200 JENIS HIDANGAN DI BUFFET RAMADHAN 2017 BANGI GOLF RESORT, SELANGOR

diam tak diam dah nak masuk bulan Ramadhan lagik kan.. em.. cepat masa berjalankan.. hee~ sambil menunggu masuk bulan Ramadhan, kakak berkesempatan sertai jemputan media preview untuk Buffet Ramadhan 2017 di Bangi Golf Resort, Bangi, Selangor.. best ? alahai.. kakak dan makan makan = super best la.. hee~ 

kakak dah set tarikh, bila nak bawak family g berbuka puasa kat sana.. hee~ korang ?
dengan menampilkan lebih dari 200 jenis hidangan, restoran yang bertaraf gastronomi ini menawarkan variasi dan kualiti pada harga yang sangat berpatutan.. haa.. jangan tak percaya, dengan serangah RM 58.00 untuk dewasa dan RM 28.00 untuk kanak-kanak, korang boleh mserasa masakan yang terkenal dari barisan chef terkemuka.. ala-ala VVVVVVVVIP gittew--






disamping makan-makan, pengunjung berpeluang menyaksikan demnstrasi masakan dari chef !! hee~ kira tak melampau la kan kalau kakak cakap layanan memang bertaraf VIP, sambil makan sambil dihiburkan dengan pelbagai demonstrasi dan persembahan muzik secara live.. 




antara makanan yang akan dihidangkan untuk pengunjung iaitu sous Vide Eggs with Mushroom Espuma, Lasagna Ayam, Golden Sand Spaghetti Carbonara, Peri Peri chicken Drummets yang menjanjikan rasa yang luar biasa dari rasa di pasaran luar.. hee~ ape lagi yang best ?

em.. dah memang menjadi kewajipan pihak Bangi Golf Resort mengetengahkan dan mengagungkan lagi masakan Melayu * dah nama Majlis Berbuka Puasa kan, kalau tak de ala-ala kampung tu, uuummmpppph dia kurang sket.. hee~ * di antaranya Nasi Lemak Istimewa, Rendang Daging Taik Minyak, Sambal Sotong Kembang, Ayam Bercili Masak Ketumbar, Ikan Masak Asam Kari dan Telur Rebus Goreng Masak Sambal Tomato confirm akan memikat selera korang..

ini paling WIN !!!!!!! hee~
kakak dan makanan manis memang tak boleh dipisahkan.. hahahah~ maaf la ye kalau over sikit tapi korang confirm takkan terlepas pandang dengan hidangan pencuci mulut yang cantik tersusun berwarna warni.. * wink wink -- kelip kelip mata.. hee~ * 

ada puluhan jenis pencuci mulut yang korang boleh try dari kuih tradisional sehinggalah yang ter-moden antaranya Donut, Kuig Kaswi, Serawa Durian, Swiss Rolls, Lychee Rose Cake, Pandan Gula Melaka, Salted Corn Green Valvet Cake, Ivory Saseme Mocha Cake, Tropical Nectar dan banyakkkkkkk lagi.. menjejes airliur dibuatnya.. hee~



muka happy yang tak dapat dibendung bila nampak benda manis semanis muka kakak.. hahahaha~ gittew--
berita baik untuk semua penggemar buah Durian !!!!!! hee~ sepanjang prosmosi Buffet Ramadhan di Bangi Golf Resort, korang berpeluang menikmati Musing King baik punya yang dibawa khas dari Raub, Pahang.. a.. heaven-nya rasa kan makan durian bukan pada musim durian..

ada juga gelato  ( ais krim ) yang diproses segar oleh sweet Scoops yang memang terkenal dengan gelato musang King dan Passion Fruit - Guava - Asamboi dan takkan menghampakan anak tekak korang..



ada juga bebrapa buah-buahan tempatan.. jadi !! jangan lepaskan peluang korang menikmati semua jenis buah ni nanti.. kot la ada yang mencari selama ni kan, haa.. dah tak payah pening pening la nak melilau mencari.. singgah je berbuka puasa di Bangi Golf Resort, semua ada kat sini.. 

kalau tak larat nak makan masa berbuka tu nanti, korang boleh bungkus bawak balik buah durian ni nanti dan setiap pelanggan akan diberikan DISKAUN KHAS oleh pihak BGR.. rugilah kan kalau dah makan kenyang-kenyang lepas tu terlepas nak makan raja segala buah ni.. haa.. kasik tapau laa makan kat rumah lepas terawih.. hee~

sebarang tempahan dan maklumat lanjut, korang boleh hubungi ;

CIK NURUL ADIRA KAMIL
011 1057 5088

atau

email : pr@bgrrest.com
hotline : 03 8925 3728 / 03 8210 2288
faks : 03 8925 3726 / 03 8925 3727

FACEBOOK : BANGI GOLF RESORT
INSTAGRAM : @BANGIGOLFRESORTOFFICIAL ( #BGRbuffetramadhan17 )

berapa hengget ? ala.. korang nih kan.. kan kakak dah bagi tau kat atas tadik.. hee~ nak kena cubit nih..

DEWASA : RM 58.00
KANAK-KANAK : RM 28.00

tapi kalau korang datang dengan group, ade special price la nanti.. parking ? jangan risau.. ada lebih 800 lot parking tersedia untuk korang nanti.. pape pun jangan lupa contact PR dorang untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut.. ya..

selamat ganti puasa.. eh !! tetiber.. hahahaha~

14 comments:

  1. Menariknyaaa!! memang rambang mata ni kalau bulan puasa.
    Tak tahu nak makan mana satu dulu sebab banyak sangat pilihan kan? hehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan !! hee~ nampaknya kena diet sebelum bulan puasa ye..

      Delete
  2. Salam singgah...
    salam perkenalan...
    wahh!sedapnya makanan dia...
    last year pernah buka dekat sini...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai nieyl !! terima kasih sudi singgah.. hee~ best tak makanan last year ? ade kambing bergolek tak ?

      Delete
  3. Semua nampak sedap! 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan !! semua pun buat kite terliur.. hahahaha~

      Delete
  4. Medium price lah harga buffet kat sini. Sekali dalam bulan ramadhan ok lah try

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan.. tak de la mahal sangat.. hee~ pada saya, berbaloi la dengan makanan yang dorang sediakan..

      Delete
  5. atie nanti set date gi sama masa bulan puasa nak? hihi

    ReplyDelete
  6. Kalau harga untuk berbuka puas boleh dikatakan murah. Kalau bandingkan hotel lain. Tapi jauh dari rumah saya.

    Gambar "ini paling win" memang win.

    ReplyDelete
  7. nanti berbuka puasa dekat sana..memang bestt

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la tu.. dah set tarikh.. hee~ in shaa Allah nanti menghala ke sana la sehari dalam bulan puasa..

      Delete

Powered by Blogger.