ANGGUR BUAH DARI SYURGA ?

kalau kita biasa tengok cerita zaman P Ramlee, cerita hitam putih dulu dulu ke kan.. mesti ade babk yang orang kaya, makan anggur, raja / sultan makan anggur.. hee~ nampak sangat sinonim anggur dengan orang kaya.. kan ? tapi.. sejauh mana sahihnya anggur ni makanan orang ada ada ?

antara kajian yang telah dilakukan untuk membuktikan yang anggur sangat elok untuk kesihatan kita.. hee~ hadam jom !!




  • satu proses penyelidikan yang menarik yang telah diketuai oleh MaryAnne DellaFera, PhD di University of Georgia mendapati bahawa anggur berfungsi dalam dua cara dengan ketara membantu usaha penurunan berat badan yang menurun secara mendadak mengurangkan keupayaan sel-sel untuk menyimpan lemak sehingga kira-kira 130 peratus; dan menyebabkan sel-sel lemak untuk hancur pada kadar 246 peratus lebih tinggi daripada biasa..
  • dalam penyelidikan lain, anggur juga menunjukkan keupayaan untuk meningkatkan pengembangan salur darah yang boleh membenarkan darah mengalir dengan lebih mudah melalui saluran darah.. ia juga telah terbukti untuk merehatkan dinding saluran darah menjadikan diameternya menjadi lebih besar sekali gus menurunkan tekanan darah dan membenarkan jumlah darah yang lebih tinggi mengalir kesemua bahagian badan.. ia dapat menyampaikan oksigen dan nutrien meningkat kepada sel-sel badan..
  • satu lagi kajian juga mendapati bahawa 10 mg resveratrol ( nutrien dalam jus anggur ) dapat menghasilkan pengurangan dramatik dalam faktor-faktor risiko serangan jantung..
  • dalam satu kajian di British, pelajar yang diberikan jus anggur ( resveratrol ) dapat meningkatkan aliran darah ke otak mereka sehingga 200 peratus dan ahli-ahli sains percaya resveratrol boleh membantu mempercepatkan tindak balas mental kita..
  • dalam banyak kajian, anggur mempunyai kesan positif ke atas kanser.. penyelidikan juga menunjukkan bahawa anggur melindungi kulit dari kerosakan oleh pancaran UV matahari, dengan itu melindunginya daripada kanser kulit.. nutrien kuat ini juga telah menunjukkan mampu melindungi badan daripada radiasi apabila digunakan sebagai tambahan kepada rawatan radiasi kanser..
  • satu kajian lain, saintis berjaya mendapati kandungan resveratrol yang terdapat dalam jus anggur adalah nutrien yang mengaktifkan gen manusia untuk terus aktif yang memungkinkan usia yang lebih panjang..
  • resveratrol yang terdapat dalam jus buah anggur mempunyai keupayaan untuk menurunkan sehingga 10 peratus tahap gula dalam darah..
  • anggur juga berfungsi sebagai anti-radang.. sifat anti-radang ini yang boleh menjadi salah satu daripada sebab-sebab yang mungkin berkesan untuk penyakit jantung..
  • sebagai antioksida ia menyokong sel-sel dan organ-organ untuk menghapuskan asid urik dan toksin lain di dalam badan dan ia juga membantu memulihkan otot-otot rosak yang di alami oleh para atlet..


dalam surah Abasa juga ada menyebut pasal anggur, pada ayat 27 - 29 ; Allah SWT berfirman :
"lalu kami tumbuhkan biji-bijian, anggur dan sayur-sayuran, zaitun dan kurma ( di bumi )"

Allah SWT menciptakan anggur di Bumi dengan pelbagai khasiat untuk dimanfaatkan oleh manusia dan menurut Tahlbah ; "anggur diyakini boleh mengubati batuk, memurnikan darah, membersihkan usus, pencernaan.." 

di dalam bukunya Pengubatan Pernafasan Tahlbah menjelaskan, "anggur juga memiliki manfaat sebagai ubat untuk mengubat pernafasan.. untuk pengubatan tersebut, anggur diolah menjadi minuman yang berupa jus.. perahan jus air anggur juga berkhasiat menurunkan panas badan, menghentikan batuk dan membuat perut merasa nyaman.."

menurut Tahlbah lagik ; "jus anggur juga boleh membantu menyembuhkan hemaroid ( buasir ), gangguan pencernaan, batu ginjal dan gangguan hempedu.."

kalau kita tengok kat belah barat sana, bila dorang stress jek dorang minum wain.. kita ni Islam mana boleh minum wain kan.. khasiat yang sama dengan wain tapi halal.. haa.. ni la ni kakak nak bagi tau.. JUS ANGGUR halal dan dapat merawat segala penyakit yang kakak dah senaraikan kat atas tu.. paling best, tengah promo ni.. murah banyak dari bulan sebelumnya.. 

nota kaki : sebiji anggur muscadine sebesar bola golf bernilai RM 100.00 lebih kurang.. sebiji hoccay.. sebiji.. hee~


No comments:

Powered by Blogger.