BABYHOOD MALAYSIA ; PENGELUAR EKSKLUSIF KELENGKAPAN KANAK-KANAK

assalamualaikum !!

haa.. harini kakak nak borak pasal penjagaan bayi dan kanak-kanak.. cemana ? pelikkan topik kali nih tapi korang mesti akan anggukkan kepala dan bersetuju dengan statement kakak nanti.. hee~ zaman serba mahal ni, tak salah kalau kita berjimat serba sedikit kan ? pernah dengar pasal BABYHOOD Malaysia ? tak ? kalau korang nak tau, BABYHOOD Malaysia merupakan pengedar kelengkapan kanak-kanak dan seisi keluarga yang sangat mementingkan keselesaan + kualiti dan keselamatan pengguna..


kesemua produk keluaran syarikat yang berpangkalan di Australia ini telah dihasilkan, diuji dan dipantau mengikut piawaian yang telah ditetapkan oleh INPAA ( Infant & Nursery Products Association Of Australia ) iaitu sebuah pertubuhan yang dikendalikan oleh badan perwakilan utama dalam industri nurseri di Australia.. sebab itulah mereka hanya menggunakan kayu bergred paling tinggi dan tekstil organik yang telah disahkan SAHAJA..

berbekalkan pengalaman lebih dari 20 tahun, mereka telah melantik pengedar tunggal di Malaysia, iaitu Supreme Global Marketing Sdn. Bhd. yang telah beroperasi selama 7 tahun turut dimiliki oleh anak Melayu Malaysia kini menjadi sebutan dan tumpuan pasaran.. kalau barang berkualiti dan mampu milik, memang semua akan cari.. kan ? hee~

KAYLULA Series.. cantikkan ????
kalau korang perasan kat gambar atas tu, produk keluaran Babyhood ni boleh digunakan dalam pelbagai gaya dan rupa.. contohnya :

  • Kaylula Sova Classic 5 dalam 1 Cot sangat special sebab dari katil bayi boleh ditukar mengikut kesesuaian umur anak.. maksudnya, boleh guna dari bayi sampai la dorang dah dewasa nanti..
  • bermula dari buaian --> babycot --> katil --> playpen --> set kerusi dan meja ; semuanya adalah dari satu Kaylula Sova Classic jek--
kebanyakan produk Babyhood ni, korang boleh guna dari anak baru dilahirkan sampai la umur dorang dah berpuluh tahun sekali pun.. kalau korang nak buat warisan turun temurun pun tak pe sebab material yang digunakan sangat tahan dan tak mudah reput.. yang paling best, ianya mampu menampung sehingga 95 kg !!!

bermaksud.. korang pun boleh la duduk golek golek dalam katil anak tu.. hee~
KAYLULA Gala Cradle !! cantik weyh kalau buat majlis cukur jambul anak.. haish.. geram !!!
yang kita tahu dan dengar, Babyhood hanya fokus mengeluarkan produk untuk bayi dan kanak-kanak.. kan ? tapi.. korang tau tak yang Babyhood juga ada mengeluarkan beberapa produk untuk kegunaan ibu dan ayah.. jeng !!!!!! pendek kata, untuk keselesaan anak-anak ADA.. keselesaan ibu dan ayah pun ADA..

rangkaian Glider Feeding Chair + ottoman
produk terkini keluaran Babyhood ni.. hee~ kita tengok pun tau sangat selesa untuk ibu dan ayah.. kan ? kalau nak diikutkan nasihat pengamal perubatan, bayi yang baru lahir kena diberi susu badan sekerap mungkin untuk menambah zat dan menyihatkan tumbesaran bayi.. kan ? kan ? kan ? kalau dulu ye la kita baring, duduk dan mengiring tapi posture badan kita selalu salah..

nah !! sebab tu la adanya feeding chair ni secara tak lansung memberi keselesaan kepada ibu disamping menjaga bentuk badan.. dengan kerusi boleh laras untuk memastikan ibu lebih selesa, ianya juga dibentuk menggunakan teknologi yang memberi sokongan khususnya pada leher, bahu dan belakang badan..

CIRI-CIRI GLIDER FEEDING CHAIR BABYHOOD

  • backrest dan neckrest yang besar dan empuk
  • kerusi lebih lebar
  • tempat letak tangan yang empuk
  • hanya menggunakan bantal berteknologi tinggi
  • boleh dipusing sehingga 360 darjah
  • mudah dibersihkan ( gunakan kain lembap yang bersih )
  • tahan calar
  • tapak yang melindungi glider dan ottoman dapat melindungi dari kerosakan jubin lantai
  • tersedia dalam warna hitam dan latte
ha ? nama dia Feeding Chair ? ala.. kalau ayah tak 'feeding' bayi pun boleh duduk jugak.. sambil sambil tengok bola.. kan ?

PRODUK BABYHOOD MALAYSIA


selain katil baby yang HOT dan kerusi selesa itu, pihak Babyhood juga ada :

  • almari berlaci
  • buaian
  • kereta sorong bayi
  • kerusi dan meja
  • changing table
  • tilam
  • pelapik tilam
  • bantal
  • selimut
  • tuala
  • kelengkapan ibu menyusu
  • beg bayi
  • pakaian bayi
KLIK SINI --> PRODUK BABYHOOD

eh !! banyak sangat produk dorang ni.. hee~ korang kena explore sendiri untuk menampung ke - puas - hati - an korang tu.. tau !! dan ini istimewa untuk korang !!


gunakan voucher code BLG20 ni dari 21 April 2017 hingga 21 Mei 2017 dan nikmati diskaun sebanyak 15% kalau korang buat pembelian kat Babyhood nanti.. ingat !! voucher code ni sah dalam tempoh sebulan aje tau..

untuk maklumat lanjut, mungkin korang sendiri boleh walk-in ke ruang pameran dorang di :

Supreme Global Marketing Sdn. Bhd. ( 862993-T )
21 - 2, Jalan USJ 21 / 1,
47630 subang Jaya, Selangor Darul Ehsan.

Nombor Telefon : +603 8023 3277
Email: admin@babyhood.com.my

atau..

WEBSITE ( MALAYSIA ) : WWW.SUPREMEGLOBAL.COM.MY
FACEBOOK : BABYHOOD MALAYSIA

4 comments:

Powered by Blogger.