27 May 2016

UNTUNGNYA DAPAT BERPUASA LAGI

hee~ macam tajuk kat atas la.. tinggal berapa hari lagi ni Ramadhan nak singgah ni ? ade cek kalendar tak ? hee~ tak pe.. tak payah cek.. tinggal 14 hari jek lagi nak masuk Ramadhan 1437 Hijriah.. erm.. kejap jek kan * terasa tua dah.. *  haa.. meh kita refresh balik pelajaran subjek Pendidikan Islam tahun 5 * ye ke ? *..

HIKMAH BERPUASA DI BULAN RAMADHAN

1 : disiplin waktu
  • nah !! celah mana pulak kan ? sebab bulan puasa ni kan macam tak brape nak ada aktiviti sangat sebab tu korang santak tido sampai ke petang.. hee~ itu adalah salah.. tips untuk korang kekal fit dan kuat pada waktu siang, badan kena la cukup rehat hal ini membuatkan waktu tidur malam kita lebih konsisten * mungkin seawal jam 10.30 malam kan * 
  • bangun untuk makan sahur pun dikira melatih korang bangun awal pagi untuk mendapatkan rezeki ( makanan )

2 : keseimbangan dalam kehidupan
  • hakikat yang jelas kita adalah hamba Allah SWT yang diperintahkan untuk beribadah tapi dek kesibukan duniawi, kita jadi lupa akan tanggungjawab kita.. haa.. bila menjelang jek bualan puasa ni, secara otometik nya ganjaran pahala itu yang kita kejarkan akan menjadi rutin.. best kan ? mana tau lepas puasa pun kita terbiasa.. lagi lagi part solat berjemaah dan bangun awal subuh.. hee~

3 : mempererat silaturrahim
  • kalau bulan Ramadhan ni benda paling jelas kita dapat tengok SILATURRAHIM sesam muslim.. ada yang memberi dan ada yang menerima.. ada yang menyampaikan ada yang menyambut.. 

4 : kesedaran tentang ibadah berpuasa
  • tujuan kita dianjurkan berpuasa adalah melatih diri supaya dapat menghindari segala dosa secara terang mahupun secara sembunyi.. haa.. kalau sebelumnya kita selalu bermaksiat, tapi bulan puasa mesti segan nak buat kan.. tu salah satu cara kita melatih diri la tu..
  • dia sama macam ibadah berpuasa.. sebulan kita solat lima waktu penuh siap pakej tarawikh dan tahan lapar serta dahaga.. lepas bulan Ramadhan tak pelik la kan kalau kita kekal kan momentum tu..
  • kalau korang nak tau jugak.. bulan puasa juga mengajar kita menjaga kesihatan * lebih kepada membaik pulih kesihatan sebenarnya *.. haa.. ce korang bayangkan.. 11 bulan kot korang melantak, makan, mencekik segala jenis makanan.. sebulan jek untuk korang repair balik usus dan kesihatan dengan mengawal dari aktiviti tu * nanti kita cerita pasal berpuasa pada hari putih.. ingatkan kakak ye.. hee~ *

5 : setiap kegiatan mulia merupakan ibadah
  • setiap langkah kaki yang menuju ke arah kebaikan ( g masjid untuk beribadat - berbuat baik sesama makhluk - senyum - siram pokok bunga - kasik kucing jalanan makan ) akan tercatit pahala.. haa.. nampak tak betapa bestnye puasa ni.. hee~ setiap ape yang korang buat baik, akan dapat bahagian korang.. dan dalam sebulan tu kalau korang berterusan * konsisten la gitu.. * tak pelik la tabiat baik tu akan terus berlanjutan walaupun selepas Ramadhan..

6 : belajar persyukur
  • pelarian kat luar sana mati sebab tak cukup makan, tapi lain kat Malaysia ni.. ramai mati sebab terlebih makan.. hee~ cemana ? berbalik kepada point nombor 2.. tak salah bersederhana.. berbuka dengan semampu kita * kalau makan banyak banyak nanti perut padat.. nak terawih cemana kan ? * jadik nya.. bersyukur dengan apa adanya.. kalau korang kaya, lahir dlaam timbunan emas, nak makan ayam turki pun tak pe.. korang mampu.. eh !! berbuka dengan segelas ESP Shaklee + kurma pun dah kenyang tau.. haa.. jangan main main..

7 : berhati hati dalam perbuatan seharian
  • boleh tahan lapar dahaga ? serius ni ? hee~ tapi boleh tak kalau korang tahan juga mulut, tangan, kaki, mata * semua anggota tubuh badan kita laa * dari melakukan maksiat sembunyi ? okay.. klaau boleh.. ngam-- lepas habis Ramadhan pun korang akan terbiasa untuk terus tinggalkan perkara perkara yang tak baik tu.. in shaa Allah..

BONUS !!
kakak belanja niat puasa untuk korang * kot la TERlupa kan.. hee~ *




selamat berpuasa..
semoga segala limpahan rahmat ADA untuk korang..

hee~
nah !!
kakak belanja entri sebelum ni pasal tapak BAZAAR RAMADHAN SELANGOR 2016..
mana la tau kot nak singgah buat beli makanan berbuka dan bersahur..


25 May 2016

PUNTING BOTOL SUSU ANAK BERKILAT WALAUPUN DAH 3 BULAN GUNA

haa.. dah kalau jadik mak mak ni tak berjimat memang tak sah la kan.. hee~ part paling ketara untuk anak anak.. jimat pun untuk anak anak jugak.. tapi ada jek mak mak yang buat pilihan bijak untuk anak membesar dengan persekitaran yang sihat.. 

tak percaya ?

nah !!
kakak share sikit FAKTA tentang sabun tanpa bahan kimia ni * sila lap air liur tu dulu.. saba.. tak start cerita lagik.. hee~ *

FAKTA TENTANG GET CLEAN DISH WASH 

  • lembut pada tangan
  • berasaskan tumbuhan ( semulajadi )
  • tahan lama kerana kepekatannya ( lebih 5 bulan bergantung pada penggunaan )
  • beberapa titis dah cukup untuk sebesen pinggan ( sesuai kalau nak kenduri ke raya ke.. hee~ )
  • buih banyak * ade jek mak mak kat dapo ni kalau nak basuh pinggan mangkuk, sabunnye kena banyak buih.. hee~ ye.. serius ade.. *
  • tanpa fosfat
  • bungkusan ( botol ) boleh dikitar semula
  • pH seimbang
  • tanpa klorin
  • selamat untuk sistem septik dan pembentungan

KORANG TAU TAK ?

  • sesetengah pencuci pinggan mangkuk mengandungi surfaktan yang berasaskan petroleum dan bahan pencuci seperti diethanolamine dan sodium dedecylbenzensulfonate.. kedua dua kandungan tersebut boleh mengakibatkan kerengsaan pada kulit dan mata..

  • tapi dalam DISH WASH SHAKLEE tak de bahan kimia weyh !! memang selamat la kalau untuk basuh botol susu anak seme kan.. haa..


APE PLAK KATA MAK MAK KAT LUAR SANA TU ?





PUAS HATI !!

RM 28.00 jek dik non.. kira dalam sebulan kos sabun serbaguna kat rumah korang cuma RM 5.60 JEK !! habis murah dah tu.. hee~

kalau korang nak beli sebotol dua botol tiga botol.. boleh la KLIK icon kat bawah ni.. dan terus buat pembelian..


lepas dah beli tu jangan lupa text kakak dan BANYAK tips kakak akan share dengan korang !! rugi la kan kalau dah beli lepas tu diam jek.. hee~

24 May 2016

BOAT NOODLE MALAYSIAN STYLE DIJAMIN HALAL ADA DI SHAH ALAM !!

nah !! pernah makan Boat Noodle ? hee~ tapi banyak cerita pasal Boat Noodle tu kan ? tapi bukan pasal Boat Noodle tu yang kakak nak cerita ni pasal satu cafe ni buat konsep yang sama cuma yang nih confirm HALAL tapi.. ade la satu dua yang kurang manis kat mata kakak.. mata kakak okay.. kalau mata korang tu tak tau la.. hahaha~


dah datang !!
dah viral kan tempat makan ni kan ? kakak pun terhegeh hegeh la nak try dan kakak suka konsep beratur sebelum makan.. hee~


menu..
hati kakak bercakap "menarik.."
yang lebih bermaksud kepada "murah gile !! aku nak makan semua.."


duduk jek terus bikin family potrait.. hee~ oh !! encik suami kakak memang gitu.. tiap kali kitorang dah duduk kat kedai makan, beliau tukang panggil waiter.. nampak tu muka agak stress..


tersengih kakak tengok menu dia.. serius !! nak oder semua jek rasa.. tapi takut tak habis makan, jadik oder sikit sikit dulu..


selepas beberapa minit yang #duanur sempat bertekak, merengek, kena tuing, tukar tukar minum air.. hee~ akhirnya.. pengembaraan bermula !!! 

eksaited !!!


soto ayam..
kakak bukan kaki sup sup ni.. tapi okay la.. cukup rasa.. ade 5 ketul nasi himpit + begedil comel yang sedap..


minah ni memang ayam jek la.. mana mana pergi mesti ayam.. seketul dia sorang.. ngam rasa.. ayam tandori namanya..


jam menunjukkan waktu berikut.. dan kakak ada sedikit frust sebab 2 mangkuk lagi tak sampai.. nasi lemak dengan nasi goreng cina untuk aiman.. huu~ baru pukul 8 kot tapi makanan banyak dah habis.. customer masih ramai masa tu..

korang rasa ?

haa..
ini adalah bisnes anak melayu dan kakak sokong 150%..

maksudnya..
perniagaan dia berjaya ke tahap orang sanggup beratur sebab nak makan kat kedai dia * tepuk tangan * serius.. makanan sedap, harga murah gile dengan portion yang disediakan.. memang best.. kedai pun tak sarat dengan hiasan ke pape benda yang buat customer rimas..

TAPI..
len kali dah tau hujung minggu dan orang memang target nak makan kat luar, masak le banyak sket.. hee~ tak de la kami kami dari jauh * bukit jalil - shah alam * frust..  hahaha~ nasib kakak mengubati hati yang duka dengan sate Hj Samuri kat R&R Awan Besar.. sate hati ayam.. sedap !! * tapi itu bukan topiknye * hahaha~


nak tau seme yang kami makan * soto ayam 4 - nasi ayam cincang 1 - sagu gula melaka 1 * serius sedap.. cukup lemak tak berapa manis * - ayam tandori 1 - ais krim soda 2 = RM 17.10

hah ?
murah kan ? kan ? kan ?

dan kakak cakap la dengan enck suami kakak "it's okay yang.. on me.. on me.." hahaha~ sebab tak smapai doplo hengget kot.. memang kakak laju la kan..

dan kami pun berangkat pulang dengan senyuman yang ade la sisa sisa..

ni kisah kakak tau.. makanan sedap tapi tu la.. rmaai orang pegi kan.. jadik MUNGKIN seme habis.. kalau korang nak pegi, pegi la awal sket.. petang petang sket ke.. gitu..

dan korang jangan tarik muka panjang sangat sebab dorang memang tengah kekurangan staff.. sambil korang tunggu adik adik kat situ datang amik order chit korang, tolong la susun susun mangkuk yang kat meja korang tu.. lap lap la sikit.. buat macam kat rumah korang sendiri * sebab encik suami kakak cam tu dan kakak pun dah terbiasa *  ringan sama dijinjing gitu.. dan kalau agak korang pakwe makwe nak gaduh ke ade tak puas hati ke, jangan g makan kat situ sebab meja dorang rapat rapat.. orang sebelah boleh dengar korang tengking pakwe korang.. hahaha~ * masa kakak g makan tu ade couple tengah gaduh, awek tengking pakwe.. kakak harap dorang blom kawen la.. kalau dah kawen kesian pakwe dia.. *


instagram dorang..
kakak siap stalk lagik tengok menu ape yang best.. hee~



fanpage dorang.. 

017-211 0085
11:00 - 22:00
YG24, JALAN PLUMBUM Y 7 / Y,

PUSAT KOMERSIAL SEKSYEN 7,
40000, SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN..

korang ade tempat makan best yang nak share dengan kakak ?
nanti ade masa kakak try.. 

tinggalkan kat komen eh..
hee~


NOTA KECIL : nanti kakak carik masa nak g lagik kedai makan ni tapi waktu siang.. sebab memang nak rasa seme menu dia.. hee~


21 May 2016

BAZAAR RAMADHAN SELANGOR 2016

hee~ dunia !! saksikanlah.. hahaha~ selepas kejayaan * phui !! * kakak menyenaraikan list terkini tapak carboot sale di negeri Selangor nih ( boleh klik SINI ), kakak buat hal lagik.. haa.. nah !! senarai tapak BAZAR RAMADHAN 2016 khas untuk orang Selangor..

BAZAR RAMADHAN SELANGOR 2016 : PUCHONG

  • Taman Puchong Perdana ( Jalan Perdana 2 )
  • Taman Puchong Permai ( Jalan Permai 2 / 10 )
  • Taman Puchonf Permai ( Jalan Permai 1 / 10 - sebelah surau Ra'yah )
  • Taman Puchong Prima ( Jalan Prima 5 / 3 )
  • Taman Puchong Utama ( Jalan Utama 2 / 1 )
  • Taman Wawasan, Pusat Bandar Puchong ( Jalan Wawasan 2 /22 )
  • Pusat Bandar Puchong ( Jalan Bandar 3 - tapak bersebelahan Tesco Puchong )
  • Puchong Utama ( tapak pasar malam Puchong Utama )
  • Puchong Indah ( tapak pasar malam )

BAZAR RAMADHAN SELANGOR 2016 : KINRARA

  • Bandar Kinrara Seksyen 5 ( Jalan BK 5A / 1 )
  • Taman Kinrara Seksyen 1 ( Jalan Taman Kinrara 1 / 1 )
  • Taman Perindustrian Kinrara ( Jalan TPK 2 / 1 & 2 / 2 )
  • Taman Kinrara Seksyen 4

BAZAR RAMADHAN SELANGOR 2016 : SHAH ALAM

  • Bazar Ramadan KL Seksyen 2
  • Seksyen 7 ( tapak pasar malam )
  • Seksyen 13 ( Stadium Shah Alam )
  • Seksyen 17 ( tapak pasar malam )
  • Seksyen 18 ( tapak pasar malam )
  • Seksyen 20 ( berhampiran tapak pasar malam )
  • Seksyen 25
  • Sek. U2 Taman Tun Dr Ismail TTDi Jaya 
  • Seksyen U3 ( Subang Perdana )
  • Seksyen 6 ( depan Restoran Daud )
  • Seksyen 7 ( Jalan Platinum AD 7 / AD ) 
  • Seksyen 7 ( Jalan Kristal AS7 / AS )
  • Seksyen 8 ( dekat Surau Blok 17 - 18 )
  • Seksyen 16 ( hadapan Dewan Orang Ramai )
  • Seksyen 18 ( Jalan 18 / 34 – Klinik Ahmad Shah )
  • Seksyen 19 ( tapak pasar malam )
  • Seksyen 24 ( tapak Usahawan Mikro )
  • Seksyen 27 ( tapak pasar malam )
  • Seksyen 28 ( berhampiran KFC )
  • Seksyen 31 ( Jalan Anggerik Aranda B31 / B depan Pondok Polis Kota Kemuning )
  • Seksyen U5 ( Jalan Utarid U5 / 10 ) 
  • Seksyen U8 ( Jalan C U8 / C Bukit Jelutong - hadapan My Mydin )
  • Seksyen U10 ( tapak penjaja sementara )
  • Subang 2 ( tapak pasar malam )
  • Seksyen U13 ( Setia Alam – CIMB Bank )
  • Seksyen U20 ( BBSB Fasa 1 - Bukit Rahman Putra )
  • Seksyen U20 ( BBSB Fasa 2 - pejabat Luncai Emas )
  • Seksyen U20 ( BBSB Fasa 3 - Econsave )

BAZAR RAMADHAN SELANGOR 2016 : BANDAR BARU BANGI

  • tapak Pasar Malam Seksyen 16, Bandar Baru Bangi
  • hadapan asrama Kolej Polytech Mara Bangi
  • Jalan Seri Putra ½, Bandar Seri Putra
  • tempat letak kereta Jalan 3 / 69, Seksyen 3, Bandar Baru Bangi
  • dihujung Jalan 2 / 3A, Kawasan Dua, Bandar Baru Bangi
  • Jalan 7 / 7B, Sek 7, Bandar Baru Bangi
  • tempat letak kereta & alan susur Kompleks PKNS Bangi

BAZAR RAMADHAN SELANGOR 2016 : SUBANG JAYA

  • SS18, Subang Jaya ( Jalan SS18 / 6 )
  • USJ 7, Subang Jaya ( Jalan USJ 7 / 3C – hadapan gerai majlis USJ 7 )
  • USJ 4, Subang Jaya ( Jalan USJ 4 / 5 )
  • USJ 1, Pangsapuri Angsana ( tapak pasar malam Selangor )
  • Pinggiran USJ ( Jalan Pinggiran USJ 1 / 1 )
  • Taman Batu Tiga ( hadapan Gerai Majlis Taman Batu 3 )
  • Putra Heights ( berhadapan Flat Sri Mutiara )

BAZAR RAMADHAN SELANGOR 2016 : BATU CAVES

  • Pasar Ramadan Kampung Batu Muda, Jalan Ipoh
  • Bazar Ramadhan Selangor PPR Batu Muda
  • Kompleks Mutiara, Batu 31 / 2 Jalan Ipoh
  • hadapan Flat Taman Aman Putra Jinjang Utara
  • Taman Wilayah Selayang Fasa 3
  • tapak Parking Pasar Selayang
  • Rumahpangsa PKNS, Jalan Kuching
  • Sentul Pasar

BAZAR RAMADHAN SELANGOR 2016 : KAJANG

  • sepanjang jalan masuk ke SMAP, Kajang
  • tapak Bazar Malam Reko Sentral
  • Jalan Utama, Sek 2, Taman Kajang Utama
  • Tapak Pasar Malam Kompleks Hentian Kajang
  • tempat letak kereta, hadapan deretan Kedai Taman Zamrud
  • hadapan deretan kedai & kilang IKS Sungai Jelok ( tempat letak kereta )
  • Bazaar Ramadhan Selangor Dataran Prima Saujana, Taman Prima Saujana, Kajang
  • kawasan tanah lapang ( tapak Funfair ), Taman Kajang Prima
  • tapak pasar tani ( Taman Ramal Indah )
  • Jalan Kajang Mewah 10
  • di belakang Tesco Batu 14, Kajang

BAZAR RAMADHAN SELANGOR 2016 : SERDANG

  • Bazar Ramadhan Selangor Taman Seri Serdang ( Jalan 18 / 35 )
  • Bazaar Ramadhan Selangor Taman Universiti Indah ( Jalan 2 / 10 )

BAZAR RAMADHAN SELANGOR 2016 : SERI KEMBANGAN

  • Taman Pinggiran Putra ( Jalan PP 1 / 2 )
  • Taman Equine ( Jalan PP 1B )
  • Pasar Ramadhan Puncak Jalil ( Jalan PUJ 3 / 2 )

BAZAR RAMADHAN SELANGOR 2016 : CHERAS KAJANG

  • tapak pakir Desa Serdang ( hadapan Bangunan Minlon )
  • Jalan Temenggung 21 / 9, Sek. 9, Bandar Mahkota Cheras ( tapak pasar malam )
  • Lebuh Taming, Taman Taming Jaya
  • berhampiran Loji Kumbahan Taman Harmoni, Seri Kembangan
  • Bazaar Ramadhan Selangor Taman Suntex, Batu 9, Cheras
  • Jalan Chengal 4, Taman Impian Ehsan
  • Kawasan Lake Valley Jalan Suarasa 8/4, Bandar Tun Hussein Onn
  • Di Jalan Cp 4/38, Taman Cheras Perdana
  • Jalan Cj 8, Taman Cheras Jaya
  • Padang Awam, Taman Cheras Utama ( tapak pasar malam lama )

BAZAR RAMADHAN SELANGOR 2016 : SEMENYIH

  • Bazar Ramadan Jalan Semenyih Sentral 1
  • Seksyen 1, berhampiran dengan Pasaraya Billion, Bandar Teknologi Kajang

BAZAR RAMADHAN SELANGOR 2016 : BERANANG

  • tapak Pasar Ramadan, Bandar Tasik Kesuma
  • tapak Pasar Malam Pekan Sehari Beranang

BAZAR RAMADHAN SELANGOR 2016 : HULU LANGAT

  • tapak Pasar Malam Taman Seri Nanding
  • bersebelahan Padang Futsal, Taman Desa Sentosa

BAZAR RAMADHAN SELANGOR 2016 : AMPANG

  • Pandan Indah ( Padang Perbandaran MPAJ )
  • Pandan Jaya ( Jalan Pandan 3 )
  • Cheras Indah ( berhadapan Dewan Komuniti )
  • Pandan Mewah ( sebelah padang )
  • Pandan Cahaya ( Jalan Pandan Cahaya 1 / 1 )
  • Taman Melawati ( depan pejabat pos lama )
  • Kampung Pandan ( Pandan Utama )
  • Medan Selera Angsana Hilir ( tapak letak kereta )
  • Lembah Maju ( berhampiran Simpang Empat )
  • Kampung Tasek Permai ( hadapan Masjid )
  • Kampung Melayu ( Jalan Jati )
  • AU 2 ( Jalan AU2A / 16 )
  • AU 4 / 1 ( depan 7-11 )
  • AU 5 ( tapak letak kereta Medan Selera)
  • Taman Permata ( depan Pasaraya Hari-Hari )
  • Melawati Jalan E1
  • Bukit Antarabangsa ( Jalan Wangsa Ukay 2 )
  • Ukay Perdana ( depan Restoran Ali Maju )
  • Bazaar Ramadhan Selangor Taman Melor ( tapak letak kereta )
  • Bandar Baru Ampang ( pasar Bandar Baru Ampang )
  • Ampang Water Front ( tapak letak kereta Fasa 2 )
  • Bukit Indah ( sebelah Restoran Dalila )
  • Ampang Jaya ( Jalan 1 )
  • Kompleks Muhibbah ( Taman Nirwana )
  • Keramat Permai ( Jalan AU1D )
  • AU3 ( Flat PKNS 13 & 14 )
  • Pandan Indah Jalan 3 / 2B
  • Taman Kosas ( Jalan Kosas 1 / 1 )
  • Pandan Perdana ( depan Guardian )
  • Cheras Hartamas ( blok A1, Flat Bukit Segar )

boleh tak kalau ni takat teaser dulu ? hahaha~ apsal tetiba kakak rasa ade daerah yang tak de ni ? haa.. korang amik la ni dulu, plan ape patut.. kalau korang ade tambahan atau pengurangan kasik jek kat komen tu.. mana la tau bleh tambah info kat kengkawan..

16 May 2016

VIRUS ZIKA PERTAMA DI SINGAPURA

haa.. kakak baru lepas baca artikel pasal VIRUS ZIKA ni.. huu~ tetiba rasa takut dengan kebersihan sekeliling rumah.. nasib la kakak tak de nak menanan pokok bagai yang menyebabkan air bertakung ke hape * tapi masih risau gak la.. *




pergh-- ni da dekat sangat ngan Johor ni..

APA ITU VIRUS ZIKA ? 

nama ia manja, ZIKA, macam nama awek awek cun jek kan tapi sebenarnya bahaya.. virus yang dibawa oleh nyamuk aedes * nyamuk yang sama menyebarkan denggi dan chikungunya * dan ia ditemui di hutan Zika, Uganda pada tahun 1947.. ianya mungkin penyakit baru di negara lain tetapi tidak di Afrika.. 

virus ni mula merebak sejak Mei 2015 di Brazil dan sejak itu ia mula merebak di sekitar negara barat yang lain..


SIMPTOM UTAMA DEMAM ZIKA
  • sakit kepala
  • ruam pada kulit
  • sakit sendi
  • mata kemerahan
ya.. hampir sama dengan demam denggi.. 


KESAN VIRUS ZIKA

virus Zika yang merebak boleh menyebabkan sejenis kecacatan otak dan boleh menyerang bayi di dalam kandungan.. hah ? cemana plak bayi kat dlaam kandungan bleh terkena ?

virus Zika boleh tersebar melalui jangkitan kuman kepada janin dan peringkat janin yang peling berisiko adalah dlaam trimester pertama ( kehamilan bulan pertama hingga bulan ketiga ).. sindrom MICROCEPHALY yang disebebkan oleh virus Zika akan menyebabkan bayi berhadapan dengan kecacatan sehingga membataskan kecerdasan pergerakan otot seumur hidup mereka..





Kementerian Kesihatan Malaysia ( KKM ) mengesahkan TIADA kes virus Zika dikesan di negara ini, tetapi Malaysia mempunyai densiti nyamuk Aedes iaitu nyamuk pembawa virus Zika.. jadi.. sama sama la kita jaga kebersihan dan hapuskan segala tempat pembiakan nyamuk..

15 May 2016

STEAMBOAT MURAH DI SERI KEMBANGAN ( TAPI DAH TUTUP )

pheww-- kakak tengok balik gambar gambar masa g makan kat sini aritu.. terliur.. hee~ kisahnye cam gini :

korang tau kartun Chibi Maruko Chan ? haa.. bermula dari ade satu episod ni tau.. kisah steamboat beracun.. hee~ dan aiman keep asking pasal steamboat beracun.. kenapa ? mengepa ? bagaimana ? di mana ? bla bla bla bla bla.. payah dan agak emosi bila nak menjawab.. dan ini kali ke-banyak-kali sebenarnya kakak dan encik suami bawak aiman aina makan steamboat.. sebab masa tu aiman tanya lagik soalan yang sama * penat nak jawab menggunakan lisan, maka kami praktikal kan jawapan.. *

dan pada hari yang sama adalah ulangtahun kelahiran aina.. keempat * happy birthday to you.. happy birthday to you-- * gittew-- konon makan besar la sikit..


OMAK AI STEAMBOAT & GRILL

firstime dan kami puas hati.. balik dalam keadaan kekenyangan yang teramat sangat.. hahaha~ dah memang konsep pun "MAKAN SAMPAI KENYANG" kitorang pun memang betul punya makan la.. bukan selalu nak isi tank sampai penuh.. 


benda pertama yang #duanur carik.. hee~ 4 mangkuk sorang.. matilamak nak !! tu korang nampak chocolate rice tu kan ? haa.. kat sana ade pat lima nam jenis topping untuk aiskrem.. budak dua orang ni tak gemar banyak banyak.. jadik buh la chocolate rice tu jek.. tu pun 4 mangkuk ko..


dak comot.. happy btol dapat makan aiskrem.. manis kan--


jenis sos yang ade.. hee~ banyak kan ? nanti korang pilih la.. kakak cam biasa.. suka blackpepper.. 


first round !! ting !! hahaha~  pedal ayam adalah sesuatu yang wajib.. 


masa ni tengah lapar la sikit.. jadik ade la gambar.. sebab terliurkan.. hee~ bila siap jek first round nih.. kakak da tak pegang telefon dah.. memang tak de la gambar lain.. 


my man !! beliau la tukang amik oder.. tukang amik daging daging seme.. tukang bakar bakar kan.. tukang terbalik terbalik kan.. segala tukang la kalau dah g makan kat steamboat.. hee~ thanx bro !!


interior.. simple jek.. okay la.. orang datang nak makan kan.. bukan nak tengok ape ade dalam kedai.. kalau ko punya service baik, makanan sedap.. confirm orang datang.. hee~


ni bahagian luar..




sumber : facebook OMAK AI STEAMBOAT

hee~ untuk makhluk yang suka makan macam kami berempat ni.. tempat camgini memang heaven gile ah.. dah la murah.. yang penting confirm HALAL.. haa.. kena tau tu ye..

dan..
kakak ulang..
konsep adalah MAKAN SAMPAI KENYANG..

nah !!


kami yang gembira bila perut kenyang.. hee~ 



UPDATED !! SENARAI CAR BOOT SALE DI SELANGOR

hee~ ape pasal tah tetiba kakak terfiki nak carik pot car boot sale.. tapi cam best kot kan konsep nih.. peloved to love.. ape salahnya.. tak kan la penjual nak jual barang dah tak pakai * means dah rosak teruk la kan.. * mesti la dorang jual barang yang masih elok tapi dah tak pakai dan mungkin orang lain memerlukan.. kan ?



haa.. kat bawah ni ade senarai.. dan kakak akan update dari masa ke semasa la kalau ade yang kakak jumpa lain nanti..





1 : CBS TESCO PUCHONG
admin : puan amie
nombor telefon : 017 658 2640
jam operasi : 3 petang - 11 malam
hari : sabtu
harga : RM 20.00 / tapak / hari
lokasi : TESCO, jalan BP 4/1, bandar bukit puchong


2 : CBS LEMBAH KERAMAT
admin : puan aida
nombor telefon : 013 369 8891
jam operasi : 3.00 petang - 7.00 malam
hari : sabtu + ahad
harga : RM 10.00 / tapak / hari
lokasi : jalan AU5, berhadapan dengan Medan Selera dan dewan AU5



3 : CBS PUNCAK JALIL
admin : encik zainuddin zainal
nombor telefon : 019 332 1562
jam operasi : 7.00 pagi - 12.00 tengahari
hari : sabtu + ahad
harga : percuma
lokasi : PUJ 3/13




4 : CBS TAMAN MELAWATI
admin : cik syafiqah
nombor telefon : 018 353 6303
jam operasi : 7.00 pagi - 12.00 tengahari
hari : sabtu + ahad
harga : RM 10.00 / tapak / hari




5 : CBS SUBANG BESTARI
admin : shahril
nombor telefon : 019 220 2171
jam operasi : 5.00 petang - 12.00 tengahmalam
hari : jumaat + sabtu + ahad
harga : RM 10.00 / tapak / hari
lokasi : jalan nova U5/M, shah alam



6 : CBS KOTA DAMANSARA
admin : pojie
nombor telefon : 016 291 8719
jam operasi : 7.00 pagi - 11.00 pagi
hari : ahad
harga : RM 20.00 / tapak



7 : CBS BANDAR BARU BANGI
nombor telefon : 016 867 3101
jam operasi : 8.00 pagi - 12.00 tengahari
hari : sabtu + ahad
harga : RM 20.00 / tapak / hari
lokasi : taman tasik cempaka



8 : CBS TESCO EXTRA SHAH ALAM
admin : farhan
nombor telefon : 011 2200 7730
jam operasi : 
hari : sabtu + ahad | 4.00 petang - 11.00 malam
harga : RM 30.00 / tapak / hari
lokasi : Tesco Extra Seksyen 13 / sebelah MSU



9 : CBS SUBANG
admin : husainy
nombor telefon : 012 698 4128
jam operasi : 5.00 petang - 1.00 pagi
hari : jumaat + sabtu + ahad 
lokasi : jalan Nautika AU 20/A, pusat komersial TSB, sungai buloh



10 : CBS SRI GOMBAK
admin : saiful
nombor telefon : 017 303 6449
jam operasi : 8.30 pagi - 1.30 petang
hari : ahad
harga : RM 10.00 / tapak
lokasi : PRIMA, sri gombak



11 : CBS PUCHONG @ TAMAN PUTRA PERDANA
admin : abang K
nombor telefon : 011 323 44491
hari : sabtu --> 6.00 petang - 11.00 malam
hari : ahad --> 8.00 pagi - 12.00 tengahari
harga : RM 10.00 / tapak / hari
lokasi : bersebelahan Pusat Penjaja Taman Putra Perdana, Puchong



12 : CBS KD7



13 : CBS MERCATO @ BANDAR ENSTEK
admin : eddie
nombor telefon : 017 643 6077
hari : jumaat + sabtu --> 8.00 malam - 12.30 tengahmalam
harga : RM 5.00 / tapak / hari
lokasi : quarters KLIA berdekatan litar Sepang



14 : CBS SAUJANA UTAMA SG BULOH
admin : rosli
nombor telefon : 019 219 5471
hari : sabtu --> 5.00 petang - 12.00 tengahmalam
harga : RM 5.00 / tapak / hari ( ahli )
harga : RM 15.00 / tapak / hari ( bukan ahli )
foodtruck : RM 20.00 / tapak / hari
lokasi : depan Dewan Masyarakat belakang Balai Polis Saujana Utama 47000 Sg Buloh




nah !! kakak dah update menyambil nyambil ha.. hee~ kalau korang ade info lebih, share kat komen eh.. nanti kakak edit dari masa ke semasa.. manatau info dari korang dapat membantu peniaga kecil kecilan kat luar sana.. tak salah kan ? 

LOVE ;
ATIE ADNAN

14 May 2016

AJAR ANAK TEPATI MASA

dah kalau namanya ibu, semua nak perfect.. kan ? hee~ maka, ibu #duanur yang sorang nih pun terfikir la satu benda nak ajar aiman aina ni cara ikut masa kalau nak buat pape tu ha.. terfikir la kan tapi dorang nak ikut ke tak nak ke tu tak tau lagik.. kea pelan pelan ajar dorang la..


nah !! mula mula kena la bukak cermin depan jam tu, bateri ape segala bagai nye tu..


pinjam kaler pensel anak.. hee~ ikut korang la nak bahagi berapa banyak masa yang korang nak ajar anak anak nanti.. satu priod tu satu kaler biar anak tak keliru nanti..


lalalal-- garis la.. melainkan korang boleh buat garisan lurus tanpa pembaris..


tu dah siap garis dah..


warnakan la ikut yang korang dah garis tu.. kalau boleh jangan la buat masa yang panjang.. sejam sejam dah cun..


tadaa.. dah siap !! ingat.. lepas dah siap kaler tu korang pasang la balik cermin dengan bateri jam tu.. jangan dibiar bogel plak.. hee~


letak kat tempat yang anak anak senang nak tengok.. macam kakak, kakak letak kat hall.. sebelah tv.. hari hari sampai aiman aina faham kod kaler dengan aktiviti setiap period tu.. 

aiman balik sekolah jam 1 petang..
jadik..
seme aktiviti yang kakak dah set tu bermula jam 2 petang lepas aiman dah berehat berehat cerita pasal aktivit kat sekolah..

merah : nap ( 1 jam )
kuning : tengok tv ( 2 jam )
hijau : mandi / minum petang / siap siap g taman ( 1 jam )
biru : main kat taman ( 1 jam )
oren : makan malam / aktiviti bebas ( 1 jam )
pink : baca buku / buat kerja sekolah ( 2 jam )

hee~ korang bleh tetapkan sendiri disiplin masa tu.. tak payah la ikut kakak pun ya bulat bulat * tapi kalau nak ikut pun boleh jek.. tak de masalah.. *



kakak pakai jam murah murah jek.. hee~ tak keja nak habiskan duit banyak banyak untuk DIY ni.. yang murah pun boleh nampak mahal.. kan ? kalau korang rajin letak la bunga ke reben ke kasik cantik.. eh !! ikut selera korang la.. kakak punya ni pasal nak kasik aiman aina faham jek, jadi tak plan pun nak hias hias bagai takut dorang hilang fokus..

haa.. korang cuba tau.. ajar anak tepati masa.. baru dorang tau 24 jam tu bernilai.. 

sebelum dorang jadik buluh ni.. lentur kan dulu laa.. hee~