tu periksa nombor 1 setiap tahun.. hahaha~ dah nama FIRSTIME.. kali pertama la ni.. tak dapat nak ungkapkan dengan kata-kata hanya boleh senyum jek sehari suntuk..

masa perbualan kakak dengan #CEOaiman, memang kakak pun tak percaya la kan sebab tak amik report card aiman lagik..

me : abang dah habis periksa kan ?

aiman : dah bu.. susah..

me : abang dapat nombor berapa ?
aiman : mestilah nombor 1..

hahaha~ rupanya masa tu cikgu tak cakap pun lagi kat student ni, dorang dapat nombor berapa.. masa amik report card hari tu baru la tau yang aiman memang dapat nombor 1.. ya.. kakak tak percaya mulanya tapi bila tengok semua kertas ujian, baru la ada sedikit yakin dan hati pun berbolak balik "biar betul ? cemana boleh dapat nombor 1 ?" hahaha~

nah !! kakak belanja la sket sekitar sambutan hari kecemerlangan..


aiman mengantuk tu.. tu yang tak brape nak layan.. dok dendiam jek kat tempat dia.. hahaha~ behave gile kan ? macam tak percaya kan ?


dah ah dok paling depan, kerusi plak ade nama.. hee~ very the VVIP kot.. 


masa amik trofi.. hee~ kakak nengok aiman dari jauh, kakak dok sengih jek.. macam ade mambang sengih dok sangkut kat pipi.. 


bukan la kakak nak kata kakak terlampau sanjung kelebihan anak ni, tapi sedikit sebanyak kakak ada cerita nak cerita kat aiman bila dia dah besar sok.. dah pandai dok kat nombor tercorot.. hahahha~ ko nampak permainan dia cane kan ?


muka dah boleh senyum lepas amik trofi tadi.. kalau tak kelat manjang la muka dia.. hahaha~ mungkin dari awal tu dia tak tau ape-benda-tah nak buat berkumpul reramai kat situ kan..


persembahan anak-anak 5 dan 6 tahun.. hahaha~ nak ketawa nengoknye.. aduh !! really make my day la anak-anak.. apsal sume comel pun tak tau tah..


lepas tu.. cam biasa.. makan.. hee~ tu jek la aktiviti nye.. dah pun nama sekolah tadika kan.. makan adalah aktiviti wajib..



soalan paling kakak tak dapat nak jawab bila minah ni tanya..
"nape adik tak dapat hadiah macam abang ?"

hahaha~ berhenti mencairkan hati ibu la wahai anak !! jangan cepat membesar nanti ibu pengsan sunyi sensorang.. hee~


todia !! sempat lagik kakak meng-edit.. hee~ dah macam makan nasik dah bila kakak dapat software edit mengedit ni.. 

haa.. tahniah anak-anak !! acik bangga.. lepas ni belajar rerajin.. teruskan buat mak ayah tersenyum..


akan menjadi SAKA aiman untuk beberapa ketika.. hahah~ selagi tak jemu, aiman akan bawak tido, makan, baca buku, tengok tv, baring, main, susun lego dan paling teruk bawak mandi.. hahaha~ dah masak sangat dengan perangai gitu..

ye.. MUHAMMAD NUR AIMAN bin MOHD. NUR HILMI baru 5 tahun.. LIMA.. masih terlalu awal untuk kakak cakap "anak aku pandai, anak aku memang bijak.." kakak nak aiman nikmati zaman kanak-kanak aiman macam kanak-kanak lain.. waktu belajar, kena belajar.. waktu main adalah waktu explore segala macam aktiviti yang aiman minat.. hee~ aiman tak perlu jadi terlampau pandai, aiman cuma perlu manfaatkan segala ilmu yang aiman belajar untuk berbakti nanti.. tu jek..


ini satu permulaan man.. 
permulaan..

tahun depan kena nombor 1 gak !!
hahahah~

"terima kasih anak.. hadiah harijadi paling bermakna untuk ibu tahun ni.. hee~ tahun depan nak hadiah cam ni jugak.. tau.."



17 November 2015

HALIA PENAWAR SEMULAJADI UNTUK MASALAH DALAM PERUT


halia ? hee~ kalau kakak, cemana cara pun memang tak la nak kunyah ke, nak buat air ke.. masak asampedas dengan kari jek guna halia.. lenlain memang tak lalu kot.. sedangkan kakak tau khasiat halia ni cuma tu la tu.. hahaha~ tak tau nak cakap cane tah tak bleh nak telan.. tapi kakak share la kat korang ye khasiat halia dalam sehari-hari kita..

* kalau korang belum rasa lapar atau takde selera makan, cuba korang carik jus halia.. haa.. korang tau tak halia ni dapat membangkitkan selera makan ? dah tu siap pakej dia kasik mengaktifkan pencernaan.. tak de la isu sembelit lepas ni ye..


* korang mesti tak tau kan yang halia ni meningkatkan penyerapan nutrien dalam badan.. haa.. jadik.. kalau korang maintain amik halia ni, tubuh korang lebih mudah menyerap hampir semua nutrien yang baik untuk badan..




* halia ni macam ajaib tau.. tau.. bila korang loya jek kan, kunyah halia.. loya pun hilang.. pffttt-- nak kunyah gitu boleh, nak tambah madu lagik best.. orang kata laa..

* makan banyak lepas tu senak ? hee~ itu biasakan ? halia pun boleh buat korang rasa kurang senak.. tak payah la dok urut perut dengan senduk.. buruk orang nengok.. minum segelas jus halia suam.. selesai..


* sakit sendi ? haa.. dah betul dah jalan tu.. hee~ halia yang bersifat anti-radang memang sesuai la kalau korang nak gunakan sebagai minyak aromaterapi.. titikkan pati halia dalam tab mandi, berendam la jap.. 


* paling best.. bahan semurah itu mampu menurunkan paras kolesterol dalam darah dan mengawal tekanan darah.. haa.. tak payah nak beli ubat mahal mahal dah lepas ni.. kembali kepada bahan alami.. hee~ murah dan berkesan..


TAPI.. 


kalau korang tak dapat nak telan halia gitu gitu mentah, apa kata korang try PEPPERMINT GINGER PLUS.. dah la berangin, senang nak telan sebab tak de rasa HALIA.. hee~ kakak makan nih jek bila badan rasa tak best, bila senak perut, bila kembung.. tak de la kakak nak titik halia tu buat jus.. tak lalu nak telan.. RM 47.70 untuk stok sebulan.. haa.. dah tak payah nak kunyah kunyah halia dah..



dan ada resepi rahsia kakak nak share nanti untuk ibu ibu mengandung yang alami morning sickness.. hee~ nak tak ? kalau nak, boleh hubungi kakak di whatsapp 017 3091865.. in shaa Allah.. lifetime consultancy.. lepas tu kan.. kakak nak bagi tau.. PROMOSI SR VITA-C masih berjalan ya.. sampai hujung bulan november ni nanti.. haa.. kalau nak dapatkan stok vitamin C yang terbaik dipasaran yang tahan 6 bulan, cepat !! sementara tengah promosi ni.. hee~

LOVE ;

FAKTA TENTANG PRODUK SHAKLEE YANG KORANG KENA TAU

baru-baru ni kakak banyak dengar desus desas pasal Shaklee yang kononnya TUT.. lepas tu TUT.. boleh plak jadik TUT.. hee~ kakak pun bukan la bijak pandai tapi kakak banyak membaca sebab kakak perlukan jawapan.. jawapan untuk ape ? haa.. untuk cerita balik kat korang la betapa "bahaya" la hai produk Shaklee ni.. haa..



korang kena tau 9 sebab kenapa produk Shaklee ni BAHAYA, BURUK, TAK ELOK, TAK BOLEH BELI, JANGAN BELI, TAK PERLU BELI.. hee~ jom !!

1 : SHAKLEE TAK DE KILANG KAT MALAYSIA




  • ya.. Shaklee memang tak de kilang kat Malaysia.. tapi kilang Shaklee ada kat US.. hah ? kenapa ?? hee~ sebab Shaklee nak kawal kualiti kesemua produk dengan tapisan dan kawalan yang ketat.. haa-- korang tau tak lambakan produk kesihatan dan kecantikan kat Malaysia ni dikilangkan pada satu kilang kemudian dilabelkan asing-asing jek.. hee~ korang tak tau kan ? kan ?

2 : TAK DE SIJIL HALAL JAKIM

  • ya.. ya.. isu paling sensitif kat Malaysia ni.. tak de sijil halal JAKIM, tak boleh consume.. tak boleh makan.. HAROOOOM hukumnya.. hee~ kalau kat Malaysia ni, JAKIM merupakan badan yang bertanggungjawab mengeluarkan sijil halal tapi.. cane ni ? Shaklee tak de sijil halal JAKIM ni.. hee~ korang tau tak yang Shaklee ade sijil dan pengesahan halal dari ISA.. hah ? ape plak ISA ni ?
  • ISA merupakan badan yang bertanggunjawab mengeluarkan sijil halal kat US nun sana.. setiap negara yang mempunyai penduduk beragama Islam akan ada badan yang bertanggunjawab untuk membuat tapisan halal haram ni dan kat US ni plak 'dorang' dikenali sebagai ISA.. ISA ni plak dah direkodkan oleh JAKIM sebagai salah satu badan luar negara yang mengiktiraf status halal produk mereka di Malaysia.. sebab tu la tak de logo halal JAKIM kat produk Shaklee.. ISA pun keluarkan sijil halal untuk produk Shaklee setiap tahun ye.. kena tahu ni..

3 : MAHAL !!
  • kakak dah jual produk Shaklee ni hampir satu Malaysia dan seperti biasa.. ada.. bukan tak de customers yang rajin untuk buat perbandingan produk.. vitamin Shaklee lebih mahal berbanding vitamin kat pasaran yang lain.. ye ke ni ? yakin sangat ke mahal ni ? hee~ korang tau tak sebotol SR VITA-C Shaklee boleh tahan 6 bulan ? ini contoh paling simple la kakak bagi ni.. dan sebiji vitamin C Shaklee ni bernilai 51 sen jek.. dan sebulan korang habis RM 15.40 jek pon.. mahal ke ? ke nak kakak buat perbandingan dengan brand yang tu.. yang tu.. hee~ korang bijak.. 

4 : DUTA PUN TAK DE !! TAK FEMES !!
  • hahaha~ ni paling kakak gelak la bila ada yang tanya "kak.. apsal tak pernah nampak pun iklan kat tv ? sape duta Shaklee ni ? nak tengok gak cantik ke tak.." serius.. berdekah kakak gelak.. hape ? kakak ni tak cukup cantik ke untuk wakilkan Shaklee ? * flip shawl * hee~ kenapa Shaklee tak macam produk lain yang silih berganti duta ? sebab paling utama.. Shaklee nak pengguna sendiri dan SID menjadi duta RASMI dengan berkongsi kehebatan dan keberkesanan produk Shaklee.. lagipun Shaklee memang dah terbukti berkesan.. lebih 50 tahun kat pasaran kot-- #kohado ?

5 : KESAN SAMPINGAN YANG TAK MASUK AKAL
  • bahasa mat salehnye, "healing crisis".. ramai yang alami, kakak pun.. huu~ ape tu ? haa.. tu la kesan sampingan lepas korang amik vitamin semulajadi Shaklee yang rata-rata bertindak menyahtoksin bendasing dalam badan kita.. berapa tahun plak kita dok makan ubat sintetik yang pelbagai kandungan yang kita sendiri tak tau.. haa.. bila vitamin semulajadi bertindak 'membersihkan' badan kita dari bahan-bahan yang dah lama terperap tu, berlaku la kesan-kesan sampingan.. selalunya letih-letih, demam, selesema, loya dan pening kepala.. dan proses tersebut adalah positif.. haa.. sebab tu la korang kena carik SID terlatih supaya korang akan dapat tips untuk menangani healing crisis ni.. macam kakak.. hee~

6 : NAK BELI KAT MANA ? TAK PERNAH NAMPAK KAT KEDAI JAMU PUN
  • ye.. kat farmasi besar ke kecik ke tak de ye.. sebab, Shaklee adalah produk kesihatan yang eksklusif dan hanya boleh didapati menerusi SID-SID berdaftar sahaja.. kalau nak senang, singgah jek mana-mana branch Shaklee yang ada.. eh !! nak lebih sneang.. carik jek kakak.. hee~ kakak boleh hantar sampai depan pintu rumah kot.. tapi dlaam kawasan COD jek la.. mana yang perlu pos, kakak kena la pos.. jangan plak korang paksa kakak COD sampai ke Langkawi sana.. nanges kakak tepi bucu katil nanti..

7 : CEPAT JE HABIS STOK.. MENYAMPAH !!
  • ombak Shaklee sedang berleluasa kot.. g mana-mana jek korang mesti jumpa bunting dan banner produk Shaklee.. jadik.. tak pelik la kakalu stok memanjang jek habis.. ramai yang kejar sampai tak cukup stok.. hee~ kalau korang nak stok yang sentiasa ada kat HQ, boleh dapatkan dari kakak.. in shaa Allah.. kalau tak de pun, kakak cuba korek sampai ada.. 

8 : TAK TAHAN PANAS.. SUSAH NAK BAWAK TRAVEL
  • hah.. korang memang dedahkan semua suppelement yang korang ade ke ? maksud kakak letak merata la.. huish.. bahaya kot.. ha'ah.. memang ade produk Shaklee anti-panas tau.. sebab produk Shaklee tak de bahan pengawet dan kandungan kimia untuk membantu dorang ertahan dengan suhu yang panas.. dah kalau terdeah, ape plak kahsiat yang sihat untuk tubuh badan korang.. korang ade fikir tak ?

9 : MACAM TAK PERCAYA JEK VITAMIN SHAKLEE NI VITAMIN SEMULAJADI

  • ye.. ye.. kakak faham perasaan korang yang sentiasa ragu-ragu.. tak salah pun ade perasaan camgitu.. tapi produk Shaklee memang tak de bahan sintetik.. kalau korang perasan laa, dalam semua vitamin Shaklee tak de pun gel silika.. haa.. gel silika ni membantu menyerap kelembapan dan vitamin yang ade gel silika ni adalah vitamin sintetik.. tolong ah weyh.. orang kata kembali fitrah.. amalkan vitamin yang memang tak de kandungan yang meragukan.. bukan untuk sesape, untuk kesihatan korang gak..
hee~ sekian.. penat kakak membebel pepagi buta ni.. kalau korang tak hadam gak memang kakak tak tau la nak cakap ape tah.. hahaha~ tak pe.. pape boleh jek nak roger kakak.. in shaa Allah, segala pertanyaan kakak akan jawab sehabis baik.. tapi soalan berkaitan jek la ye.. jangan plak korang tanya "kak, berapa harga proton Axia ye ?", "kak.. best ke holiday kat Avani Gold Coast ?" haa.. kalau kakak dapat soalan camgitu, memang kakak hambat dengan penyapu.. hee~

lupa kakak nak ingatkan.. promosi SR VITA-C Shaklee masih berjalan lancar ye.. kalau nak harga terlajak jatuh gaung, boleh text kakak..

LOVE ;

16 November 2015

PROJEK BEG SEKOLAH UNTUK MEMBANTU GOLONGAN MISKIN DAN TIDAK BERKEMAMPUAN

alhamdulillah.. sudah sampai fasa kedua dan #projeksekolah kita dah dapat liputan semakin meluas !! tahniah netizen !! korang super hebat !! 


singgah SINI untuk cerita menarik.. hee~


sudi tak nak bantu kami ?
RM 25.00 = 1 BEG
dan beg inilah yang akan memberi seribu senyuman kepada anak kecil yang akan menggalasnya pada sesi persekolahan 2016 nanti.. seronokkan bila tengok orang lain gembira hanya dengan nilai RM 25.00 dan anda membuatkan anak kecil tersebut mempamerkan senyuman terindah sepanjang tahun.. sepanjang tahun !!

boleh tolong saya sumbangkan senyuman itu melalui PROJEK BEG SEKOLAH untuk sponsor 1 beg sekolah : 1 pelajar dengan hanya RM 25.00 ? sehingga hari ini ; kami ada 91 kawasan untuk anda hulurkan sumbangan.. kalau setiap kawasan menghulurkan 30 beg sekolah.. maksudnya kita dapat menghadiahkan 2730 buah senyuman kepada yang memerlukan !!

wah !! banyaknya senyuman yang bakal terhasil.. hee~

boleh tolong saya dapatkan sekurang-kurangnya 30 biji beg untuk kawasan saya ?

haish !! saya tau MESTI lah boleh kan ? hee~
__________________________________________________________________

sumbangan boleh terus kepada FOCAL PERSON berdekatan korang dan.. kakak merupakan FOCAL PERSON untuk kawasan berikut :

• bukit jalil
• kota damansara
• bentong, pahang

macamana caranya ?

1 : korang boleh terus sampaikan beg kepada kakak.. korang beli beg, dan beri kepada kakak..

ATAU..

2 : kakak dah jumpa supplier beg sekolah yang berkualiti pada harga RM 25.00.. kalis air lagik.. hee~

kalau korang memilih nombor 2.. korang boleh lakukan kaedah seperti berikut :

bank in RM 25.00 ke akaun MAYBANK - 169954021206 ( siti rabiah adnan ) dan emailkan ke atiehilmi2u@gmail.com dengan reference "SENYUMAN BEG ILMU" whatsapp terus kepada saya ditalian 017 3133516
__________________________________________________________________

tarikh akhir untuk sesi kumpul mengumpul pada 13 DISEMBER 2015 ya.. sebab.. esoknya tu kakak dah start nak agihkan..

untuk rujukan korang :
__________________________________________________________________


nak lagi mudah ?
GOOGLE saja PROJEK BEG SEKOLAH dan anda akan di--update secara meluas bagaimana perjalanan projek kami..

hee~ nak sumbangkan senyuman ?

15 November 2015

VITAMIN SINTETIK VS. VITAMIN SEMULAJADI

bila cakap pasal Shaklee jek kan, ramai mengeluh kata vitamin Shaklee mahal berbanding vitamin kat pasaran.. hee~ kakak pun tanya la.. "dah habis kira ke ??" -- sebenarnya, kalau korang kira bebetul, vitamin Shaklee antara yang termurah dan mampu dimiliki kot..

kalau korang nak tau, kat pasaran kita ni ada dua jenis vitamin yang dijual kat pasaran.. VITAMIN SEMULAJADI dan VITAMIN SINTETIK.. dan korang sedar tak yang sebenarnya korang lebih cenderung beli vitamin sintetik.. haa.. mengelabah lettew-- hee~ mesti korang fikir semua vitamin sama kan ? lepas tu, seronok dapat beli vitamin murah berbanding vitamin 'mahal' tu..


1 : SUMBER VITAMIN

  • VITAMIN SEMULAJADI : diekstrak dari bahan asal itu sendiri macam vitamin C diekstrak dari buah sitrus.. asli dan tanpa bahan pengawet, perasa dan paling penting tanpa gel silika..
  • VITAMIN SINTETIK : formula empirik vitamin C adalah C6H8O6 dan ia adalah hasil tindakbalas kimia yang mengandungi oksigen, hydrogen dan carbon yang membentuk bahan kimia..
2 : TINDAKBALAS KEPADA TUBUH BADAN
  • VITAMIN SEMULAJADI : tidak memberi sebarang tindakbalas negatif kepada tubuh badan malah ia membaikpulih sistem badan kita..
  • VITAMIN SINTETIK : penghasilan yang bukan daripada sumber bahan makanan dan mengandungi kimia.. haa.. dah tentulah akan memudaratkan.. kalau tak cepat pun, sok sok.. korang tau kan tindakbalas dalam diam.. 
3 : TEMPOH TINDAKBALAS
  • VITAMIN SEMULAJADI : bertindakbalas dengan lembut terhadap tubuh badan..
  • VITAMIN SINTETIK : kemungkinan tidak dapat diserap secara efektif.. silap haribulan ntah ntah lansung tak menyerap kat dlaam tubuh badan..
4 : KESAN JANGKA MASA PANJANG
  • VITAMIN SEMULAJADI : memberi tindakbalas yang positif kerana tidak melibatkan tindakbalas kimia yang menggangu sistem tubuh badan kita..
  • VITAMIN SINTETIK : badan tidak menyerap khasiat yang diperlukan tubuh badan sebliknya menyerap tindakbalas kimia dan antara kesan jangka masa panjang adalah penyakit kanser..
5 : HARGA
  • VITAMIN SEMULAJADI : harga mampu milik ( sebiji vitamin C Shaklee bernilai 54 sen sahaja ; sebotol adalah stok untuk 6 bulan ) dan seiring dengan kesihatan yang lebih baik..
  • VITAMIN SINTETIK : murah dan adakalanya diberi sebagai percuma.. 
sebanyak mana korang mengkaji setiap vitamin yang korang makan ? hee~ percaya penuh ke kat vitamin yang ade kat pasaran ni lagi-lagi yang memang dijual secara berleluasa tanpa pengawasan dari pihak KKM.. bahaya woo.. 


LOVE ;

13 November 2015

PETUA BANYAKKAN SUSU IBU SECARA SEMULAJADI

nah !! 100% semulajadi dik !! tak de supplement ke ubat sintetik ke hape bagai.. cuma korang nak tak nak jek la amalkan.. sebab bila cakap pasal bahan alami ni mula la ade yang bersuara nanti "ala.. payah la nak telan.. dah tu tindakbalas lambat plak tu.."




haa.. kalau gitu.. awal-awal lagik niat dah lain macam, tak payah la teruskan pembacaan ya.. hee~ mana yang nak tau jek.. kalau dah tau tu, senyum jek la.. kasik support sket.. eh.. eh.. 



1 : DAUN PUCUK MANIS


  • gilingkan daun pucuk manis sampai halus lepas tu tampal kat keliling payudara pada waktu pagi.. tapi basuh la sampai bersih ye kalau nak menyusukan baby..
2 : KACANG TANAH
  • kandungan protein + zat besi + vitamin E + kalsium + vitamin B + fosforus yang tinggi.. memang sesuai la untuk proses penghasilan susu ibu.. nak lagik best ? amalkan bersama susu kambing..
3 : LONGAN KERING
  • ambil segenggam longan kering dan basuh.. rebus dengan 3 cawan air ( lebih kurang ) sampai kembang.. minum.. amalkan la ye.. lagi ngam kalau korang jadikan minuman harian gantikan air masak..
4 : DAUN SIREH
  • ratakan minyak kelapa atas daun sireh lepas tu layurkan atas api kecil.. sampai layu.. tunggu sejuk sikit lepas tu boleh tuam kat bahagian payudara..
5 : HALBA / JINTAN HITAM
  • sesudu halba / jintan hitam dibersihkan.. tuangkan air panas dan rendam la dalam sejam dua.. kemudian tapis dan minum airnya..
6 : SUSU
  • jadikan rutin.. sekurang-kurangnya 4 gelas sehari..
7 : LOBAK PUTIH
  • kisar dan minum airnya.. hee~ tak lalu ? okay.. kita masak tumis.. ala.. macam masak tumis air tu.. makan dengan nasik panas.. sedap !!
8 : NASI PANAS + HALIA MUDA + AIR ASAM
  • makan nasi putih panas-panas berlaukkan halia muda yang ditumbuk dan dicampurkan dengan air asam.. pfffttt-- sedap.. hee~ meleleh air liur..
9 : DAUN BETIK MUDA
  • pilih daun yang muda kemudian basuh bersih dan di rebus empuk.. dah elok empuknya ? haa.. minum air rebusan tu plak.. 3 kali sehari dah cun..
haa.. tak semua petua kat atas tu berjaya tau.. kena la try and error untuk tau keberkesanan petua tu.. tapi korang kena faham tau.. buat la ape petua ke pemuda ke kalau korang tak amalkan konsep "supply and demand", air susu tetap susah nak memancut keluar.. 

sebab tu kalau kat hospital, nurse akan suruh korang menyusukan baby sekerap mungkin.. 2 jam sekali memang cun dah.. kalau dah keje tu kena la konsisten untuk pam.. jangan skip sebab kalau korang skip,penghasilan susu badan secara automatik akan berkurangan.. sebab kurang demand kan.. 

sebolehnya dah ade tersedia teknologi, korang gali la sebaik mungkin dan manfaatkan..


12 November 2015

PROJEK BEG SEKOLAH

"BERAT SAMA DIPIKUL.. RINGAN SAMA DIJINJING.."
"CUBIT PAHA KANAN.. PAHA KIRI TURUT SAKIT.."

pernah susah ? bawak beg sekolah buruk - koyak - bertampal ? hee~ perasaan time tu.. perasaan..

terlampau banyak peribahasa yang memberi bayangan untuk kita saling membantu meringankan beban sesama kita.. paling senang nak hadam dan terasa.. tak tau la kakak nak explain cemana sayunya hati ni bila ada sesetengah anak kita yang sepatutnya bersekolah tapi mak ayah tak mampu.. sedangkan nak sekolah pun tak mampu, inikan plak nak beli serba baru untuk menenmpuh alam persekolahan..

tak dapat kakak nak explain perasaan tu..

kalau kita ni dok la fikir "bila tah dapat beli handbag PRADA original" tapi ada anak kat luar sana asyik fikir.. "tahun depan sekolah dapat ke tak beg sekolah baru.." haish.. * lap airmata jap * hee~

sehubungan dengan itu.. secebis rasa kasih yang masih bersisa, kakak dan team sedang mempergiatkan PROJEK BEG SEKOLAH bagi membantu golongan yang betul-betul memerlukan.. tak kira la dari faktor apa keperluan tu, selagi kami mampu kami akan usahakan.. in shaa Allah.. 




kami memerlukan sokongan anda yang kat luar sana untuk memberi sedikit senyuman diwajah anak-anak yang kami pilih nanti.. antara sumbangan yang kami perlukan :


  • beg sekolah baru
  • beg sekolah terpakai
  • alat tulis
  • baju sekolah
  • tenaga
            dan
  • share artikel ini
itu lebih dari cukup dan tak mampu kami balas.. tapi kalian tau akan apa ganjarannya.. hee~ tak payah la kakak nak cerita apa ganjaran yang korang akan terima kelak.. korang boleh hubungi FOCAL person yang tersenarai dalam list kat bawah ni eh.. deadline untuk kami sebagai FOCAL person untuk kumpul kesemua hasil sumbangan selewat-lewatnya pada 13 Disember 2015.. sebab bermula 14 Disember tu, kami akan mulakan sesi agihan sumbangan..

yang ade bintang comel gile siut tu bahagian kakak.. hee~


kalau korang faham betapa berertinya hari pertama bersekolah dengan beg sekolah baru, korang akan faham betapa kami sensitif.. bukan untuk buka ruang untuk anak-anak terpilih bergaya tanpa mengukur pada badan sendiri, tapi senyuman yang akan terpancar di wajah mereka nanti.. 

tak ternilai weyh..
tu pun kalau korang faham laa..

#projekbegsekolah
Fanpage : Projek Beg Sekolah

7 November 2015

TIPS MEMILIH KASUT TUMIT TINGGI


dah tau kesan buruk akibat pemakaian kasut tumit tinggi tapi tetap jadik pilihan untuk wanita bergaya.. nah !! kakak bukak cerita mak mak bedah hari ni.. hahaha~ kalau melibatkan tuntutan kerja, okay la lagi tapi kalau suka-suka nampak bergaya, korang menempah risiko BAHAYA pada tulang korang.. 



korang tau tak ?

ada kajian mengatakan 90% wanita yang memakai kasut tumit tinggi mengalami masalah lenguh-lenguh serta bengkak pada kaki yang mungkin disebabkan kasut tersebut tak mampu menampung posture kaki dengan baik.. bila korang pakai kasut tumit tinggi ni, tumit lebih tinggi dari kaki bahagian depan kan ? maksudnya berat badan akan dibebankan pada hujung kaki bahagian depan.. nah !! punca dah dikenalpasti.. hee~


berani btol kan wanita kalau nak cantik.. tu baru bab lenguh-lenguh, sakit sendi ape bagai tu.. belum lagi cerita bab osteoperosis, payudara kendur, sakit tulang belakang ape bagai tu.. hee~



FAKTA SI PEMAKAI KASUT TUMIT TINGGI



1 : tumit terbaik

  • tinggi tumit yang sesuai untuk kaki adalah sekitar 3 - 5 cm.. pada ketinggian ini kaki masih berada dlaam zon selesa dan tak terlalu sakit.. kira ngam la kan 3 - 5 cm tu.. yang 150cm dapat la nikmat tinggi sikit.. hee~
2 : rasa panas pada kaki
  • bila berdiri terlampau lama dengan kaki bersarung kasut tumit tinggi tetiba kaki rasa panas jek.. pernah rasa tak ? pernah tak ? haa.. rasa panas tu disebabkan tekanan suhu dalam kasut membuatkan rasa terbakar pada tumit kaki..
3 : berlari ?
  • berlari dengan mengenakan kasut tumit tinggi ? JANGAN dibuat.. mudah mendatangkan kecederaan pada kaki terutama bahagian tumit dan lutut.. paling tak boleh nak terima ianya boleh menyebabkan artritis.. nah !! 
4 : berat berlebihan
  • kaki terpaksa menahan berat badan setiap kali korang pakai kasut tumit tinggi.. tak kira la berapa inci pun.. semakin berat badan korang, semakin besar bebanan yang kaki perlu tampung.. hee~ sebab tu kalau berbadan besar tak digalakkan berkasut tumit tinggi.. kesian kaki tu..
TIPS MEMILIH KASUT BERTUMIT


  • pilihlah yang tak terlalu tinggi.. 
  • gunakan setidak-tidaknya TAPAK yang tinggi 2 - 3 cm.. tak de la korang terbeban dengan kesakitan wlaalupun seharian korang beraktiviti..
  • pilihlah alas kasut yang lembut dan mampu menjaga kulit supaya tidak tercedera..
  • jangan jadikan kasut tumit tinggi sebagai rutin.. pakai bila perlu jek.. kalau ada pape aktiviti yang memerlukan korang berkasut tumit tinggi, pakai sekejap jek.. lepas tu pandai-pandai la carik selipar jepun ke hape.. hee~
  • pernah cuba letakkan kaki lebih tinggi dari badan ketika baring ? haa.. itu paling best untuk rehatkan kaki lepas seharian berkasut tumit tinggi..
RISAUKAN DENSITI TULANG SEMAKIN LONGGAR ?
90% PESAKIT OSTEOPEROSIS ADALAH WANITA..



LOVE ;