KHASIAT BIJI BETIK UNTUK MASALAH DALAM PERUT

selalu kita dengar khasiat buah betik untuk mengelak sembelit dan daun betik direbus untuk merawat denggi.. kan ? kan ? memang tak pernah kakak dengar orang cerita apsal BIJI BETIK.. hee~ dok jugak Google sana sini study pasal biji betik.. rupanya banyak khasiat biji betik yang memang orang selalu buang buang jek..


ada kajian mengatakan biji betik mampu untuk melindungi ginjal dari racun ( toksin ) yang menyebabkan kegagalan fungsi buah pinggang selain itu kalau korang kaki detoks, memang biji betik merupakan salah satu tips paling cepat untuk bunuh parasit yang bersarang dalam sistem pencernaan manusia.. hee~ gagah ke nak kunyah biji betik umpama kekacang ?

biji betik juga mempunyai :
  • zat antikolesterol
    • kandungan saponin yang ada dalam biji betik juga memberi manfaat untuk menurunkan aktiviti kolesterol serum seperti tindakbalas resin dan ia mampu mengurangkan peredaran ( circulation ) enterohepatik iaitu dalam organ hempedu
  • antioksidan dalam darah
  • kandungan alkaloid, flavonoid, tanin, saponin anthraquinones dan anthocyanocides

MANFAAT BIJI BETIK

1 : ANTIBAKTERIA
  • biji betik merupakan antibakteria yang berkesan melawan E-coli, almonella dan jangkitan staphylococcus
2 : MENJAGA GINJAL
  • ekstrak biji betik mampu melindungi buah pinggang dari racun yang merosakkan fungsi buah pinggan
3 : MEMBUNUH PARASIT
  • biji betik mampu mencegah kewujudan cacing dan membanteras parasit dlaam sistem pencernaan
  • dalam sebuah kajian terhadap kanak-kanak di Nigeria yang menghidapi masalah parasit dalam sistem pencernaan, 76.6 % dinyatakan bebas parasit setelah tujuh hari memakan biji betik kerana biji betik mengandungi alkaloid anthelmintic yang disebut carpaine telah terbukti berkesan membunuh cacing parasit dan amuba

4 : MENGUBATI SIROSIS HATI
  • sirosis hati adalah penyakit yang disebabkan pengambilan alkohol berlebihan selama bertahun-tahun dimana hati menjadi kecut dan keras
  • dalam keadaan ini, hati tidak berkesan untuk menghilangkan racun dari tubuh dan mengakibatkan masalah kesihatan yang serius
5 : UBAN
  • kandungan glucoside carcirindan yang terdapat dalam biji betik mampu mencegah pertumbuhan uban serta menghitamkan rambut
  • CARANYA : biji betik dikeringkan dan ditumbuk halus kemudian dicampurkan dengan minyak kelapa.. lumurkan pada rambut setiap malam sebelum tidur
6 : MEMBERSIHKAN HATI DARI RACUN
  • dalam perubatan Cina, satu sudu teh biji betik dapat membantu menyahtoksin hati

RESEPI BIJI BETIK

dah.. bikin resepi plak haa.. hee~ ada dua cara yang dicadangkan :
  • PERTAMA : biji betik dikisar bersama air sehingga hancur.. boleh nikmati sejuk atau suam macam jus buah-buahan yang lain tu.. hee~ dia ade rasa pedas - pahit sikit.. a.. gitu la lebih kurang rasa dia..
  • KEDUA : keringkan / jemur biji betik 2 - 3 hari.. kemudian kisar kering sehingga jadi serbuk.. nanti boleh buat bancuhan macam kopi tu.. kalau nak sedap boleh tambah sedikit madu..

PENTING : wanita hamil dilarang sama sekali untuk kunyah / makan / minum biji betik.. 

haa.. sekarang dah tau kan kelebihan biji betik.. confirm lepas nih korang takkan buang dah kan ? hee~ setiap kejadian tu mesti ade kelebihan kan ? jangan terlepas peluang menikmati..


7 comments:

  1. Seram lak tengok cacing dalam perut tu..eee..kalau tertelan biji betik..terus cakap..kang tumbuh dalam perut gne..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha~ kalau tumbuh dalam perut dah senang nak petik tu dik..

      Delete
  2. Geli tengok cacing2 tu.. Banyak kan khasiat biji betik. Selalunya kalau dpt sebiji, bijinya dibuang atas tanah. Kot kot hidup.. Hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. ade jampi tak sebelum buang biji betik tu ? hee~ kalau jampi in shaa Allah tumbuh nanti..

      Delete
  3. serius? waaah..good info.tapi rsa cam x tergamak nk telan la pulak biji betik nieh =.=

    ReplyDelete
  4. sangat bagus juga untuk merawat buasir dalaman dan luaran.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.