22 January 2016

10 KEBAIKAN MEALSHAKES UNTUK TUMBESARAN SI MANJA

nah !! tajuk pun dah menggambarkan tujuan dan maksud kakak.. hee~ tak payah cerita lebar la kan.. ce baca jek..

1 ) MEALSHAKES menyediakan mutrien lengkap
  • 24 jenis vitamin penting dari A - z dan mineral surih
  • kekurangan mineral akan memberi kesan kepada penyerapan vitamin yang menyebabkan enzim tidak aktif
  • ia juga mengandungi lesitin soya yang bekerjasama dengan vitamin larut lemak
2 ) MEALSHAKES menyediakan bekalan nutrien utama untuk sel
  • kaya dengan protein dan tidak mengandungi laktosa
  • membantu dalam membentuk kulit, kuku, rambut, organ, darah dan pelbagai sel-sel vaksin
  • meningkatkan imun kanak-kanak


3 ) MEALSHAKES untuk fungsi tumbesaran
  • mengandungi asid folik, biotin, kaya dengan kalsium dan magnesiaum yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel dalam proses tumbesaran kanak-kanak
4 ) MEALSHAKES untuk antioksidan
  • mengandungi vitamin A, C , E, zink dan selenium yang merupakan komponen antioksida untuk melawan proses penuaan
  • kanak-kanak juga terdedah pada radikal bebas yang boleh melemahkan sel badan
5 ) MEALSHAKES mencantikkan kulit
  • mengandungi vitamin b-complex, zat besi dan copper untuk membantu sel-sel darah merah menjadi sihat
  • mencantikkan kulit dan memudarkan parut

6 ) MEALSHAKES agen detoksifikasi
  • kaya dengan serat larut yang membantu ( peristalsis kolon dan perut atau pergerakan usus ) untuk mengeluarkan lemak berlebihan dan bahan buangan daripada kolon dan perut

7 ) MEALSHAKES sedap
  • dengan fruktosa semulajadi, penambahan nutrien yang perlu untuk badan, tidak mengandungi pewarna tiruan dan gula tiruan
8 ) MEALSHAKES menaikkan selera makan

  • apabila anak kurang selera makan itu tandanya kekurangan vitamin yang jika tidak dipantau akan menggangu tumbesaran anak

9 ) MEALSHAKES pembekal tenaga seharian

  • protein tinggi yang dibekalkan dalam mealshakes bertukar menjadi sumber tenaga

10 ) MEALSHAKES mudah dibancuh
  • berbeza dengan kapsul, mealshakes yang membekalkan sumber multivitamin lengkap berserta protein dan serat dalam bentu serbuk yang mudah dibancuh
  • campurkan dengan jus atau air sejuk dan nikmati perasa vanilla yang lazat
  • boleh juga dibuat ais krim

syok ni.. satu canister boleh tahan dua bulan bergantung pada cara bancuhan dan kekerapan pengambilan.. okay ah tu.. asal anak sihat, cerdas, cergas, aktif dan bijak.. hee~ semua boleh jadik.. 

NAH !! kakak share TESTIMONI MEALSHAKES untuk ditatap.. hee~

18 January 2016

ENTRI BERGAMBAR : PUNCA SEL KANSER SEMAKIN MEREBAK


semakin hari sel sel merbahaya semakin bijak.. tak kira masa, tempat dan usia.. dorang main sapu jaa kalau kita silap langkah.. kali ni kita nak borak sikit pasal PUNCA SEL KANSER SEMAKIN MEREBAK.. haa.. kenapa plak sel sel kanser ni smeakin mengganas sampai tak dapat nak rawat.. antara sebab sebabnya adalah gaya hidup tidak sihat diri sendiri, gaya hidup tidak sihat orang sekeliling kita.. hee~ paling mudah kita nak amik pendekatan.. MEROKOK.. yang sakit bukan tuan yang menghisap sahaja, tetapi termasuk orang sekeliling yang menghidu asap rokok tu..

jom kita tengok punca punca lain.. kali ni syok sket sebab ade banyak gambar.. hee~












oh !! sebelum kakak terlupa.. penawar kanser yang tengah promo bulan ni.. hee~ nanti kakak share ye..

MENDAPAN DALAM SALUR DARAH

dalam salur darah kita, selain kolesterol baik dan jahat ada banyak lagik yang suke melekat kat dinding salur darah ni termasuklah KALSIUM.. bila KALSIUM termendap, ia dinamakan calcification yang memberi kesan mengeras di bahagian mendapan itu.. 

banyak lagi tempat lain yang memendapkan KALSIUM ni seperti otak, breast, sendi dan buah pinggang.. bila KALSIUM mendap di buah pinggang, tu yang jadik batu karang tu.. hee~ 



ADAKAH IANYA TERJADI SEBAB KALSIUM BERLEBIHAN DALAM BADAN ?
JAWAPAN : TIDAK

hee~ tak de kaitan pun.. mengikut kajian Universiti Harvard, pengambilan KALSIUM tak de kaitan dengan batu karang dan apa-apa sahaja penyakit yang berpunca dari calcification ni.. dia sama jek samada makan KALSIUM atau tak, risikonya tetap sama.. punca utama yang dikenalpasti adalah kecederaan dalaman, jangkitan genetik, masalah autoimune dan pernah jalani pembedahan..

jadik.. jangan takut nak makan KALSIUM sebab itu bukan punca terjadinya batu karang..
🔥
ADAKAH IANYA BOLEH DIRAWAT ?
menutur International Journal of Molecular Science, dorang ade buat ujian untuk mengkaji penyebab calfication ni dan ternyata KALSIUM bukanlah penyebab utama yang boleh dipersalahkan.. tapi :
  • pengawet makanan
  • makanan diproses
  • lemak trans
  • gula
cuba kurangkan atau STOP lansung pengambilan makanan dalam senarai kat atas tu.. kalau boleh la.. hee~

dalam laporan tu jugak ade mencadangkan pengambilan supplement seperti :
  • resverstrol ( Vivix Shaklee )
  • omega-3 ( Omega Guard )

cuba-cuba lah jaga kesihatan sikit.. semakin hari penyakit semakin bijak.. nak dirawat kat tempat mahal-mahal aja.. hee~

15 January 2016

FAQ : KENAPA VIVIX SHAKLEE ?

mentang mentang bulan ni bulan dia, kita plak asyik review dia jaa.. hee~ suka la si sirap ajaib ni.. dah la elok untuk kesihatan, kasik efek awet muda, pakej ha dia bagi.. memperbaiki DNA kita yang dah rosak.. haa.. tu la tu.. jangan tak tau.. kita layan jap video kat bawah ni haa..


hari ni kakak tak nak membebel pepanjang pun, cuma nak cerita kenapa korang kena amik sirap VIVIX SHAKLEE ni.. hee~ bukan paksa tau tapi kalau NAK sihat, boleh la.. badan kita pun dah lama tak service kan ? kasik can laa.. kakak nak kongsikan cara pengambilan vivix - cemana la rasanya - sebotol tahan berapa lama.. haa.. ye la.. sementara tengah promo ni, confirm ramai beli nak bagi mak abah kat kampung kan sebab VIVIX SHAKLEE ni ade kat dalam SET DIABETES, SET STROKE dan SET SAKIT JANTUNG.. tu semua sakit MAHAL yang jadik kegemaran warga emas..

disebabkan VIVIX SHAKLEE ni dihasilkan dari bahan-bahan semulajadi dan tak de lansung bahan kimia kat dalam tu, kebaikan khasiatnya kena jaga.. kakak dok nengok kebanyakan pelanggan bertanyakan VIVIX SHAKLEE ni untuk mak abah yang ade diabetes, sakit jantung, stroke, gout dan batu karang.. <--- sakit yang femes..



CARA MAKAN VIVIX SHAKLEE

  • senang haa.. disebabkan tak de kandungan bahan kimia, maka proses penyimpanan VIVIX SHAKLEE yang betul adalah simpan di chiller peti sejuk.. bukan dalam freezer ya.. supaya zat-zat kat dlaam tu tak rosak..
  • tak jadik aiskrim ke ? hee~ ramai gak tanya kakak cemgitu.. jawapan dia TAK.. VIVIX SHAKLEE tidak akan mengeras.. tak caye ? ce try laa.. hee~
  • makan sesudu teh / sudu kecil selepas sarapan..
  • pastikan minum sekurang-kurangnya 3 liter air masak ya bersamaan 2 botol air mineral botol besar..
selalu orang takut nak makan makanan tambahan jenis cecair ni sebab boleh jadi rasanya pahit, payau dan tak sedap.. tapi rasa VIVIX SHAKLEE ni macam ribena kot.. masam masam manis sebab kandungan anggur muscadine tu..

walaupun VIVIX SHAKLEE ni elok untuk kesuburan, tapi sebaik sahaja hamil, tolong terus STOP pengambilan VIVIX SHAKLEE dan tukar ke supplement ibu hamil.. sebab VIVIX SHAKLEE ni tinggi antioksidanya.. kalau trimester pertama tu, kandungan tak kuat lagik.. dan berpotensi mengalami keguguran..

KESAN SAMPINGAN ?
  • kalau pernah dengar pasal HEALING CRISIS, faham la.. healing crisis ni sebenarnya bagus sebab badan kita bertindakbalas terhadap supplement.. habis mana yang rosak rosak dalam badan kita di-repair.. haa.. sebab tu kakak suka bila ada healing crisis.. kalau dengar cakap, seminggu jaa.. lepas tu in shaa Allah akan pulih selama-lamanya..
  • antara healing crisis yang paling femes.. pening, loya, badan rasa macam nak demam, letih dan sakit kepala..
  • ini bukan kesan sampingan tau.. ini tandanya supplement sedang bekerja untuk menyesuaikan dengan keadaan tubuh badan dan memulihkan mana mana sel rosak..
BERAPA HARGA SEBOTOL VIVIX SHAKLEE ?
  • ya.. agak mahal.. sebotol RM 495.00 dan bertahan untuk 2 bulan.. kos sebulan lebih kurang RM 250.00.. 
  • maknanya lebih kurang RM 8.30 sesudu / sehari..
tapi kalau nak dibandingkan dengan khasiat dan manfaatnya memang sangat berbaloi.. kena cuba sendiri baru tau.. hee~

______________________________________________________________________

14 January 2016

PUNCA SAKIT TULANG, KAKI KEJANG DAN LENGUH BADAN KETIKA HAMIL

dah biasakan kalau time pregnant jaa, mesti sakit sakit badan, cepat penat.. paling tak best kaki cramp ( kejang ) waktu pagi dan malam.. serius tak best okay.. hee~ kalau nak kata itu fenomena biasa, sebenarnya dah ramai anggap benda tu luar biasa bila dpaat menangani maslaha tersebut.. yang jadik luar biasa kat ibu ibu hamil yang tak tau cemana nak atasi..




kengkadang, ada tu lagi sanggup tahan sakit sebab tak nak amik tau dan acuh tak acuh konon sakit tu boleh hilang sendiri.. hee~ * lap peluh yang menitik kat dahi *

korang yang ibu ibu hamil ni tau tak ape punca utama korang sakit tulang, kaki cramp, lenguh lenguh badan ni ? haa.. tau kan ? ye.. kurang bekalan KALSIUM dalam badan kesan dia bukan jek jangka masa pendek tapi sampai ke tua sok effect nye..

jom cek balik ape tanda-tanda kurang kalsium dalam badan ketika hamil :


  • kebas dan rasa mencucuk keliling mulut, jari-jari tangan dan kaki
  • kejang otot
  • wheezing ( pernafasan berdehit )
  • susah menelan
  • mood swing
  • mudah letih
  • pergerakan tidak terkawal
  • jantung berdegup lebih laju dari biasa
  • sesak nafas
  • kulit kusam
  • rambut kasar
  • kuku rapuh
  • psoriasis / ekzema
  • kulit kering
  • susah nak tidur
  • kaki cramp ( simpul biawak )
  • berdebar-debar
  • gigi reput
  • paras kolesterol tinggi
  • rheumatiod arthiritis
sumber kalsium !!
mampu ka nak makan semua ni dengan konsisten ? hee~


kalau korang boleh konsisten hari-hari amik dos kalsium yang sesuai, okay la.. hee~ walaupun kakak kurang percaya sebenarnya.. * gelak besar ni * tapi.. sebaiknya amik kalsium + magnesium sebab bila ade magnesium, penyerapan kalsium jadik lagi cepat dan efektif..


nah !! testimoni sket.. tak best tau bila sakit sakit sendi time pregnant..

hanya yang dah rasa SHAKLEE EFFECt jek tau betapa seronok bila tak de masalah dalam menjalani hari hari pregnant.. 9 bulan 10 hari ( boleh jadi lebih ) smooth jaa.. kalau nak g shopping pun tak de masalah sebab densiti tulang kuat dan padat.. hee~

_________________________________________________________________

13 January 2016

TIPS MENGUATKAN RAHIM MENGELAKKAN KEGUGURAN

sesuaikan diri dengan orang baru kat dlaam perut tu ? teruja ? ye.. sangat teruja.. hee~ tapi ada sesetengah wanita yang pernah mnegalami keguguran semasa hamil.. jom kakak share TIPS MENGUATKAN RAHIM dan MENGELAKKAN KEGUGURAN..



1 : REHAT SECUKUPNYA
  • semasa hamil, rehat sangat diperlukan terutama masa trimester pertama..
  • elakkan aktiviti lasak yang menggunakan tenaga dan pergerakan yang banyak kerana fasa ini janin belum kuat dan baru nak mula terbentuk..
2 : ELAK PERJALANAN JAUH
  • kaki travel ? cuti la kejap sepanjang tempoh trimester pertama..
3 : ELAKKAN HUBUNGAN INTIM
  • semasa menempuh trimester pertama, elakkan air mani suami di dalam faraj korang.. erti kata lain, elakkan hubungan kelamin semasa tempoh ini..
  • untuk tips ni, kena bawak berbincang dengan suami ya.. 
4 : JANGAN ANGKAT BARANG YANG BERAT
  • angkat barang berat akan memberikan tekanan kat rahim..
  • minta tolong suami atau orang sekeliling kalau terpaksa..
5 : AMALAN SURAH PILIHAN DAN ZIKIR
  • sentiasa amalkan surah al-Hijr : ayat 97 - 99 sambil mengusap perut..
  • zikir juga dapat menenangkan hati..
6 : AMALKAN MAKANAN UNTUK KUATKAN RAHIM
  • antara manakan pilihan untuk menguatkan rahim adalah kurma, madu, protein, jus delima dan habatussauda..

7 : PENGAMBILAN SUPPLEMENT
  • pengambilan supplement dalam tempoh kehamilan dapat membantu menguatkan / mematangkan rahim bagi mengelakkan keguguran..
__________________________________________________________________

kalau cerita pasal ESP ni memang tak de kesudahan.. hee~ bekalan protein terbaik.. jelas lagi nyata, ESP ni non-gmo soy tau.. bermaksud kandungan ESP ni sangat terpelihara dan membantu memperbaiki sel-sel yang rosak sepanjang kehamilan..

kenapa kakak cadangkan ESP ?

1 : protein penting untuk perkembangan otak bayi
  • otak bayi mula berkembang seawal persenyawaan berlaku..
  • seperti yang kita tahu, otak manusia terdiri daripada sel dan sel sel tersebut dihasilkan daripada PROTEIN..
  • nampak tak kat mana pentingnya protein yang berkualiti untuk ibu hamil ?
2 : protein sangat penting untuk pembentukan otot
  • selain membantu dlaam proses kelahiran, protein juga diperlukan untuk membina otot bayi..
  • dlaam diam, ibu hamil akan kehilangan otot akibat kurang senaman dan pergerakan.. dengan pengambilan protein yang mencukupi, ibu dapat mengurangkan kehilangan otot..
3 : protein membentu meningkatkan sistem imun badan
  • ramai yang tak tau, sleain vitamin C, protein juga sangat bagus untuk menguatkan sistem imun badan kita..
  • protein lebih mudah dihadam oleh ibu hamil dan bayi yang dikandung..
4 : protein mematang / menguatkan hati bayi
  • risau anak kuning lepas melahirkan ? ya.. protein yang baik dapat mematangkan dan menguatkan hati bayi.. sekaligus dapat mengawal penghasilan bilirubin..
__________________________________________________________________


8 January 2016

EKZEMA : PENYAKIT NEGARA MAJU

kesiankan tengok anak kecik yang dok tergaru-garu menahan gatal sebab ekzema.. ye.. kakak adalah ibu kepada anak yang menghidapi ekzema dan perasaan tu tak tau nak cakap cemana yang kakak mampu adalah bawak anak g klinik untuk berulang kali amik ubat makan ( ubat tahan gatal ) dan ubat sapu ( krim warna putih )..

kalau nak diikutkan, terjadinya ekzema boleh dikaitkan dengan gaya hidup seseorang yang melibatkan tekanan seharian, aktiviti fizikal, alahan, sentuhan, pengambilan makanan dan perubahan suhu merupakan faktor utama..


dalam sesetengah kes pula ada yang mengelak untuk berada dalam lingkungan alergi seperti hama, debunga, bulu haiwan dan pakaian yang diperbut dari bulu sintetik.. 


alahan berasaskan makanan PALING menjadi kegemaran ekzema.. hee~ alahan ape tu ? processed foods seperti sosej, daging burger yang berada dipasaran.. satu pertiga daripada kanak-kanak yang menghidap ekzema berpunca dari KESILAPAN memilih makanan dan berterusan menjadi keradangan dikalangan kanak-kanak yang berumur kurang dua tahun..


nah !! paling ter--latest.. hee~




masa kakak jumpa parent baby ni, kakak nak menitik airmata ( fragile nya jiwa.. hee~ ) tengok keadaan baby ni.. pipi kemerahan - berbintik - ada macam melecet.. itu baru kat pipi.. ade kat leher sikit dan pelipat antara betis dan paha.. kesian.. itu jek kakak boleh cakap.. kata ibu ayah baby tu, dah pergi ke pakar kulit tapi masih macam tu jugak.. lepas makan ubat mesti baby tido.. ya.. ya.. ya.. itu adalah ubat tahan gatal / alahan.. hee~ kesan jangka pendek untuk baby tido jek la.. bayangkan kalau makan 3 kali sehari ? tak ke melepek jek baby nak tido.. 






kakak suggestkan HERBAL BLEND untuk perawatan luar.. maksudnya sapu-sapu laa.. haa.. hasil ? tu la tu.. hee~ alhamdulillah.. tak mo la cakap banyak nanti orang kata kakak overclaimed plak kan.. tapi itu la itu.. tak pernah menghampakan.. ubat makan-makan pun ade tau dan kakak galakkan amik sekali la sepanjang tempoh pemulihan..

rupanya.. bukan baby sorang jek yang ada ekzema.. abang kepada baby pun sama.. apa lagik.. memang kakak pantau 200% la.. hee~ alhamdulillah.. lepas 2 minggu, nampaknya HERBAL BLEND bekerja dengan cemerlang..


ANTARA MAKANAN YANG KAKAK SURUH CUSTOMERS KAKAK ELAK :

1 : processed meat seperti sosej, daging burger dan nugget
2 : terung dan avocado
3 : cuka atau makanan yang mengandungi cuka seperti kicap, cili sos dan tomato sos
4 : ikan bilis
5 : makanan berjeruk, salai dan kering
6 : buah-buahan yang dikeringkan
7 : jenis cheese yang diperam dengan lama seperti parmesan
8 : ikan mackerel dan sardin
9 : bayam, cendawan dan tomato
10 : mayonis dan yogurt

nak tips lagik ? hee~ boleh hubungi kakak menerusi talian whatsapp ye.. pekik kekuat cakap "kak !! ko nak bagi aku tips ekzema ke tak ?" hahaha~

ANGGUR BUAH DARI SYURGA ?

kalau kita biasa tengok cerita zaman P Ramlee, cerita hitam putih dulu dulu ke kan.. mesti ade babk yang orang kaya, makan anggur, raja / sultan makan anggur.. hee~ nampak sangat sinonim anggur dengan orang kaya.. kan ? tapi.. sejauh mana sahihnya anggur ni makanan orang ada ada ?

antara kajian yang telah dilakukan untuk membuktikan yang anggur sangat elok untuk kesihatan kita.. hee~ hadam jom !!




  • satu proses penyelidikan yang menarik yang telah diketuai oleh MaryAnne DellaFera, PhD di University of Georgia mendapati bahawa anggur berfungsi dalam dua cara dengan ketara membantu usaha penurunan berat badan yang menurun secara mendadak mengurangkan keupayaan sel-sel untuk menyimpan lemak sehingga kira-kira 130 peratus; dan menyebabkan sel-sel lemak untuk hancur pada kadar 246 peratus lebih tinggi daripada biasa..
  • dalam penyelidikan lain, anggur juga menunjukkan keupayaan untuk meningkatkan pengembangan salur darah yang boleh membenarkan darah mengalir dengan lebih mudah melalui saluran darah.. ia juga telah terbukti untuk merehatkan dinding saluran darah menjadikan diameternya menjadi lebih besar sekali gus menurunkan tekanan darah dan membenarkan jumlah darah yang lebih tinggi mengalir kesemua bahagian badan.. ia dapat menyampaikan oksigen dan nutrien meningkat kepada sel-sel badan..
  • satu lagi kajian juga mendapati bahawa 10 mg resveratrol ( nutrien dalam jus anggur ) dapat menghasilkan pengurangan dramatik dalam faktor-faktor risiko serangan jantung..
  • dalam satu kajian di British, pelajar yang diberikan jus anggur ( resveratrol ) dapat meningkatkan aliran darah ke otak mereka sehingga 200 peratus dan ahli-ahli sains percaya resveratrol boleh membantu mempercepatkan tindak balas mental kita..
  • dalam banyak kajian, anggur mempunyai kesan positif ke atas kanser.. penyelidikan juga menunjukkan bahawa anggur melindungi kulit dari kerosakan oleh pancaran UV matahari, dengan itu melindunginya daripada kanser kulit.. nutrien kuat ini juga telah menunjukkan mampu melindungi badan daripada radiasi apabila digunakan sebagai tambahan kepada rawatan radiasi kanser..
  • satu kajian lain, saintis berjaya mendapati kandungan resveratrol yang terdapat dalam jus anggur adalah nutrien yang mengaktifkan gen manusia untuk terus aktif yang memungkinkan usia yang lebih panjang..
  • resveratrol yang terdapat dalam jus buah anggur mempunyai keupayaan untuk menurunkan sehingga 10 peratus tahap gula dalam darah..
  • anggur juga berfungsi sebagai anti-radang.. sifat anti-radang ini yang boleh menjadi salah satu daripada sebab-sebab yang mungkin berkesan untuk penyakit jantung..
  • sebagai antioksida ia menyokong sel-sel dan organ-organ untuk menghapuskan asid urik dan toksin lain di dalam badan dan ia juga membantu memulihkan otot-otot rosak yang di alami oleh para atlet..


dalam surah Abasa juga ada menyebut pasal anggur, pada ayat 27 - 29 ; Allah SWT berfirman :
"lalu kami tumbuhkan biji-bijian, anggur dan sayur-sayuran, zaitun dan kurma ( di bumi )"

Allah SWT menciptakan anggur di Bumi dengan pelbagai khasiat untuk dimanfaatkan oleh manusia dan menurut Tahlbah ; "anggur diyakini boleh mengubati batuk, memurnikan darah, membersihkan usus, pencernaan.." 

di dalam bukunya Pengubatan Pernafasan Tahlbah menjelaskan, "anggur juga memiliki manfaat sebagai ubat untuk mengubat pernafasan.. untuk pengubatan tersebut, anggur diolah menjadi minuman yang berupa jus.. perahan jus air anggur juga berkhasiat menurunkan panas badan, menghentikan batuk dan membuat perut merasa nyaman.."

menurut Tahlbah lagik ; "jus anggur juga boleh membantu menyembuhkan hemaroid ( buasir ), gangguan pencernaan, batu ginjal dan gangguan hempedu.."

kalau kita tengok kat belah barat sana, bila dorang stress jek dorang minum wain.. kita ni Islam mana boleh minum wain kan.. khasiat yang sama dengan wain tapi halal.. haa.. ni la ni kakak nak bagi tau.. JUS ANGGUR halal dan dapat merawat segala penyakit yang kakak dah senaraikan kat atas tu.. paling best, tengah promo ni.. murah banyak dari bulan sebelumnya.. 

nota kaki : sebiji anggur muscadine sebesar bola golf bernilai RM 100.00 lebih kurang.. sebiji hoccay.. sebiji.. hee~


4 January 2016

KELEBIHAN LECITHIN SOYA

LECITHIN sebenarnya adalah campuran semulajadi phospholipid.. walaupun ia bukan nutrien penting, ia mempunyai beberapa manfaat kesihatan yang menjadikannya bernilai termasuk sebagai sebahagian daripada rutin makanan tambahan setiap hari.. ia melindungi sel-sel anda dengan memudahkan pergerakan lemak, bahan buangan, nutrien dan ion dalam dan di luar sel-sel, sambil mengekalkan struktur sel yang kuat untuk mengekalkan bentuknya..

terdapat banyak faedah lecithin soya, seperti :

MENINGKATKAN FUNGSI OTAK


  • nutrien utama yang terdapat dalam lecithin soya adalah phosphatidylcholine, juga dikenali sebagai PC.. PC adalah sebahagian daripada membran yang mengelilingi sel-sel anda dan badan anda memecahkan ke choline, yang secara meluas dikenali sebagai penting untuk kesihatan otak anda.. choline adalah penting terutamanya untuk mencegah kehilangan memori dan, khususnya, mencegah kehilangan ingatan dari usia tua..

MENGALAKKAN PENURUNAN BERAT BADAN YANG SIHAT


  • lecithin mempercepatkan pemecahan lemak, membantu keseluruhan proses dan hasil boleh meningkatkan metabolisme.. ia telah digunakan agak berkesan sebagai sebahagian daripada diet yang sihat untuk menggalakkan penurunan berat badan.. yang paling menarik, kerana ia adalah semula jadi, lecithin membolehkan badan anda untuk menurunkan berat badan dengan betul tanpa bergantung kepada ubat-ubatan yang boleh menyebabkan kecederaan di kawasan-kawasan lain kesihatan anda..

MERENDAHKAN KOLESTEROL


  • manfaat lecithin soya untuk menurunkan kolesterol dengan baik diketahui kerana ia telah digunakan selama beberapa dekad dalam merawat pesakit dengan kolesterol tinggi.. ia mengawal aliran nutrien dalam dan di luar sel-sel anda dan menghalang membantu pembangunan lemak di dinding hati anda, arteri dan otak dengan memecahkan deposit lemak.. atas sebab ini, ia bukan sahaja memberi manfaat kepada tahap kolesterol, tetapi juga kesihatan kardiovaskular anda juga..
mencegah penyakit ? ya.. ada juga kajian yang kukuh yang menunjukkan manfaat peraturan sel lecithin juga mungkin mempunyai kesan yang besar ke atas otak dan fungsi ingatan, termasuk penambahbaikan mungkin untuk Alzheimer, demensia, amnesia dan banyak lagi..

sangat penting untuk kesihatan hati.d Doktor dan saintis telah dikenali untuk beberapa lama bahawa lecithin dan choline kedua-duanya adalah penting untuk fungsi hati dan kesihatan..

dengan mengekalkan lemak hati berselerak di dalam air, lecithin dan choline yang boleh menghalang mereka daripada lemak terkumpul.. juga, kerana mereka mengawal aliran nutrien masuk dan keluar, mereka boleh dasarnya mengusir toksin dari hati anda sebelum mereka menyebabkan kemudaratan..


3 January 2016

BUKIT CAHAYA SERI ALAM ; MASIH MENGEKALKAN KEHIJAUAN SAUJANA MATA

haritu la, tak tau nak ke mana.. alang-alang cuti sekolah maka kakak pun cari jalan untuk bawak #duanurjenjalan sambil tengok kehijauan.. konon sangat-- hahahah~ serius.. tak plan dan tak tau nak kemana cuma terlintas nak ke BUKIT CAHAYA SERI ALAM dan pakaian kami sangat tak sesuai masa tu.. kalau tak mesti syok dapat mengayuh beskal..


kebetulan opah #duanur buat sarpaan nasi lemak, kitorang pun berbekal la sket makanan kot kat sana tak de port makan kan.. tak de la sakit hati menahan lapar nanti..



masa tunggu bas.. tak larat kot nak jenjalan kaki.. hee~ kesian kat lemak, penat dorang berkumpul tetiba kena bakar plak.. kan ?


manja ayah dia ni..


dapat la jadik ke-couple cam tengah hangat bercinta.. sebab anak-anak sume dok hurung opah.. hahaha~


paling excited nak singgah sini.. kot la dapat jet jet oversea.. beliau paling gembira sebab jumpa olaf pakai topi.. hee~

tapi..


hari tak selalu cerah.. pelari pecut terjatuh dan lutut berdarah.. agak kritikal dan parah untuk anak berusia 3 tahun.. hee~ ya Allah.. nak menitik airmata kakak.. ya.. kakak salah kan diri sendiri la sebab pakaikan #CEOaina baju seksi gitu..



"sori baby.. ibu tak jangka sume tu nak jadi.. ibu pun tak plan nak bawak baby g tempat tu.. lepas ni kalau kita g tempat keras keras, ibu pakai kan baby seluar panjang ya.. sori tau.. ibu sapu Herbal Blend.. kasik cepat elok dan tak berparut.."



dan..

episod airmata menjadi jadi.. huu~ sedihnya kita nak happy happy tapi anak menangis merengek sebab tak selesa..


berlaku juga sesi 'baby panda'.. hahaha~ nasib encik suami tough.. sedap dapat peluk..


tak bleh nak senyum dah--



nasib menteri #CEOaiman sangat faham situasi.. serius dia faham.. bila ajak balik, aiman pun kata "okay.. kita bagi adik rehat.." masa tu dalam hati fikir 'cepat sangat anak aku besar.. tolong jadi lelaki yang memahami..'

hee~ 

kesian kat #CEOaiman.. kita jenjalan la lagik sikit.. singgah sini..


dia cakap "kenapa reban ayam pakngah ade kat sini ?"



hahaha~ pening woo bila anak banyak soal dan soalan tu ko tak tau nak jawab ape..


berbaloi la gak dengan harga tiket RM 3.00 sorang tu.. dengan tempat redup ( tapi masa kitorang g tu lepas zohor, so kengkorang faham la sndrik cemana.. haa.. kat sana ade kiosk tau, kalau korang tak bawak bekal pun tak pe sebab aritu kakak nampak ade orang jual nasik lemak la burger la air jangan cite la kemain banyak nye.. 

kat sana ada Skytrex.. kakak memang nak try cuma haritu outfit tak sesuai.. dengan skirt nye la hai.. tak pakai sneakers nye.. cemana nak ber-adventure.. mana mau.. tapi nanti ade rezeki masa dan tenaga memang nak repeat.. tido sana ke, senang sket.. hee~

in shaa Allah..

korang bleh g website dorang kat link :

facebook dorang plak kat :

info sume kat sana la ye.. hee~