14 December 2015

TIPS BANYAKKAN SUSU BADAN

ya.. ya.. ya.. orang sekeliling kakak ramai yang baru lepas bersalin kot.. ada tu sekejap jek menyusukan anak, ada tu memang tekad - nekad nak sampai 2 tahun 6 bulan haa.. tapi korang tau tak cara yang betul dalam penghasilan susu badan ni ? hee~ jom kakak SHARE 7 TIPS BANYAKKAN SUSU IBU..

1 : BERTENANG

  • korang kena la bertenang sebab tekanan merupakan salah satu punca penghasilan susu terganggu..
  • tindakbalas hormon akan menuetralkan dan membantu proses pengeluaran susu badan..
  • korang bleh try gini : masa memerah / menyusukan baby, cuba bayangkan perkara yang indah-indah jek.. tak kisah la ape pun.. janji indah sajeeee..


2 : POSITIF

  • ramai mak mak risau tentang penghasilan susu badan semakin hari semakin berkurangan, baby plak asyik merengek jek..
  • otak merupakan organ utama yang mempengaruhi tindakan manusia.. setiap fikiran atau idea yang dijana oleh otak akan dihantar ke anggota badan yang lain untuk bertindak..
  • korang kena ubah mindset korang.. dari so - so kepada "ya !! aku boleh habiskan tempoh penyusuan baby hingga 2 tahun 6 bulan !!"
  • ubah cara korang berfikir.. sila positif.. bila korang positif, otak akan menghantar isyarat ke kelenjar payudara untuk menghasilkan susu yang lebih banyak dan melancarkan pengeluaran susu badan..


3 : SUPPLY & DEMAND

  • korang tau tak ape tu supply & demand ? hee~ jom kita study sket..
  • korang kena tau lebih banyak susu dikeluarkan, lebih banyak lagi susu akan dihasilkan.. ni la yang dipanggil supply & demand..
  • bagi jek baby korang menyusu sekerap mungkin dan baby seharusnya disusukan mengikut kehendak mereka.. tiada jumlah yang tetap dan waktu yang tetap untuk seseorang baby..
  • susu badan yang dihasikan sebenarnya cukup untuk baby mengikut umurnya.. jadik.. tak payah risau la baby kerap merengek walaupun lepas beberapa kali menyusu..


4 : PERAH SUSU BADAN

  • ni tak payah nak bagi tau ni sebenarnya.. hee~ kalau nak simpan stok, kena la perah banyak-banyak..
  • korang, mak mak yang bekerja disarankan memerah susu kat tempat kerja.. amik la sikit waktu rehat tu untuk memerah.. buat jadual dan perah secara konsisten..
apa la yang mommy ni amik kan sampai stoknye banyak gini ? hee~ 
** rujuk gambar kat bawah **


5 : KOSONGKAN PAYUDARA

  • hah ? cane plak tu kan ? hee~
  • kosongkan payudara maksudnya, bagi baby menyusu / pam sekerap mungkin sebba payudara tidak seharusnyadibiarkan membengkak penuh dengan susu..
  • nak senang faham : lebih banyak ruang kosong di kantung payudara lebih banyak susu yang akan dihasilkan.. 


6 : AMBIL SUPPLEMENT

  • susu ibu yang pekat adalah susu yang berkualiti dan mengenyangkan baby walaupun kuantitinya sikit..
  • biasanya mak mak yang sibuk akan mengambil milkbooster untuk membantu dalam penghasilan susu badan.. dan korang digalkkan mengambil milkbooster dari sumber semulajadi sebab ianya lebih selamat.. hee~ 
  • contoh ? kat bawah ni..
ni jek rahsianya.. set asas.. hee~ semua ni RM 313.77.. harga retail.. kalau jadik ahli lagi murah tau.. 
boleh tahan lebih dari 2 bulan..
** gambar ini berkaitan dengan gambar sebelumnya.. hee~ **

7 : AIR SUAM

  • air merupakan elemen penting dalam sistem tubuh badan manusia.. 
  • minumlah sekurang-kurangnya 3 liter sehari bagi mengelak korang kekurangan air dalam badan sebab kalau kurang air dalam badan akan menyebabkan kulit menjadi kering terutamanya ibu yang menyusukan baby yang sedang dalam proses memperbaiki sistem tubuh badan selepas bersalin..
kalau nak kan info yang lebih tentang penyususan, boleh juga ke SINI

with love ;

4 + 1 TIPS ATASI MASALAH RABUN

haa.. korang sedar tak kalau dulu susah sangat nak jumpa kanak-kanak seawal usia 7 tahun pakai cermin mata.. kan ? sekarang ni seawal 4 tahun dah ada yang 'bergaya' dengan cermin mata.. rupa-rupanya golongan ber-spek-mata semakin ramai dan meningkat hari demi hari.. tak selesa hoccay-- nak berlari payah, nak bergaya tudung kembung kat sisi dan paling tak best bila terlupa bawak cermin nata, mula lah orang COP kita ( yang rabun-rabun ni ) sombong.. hee~


kakak ade EMPAT petua kurangkan rabun yang paling berkesan.. nak tak ? hee~ baca sampai habis eh..



KORANG TAU TAK ? semakin maju dan padat membangun sesebuah negara tu, semakin meningkat statistik golongan spek mata kerana kurangnya kesedaran tentang penjagaan mata.. dengan perkembangan teknologi semakin hari semakin pesat, merupakan salah satu punca dari sudut lain yang merupakan penyumbang tertinggi dalam statistik.. haa.. cuak tak ? rasa nak campak gadget ? hee~ 




paling mudah adalah mengawal pemakanan.. senang tak ? eh !! senang la.. cuma ambil makanan yang kaya dengan vitamin A dan D macam lobak merah, betik dan mangga.. sesekali buat la SPA MATA.. hee~ urut perlahan-lahan antara dua kening, hujung mata dan bawah mata..

senang tak ?


tak jugak ? hee~ aduhai.. tapi tak pe sebab kakak ade jalan paling mudah ni..



EMPAT PETUA KURANGKAN RABUN :


1 : korang pengguna komputer tegar ? kalau ya.. pada setiap 10 minit, alihkan pandangan ke arah objek yang jaraknya 3 meter jauhnya ( lebih kurang laa.. ) tengok jek la pape.. pokok ke, kereta ke, bintang ke, bulan ke.. haa.. nak lagi best, tengok la pokok.. tumbuhan hijau.. dalam 3 - 5 minit jek termenung merenung objek tu.. lepas tu sambung la keje balik..


2 : bermusuh dengan permainan video macam playstation atau xbox.. permainan ni memberi ketegangan yang tinggi pada mata dan kalau korang biarkan tanpa kawalan boleh menyebabkan kerosakan pada mata..


3 : belajar fokus.. contoh : jangan tengok semua benda sambil mata melilau ke kiri dan ke kanan kerana ia menyebabkan mata cepat letih dan menurunkan kecepatan proses penyembuhan mata.. tapi jangan sampai memaksa plak sebab kalau korang memaksa boleh berlaku ketegangan pada mata.. stress..


4 : tampalka setem pada tingkap rumah atau pejabat kemudian berdiri depan setem dengan jarak 30 sentimeter.. fokus kat setem kemudian alihkan pandangan kejap kejap kat luar tingkap.. lepas tu tengok balik.. ulang sebanyak 11 kali.. bila korang rasa otot mata dah mula kuat, boleh la tambah bilangan.. ni latihan untuk melatih kekuatan otot mata dan berpotensi menyembuhkan rabun..

hee~ gagah ke korang ? kalau tak cukup gagah, kakak share killer tips.. nak tak ?




haa.. nak tak ? nak tak ? kalau nak, roger kakak eh.. hee~ nikmati la kehidupan REMAJA korang tanpa cermin mata.. terganggu kot--

with love ;

12 December 2015

GMO PEMBUNUH NOMBOR SATU

apakah itu GMO ?

GMO atau "Genetically Modified Organisms" adalah sumber makanan yang pada asalnya adalah semulajadi ( contohnya seperti sayuran, buah-buahan, ikan atau binatang ) tetapi kini bahan genetiknya telah dimanipulasi di dalam makmal melalui teknologi kejuruteraan genetik.. ini bermaksud bahawa makanan atau binatang tersebut bukan lagi semulajadi tetapi adalah tiruan.. dia cucuk tang sana, dia cucuk tang sini.. kita plak makan.. hee~




oleh kerana GMO adalah benda tiruan maka sesiapa yang memakan makanan GMO akan mendapat berbagai jenis penyakit yang merbahaya seperti kanser, kemandulan, barah buah dada, kencing manis dan banyak lagi yang akan bertindakbalas terhadap badan kita..


CONTOH MAKANAN GMO


kacang soya :
  • kacang soya GMO diimport dari USA dan  Argentina.. 
  • kacang soya GMO menjadi punca utama kemandulan dan juga barah buah dada..
  • para saintis mendapati bahawa tikus yang telah diberi makan kacang soya GMO telah mati dalam tempoh 3 minggu..
jagung :
  • USA, Brazil dan Argentina merupakan pengeksport paling utama..
  • dari jagung GMO akan dicipta pemanis tiruan seperti " High Fructose Corn Syrup" dan pemanis tiruan tersebut terdapat pada banyak makanan segera termasuk makanan bayi..
  • jagung GMO merupakan punca kemandulan, kerosakkan buah pinggang dan hati, kegemukan dan banyak lagi masalah kesihatan..
  • kajian telah dibuat keatas jagung GMO dengan cara meletakkannya bersama dengan jagung asli di sebuah stor yang terdapat banyak tikus, selepas tiga bulan berlalu, jagung GMO tidak dimakan langsung oleh tikus sedangkan jagung asli telah habis dimakan tikus.. ini menunjukkan bahawa tikus pun tidak mahu makan makanan GMO..
tomato :
  • tomato GMO dari USA, Mexico dan Argentina boleh menyebabkan barah buah dada, barah hati dan barah buah pinggang.. 
  • tomato GMO boleh bertahan lama ( lebih 45 hari ) sedangkan Tomato asli hanya bertahan 10 hari.. 
  • ini menunjukkan bahawa bakteria atau serangga pun tidak sanggup untuk makan tomato GMO.. 
  • tomato GMO dari Maxico tiada biji..
minyak masak sayuran :
  • minyak masak GMO terdiri dari minyak kacang soya, jagung, alfalfa, canola, gandum, safflower..
  • pilihlah minyak masak Kelapa atau minyak masak Olive Oil yang TULEN..
daging lembu dan kambing :
  • lembu dan kambing dari USA dan juga kebanyakkan negara telah diberi makan jagung GMO dan disuntik dengan antibiotik..
  • antibiotik boleh menyebabkan kanser dan barah buah dada..
  • elakkan makan daging lembu dan kambing dari U.S, Australia dan sebarang negara luar, pilihlah daging lembu dan kambing tempatan..
madu :
  • madu dari USA, Australia dan Canada merupakan madu GMO..
LIPTON :
  • teh LIPTON adalah GMO..
susu lembu ( tepung ) :
  • susu lembu tepung dari USA dan juga negara barat yang lain adalah merupakan GMO..
  • minumlah susu lembu asli tempatan..
ayam dan telur ayam :
  • belilah telur ayam kampung dan elakkan dari membeli telur komersial kerana ayam komersial telah disuntik dengan antibiotik dan diberi makan jagung GMO.. 
  • elakkan juga memakan daging ayam kecuali ayam kampung.b
buah epal, oren, strawberry, anggur :
  • buah epal, oren, strawberry dan anggur merupakan buah-buahan GMO..  
  • oleh itu, makanlah buah-buahan tempatan ( rambutan, durian, manggis, ciku, nangka, mempelam, belimbing dan sebagainya )
padi golden rice :
  • padi import dari USA dan China iaitu Golden Rice merupakan padi GMO..
  • oleh itu, belilah padi tempatan.. 
  • padi Golden Rise adalah berwarna keemasan..
beras Basmathi :
  • beras Basmathi dari India dan Pakistan adalah beras GMO..
kentang :
  • kentang dari USA dan China adalah GMO.. 
  • jangan membeli Potato chips dan French Fries kerana ia juga adalah kentang GMO..
  • memakan kentang GMO boleh mengakibatkan penyakit kanser..
  • seorang saintis dari USA yang bernama Arpad Pusztai telah dipecat dari jawatannya hanya kerana beliau telah memberitahu media bahawa tikus makmal yang memakan kentang GMO telah mengalami kerosakan organ yang teruk dan juga menghadapi masalah kesihatan yang lain..
tembikai ( yang tiada biji ) :
  • elakkan memakan tembikai yang tiada biji kerana itu adalah GMO..
nanas :
  • jangan memakan nanas dari COSTA RICA kerana ia adalah nenas GMO..
ikan salmon :
  • jangan makan ikan salmon dari USA kerana ia adalah ikan GMO..
ikan tilapia :
  • jangan memakan ikan Tilapia dari USA kerana ia adalah ikan GMO..
sugar beet :
  • jangan memakan sugar beet dari USA, France, Germany dan Russia kerana ia adalah GMO..

BEBERAPA KESAN GMO KEPADA MANUSIA :

  • kanser
  • barah buah dada
  • kemandulan
  • kencing manis
  • asthma
  • dan banyak lagi..

BOIKOT SYARIKAT YANG MENGGUNAKAN BAHAN GMO DALAM PRODUK MEREKA IAITU :











APAKAH MOTIF MEREKA MENCIPTA GMO ?


korang pernah dengar AGENDA 21 ? hee~ 

AGENDA 21 melalui Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu adalah satu dasar mikro kearah merealisasikan pembangunan mampan dengan mengurangkan penduduk dunia sehingga hanya tinggal 500 juta orang sahaja.. sehingga hari ini jumlah penduduk dunia lebih kurang 7.3 billion..

kadar kematian semakin meningkat akibat makanan GMO dan di Amerika sahaja telah hampir 2 juta kematian akibat makanan dari sumber GMO sejak 2008.. di Argentina telah ada laporan mengatakan bahawa kadar kematian akibat kanser kerana makanan GMO telah meningkat dan dari setiap 100 000 orang, hampir 230 kematian berlaku kerana GMO..

disebabkan kurangnya kesedaran tentang GMO kat Malaysia, Brunei, Indonesia dan Singapura maka jumlah kematian akibat makanan ber-GMO di negara-negara tersebut tidak dilaporkan media..



SUMBER RUJUKAN :


http://www.march-against-monsanto.com/
http://www.responsibletechnology.org/10-Reasons-to-Avoid-GMOs
http://naturallysavvy.com/eat/whats-so-bad-about-gmos-top-ten-reasons-to-avoid-them
http://earthjustice.org/features/engineering-an-environmental-disaster-2#
http://www.saynotogmos.org/
http://www.foe.org/projects/food-and-technology/genetic-engineering/no-gmo-apples
http://www.elle.com/beauty/health-fitness/advice/a12574/allergy-to-genetically-modified-corn/
http://www.npr.org/sections/thesalt/2015/01/13/376184710/gmo-potatoes-have-arrived-but-will-anyone-buy-them
http://modernfarmer.com/2014/03/monsantos-good-bad-pr-problem/
http://www.gmo-compass.org/eng/grocery_shopping/fruit_vegetables/15.genetically_modified_tomatoes.html
http://www.naturalnews.com/041418_tomatoes_GMOs_groceries.html
http://www.thelastgreatstand.com/the-agenda-21-depopulation-of-rural-areas-will-give-obama-stalin-like-control-over-food/
http://rense.com/general64/pordc.htm
http://www.responsibletechnology.org/gmo-dangers/65-health-risks/1notes
http://www.rense.com/general80/haz.htm
http://www.collective-evolution.com/2014/09/08/death-rates-double-in-argentinas-gmo-agribusiness-areas-its-due-to-this-one-illness/
https://thebovine.wordpress.com/2010/04/20/russian-scientists-link-2-million-american-deaths-since-2008-to-gmo-crops/
http://www.globalresearch.ca/the-complete-history-of-monsanto-the-worlds-most-evil-corporation/5387964
http://preventdisease.com/news/13/092513_A-W-Burgers-Bamboozle-Customers-With-Deceptive-Claims-of-Chemical-Free-Beef.shtml
http://jimstonefreelance.com/tomatofreakout.html
http://www.thedogplace.org/HEALTH/Genetically-Modified-Food-1011_Andrews.asp
http://www.non-gmoreport.com
/articles/jun08/sugar_beet_industry_converts_to_gmo.php
http://www.dailypioneer.com/columnists/edit/basmati-under-threat-gm-crops-play-foul.html
______________________________________________________________

haa.. sebab kakak dah ada kesedaran dalam pemilihan makanan tu la kakak alert dengan supplement yang kakak amik.. risau.. risau.. risau.. semakin hari kita nak semakin sihat bukan nya hidup bersama penyaki yang bersembunyi dalam badan kita.. hee~ faham kan apa yang kakak nak terang kan ?

kalau faham.. bagus.. hee~

with love ;

11 December 2015

KHASIAT MINUM AIR MASAK ; KORANG KENA BACA NOMBOR 3

sesetengah orang kan, kalau bukan air berperisa konon tak mampu nak telan la hape la.. kekwat btol.. hee~ orang camgitu tak tau kelebihan minum air masak tu.. haa.. kalau korang consume air masak ikut cakap kakak, confirm menjadik.. ni bukan cakap kosong ni.. hee~ ce try amal kan untuk waktu pagi ni dulu.. kita tengok cemana pergi..






with love ;

9 December 2015

BAGAIMANA OTAK BERFUNGSI DENGAN BAIK ?

korang pernah dengar iklan susu Anmum ? yang pasal "lebih banyak sel otak berhubung, lebih cepat pembelajaran berlaku" tu-- haa.. pasal tu la yang kakak nak share hari ni.. 

korang ade terfikir tak cane otak kita berhubung ?


sel-sel otak kita ni tak bersambung direct antara sel-sel otak ( neuron ) ada satu ruang namanya synapse.. kat synapse ni la berlakunya pemindahan neurotransmitter dari satu neuron ke neuron yang lain.. tapi kalau neuritransmitter ni tak boleh lepasi synapse ke neuron-neuron yang lain, dia jadik cam talian telefon atau talian internet terganggu.. haa.. kalau kita tengah dok borak kat telefon tetiba ada gangguan 'krrrkkkrrkkkr--' tu, confirm mesej yang kita nak sampaikan tak sampai kat orang sebelah sana kan ? kan ? dengar pun rasa nak marah jek macam bunyi Ju-on..

haa-- macam tu la bila ada gangguan aliran neurotransmitter kita.. sila sel otak tak berhubung, kita pun ikut la sama tak berapa nak betul..


MACAMANA NAK PASTIKAN ALIRAN NEUROTRANSMITTER KITA LANCAR ?

mula-mula sekali kena la istiqomah buat amalan rohani sebab setiap inci dalam badan kita ni ada 'sesuatu' yang jaga.. haa.. jangan pandang ringan bab tu ya.. hee~ ya.. secara scientifically memang la sistem badan kita ni berjalan dan bergerak sendiri tapi kalau cakap pasal spiritually, ya.. ada malaikat-malaikat yang menjaga setiap degup jantung dan aliran darah kita.. nak tak nak.. memang tak de alasan la kan nak kata ponteng beramal.. nak sihat kan ?

lepas tu.. mesti bekalkan otak kita dengan nutrien.. hee~ makan bukan untuk besarkan badan jek tau tapi makan untuk kesihatan otak.. kalau cakap pasal kesihatan otak, bukan Omega Guard yang de omega 3 tu jek untuk otak tau..

1 : PROTEIN ( ESP )
  • protein membina neuron dan neurotransmitter
  • ESP ada asid amino yang menjaga neuron dan saraf kita supaya sentiasa peka dengan mesej

2 : VITAMIN C 
  • vitamin c menjaga otak dari rosak

3 : B COMPLEX
  • menjaga kesihatan neurotransmitter

4 : LECITHIN
  • mengandungi phosphatidycholine ( kolina ) iaitu precursor untuk neurotransmitter

5 : OMEGA GUARD
  • mengurangkan risiko otak mengecut

6 : PERFORMANCE DRINK
  • melancarkan lompatan neurotransmitter


bila dah weng sikit tu kan, cepat-cepat la amik produk kat atas tu.. kalau belum la.. kalau dah, sila tambah dos.. kot la kan dah makan jugak tapi masih nyanyuk.. kurang dos kot--


LOVE ;

7 December 2015

ATASI MASALAH JERAWAT PASIR


huish-- ni paling femes dikalangan orang-orang Asia ni.. JERAWAT PASIR bersepah kat muka.. lepas tu dok tepek bedak kemain tebal konon nak tutup jerawat.. konon jek la.. bila mekap cair.. nah !! todia !! berlonggok jerawat pasir tu.. ye la.. walalupun halus, dah kalau banyak cemana nak sorok lagi kan ?


terasa gatal nak kutil-kutil sampai pecah, rasa kulit muka menebal, tak selesa.. dah rasa blom ? hee~ dengan parut berlonggok hitam hitam lepas dah kutil-kutil tu.. hahaha~ sejarah sangat tau bab tu.. ni la ni.. kakak nak share beberapa cara / tips untuk atasi jerawat pasir dari terus beranak lepas tu berparut plak.. haa.. kat bawah nih eh..


1 : SCRUB

  • pertama-tama !! scrub-kan kulit dengan lembut untuk membuang sel kulit mati secara semulajadi.. 
  • nah !! resepi scrub yang femes :
    • LEMON + KOPI 
      • sumber sitrus terbaik untuk melembutkan kulit disamping membersihkan kulit berjaya menyingkirkan sel kulit mati dan mencerahkan kulit anda yang kusam..
    • LIDAH BUAYA + GARAM
      • nak kulit licin ? try ni.. best.. kulit jadik lembab dan mampu mengurangkan jerawat pasir.. try 3 hari berturut lepas tu nikmatilah kulit yang lembut tanpa jerawat pasir..
    • TEH HIJAU
      • ya.. selain menyegarkan, teh hijau juga boleh buat scrub tau.. dah la elok untuk lembutkan kulit, siap meng--antioksidakan kulit lagi..



2 : BERSIHKAN WAJAH DENGAN TERATUR
  • salah satu penyebab jerawat pasir adalah anda kurang menjaga kebersihan kulit yang mengakibatkan kotoran seperti debu dan bekas kosmetik masih tersisa dikulit..
  • jangan lupa untuk membersihkan wajah sekerap yang mungkin..
  • scrub kan kulit pada waktu malam sebelum tidur kerana kulit baru akan mulai tumbuh pada waktu malam..
3 :  MASKER BERAS
  • bukan untuk mengenyangkan perut jek tapi beras juga dapat melembutkan kulit dan mematikan jerawat pasir..
  • beras yang kaya dengan karbohidrat, vitamin C dan vitamin E mampu menjaga dan merawat kulit..
4 : AIR MAWAR DAN AIR LIMAU NIPIS


  • kalau zaman dulu, memang ini jek la resepi buat nenek-nenek kita tampil cantik berkulit mulus jauh dari jerawat..
5 : PUTIH TELUR
  • selain menegangkan kulit, putih telur yang dijadikan masker mampu menghilangkan bekas jerawat dan mengurangkan rembesan minyak berlebihan yang mana minyak pada kulit wajah merupakan salah satu punca jerawat semakin galak tumbuh.. hee~


haa.. cemana dengan petua kat atas ? mana yang korang pernah try ? hee~ kalau amalkan petua-petua alami macam kat atas tu kan, korang tak control makan.. tak mo jadik gak tau.. haa.. cemana plak kan ? jenjalan kat bawah nih ha.. kakak share tips lagik..





nih perawatan dari dalam tau.. kalau nak tau info mengenai perawatan kulit wajah dari luar pun kakak ade.. klik KERING + BERJERAWAT atau BERMINYAK + BERJERAWAT eh.. hee~

ingat.. kulit cantik, lembut, mulus dan tanpa sebarang rona adalah pilihan setiap wanita.. impian.. angan-angan.. jangan jadikan malsalah kulit sebagai tembok yang besar dan membandingkan diri korang dengan orang lain.. hee~ bertindak sebelum keadaan melarat.. 

LOVE ;

6 December 2015

ATASI MASALAH KULIT KERING DENGAN SET ENFUSELLE




kulit kering ? ye !! merimaskan kot-- mengelupas sana sini lepas tu siap kasik rasa tegang yang memeritkan.. cane nak explain eh ? tapi sape yang mengalami maslaah kulit kering ni dorang tau la betapa tak bestnya bila kulit mengelupas siap boleh kutil kutil lagik.. selalunya terjadi kat bahagian hidung, dagu dan tulang pipi.. dah la kulit mengelupas kering gitu, ade plak jerawat.. okay !! super tak best.. nak keluar rumah pun segan.. terpaksa jek la hadapkan muka.. nak ngelak cane kan ? hee~


lepas ni tak payah nak sorok sorok muka dah.. jadikan SET ENFUSELLE SHAKLEE ni sebagai kawan baik.. haa.. kawan baik ko ala ala BFF la tu.. hee~ 


1 : Hydrating Cleansing Gel
  • menjadikan kulit halus, seimbang, dan berseri
  • mencerahkan tona kulit
  • membantu menyeimbangkan pH kulit
2 : Hydrating Toner
  • menyeimbangkan pH kulit
  • rumusan tanpa alkohol menyejat dengan cepat tanpa mengeringkan kulit
  • melindungi lapisan minyak semulajadi kulit
  • melembutkan kulit dengan ekstrak witch hazel dan kamomil
3 : Hydrating Moisturizer
  • meningkatkan keanjalan kulit
  • mengurangkan garis-garis halus
  • mengurangkan kedutan
lepas kulit dah cantik sok, dah tak de kulit mengelupas, jangan lupakan kakak ya.. hahaha~ LIFE TIME consultancy.. in shaa Allah.. sampai semuanya kembali elok.. 

LOVE ;

5 December 2015

SET PERAWATAN KULIT BERMINYAK ENFUSELLE SHAKLEE

J.E.R.A.W.A.T normal tak kat korang ? hee~ tak kira perempuan ke, lelaki ke kalau dah kena naik sebijik confirm melangut depan cermin berjam jam kan ? ye.. itu pun kakak !! hahaha~ kalau dah stress sangat ape pun tak tau nak buat, jerawat plak macam suka jek menyinggah kat muka kita ni kan, haa.. kita kasik dorang ubat.. ubat ape ? ubat elak jerawat le.. 



jom sini !!

jerawat terbentuk melalui liang pada kulit korang sebab kelenjar minyak berkait dengan liang dan membentuk bahan yang dipanggil sebum.. jerawat terjadi lepas beberapa peringkat terjadi pada liang kulit anda iaitu..

  • kelenjar minyak mengeluarkan terlalu banyak minyak
  • lapisan liang akan memperbaharui fungsi sel nya dan melindungi sel-sel mati
  • sel-sel mati ini akan bergabung dengan sebum dan membentuk plug
  • liang tersebut tersekat dan membesar, membentuk comedo
  • dinding liang yang pecah di bawah permukaan kulit akan menyebabkan jerawat
antara faktor yang boleh menyebabkan jerawat ialah :
  • hormon
  • keturunan
  • ubat-ubatan
  • make-up / kosmetik
  • faktor persekitaran

okeh !! cemana nak settle nih ? hee~ meh sini kakak nak share pasal Set Enfuselle yang mampu membantu korang mengurangkan masalah jerawat.. jom kakak cerita cemana ajaibnya dorang nih.. 

SET ENFUSELLE ada dua set iaitu Normal-Oily dan Normal-Dry.. untuk korang yang mempunyai masalah jerawat disebabkan oleh kulit yang berminyak, korang memang disarankan untuk memakai set kecantikan Enfuselle Normal-Oily la kan..



Set Normal-Oily Enfuselle Shaklee terdiri daripada :

1 : Purifying Toner

  • meminimumkan kemunculan liang-liang yang besar pada kulit
  • membantu mengawal kulit yang berminyak
  • meneutralkan kerosakan sel akibat tindak balas kulit
2 : Purifying Cleansing Gel
  • mencerahkan tona kulit
  • menjadikan kulit segar dan lembut
3 : Balancing Moisturizer
  • membantu mengembalikan keseimbangan minyak pada kulit
  • membantu mengurangkan garis-garis halus
kalau korang tau betapa bermaknanya kulit bebas jerawat, korang akan bertindak lepas baca ape yang kakak merepekkan ni.. hahaha~

LOVE ;

4 December 2015

BATU KARANG HEMPEDU PEMBUNUH DALAM DIAM !!


tak ramai yang nak study pasal batu hempedu ni tapi bila dah terkena baru menjejes air mata sebab takut.. realiti ni, bukan nak takut-takutkan korang nih.. hee~ penyakit yang UNIK ni melibatkan 3 organ badan iaitu hati, pundi hempedu dan pankreas.. tanda secara klinikal penyakit ni berbeza-beza bergantung samada aliran hempedu terhalang ataupun tak.. 


sebab ? pengambilan makanan berlemak jek.. haa.. jangan main-main bab tu.. apa yang kita makan ni sebenarnya menjadi punca segala penyakit dok singgah kat badan kita ni..



FUNGSI PUNDI HEMPEDU


ia terletak di bawah hati dan berfungsi sebagai tempat untuk menyimpan hempedu yang dihasilkan oleh hati.. hempedu penting untuk penyerapan dan pencernaan lemak..



hempedu mengandungi air, kolesterol, lemak, garam hempedu, protein dan bilirubin.. korang tau kan yang bilirubin tu merupakan satu produk akhir sel darah merah dan kelesterol, garam hempedu serata bilirubin merupakan komponen utama yang membentuk batu karang hempedu.. TING !! kalau komponen tersebut terjadi secara berlebihan terjadi pula ketidakseimbangan cecair.. lama-kelamaan batu karang hempedu tersebut menjadi besar atau semakin banyak..


batu karang hempedu boleh terperangkap sepanjang duktus sistk atau duktus hempedu sesama apabila ia keluar dari pundi hempedu ia juga boleh terbentuk di hati, duktus hepatik atau duktus hempedu.. batu karang hempedu dikelaskan berdasarkan komponen kimia dalam batu kolesterol, batu pigmen dan batu bercampur.. kebanyakan batu karang hempedu adalah batu bercampur..


batu karang hempedu adalah formasi seperti batu yang terbentuk di dalam pundi hempedu dan ditemui dalam pelbagai bentuk, warna dan ketekalan..







FAKTOR PEMBENTUKAN BATU KARANG :


  • wanita berisiko dua kali ganda daripada lelaki disebabkan oleh jumlah hormon estrogen yang berlebihan dikalangan wanita dalam keadaan tertentu seperti kehamilan..
  • estrogen yang berlebihan meningkatkan tahap kolesterol dalam hempedu seterusnya mengganggu keseimbangan cecair dalam hempedu.. estrogen yang berlebihan juga mengurangkan pengecutan pundi hempedu menyebabkan stasis hempedu dan pembentukan batu karang hempedu..
  • obesiti merupakan satu faktor risiko kerana paras kolesterol yang tinggi dalam darah..
  • pemakanan yang tinggi lemak dan kolesterol merupakan faktor yang paling dekat..
  • individu yang berumur 60 tahun dan ke atas mempunyai risiko tinggi menghidapi batu karang hempedu..
  • penghidap diabetes mempunyai jumlah asid lemak yang lebih tinggi iaitu trigliserida dan kolesterol darah..
  • ubat yang mengurangkan tahap kolesterol dalam darah juga meningkatkan jumlah kolesterol yang dirembeskan ke dalam hempedu..


TANDA-TANDA ANDA MENGHIDAPI BATU KARANG HEMPEDU

kebanyakan batu karang hempedu tidak menunjukkan tanda yang ketara dan ia hanya boleh dikesan semasa melakukan pemeriksaan rutin namun, sebahagian kecil batu karang hempedu boleh menyebabkan rasa sakit yang berpanjangan di bahagian kanan atas abdomen.. rasa sakit ini disebut 'gallstone colic' yang kebiasaannya disertai dengan loya dan muntah..

ia berkurang dengan sendirinya tetapi boleh berlaku skali-sekala..

batu karang hempedu yang menghalang aliran hempedu dari hati ke duodenum boleh menyebabkan hati dipenuhi dengan hempedu yang berlebihan.. hempedu yang berlebihan akan melimpah ke peredaran sistemik lalu menyebabkan jaundis atau mata, kulit dan membran mukus menjadi kekuningan.. bagi kes yang teruk pemendapan bilirubin yang berlebihan dalam kulit menyebabkan gatal..

gejala lain termasuklah sakit perut, loya dan muntah manakala jangkitan hempedu statik mempunyai gejala lain seperti demam dan disebut sebagai Ascending Cholangitis dan jika tidak dirawat, boleh membawa maut..


batu karang hempedu di bahagian hujung duktus hempedu sesame akan menghalang aliran enzim pankreas dari pankreas kerana duktus hempedu sesame dan duktus pankreas berkongsi laluan ke dalam duodenum yang dipanggil ‘Ampulla of Vater’.. aliran enzim pankreas yang tersekat boleh menyebabkan radang pankreas, atau Pankreatitis Akut.. ia menyebabkan sakit teruk di tengah bahagian atas abdomen hingga ke belakang..


cemana ? hee~ ya.. statement yang boleh membawa maut tu memang sangat menakutkan.. sebab kalau kita tau yang kita ni memang ada masalah pada bahagian-bahagian tertentu tapi menafikan dengna tidak menerima apa-apa rawatan, ia sungguh bahaya.. fuff--




OMEGA GUARD : 
membakar lemak yang berlebihan yang mendorong pembentukan lemak tepu

LECITHIN : 
mengemulsi lemak dan minyak makanan sekaligus menghalang daripada diserap oleh badan

SUSTAINED RELEASED VITA-C : 
menambah keasidan urin kerana batu karang tidak akan terbentuk dalam urin yang berasid

ALFALFA COMPLEX : 
mengurangkan infeksi dan inflamasi

OSTEMATRIX : 
mengandungi magnesium yang mengurangkan oksalat ( garam )

B COMPLEX : 
mengurangkan oksalat ( garam ) yang membentuk batu karang


LOVE ;