PETUA KULIT TEGANG TANPA PEMBEDAHAN PLASTIK !! SEMUA MAMPU BUAT !!

by - February 07, 2017

nak kulit cantik memang banyak berhabis, kan ? hee~ kalau kulit tegang - anjal - muda - tanpa cela pun cantik.. sedap jek mata memandang.. tapi.. kalau kulit super tegang sampai nak senyum pun payah, nak bercakap pun tak jelas, mana plak datang cantiknya ? selalu bab tegang tegang nih dikaitkan dengan botox atau plastic surgery.. korang rela ke ?


walaupun dah banyak kes yang melibatkan "plastic surgery gone wrong" tapi ramai jugak tadah duit nak buat.. kan ? 

sekarang ni tak kira jantina lelaki atau perempuan, usia tua atau muda asal ada duit, semua boleh jadi.. kalau kejadian lepas surgery tu lebih cantik dari sebelumnya, alhamdulillah la.. tapi kalau tak ? takkan nak buat plastic surgery lagik kot.. nak repair tang mana lagi ?


Allah SWT berfirman :

“dan aku benar-benar akan menyesatkan mereka, dan akan membangkitkan angan-angan kosong pada mereka dan akan menyuruh mereka ( memotong telinga-telinga binatang ternak ), lalu mereka benar-benar memotongnya, dan akan aku suruh mereka ( mengubah ciptaan Allah ), lalu benar-benar mereka mengubahnya.. barangsiapa yang menjadikan setan menjadi pelindung selain Allah, maka sesungguhnya ia menderita kerugian yang nyata..” 
( QS. An-Nisa : 119 )

ye.. tak salah pun nak cantik sangat tapi jangan sampai melanggar batas batas syarak.. ada jek cara untuk jadi cantik tanpa botox dan plastic surgery.. haa.. mesti korang tak tau kan.. hee~ jom !! kita explore sikit..



PETUA KULIT TEGANG TANPA PEMBEDAHAN

1 : JAGA PEMAKANAN DARI MUDA
  • kalau dari muda kita jaga pemakanan, elak makan makanan berminyak dan makanan berproses nanti dah tua nanti tak de la teruk nau kesan penuaannya.. kan ? ye la.. kalau dari awal kita ajar badan kita makan secara sihat dengan lebihkan sayur dan buah-buahan tindakbalas tu akan berlaku secara semulajadi.. TAPI !! banyak dah makanan kita ada GMO kan ? hee~ pandai pandai buat pemilihan yang baik untuk masa hadapan tau..

2 : KEBERGANTUNGAN PADA UBAT
  • kalau korang kerap sakit, cuba ikhtiar dengan melengkapkan nutrisi harian korang dan mengawal dengan remedies berbanding makan ubat secara berterusan.. ubat mengandungi dadah dan dadah sangat tak bagus untuk sistem badan kita apatah lagi kalau diambil secara berterusan..

3 : DETOX
  • ini yang kakak dok bebelkan setiap bulan.. detox !! detox !! detox !! tapi ramai pandang ringan bab ni sedangkan kita tau dengan cara detox kita mampu meningkatkan tahap kesihatan, kulit lebih cantik dan sistem imun makin kuat.. 
  • waktu detox paling sesuai adalah time kita tengah rehat sekitar 11 malam - 2 pagi.. masa nih memang masa tido kita kan dan sistem badan kita akan menjalankan proses detoksifikasi dengan baik time time gini.. pastikan korang minum air masak 3 liter secara konsisten tau !! amalkan infused water dan pengambilan supplement detox seperti Alfalfa atau Herblax..

4 : TINGGALKAN TABIAT NEGATIF
  • em.. kalau nak cakap hal nih memang tak habis woo.. hee~ antara tabiat negatif yang ada depan mata kita seperti :
    • merokok
    • minum minuman beralkohol
  • tabiat buruk ni akan menyebabkan sel dalam badan kita rosak.. dah kalau rosak memang akan jelas nampak kat kulit kita la.. nampak lebih tua dan berusia, kulit pun tak cantik..

5 : MURAHKAN SENYUMAN

  • senyum lah-- sebab senyum pengubat jiwa, pemanis kehidupan.. hee~ tak pe.. walau apa pun masalah yang kita hadapi, belajar untuk senyum dan terima ujian dengan baik.. sebab !!! faktor penuaan akan timbul bila korang terlampau stress dan lupa untuk senaman muka !! jangan lupa senyum tau !!

lepas korang baca nih.. ada tak istilah "BEAUTY IS PAINFUL".. haa.. tak de kan ? senangkan nak jadik cantik dan kekal awet muda.. yang cepat tua dan risaukan penuaan tu bila muka berkerut semacam lepas tu makan pun tak jaga.. otometik orang akan pandang korang tua..



biar matang, bukan tua.. hee~

You May Also Like

6 comments

  1. Saya minum dua liter air pun kadang-kadang tak konsisten. Hukhhuk
    Bab makanan pulak, saya tak suka sayur yg dimasak kalau ulam-ulam dgn buah suka. Tp, masalahnya susah pulak nak jumpa bila duduk kampus nih. Hihi, banyak nau alasannya. :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha~ alasan.. tak pe.. pelan2 la pasal air masak tu.. kalau dapat up kan sikit 2.5 liter pun cun dah.. nanti boleh ajar diri sendiri naik kan sampai 3 liter.. kan ?

      Delete
  2. Waaa... Tips best2 belaka. Kena ikut ni ����

    ReplyDelete
  3. busyra ni jnis yg susah nak minum air masak. haishhh. kadang tu paksakan diri jgk sbb air masak mmg penting ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. 3 liter setiap hari tau.. hee~ tu pun kalau nak kekal cantik la..

      Delete