BOLEH KE MAKAN VITAMIN YANG DAH EXPIRED ?

semalam.. memang kira HOT TOPIC kat dalam group kakak haa.. supplement dah luput tarikhnya !!! alamak !! nak buat ape ni ? takkan nak buang kot sebab baru jek beli minggu lepas.. kenapa kaunter jual supplement yang dah - nak - luput - tarikhnya ? adoi.. macam macam hal dan kerenah nak kena jawab ni.. hee~ BOLEH KE MAKAN VITAMIN YANG DAH EXPIRED ?

vitamin yang dah tamat tempoh tak basi macam makanan dan tak bertukar menjadi racun.. tapi kalau korang pengamal supplement yang konsisten makan vitamin ikut jadual, jarang la berbaki lama sampai langkah ke tarikh luput..

kalau orang salah faham, memang dah kena maki dah ni.. kan ? kawan tak kawan, asal plak jual barang dah nak tamat tempoh.. hee~ chill.. tak tergamaknye kitorang ( read : SID ) nak menipu mana-mana pihak..


BAIK SEBELUM vs. GUNA SEBELUM

rupa-rupanya ada perbezaan tau.. memang bunyi macam simple jek tapi ada maksud dan tujuan yang kita semua kena faham..


baik sebelum :
ada kaitan dengan kualiti makanan


guna sebelum :
berkaitan dengan keselamatan produk


makanan dalam tin, makanan frozen dan cokelat menggunakan 'baik sebelum' dan tidak menggunakan terma 'guna sebelum' - bermaksud ianya selamat dimakan selepas tarikh tertera selagi tak de bau pelik atau nampak lain macam ( ya.. gunakan judgement sendiri jugak eh.. ) mungkin la da tak brape sedap tapi boleh buat keputusan sendiri samada nak makan atau pun tak..

'guna sebelum' plak berkaitan dengan keselamtan makanan dan biasanya dilihat pada daging dan produk tenusu.. makanan macam ni biasanya memang kena buang / tak boleh makan dah dan mungkin mengakibatkan keracunan kalau korang makan jugak..


VITAMIN SHAKLEE SELAMAT KE ?


untuk pengetahuan korang seme, produk lShaklee adalah kategori BEST BEFORE a.k.a BAIK SEBELUM.. ha.. * scroll atas balik dan baca pasal BAIK SEBELUM * selagi tak berbau pelik / selagi warna dia tak berubah / selagi tak nampak semacam tu, boleh la buat keputusan sendiri samada nak makan atau pun tak..

bawah canister Mealshakes

kalau tengok kat bawah canister supplement Shaklee, semua tercetak BEST BY : yang berkaitan dengan kualiti makanan.. haa.. kiranya kalau bau - rasa - rupa lansung tak terjejas maksudnya boleh la korang consume macam biasa.. in shaa Allah, selamat..


CARA YANG BETUL SIMPAN VITAMIN


cara yang terbaik adalah simpan dalam peti sejuk atau tempat yang kering dan terlindung dari cahaya matahari dan semua vitamin akan berada dalam keadaan yang baik dalam tempoh 3 bulan selepas tarikh BEST BY.. boleh dimakan tanpa was was.. TAPI !! lepas tiga bulan tu korang kena cek betul betul la keadaan vitamin tu.. kalau nampak sangat perubahan, buang tau..


KENAPA ADA TARIKH LUPUT PADA VITAMIN ?


kalau nak diikutkan US FDA ( Food & Drug Administration ), dorang tak wajibkan pun pengeluar vitamin mempamerkan tarikh luput kat vitamin yang dijual.. tapi.. kebanyakan pengeluar vitamin buat jugak sebab memudahkan dorang merekodkan stok dan memberi jaminan vitamin masih mengekalkan nilai potensi yang tinggi ( kesan maksima )..

kebanyakan vitamin kat pasaran mempunyai nilai nutrisi bertahun-tahun walaupun dah tamat tempoh terutamanya kalau vitamin tu disimpan kat tempat yang bersesuaian.. cuma.. nilai potensi ( vitamin bekerja ) mungkin berkurang.. jangkahayat vitamin pun berbeza bergantung pada kualiti bahan mentah, suhu, kelembapan dan pendedahan terhadap cahaya..


APA MAKSUD TARIKH LUPUT ?


kat setiap botol vitamin Shaklee memang ade tertera EXPIRY DATES..


belakang botol HERBLAX

".. EXP indicates the expiration date; that is, the date by which the supplements in the bottle will have degraded to the point that the percent of DV listed on the label is no longer accurate. Consuming supplements that are past their expiration date is usually not harmful, but since the full nutritional value is not received by the consumer, it is recommended that supplements that have passed their expiration date be replaced with fresher ones .."



SELAMAT KE MAKAN VITAMIN DAH TAMAT TEMPOH ?


kata LIVESTRONG.COM, tak bahaya pun makan vitamin yang dah tamat tempoh sebab kita tak tau pun samada potensi vitamin tersebut masih 100 % ataupun hanya separuh melainkan dengan menjalankan analisis kimia terhadap vitamin tersebut..

kena alert la kat bentuk fizikal vitamin tu untuk melihat sebarang perubahan bentuk - warna - bau dan rasa.. kalau was was jugak, buang jek dan beli vitamin baru yang tarikh luputnya lebih lambat..




KESIMPULAN


vitamin yang dah tamat tempoh TIDAK MERBAHAYA dan tak de toksin yang menjadi punca keracunan kerana secara umumny, vitamin hanya kehilangan potensi bila terlampau lama disimpan ( tidak menjejaskan kualiti, hanya mengurangkan kualiti )..

haa.. dah kalau macam tu ? cemana ? kalau dah beli vitamin mahal-mahal tu, kena la makan secarak onsisten dan mengikut kesesuaian.. jangan la skip skip lepas tu buat buat lupa.. sayang duit kan ? kalau sayang duit, 'beli' kesihatan dengan cara yang betul.. hee~


LOVE ;
ATIE ADNAN

9 comments:

  1. terima kasih sbb sudi share. kdg tu kita tak tau kan bila expired nya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hee~ sama2.. jangan skip makan vitamin eh..

      Delete
  2. Replies
    1. haa.. kira dah boleh la carik yang sesuai.. hee~

      Delete
  3. Thanks di atas perkongsian. baru tahu baik sebelum dan guna sebelum tu rupanya lain haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hee~ lepas nih dah boleh alert la dengan term term vitamin ni.. sayang kot beli mahal mahal tapi tak makan kan sedangkan boleh jek makan..

      Delete
  4. Wahhh penuh informasi post ni. Lepas ni kalau nak beli makanan duk usha baik sebelum/guna sebelum jelah, ehehehehe.

    terima kasih kak Atie :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hee~ betul.. kena usha lebih tau.. tengok ingredient skali.. dah banyak vitamin bukan semulajadi kat pasaran..

      Delete
  5. Oh baru tahu lah nak baca EXPIRED punya kod ni. Okay dah nampak dan kena Bookmark lah artikel ni sesiap. Nanti kalau tak ingat boleh refer balik. hehehe...

    Asyraf pun Shaklee user jugak. Suka supplement Shaklee. Tak Mahal, Tak Murah tapi Sangat berpatutan.

    Beli sekali, boleh tahan sampai 6 bulan. Itu yang Woww sangat!

    ReplyDelete

Powered by Blogger.