21 March 2016

MAKANAN YANG PERLU DIAMALKAN SEPANJANG PROSES DETOKS PARASIT

nah !! pada hari detoks parasit bermula.. hee~ kakak nak share makanan apa yang korang kena ambil dan sebab ape kena ambil.. ape kebaikan dan manfaat makanan tu ? semua tu ade kat dalam ulasan kat bawah ni.. ambil sedikit masa lapangkan hati.. hahaha~ takut nanti ade salah faham plak..

kalau nak diet, biarlah diet dengan mineral dan kandungan nutrien yang tinggi dan paling penting kena tolak mentah-mentah la pewarna dan perasa tiruan sebaliknya digantikan dengan pewarna dan perasa asli dari tumbuhan dan buahan..



1 : WORMWOOD



merupakan herba yang membantu membunuh parasit dewasa dengan cara menjadikan persekitaran merekat tidak mesra untuk didiami.. 


2 : BAWANG PUTIH


memang terkenal dengan anti-parasit dan anti-biotik semulajadi kerana dpaat membantu dan menyokong pergerakan usus melalui proses detoksifikasi usus.. lagi bagus kalau nak makan menyah sebab bawang putih mentah dapat mengekalkan allicin.. macam kakak, memang tak dpaat nak telan mentah gitu, jadi kakak amik GARLIC COMPLEX Shaklee jek yang memang kandungan allicinnye terpelihara.. hee~

sini ade cerita pasal BAWANG PUTIH..


3 : BUNGA CENGKIH



bunga cengkih dapat melawan bakteria yang merbahayakan perut dan dapat melawan kuman pada mulut.. eugenol yang terdapat pada cengkih telah terbukti memiliki anti kulat dan efektif dalam melawan penyakit kulit yang disebabkan oleh cacing cincin..


4 : SAYUR-SAYURAN



sayuran berdaun hijau mengandungi nutrien yang tinggi dan probiotik mampu membantu menghilangkan toksin dalam badan manakala sayur-sayuran yang kaya antioksidan seperti timun, tomato, lobak merah, ubi keledek dan blueberry sangat baik untuk organ-organ dalaman badan bagi mengelakkan kelenjar dari  dijangkiti parasit..


5 : MINYAK KELAPA


minyak kelapa mengandungi kira-kira 50% asid laurik, lemak tepu yang terkandung dlaam produk kelapa.. selepas masuk ke dalam badan, ia menghasilkan bahan yang berkesan untuk membunuh parasit, virus, yis dan juga bakteria tidak baik dalam saluran penghadaman..


6 : CUKA EPAL



cuka epal dapat membantu membersihkan parasit besar untuk meningkatkan asid perut sebelum makan.. ia membuatkan perut kita bebas dari parasit dan memastikan larva parasit semuanya dihapuskan.. hee~ bestkan ? ni kalau detoks parasit ni memang wajib ade ni..


7 : BETIK



buah betik mempunyai keupayaan memusnahkan cacing seperti cacing pita.. untuk meningkatkan potensi kerja buah betik ni, kupas kulit dan kemudian rendamkan dalam 10 minit dalam cuka epal.. 


8 : NANAS


buah nanas mengandungi enzim antiparasit yang dikenali sebagai bromelain.. menurut beberapa kajian menunjukkan bahawa dengan makan buah nanas 3 hari berturut-turut dapat membantu membunuh cacing pita..


9 : BIJI LABU




biji labu biasanya digunakan untuk menghapuskan cacing pita dan cacing gelang.. dan dlaah satu produk Shaklee yang mengandungi biji labu adalah NUTRIERON.. mana yang nak detoks parasit, kakak galakkan amik NUTRIERON 3 sachet sehari.. kita kasik bunuh semua parasit itu.. hee~

kalau tak pun, boleh jek korang g kedai makanan organik dan beli biji labu.. gantikan dengan nutriferon.. hee~


10 : REMPAH


rempah seperti cili merah, cili hijau, lobak pedas, kunyit, kayu manis, buah pala, buah pelaga dan bunga cengkih dapat membuhun parasit.. sebab tu la kalau masak, masukkan jek semua tu.. nak best, buat jus.. hee~ jus buah pelaga.. rare gittew--



dan kesemua di atas tu adalah cara terbaik untuk membantu badan memusnahkan parasit yang tidak diingini.. diet ni perlu diamalkan sekurang-kurangnya 2 bualn untuk memberi peluang badan kita menghilangkan semua jenis parasit serta telur-telur yang tersembunyi dalam organ kita..

untuk apa buat detoks parasit ni ? hee~ parasit ni bila dah dok lama dalam badan tu yang mengacau sistem badan berfungsi dengan normal dan menyebabkan gejala seperti :
  • gangguan pencernaan
  • keletihan
  • nafsu makan membuak-buak
  • tekanan gula dalam darah tidak stabil
  • mood swing


17 March 2016

MANFAAT BAWANG PUTIH SEHINGGA ORANG SANGGUP MAKAN MENTAH

nah !! yang macam kakak janji kan.. nak borak pasal BAWANG PUTIH yang berbau mencengkam hidung tu.. hee~ kalau ikut survey yang kakak buat secara tak sengaja, memang ramai peminat bawang putih ni rupanya DAN tak kurang jugak yang memang tak lalu bila ade bawang putih menyorok dalam makanan mereka..




sape yang tak lalu nak makan bawang putih ? 

meh sep ngan kakak meh !! hee~ "sep sket !!"

bukan kepada rasanya tapi lebih kepada bau bawang putih tu sendiri yang buat kakak tak lalu nak telan apatah nak mengunyah.. kalau dulu nak pesan pape makanan kat kedai makan, mesti kakak selitkan pesanan khas..

"jangan letak bawang putih kalau tak saya pulangkan balik order.."

ye !! macam mengada-ngada tapi kakak sampai tahap boleh muntah bila bau bawang putih.. hee~ 

rupanya !! 

dalam bawang putih ade allicin yang bersifat antioksidan dan mempunyai kemampuan untuk menjadi antibakteria dan antivirus..

wah !!

seriously ???? 

haa.. rupanya dari zmaan tok nenek kita dulu dorang dah amalkan pemakanan bawang putih ni untuk menyembuhkan beberapa penyakit seperti diabetes, menurunkan kolesterol sampai la merawat masalah pencernaan.. kira bawang putih ni memang tyco la kalau nak dibandingkan dengan bahan masakan lain yang de kat dapur tu..

nah !! kakak tambah lagi 5 kelebihan BAWANG PUTIH yang kalau korang amalkan boleh jadi ubat semulajadi dan menguatkan sistem imun badan korang..


1 : UBAT ASMA


  • kunyah sehingga lumat beberapa ulas bawang putih dapat mengurangkan kontraksi pernafasan kerana bawang putih mengandungi vitamin C yang mampu menuteralkan  radikal bebas..

2 : KESIHATAN TULANG

  • khas untuk wanita yang sukakan bawang putih ni memang BONUS besar la sebab ianya mampu meningkatkan kesihatan tulang dek akibat berkurangnya hormon estrogen seiring dengan penambahan usia..
  • ada sesetengah pakar kata, bawang putih dapat membantu meningkatkan kepadatan tulang.. osteoporosis ? dapat diatasi kalau boleh konsisten mengunyah bawang putih mentah.. hee~

3 : MENYIHATKAN JANTUNG

  • bawang putih yang bersifat antiradikal bebas ni memang best kalau diamalkan oleh pesakit jantung ( korang sedia tahukan punca sakit jantung ni bila salurang darah nak ke jantung tu tersumbat jadik jantung tak boleh nak pam darah dengan baik.. ) kalau bawang purith tu dijadikan menu utama setiap kali nak makan, dalam masa yang sama ia dapat membantu pengaliran darah yang sempurna tanpa tersekat sekat..

4 : MENGATASI RADANG TEKAK





  • bawang putih memang merupakan ubat terbaik untuk mengatasi radang tekak kerana sifat antibakteria bawang putih itu sendiri mampu mengurangkan infeksi kat tekak tu dlaam bahasa mudah sikit la kan, bawang putih tu sendiri membantu melancarkan masalah pada saluran pernafasan yang sedikit sebanyak bila ianya terganggu akan menyebabkan keradangan pada tekak..

5 : MELAWAN ALAHAN

  • dengan sifat anti inflamasi yang dapat melawan alahan menjadikan bawang putih pilihan utama pengamal makanan alami untuk menghilangkan rasa kegatalan ruam dengan cara bawang putih tu dijadikan jus.. huwaa-- gagah nye nak minum jus bawang putih.. hee~


BONUS !!!

khasiat allicin yang ade kat dalam bawang putih tu kan dapat menjadi pengawal nafsu makan dan benda ni dah terbukti menerusi kajian dan penelitian dari Weizman Institute..




selain dari merawat diabetes, mengawal paras kolesterol dan memelihara kesihatan jantung, allicin ni memang makanan terbaik untuk sesape nak kurus.. woah !! macam tak percaya.. serius susah nak percaya..

TAPI !!

allicin dlaam bawang putih tu mudah sangat la  rosak dan berubah zat apabila dimasak ( macam tumis ke, goreng ke, rebus ke.. pape jek la yang kegunaan seharian kita..) dan menjadikan enzim yang menghasilkan allicin pada bawang putih MATI..

dah tu ?? kena la kunyah bulat bulat bawang putih tu.. hee~ gagah ke korang ? serius.. kakak tak segagah itu..

nanti kakak sambung lagi pasal ALLICIN BAWANG PUTIH ni ye.. ye.. hee~ kakak nak keluar g COD barang.. nanti tertunggu plak customer kakak..



LOVE ;

14 March 2016

TANDA KETARA BADAN MEMPUNYAI PARASIT

ni nak dekat tarikh detoks ni, kakak pun ikut meroyan sama la ni nak detoks bukan ape sebab rasa seronok detoks parasit ni, kasik clear semua saluran usus dalam perut kita disamping tu dapat control dari pengambilan makanan yang tak perlu.. hee~ konsep dia sama jek macam puasa.. kalau puasa boleh dari subuh sampai ke Maghrib, kenapa detoks tak bleh plak kan ? mind setting.. mind setting..

bahasa mudah dalam proses detoks ni adalah KECACINGAN dan masalah kecacingan ni tak boleh didiagnos sebab tu ramai yang tak sedar kadang-kadang maslaah kesihatan ni timbul dan berpunca dari parasit yang dok bertapa kat dalam badan.. hee~ bayangkan pun kakak da geli geleman..


disebabkan proses #detoxdenganatie nak dekat dah, suka kakak nak share sket pasal detoks parasit ni.. parasit ni datang dalam pelbagai bentuk dan saiz dan slaah satu parasit yang biasa menjangkiti manusia adalah Blastocystis Hominis.. nama dia pun grand gitu dengan kerjanya menyebabkan kekejangan perut, kembung dan gatal-gatal kat bahagian dubur..

korang ingat tak bila kali terakhir korang makan ubat cacing ? hee~

kita borak pasal parasit plak eh.. parasit yang umumnya dikelaskan kepada beberapa kumpulan besar seperti :


  • protozoa : amoeba ; flagelat ; siliat ; cocidia, microsporidia yang semua parasit usus ; sporazoa dan yang lain-lain yang menyerang tisu darah, sel-sel dan kawasan badan yang lain
  • nematod : cacing gelang
  • cestodes : cacing pita
  • tramatodes : cacing pipih
  • artropod : semua jenis serangga seperti kalajengking, kutu, cacing lidah
kekuatan sistem imun badan kita boleh menentukan samada badan kita sedang menjadi tempat pembiakan parasit ataupun tidak..

sebab apa ?

apabila sistem imun menjadi lemah dan keradangan seluruh badan akan mula merebak dan hal ini berlaku di usus yang mempunyai saluran komunikasi terus ke otak melalui saraf vagus..

haa.. bukan sekarang jek ramai yang sarankan jaga pemakanan, tapi dari zaman Rasulullah SAW dulu lagi dah berpesan-pesan..

“perut manusia itu tempat segala penyakit, manakala pencegahan itu pokok dari segala pengubatan..” 
- Riwayat ad-Dailami)



hee~ kakak bukak slot DETOX PARASIT pada 23hb dan kalau ade sesape nak join, boleh whatsapp kakak kat nombor bawah ni ye.. slot ni kakak bukak untuk 10 orang jek.. nak fokus dalam group yang kecik.. kalau ramai-ramai nanti kakak takut tak terlayan..


LOVE ;

12 March 2016

BOBOIBOY THE MOVIE

hampir 2 minggu gak kakak plan nak bawak #duanur g tengok Boboiboy The Movie ni sejak keluar iklan merata tempat pasal filem animasi yang orang kata GEMPAK sangat ni.. hee~ ye.. kakak bukan la peminat sangat filem melayu ni sebab ending selalu tergantung.. kan ? macam pernah ade penyesalan terpahat di dada la gitu..


pasal anak-anak, kali ni kakak gagahkan jugak la.. hee~ kita tengok cemana dorang pergikan.. alhamdulillah.. encik suami kakak pun free sikit masa tu sedangkan tengah bertungkus lumus jaga sistem.. haa.. nasib ade tolak ansur di situ..


beliau pun beli tiket online.. semua kat hujung jari jek sekarang.. kan ? senang.. tak payah lecak ketiak nak beratur pepanjang.. sementara kakak amik stok Shaklee tu beliau 'buat kerja'.. hee~ sempat mana dan jek la.. tau tau kakak masuk kereta lepas amik stok..

"abang dah beli tiket.. 8.45 jap lagi.. okay tak ? sempat la settle kan semua.."


nak kata ape lagik ? terima kasih jek la.. hee~



kami singgah makan jap.. takut dalam panggung wayang kang ade yang merengek lapar, lapar.. memang kena humban jawabnye nanti.. hee~ lagi lagi si baju pink tu.. lapar jek manjang..


lepak tengok thriller kat depan kaunter.. tekun..


punya tak sabar tu !! dapat la tangkap gambar bajet comel #duanur ni.. hee~ seronok bila dorang seronok..


kakak tak tau apsal clumsy sangat.. tu baki popcorn lepas popcorn tertonggeng kat seat.. siot btol.. dah la masa tu lampu tak tutup lagi.. orang tengok kot..

"bini sapa la tu sepah sepah kan popcorn.."

hahahah~ maap makcik / pakcik cleaner.. saya salah..

dan mereka berdua jek makan popcorn tu.. kakak dengan encik suami dapat curi sesikit jek.. jadik la buat basah tekak..



muka happy !! ya Allah.. priceless.. sangat !! #CEOaina separuh sebab dia tak nak peluk #CEOaiman.. hahaha~ lepas tu nak cepat sebab aiman marah.. dah ngantok lettew--

berapa bintang eh kakak nak bagi ? hee~ dah kalau kutipan 4 hari tayangan pun dah 3.5 juta, mana mau la kan kakak kasik 2 - 3 bintang.. 

jalan cerita : 5 / 5
watak perwatakan : 5 / 5
susunan plot : 5 / 5
konsep : persahabatan
keseluruhan :
5 / 5

nak kata ape lagik ? 

pada korang yang tak sempat nak g tengok, bawak la anak-anak sementara cuti sekolah ni kan.. kalau nak murah sket g la hari Rabu.. ade diskaun sket.. kira okay la dapat berjimat.. serius.. anak-anak korang CONFIRM suka dan mintak repeat.. hee~

nak tengok trailer ?
klik SINI


sinopsis ringkas : pemburu Geng Tengkotak ( orang jahat ) datang ke bumi untuk mencari Ochobot untuk mendapatkan kuasa dari Sfera Kuasa tapi dapat dihalang oleh Boboiboy dan kengkawan.. Ochobot satu-satunya pewaris Sfera Kuasa yang bakal diwarisi dari Klamkabot ( atok Ochobot kot sebab Boboiboy ade mention ).. mula la jadik macam-macam isu masa Boboiboy mulakan misi menjejaki Ochobot kat Pulau Terapung.. yang tak menahan tu, Cikgu Papa pun ikut sekali.. hahaha~ pada plan asalnya nak g mencandat sotong.. tapi dah nama pun superhero kan ? geng Boboiboy la menang dan dapat selamatkan Ochobot.. dan.. dalam Boboiboy The Movie ni, korang dapat tengok Boboiboy kuasa 5 !! sempoi weyh !! cemana tah datang 5.. memang sempoi !! hee~ yang kakak kagum.. cemana tah penulis dengan pengarah dapat olah cantik lagi manis nilai persahabatan Boboiboy - Feng - Gopal _ Yaya - Ying dengan Ochobot.. memang part tu paling sentuh hati kakak..


ala.. kakak cerita pun tak guna gak.. korang bukan faham.. hee~ baik korang g layan kat panggung wayang.. bawak anak-anak.. dapatkan quality time dengan anak-anak.. eratkan perhubungan kekeluargaan.. gittew--


NOTA KAKI : encik suami dan kakak bukan selalu ade quality time dengan #duanur.. dan kami dah sepakat.. sebulan sekali kami akan lepak panggung wayang.. #duanur pun happy, itu yang kami nak.. senyuman dorang dah buatkan kakak hilang penat sebagai SURIRUMAHBERGAJI.. hee~ bulan depan, dorang da chop nak tengk Kungfu Panda plak.. layan kan jek laa..

LOVE ;

11 March 2016

TIPS PENJAGAAN BREASTPUMP

entri special untuk breastfeed mom !! hee~ bila dah habis pantang, kena keje tapi berhajat untuk fully breastfeed kan baby.. kena la buat stok kan.. bila kena buat stok, korang kena la ade breastpumt !! nah !! dah beli breastpump tapi cemana nak jaga ?

tertanya jugak kan ? jom !! explore sikit cara nak jaga breastpump korang yang harga ber-rat-rat tu.. hee~


1 : elakkan breastpump daripada jatuh, lebih-lebih lagi dari tempat tinggi kerana sesetengah breastpump mempunyai komponen elektronik yang sangat sensitif.. sekali jatuh jek bukan takat berderai seribu tapi akan emnyebabkan ia gagal / rosak dari berfungsi seperti biasa.. hee~ tak kan sekali sesi penyusuan nak beli sampai dua tiga breastpump kot..

2 : jangan biarkan susu masuk ke dalam pam semasa korang mengepam dan kalau berlaku jugak, matikan pam dan dapatkan bantuan pusat servis secepat yang mungkin bagi mengelakkan komponen dalam pam karat.. kalau dah karat tapi korang bertegas nak guna jugak, risau mengganggu khasiat susu dan susu akan rosak la kan.. jadi, jaga elok elok bab tu ya..



3 : elakkan overcharge untuk breastpump yang rechargeable battery macam madela freestyle dan kalau boleh, sampai dah tinggal satu bar baru recharge.. bila bateri penuh, disconnect dari charger serta-merta.. jangan dibiarkan terlalu lama sebab boleh merosakkan bateri tu yang punca bateri korang kerap kong walaupun baru pakai sekejap..

4 : kalau korang perasan, bila nak cuci tubing dan korang lalukan air paip confirm akan berwap.. kan ? haa.. tak pe jugak tu, boleh jek gunakan air paip tapi pilihan lain adalah menggunakan alkohol.. lalukan macam biasa air paip / alkohol dlaam tubing pada breastpump dan ON kan breastpump untuk seketika.. nak pilihan terbaik ? cucilah menggunakan BASIC H Shaklee yang tanpa pewarna / alkohol / bahan kimia.. hee~ tapi mampu bersihkan segenap inci breastpump korang..

beli BASIC H Shaklee dengan harga RM 46.00 sekarang dengan klik icon kat bawah ni..


dan.. ini sedikit al kisah BASIC H Shaklee.. hee~




5 : selepas setahun atau lebih penggunaan, suction brestpump korang kurang menyedut berbanding awal penggunaan.. agak-agak suction dah slow atau ada masalah lain pada breastpump, bawak jek g servis untuk diperiksa..


kakak menyokong penuh program penyususan penuh untuk anak syurga korang !!

LOVE ;

10 March 2016

HARGA RUNTUH ESP SHAKLEE

haa.. entri special sket hari ni sebab kakak nak cerita pasal ESP sajo, all the time favorite product from Shaklee.. hee~ ramai pakat teruja sama macam kakak.. tak putus melayan prospek / customer yang nak tau pasal ESP ni.. kadang tu sampai kakak tak terbalas, maaf ye.. kakak balas satu satu sampai ke sudah nanti..

kalau cerita pasal promo, semua dah tau sekarang ni bulan Mac 2016 memang tengah promo ESP.. jadinya.. kakak nak cerita ape yang best sangat ESP ni sampai ramai yang tak mampu nak beralih arah ke produk lain.. 

korang tau tak ?
  • ESP dah masuk 55 tahun berada kat pasaran dunia.. haa.. lama tak ? lama tak ? hee~ dan selama itu jugak la permintaan semakin lama semakin meningkat.. berjuta juta manusia di dunia ni dah merasai kehebatan minuman soya protein ni.. bukan salah kakak la ye kalau korang tak pernah try skali pun.. jangan kata kakak tak payung..

korang tau tak ?
  • tubuh kita memerlukan protein untuk berfungsi dengan lebih baik dan sumber protein yang biasa kita ambil adalah daging, telur, ikan, produk tenusu dan pelbagai jenis kekacang..
  • otot, rambut, kulit, tisu penghubung, antibodi, enzim, hormon, kolagen terbentuk dari sumber protein yang kita amalkan dan protein juga digunakan sebagai sumber tenaga..
  • unit kecil bagi protein dipanggil asid amino dan yang membezakan protein dari sumber soya ialah, soya terbaik mampu membekalkan 9 jenis asid amino perlu dan ini yang menjadikan protein soya merupakan protein yang lengkap sama seperti protein haiwan..


okay tak buat masa ni ? hee~ haa.. sekarang kakak nak masuk bab ESP Shaklee ni..
  • ESP Shaklee ni diperbuat dari baka tulen dan ianya merupakan non-gmo soy yang diproses menggunakan air mineral dan tiada sebarang tambahan pewarna dan perasa lain yang boleh menjejaskan kualiti soya tadi..
  • ESP Shaklee menyediakan kesemua 9 jenis asid amino perlu dan setiap hidangan ESP Shaklee membekalkan tubuh badan kita 14g protein tinggi yang sesuai untuk seisi keluarga..
ni ha keistimewaan ESP Shaklee yang jadi pujaan ramai kat luar sana..
  • protein dari sumber tumbuhan dengan kualiti terbaik
  • memberikan 500mg kalsium disetiap hidangan
  • dari baka soya tulen dan bukannya soya GMO ( genetic modified organisme )
  • indeks glasemik rendah
  • bebas laktosa
  • bebas kolesterol
kalau kita nak buat perbandingan sarapan pagi dengan ESP Shaklee dan sebungkus nasi lemak, jawapan tersembunyi yang susah orang nak cari adalah nisbah indeks glisemik antara ESP Shaklee dan nasi lemak adalah 75 : 39.. indeks glisemik tinggi bermaksud makanan itu membebaskan tenaga ( gula ) sangat cepat dalam darah.. 



contoh paling senang : makan nasi lemak memang memberikan tenaga tapi sekali dia lepaskan tenaga, habis semua dan yang tinggal hanya kalori.. dah jadi kerja nak bakar kalori ape bagai..

tapi.. makanan yang rendah indeks glisemik macam ESP Shaklee ni, ianya membebaskan tenaga ( gula ) secara perlahan-lahan dlaam darah.. jadinya, bekalan tenaga ( gula ) dapat kekal secara sederhana dalam tempoh yang agak panjang.. tu yang kakak kata ESP Shaklee ni sesuai untuk yang nak diet.. hee~





dah !! tak payah nak fikir lama sangat.. kalau nak diet, nak kulit lembut, nak bina badan, nak rambut hitam berkilat.. korang disarankan untuk memiliki protein terbaik ni..

sementara tengah PROMO ESP Shaklee ni, memang ngam dah la korang beli.. kan ? dengan harga paling ekonomi sampai ade yang borong bertong tong buat stok.. dah tu ESP Shaklee yang sekarang ni stok baru yang tarikh expirednya lama lagi.. Disember 2017 kot.. ade lebih setahun tu.. kalau nak manfaat lebih, korang kongsi beli dengan kengkawan seramai 6 orang.. korang orang ketujuh.. untung orang ketujuh ni nanti dapat ESP FREE dengan pembelian pakej promo beli 6 FREE 1.. hee~ 

bukan tu jek.. siap free lifetime membership lagik yang bernilai RM 75.00.. lepas tu ade plak cashback pada tengah bulan berikutnya.. pfffftttt-- banyak nau ha kelebihan ni.. hahahah~ jeles hakak !! hubungi kakak untuk pembelian ( beli 6 FREE 1 ) ni sebab kakak kena dapatkan detail korang..

kalau nak beli satu pun boleh.. klik icon BELI SEKARANG kat bawah ni, dan ikut jek cakap dorang.. lepas tu text kakak untuk dapatkan konsultasi secara percuma.. haa.. kakak pun nak share cara buat masker untuk hilangkan parut jerawat dan jeragat.. hee~ 


LOVE ;

9 March 2016

PROTEIN SEMULAJADI TANPA SUPPLEMENT PROTEIN

mentang-mentang tengah promo ESP, memang galak la SID cerita pasal protein.. kan ? hee~ kalau korang perasan la, sumber protein ni bukan dari ESP jek tapi dari barang makanan kat dapur tu pun ade yang dapat menyumbang protein untuk diet seharian kita..

kenapa protein penting ?

  • selain dari berperanan dalam pembentukan otot ia jugam embantu mempengaruhi kerja-kerja enzim, hormon dan kekebalan tubuh badan dan menstabilkan cairan dalam organ tubuh badan..
selain dari supplement yang ade kat pasaran ( lagi lagi ESP yang tengah murah ni.. hee~ ), sumber protein juga boleh didapati dari produk haiwan atau pun dari sumber makanan yang lain.. 

kandungan asid amino yang lengkap membuatkan ramai yakin produk dari haiwan adalah sumber protein yang terbaik tapi, korang tau tak kandungan lemak haiwan sering dijadikan isu dan membuatkan sumber protein yang diserap adalah lemak bercampur protein.. 

jeng !! 
jeng !!
jeng !!

jom tengok satu persatu.. hee~

PROTEIN HAIWAN

  • protein yan terdiri dari beberapa asid amino yang mana sebahagian diproduksi oleh haiwan itu sendiri dan selebihnya tidak dan jika dibandingkan dengan protein dari tumbuhan kerana protein dari haiwan mengandungi 9 asid amino lengkap yang diperlukan oleh tubuh..
  • produk protein yang berasal dari haiwan kebiasaannya mengandungi tinggi lemak tapi bukan tak boleh makan / minum ya.. hee~ cuma dalah kuantiti yang seimbang dan tidak berlebihan..

DAGING MERAH / RED MEAT


  • seperti daging lembu, kambing dan seladang sangat baik untuk tubuh badan kerana daging merah tersebut mengandungi vitamin B12 dan zat besi yang tinggi..
  • zat besi terbahagi kepada 2 bentuk iaitu heme dan non-heme.. zat besi yang terkandung dalam daging merah ialah zat besi heme iaitu zat besi yang mudah diserap..

DAGING AYAM / WHITE MEAT


  • sama macam red meat yang mengandungi lemak dan kolesterol tapi boleh dielak dengan membuang bahagian yang berlemak ( kulit ayam ).. sebab tu kalau nak protein dari ayam, disarankan makan isi ayam jek.. hee~

IKAN

  • klaau kita cakap pasal ikan, sedia tahu ikan adalah sumber protein dari air cuma kita tak perlu nak fikir pasal lemak sebab ikan tak de lemak.. hee~
  • macam ikan salmon.. ya.. ikan salmon berlemak tapi kandungan lemak ikan salmon adalah lemak Omega 3 yang baik untuk badan kita..

PRODUK TENUSU


  • korang penderita LACTOSE INTOLERANCE ? haa.. produk tenusu juga merupakan penyumbang protein untuk badan kita tapi kalau lactose intolerance tu, boleh la amalkan yogurt berperisa sebagai pengganti susu..

TELUR AYAM


  • kalau sape kaki bina otot mesti rajin telan telur ayam separuh masak.. kan ? ya.. kualiti protein dapat dinilai dengan beberapa parameter dan slaah satunya biological value ( BV ) iaitu protein mudah serap dalam tubuh badan..
  • dan jika dibuat perbandingan dengan sumber protein yang lain, nilai BV untuk telur ayam adalah 100%..

IKAN BILIS


  • nah !! jolokan makana 'orang kebanyakan' ni rupanya ada kandungan protein tinggi.. ( wow !! kan ? hee~ ) dan walalupun kecil, ikan bilis sediakan pakej untuk korang iaitu protein dan kalsium.. hee~ cuma nak mengopek tu la jenuh sket..

kalau korang boleh konsisten dengan pengambilan protein yang cukup, in shaa Allah, tak mustahil kualiti kesihatan korang juga akan naik dan bertambah sihat.. hee~ PROTEIN SHAKLEE yang non-gmo tu pun tengah promo ni.. korang boleh bukak LINK ni untuk explore kelebihan dan manfaat protein Shaklee ni..


kalau berminat nak membeli PROTEIN SHAKLEE ni, boleh klik gambar kat bawah ni..



LOVE ;

7 March 2016

DIDI AND FRIENDS ; ANIMASI BIJAK UNTUK ANAK-ANAK

haa.. tau kan siri kartun popular kat Astro Ceria sekarang ni.. DIDI AND FRIENDS.. ya Allah.. mana tah datang idea rakyat Malaysia yang kreatif sangat ciptakan karakter camni.. hee~ serius comel kot.. kalau #duanur tengok, kakak memang join la skali sampai ada sesetengah lagu DIDI AND FRIENDS ni kakak hafal dah tau.. 





nih la tiga sekawan dalam siri kartun DIDI AND FRIENDS.. nana ( burung kaler pink ) - didi ( burung ) - jojo ( anak ayam ) hee~ comel kan ? tengok dorang jek rasa nak picit picit.. hee~ yang tu kira main cast la.. ade gak main supporting.. ade BINGGO ( anak kucing ), PAK ATAN ( orang utan ), TATAK ( katak ).. 



bukan saja saja pun #duanur dapat tengok DIDI AND FRIENDS ni.. hee~ sebab jalan ceritanya ada sedikit sebanyak pengajaran.. tang tu korang memang kena tengok ngan anak-anak baru feel dia memang syurga btol.. hee~ dengan keletah dorang ni, dengan keletah anak anak lagi..

dan.. ade sesetengah kanak-kanak mengunakan teknik nyanyian untuk menghafal.. haa.. korang kan kalau nak kuat kan ingatan anak-anak, ajak dorang menyanyi sama.. macam #CEOaiman memang memerlukan teknik menyanyi untuk menghafal.. nasib la ade vitamin anak bijak si Omega Guard tu dapat membantu penyerapan segala informasi dengan cepat..



kat mana nak jumpa kalau tak sempat nak layan kat Astor Ceria ? hee~ jangan risau.. kakak sediakan ni.. 



klik sini : DIDI AND FRIENDS

nanti keluarla link terus kat folder youtube DIDI AND FRIENDS ni.. hee~ tak payah sesusah dah nak carik bukak satu satu..

ni dah leka dengan DIDI AND FRIENDS, #duanur mintak merchandise pulak.. mana la kakak nak carik.. huu~ mula tu macam rasa nak marah pun ade.. pantang tengok best sikit, #duanur mesti nak.. nasib la berdua jek.. hahaha~ kakak pun explore la.. jumpa ni..


klik sini : DIDI AND FRIENDS

lepas jumpa ni kakak tak pening dah mana nak carik.. hee~ tunggu bajet approve ja terus kakak boleh online sini haa.. senangkan ? yang penting original la.. tahan lama sket..

dalam kakak tengah carik bahan untuk entri ni, kakak nak tau gak company mana la yang betapa comel dan punya idea sebaik ini.. tak sangka la kot ade anak Malaysia sehebat ini.. bila kakak bukak link.. opocot !! kakak terkejut di situ.. huu~ terkejut sebab ? korang kena bukak link ni dan explore satu satu tabs dorang.. korang pun akan cakap "fuyooo-- biar betul ni !!"

walaupun dah ade banyak syarikat animasi kat Malaysia ni, kakak yakin masing masing ada tapak dan kekuatan tersendiri.. macamana pun, kakak tetap support industri animasi Malaysia.. 

tahniah anak Malaysia !!