29 August 2017

MEMUPUK SEMANGAT KEMERDEKAAN MENERUSI LUKISAN DENGAN BIMBINGAN PELUKIS TERKENAL, YUSOF GAJAH

wah !! semakin nak dekat dengan ambang Kemerdekaan Malaysia yang ke - 60, semakin banyak aktiviti yang dilakukan pelbagai pihak untuk sama-sama merasai kemeriahannya.. tak lupa juga dengan pelajar dari sekolah Beaconhouse Sri Lethia, Klang, Selangor yang turut Memupuk Semangat Kemerdekaan Menerusi Lukisan Dengan Bimbingan Pelukis Terkenal ; Yusof Gajah..


seramai 80 orang pelajar berusia dari 9 - 16 tahun, dipimpin oleh Tuan Yusof Gajah, telah mengambil bahagian dalam sesi lukisan berpandukan lukisan asal yang telah dipilih lalu diterjemahkan kembali ke atas kanvas yang telah disediakan.. haa.. bukan senang tau nak copy - paste balik lukisan yang hanya bersaizkan kertas lukisan biasa.. hee~ 

tapi kesemua mereka berjaya melakukannya dengan bangga !!


lukisan-lukisan yang telah siap akan dipamerkan di dinding sekolah untuk dipertontonkan kepada semua warga sekolah Beaconhouse Sri Lethia..

dengan menggalakkan kanak-kanak terlibat sama secara aktif dalam meneroka idea-idea kreatif, Beaconhouse Sri Lethia berharap dapat menanamkan nilai jatidiri yang tinggi dan rasa sayang kepada negara.. haa.. jangan tak tau.. bila kanak-kanak mula meneroka dengan warna dan kanvas, mereka juga sedang membina imaginasi dan pengalaman dalam bidang seni..

jom kita tengok aktiviti sepanjang program berjalan..









terima kasih Tuan Yusof Gajah untuk sesi 'borak borak' sambil sempat kakak mengutip tips.. hee~ tapi kakak suka dengan soalan beliau..

"tak berminat nak tulis buku ke ?"

soon tuan..
soon..


untuk maklumat lanjut mengenai Beaconhouse Sri Lethia :

LAMAN SESAWANG : BEACONHOUSE SRI LETHIA

serba sedikit mengenai Tuan Yusof Gajah :

FACEBOOK : YUSOF GAJAH

22 August 2017

KETIKAN SENI KREATIF DARI TEAM KAIO STUDIO, SHAH ALAM

yuhuu-- hee~ kakak kembali selepas beberapa hari hibernasi dengan jayanya.. hahaha~ dok menguruskan segala jenis perihal dalam diam masa laju meninggalkan kakak.. ah.. tak pe la.. yang dah lepas tu lepas la kan, jom corak perjalanan paling manis dengan ketikan seni kreatif dati team Kaio Studio, Shah Alam.. wah !! ape tu ?


SENTUHAN AJAIB

kakak sendiri pernah jadi jurugambar, ade la dalam 5 tahun sebelum berkahwin.. hee~ ya.. sentuhan kreatif bukan ada pada semua jiwa tak kisah la korang belajar tinggi mana dan menggunakan gadget semahal mana melainkan jiwa korang sangat tajam untuk ketik setiap moment yang menarik..

dah tentulah kakak kata team KAIO STUDIO ni unik !! setiap perincian tak mengecewakan baik dari segi fotografi perkahwinan sehinggalah sekecil kecil gambar untuk profile.. tak percaya ?


menginjak pada usia ke lima tahun pada tahun ini, pengasas Kaio Studio iaitu Anwar Abdullah yang pada mulanya merupakan juruvideo perkahwinan mengorak langkah laju dengan mempelbagaikan kelebihan di bawah satu bumbung.. dan.. tadaa-- nah !! pesaing bagi industri fotografi dan videografi.. hee~


PERKHIDMATAN

antara perkhidmatan yang ditawarkan oleh team Kaio Studio :

  • fotografi / videografi 
    • perkahwinan / majlis keramaian
  • pengiklanan
  • studio shooting
  • muzik video
  • filem pendek
  • video kempen
dan banyak lagi meliputi skop berkaitan.. cayalah ** thumbs up !! ** untuk dorang yang memang gigih mencari ruang dan peluang untuk dimanfaatkan.. apa lagi perkhidmatan yang ada ? senang cerita, semua jenis perkhidmatan yang berkaitan dengan studio - fotografi - videografi.. luahkan idea ** niat ** korang dan dorang akan berikan yang terbaik.. gittew--

KAIO STUDIO

dengan keluasan yang sangat selesa tak de la kes wardrobe berterabur lepas tu berlanggar-langgar punggung.. kan ? hee~ ya.. sangat selesa sebab semuanya lengkap.. ada ruang solat - toilet - tempat salin baju - waiting area dan paling penting, ADA CERMIN BESAR !! penuh muat ngko dalam tu.. nak mekap / tukar-tukar baju pun senang ha tak payah tertunduk-tunduk..

apa lagi yang menarik selain studio yang luas ?

  • jurugambar / juruvideo berpengalaman
    • dah tentulah kualitinya berbeza dengan jurugambar / juruvideo amatur.. hee~
  • pernah bekerjasama dengan artis seperti Anuar Zain, Dato' Siti Nurhaliza, Shahrul Ridzuan + Deena Emir, Azlan & The Typewriter dan ramai lagi
  • pernah bekerjasama dengan pereka fesyen terkemuka negara seperti :
    • Wanpa
    • Ezuwan Ismain
    • Melinda Looi
    • Zawara
    • Creacion
    • Adriana Yariqa ( jenama dari Singapura )
    • Lynda Rahim
    • MS Couture
    • Camila
  • Anwar Abdullah yang membawa nama Kaio Studio merupakan Pemenang Most Glam Fashion Videographer 2015 anjuran Majalah Glam !!!

cayalah !! sape tak bangga bila tengok anak Malaysia semakin maju dengan bakat dan kebolehan tersendiri.. kan ? dan paling kakak bangga, Kaoi Studio bukan sekadar tukang ketik butang jek !! sebaliknya mereka juga ada buat kelas.. cuma kena tunggu update dari dorang la.. hee~


bergiat aktif dengan memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk bakal mempelai.. haa.. sape rajin pergi karnival perkahwinan bagai, korang mesti jumpa dorang.. hahah~ menyengih dan teruslah singgah bertanyakan promosi terkini sebab dorang memang rajin buat promosi.. yang penting TANYA !!

PENGALAMAN

my really firstime !! hahahah~ kakak bukan fotogenik sangat tapi untuk pertama kali dengan kekok dan kerasnya segala abdomen.. berjaya jugak la habiskan task dalam tempoh 3 jam.. bangga ? dah tentulah.. sebab hasilnya sangat memberansangkan.. ** ya.. ya.. kakak nampak pelik selepas ditepek banyak warna dimuka.. **


korang sejenis macam kakak ? hahahah~ jangan risau.. sedikit sebanyak jurugambar Kaio Studio akan membantu korang.. chill.. okay ?

jubah : Melinda Looi | tudung : iBawal Merak Yellow
materpiece yang kakak nak.. hensem | pink..
cukup la kot gambar-gambar tu kan.. hee~ kalau korang nak moment korang seindah yang korang bayangkan, haruslah kena dengan permintaan jarinya juga.. dan jari dari team Kaio Studio sangat berbaloi.. serius..


dah tu !! ape lagi ?? intai bawah nih jap..

laman web : www.kaiostudio.com
instagram : www.instagram.com/kaiostudio
twitter : www.twitter.com/kaiostudio
facebook : www.facebook.com/kaiostudio
youtube : www.youtube.com/kaiostudioTV

alamat : 1-06 Metia Residence Office, No.5, Persiaran Sukan, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor, Malaysia

waze dan google map : search 'KAIO STUDIO'

terima kasih KAIO STUDIO ; jumpa lagi nanti !!

17 August 2017

PUNCA INSOMNIA DAN CARA UNTUK MERAWAT TANPA MENGGUNAKAN UBAT TIDUR

haa.. siapa follow instagram dan personal facebook kakak, mesti perasan.. hee~ dua tiga menjak ni memang kakak susah nak tidur malam dan kalau dapat tidur pun, sekadar sejam dua lepas tu cargas balik.. kenapa ? hee~ kakak ada masalah tidur ke ? ya.. secara tak lansung BETUL.. tapi.. apa punca insomnia dan bagaimana cara untuk merawat tanpa menggunakan ubat tidur ? mesti korang nak tau kan..


benda ni ( insomnia ) bukan masalah baru pada kakak.. hee~ mungkin cuma kakak tak ambil berat sebab tak de rasa letih / sakit / lemah / migraine / selesema / batuk pun.. semua okay macam biasa.. yang tak biasanya, waktu tidur malam kakak yang sepatutnya 8 jam menjadi sekadar 2 atau 3 jam jek.. cukup ke ? hee~ korang rasa ? ya !! cukup sangat sebab kakak percayakan kualiti berbanding kuantiti..

APA ITU INSOMNIA ?

gangguan tidur yang disebabkan pleh faktor psikologi dan biologi membuatkan pesakit ** penyakit ke eh insomnia ni ? hee~ yang penting boleh bawa penyakit.. jadi kita panggil pesakit la ye.. * susah untuk tidur pada jumlah jam yang normal.. ada pakar yang mengatakan insomnia ni BUKAN PENYAKIT tapi boleh mendatangkan penyakit kalau tidak dicegah dari awal..

PUNCA INSOMNIA

1 : faktor medikal dan biologi

  • usia semakin meningkat
  • jet leg
  • stroke / alzheimer
  • hormon tidak seimbang
  • faktor genetik
  • kesan sampingan penggunaan ubat / minuman / makanan / dadah / alkohol
2 : faktor psikologi

  • gangguan mentak seperti anxiety disorder atau bipolar
  • terlampau banyak berfikir
  • dipresi
  • ketakutan ketika tidur
    • rapid eye mivement
    • mimpi buruk seperti ditindih semasa tidur ( sleep paralysis )
    • sleepwalking

3 : faktor luaran

  • waktu kerja yang tidak teratur
  • overwork
  • keadaan sekeliling yang bising
  • kerja shift malam
  • pola tidur tak teratur
nampak ? kebanyakannya memang berkait rapatkan lagi lagi tang mimpi ngeri siap kena tindih tu.. hee~ menakutkan betul sampai boleh terganggu waktu tidur.. ye la.. bila dah terjaga tu mesti tak boleh tidur balik punya laa..


CARA MERAWAT INSOMNIA

kakak pernah tanya seorang pengamal perubatan pasal masalah yang kakak hadapi ni.. em.. beliau mengatakakan TIADA SHORTCUT untuk kembali normal melainkan ubah gaya hidup seperti mengawal pengambilan gula putih dan makanan bertepung.. ye ke ? hee~

BETUL !!

dan kakak memang faham lagi jelas tu.. tapi tak pe la.. kalau kakak explain panjang panjang mesti ade yang tercengang kan.. abaikan tentang kakak..

kalau korang pun ada masalah yang sama, apa kata cuba tips ni :

1 : tolak terus makanan dan minuman berkafien dan berkerbonat sebelum tidur sebaliknya gantikan dengan susu suam atau air masak suam..

2 : tempat tidur hanya untuk tidur dan bukannya tempat membaca, main game, menonton televisyen mahupun memasak.. hee~ tak boleh..

3 : susun jadual tidur sebaik mungkin mengikut jam dan waktu yang teratur.. selama proses penyembuhan, elakkan tidur siang suapaya lebih mudah lena pada waktu malam nanti.. ce la try..

4 : tak jalan jugak ? hee~ pergi la jumpa doktor dan doktor akan beri ubat mengikut punca insomnia korang.. ubat tidur ? em.. tu jalan terakhir.. jangan gatal gatal terus mintak ubat tidur eh.. kang pengsan tak sedar diri korang kan..

cuma pada peringkat awal, korang kena kenal pasti apa masalah dan faham kenapa masalah tersebut membuatkan korang tak boleh nak tidur malam.. tau !! 

16 August 2017

TARIKAN KUDAPAN HONG KONG STYLE DI DAIRY TOOTH, SUNWAY PIRAMID

wah !! kemain kan.. siap cari kudap kudap petang lagi ni.. amboi tau.. hee~ tapi betul la.. konsep open shop macam ni lebih fleksible berbanding duduk - oder - makan - bayar sebenarnya.. sebab tu korang kena rasai pengalaman tarikan kudapan Hong Kong style di Dairy Tooth, Sunway Piramid.. apa yang best ?


outlet baru kat Sunway Piramid, Petaling Jaya ni merupakan outlet ke-3 selepas kejayaan outlet pertama ( di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur ) dan outlet yang kedua di Jaya One, Petaling Jaya..


HONG KONG STYLE

ya.. mula bertapak pada tahun 2015, Dairy Tooth merupakan 'kafe' Hong Kong Style yang menjual pelbagai jenis puffs, roti, waffle, teh dan minuman ringan.. kiranya sambil korang jenjalan, boleh tapau dan nikmati.. bestkan ?


dengan 1000 cawangan yang terdapat di 143 wilayah di China, Dairy Tooth tidak melepaskan peluang untuk sama-sama mengetengahkan makanan ringkas untuk memenuhi kehendak penggemar makanan ringan.. ya !! dengan resepi asli dari Hong Kong, pastinya Dairy Tooth akan menjadi fenomena untuk konsesi makanan ringan yang berkhasiat..

SYURGA KUDAPAN

siapa peminat teh ? yeay !! ** ombak sket.. hee~ ** kita geng !! sebab kat Dairy Tooth, korang boleh nikmati HK Signature Milk Tea yang memang resepi asli dibawakan khas dari Hong Kong ke Malaysia.. apa yang special tentang teh ni ? haa.. sebab pembuatannya memang tak sama dengan teh lain yang ada kat pasaran.. memang sedikit rumit tapi rasanya sangat berbaloi..



" rumah ais mewakili budaya Hong Kong.. Dairy Tooth membawa simbolik lama Hong Kong..
kami berharap pengunjung tidak hanya menikmati minuman dan makanan ringan
tetapi menikmati silky tea yang juga merupakan minuman terkenal di Hong Kong
pada zaman dahulu.. "

-- Andrew Lau ; Pengarah Dairy Tooth Ice House 


SILKY MILK TEA

  • diperbuat dengan teh merah gred tinggi menawarkan rasa terbaik untuk penggemar teh susu..

DK ORIGINAL HK EGG PUFFS

  • puff telur adalah makanan ringan yang paling popular di Dairy Tooth dengan harga bermula dari RM 6.90 hingga RM 8.90 mempunyai pilihan rasa seperti wasabi, keju dan coklat..
layanan baik dari pekerja Dairy Tooth.. senyum jek dia.. hee~
layanan dan senyuman dari pekerja Dairy Tooth akan membuatkan korang cair weyh.. hee~ gile ah.. dah kalau senyum je.. dorang bekerja pun dalam persekitaran yang happy dan membuatkan kita sebagai pengunjung pun happy sama.. 


nampak ?? apa yang dorang hidangkan kat kakak ? hee~ memang penuh perut sebab semua sedap sedap.. sesuai la kalau korang tak de selera nak makan nasi dan memilih makanan ringan yang mengenyangkan sebagai ganti.. 

ape lagi ?

jom !! Dairy Tooth..



11 August 2017

TAWARAN HEBAT TELEFON PINTAR NEFFOS SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN KE-60

nah !! korang kalau dengar jek pasal tawaran hebat, mesti terbeliak biji mata.. kan ? hee~ tak pe.. kakak faham dan ni kakak nak share pasal tawaran hebat telefon pintar Neffos sempena bulan kemerdekaan ke-60 ni.. memang ngam la untuk sesape nak beli telefon pintar baru yang stylo habis..


rangkaian jenama TP-Link  yang berlansung dari 1 Ogos 2017 hingga 30 September 2017 ini menawarkan :

NEFFOS X SERIES

  • diskaun seingga RM 100.00 dengan pembelian Neffos X1 atau X1 Max kalau korang beli kat Lazada Malaysia
    • Neffos X1 Max = RM 899.00 ( sebelumnya RM 999.00 )
    • Neffos X1 = RM 599.00 ( sebelumnya RM 699.00 )
  • REBAT dagangan sebanyak RM 100.00 dengan mana-mana telefon lama korang ( apa-apa jenama / keadaan ) untuk mana-mana model Neffos X1 dan X1 Max diseluruh negara..
    • maksudnya.. kalau korang ada telefon pintar yang lama dan tak digunakan lagi.. boleh la nikmati diskaun RM 100.00 untuk pembelian Neffos X1 atau X1 Max.. best kan ? hee~

dan !! 

kalau korang beli mana-mana telefon pintar siri X ni, cuma tambah RM 1.00 dan korang kana dapat tukar LCD sekali dalam tempoh 12 bulan dari tarikh pembelian.. nah !! jimat lagi sehingga RM 369.00 weyh.. mana nak dapat lagi ? original plak tu..

dengan rekaan nipis berasaskan logam disertakan dengan fungsi pengimbas cap jari, tempoh mengecas yang singkat dan 'mudah genggam' membuatkan rekabentuk Neffos tampak kemas dan elegan.. sangat sesuai untuk semua golongan termasuk surirumah yang suka simpan resepi dalam telefon.. eh !! serius.. sebab memori yang tersimpan sebanyak 3GB RAM kan terlebih dari cukup tu..

ha ? selain Neffos X1 dan X1 Max ? eh !! ada juga C series yang termasuk dalam promosi bulan Merdeka ni..

NEFFOS C SERIES

  • juga diskaun RM 100.00 untuk kesemua telefon pintar Neffos C !!
    • Neffos C5 Max = RM 499.00 ( sebelumnya RM 599.00 )
    • Neffos C5 = RM 399.00 ( sebelumnya RM 469.00 )
    • Neffos C5L - RM 299.00 ( sebelumnya RM 359.00 )
untuk terus bertahan dengan permintaan dan keyakinan pelanggan, anak syarikat pembekal rangkaian juga menawarkan program jaminan dua tahun yang menawarkan perkhidmatan untuk isu mekanikal dan teknikal yang terpilih.. tapi tak termasuk la dengan kerosakan korang yang konon tak sengaja atau skrin pecah tau.. ya !! untuk semua jenis telefon pintar Neffos je..


Neffos juga menyediakan pertukaran satu - satu untuk pelanggan yang mengalami kegagalan peranti Neffos dalam tempoh 3 bulan pertama selepas pembelian.. wah !! dah banyak promosi, diberi jaminan lagi.. hee~ syok la kalau macam ni kan..

paling tak, hak kita sebagai pembeli dilindungi pihak syarikat dan pihak syarikat nak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang kerosakan.. cayalah TP-Link.. memang tak diragu-ragukan lagi.. wajib beli sebagai self-reward..

sementara tengah ada promosi tawaran hebat telefon pintar Neffos sempena bulan Kemerdekaan ke-60 ni, baik grab cepat.. tak kisah la untuk diri sendiri atau dihadiahkan untuk yang tersayang..

untuk maklumat lanjut, mungkin korang boleh singgah :


pssttt-- sementara tengah murah ni.. hee~

10 August 2017

WAJAH BAHARU RANGKAIAN NATURALS BY WATSONS TAMPIL CANTIK DAN MENAWAN

wah !! semakin membesar rangkaian produk Naturals by Watsons ni kan.. kalau sebelum ni ada juga beberapa rangkaian produk Watsons yang menarik tapi yang ini jauh lebih menarik sebab dari awal proses sehingga ke penghujungnya, Watsons menekankan bahan-bahan alami SAHAJA..


NATURALS BY WATSONS

baru-baru ini, bertempat di Sunway Piramid, Watsons sekali lagi melancarkan produk terbaharu di bawah rangkaian Naturals yang meliputi syampu, losyen, sabun mandian ; antaranya :

  • Olive
  • Argan Oil
  • Marula
  • Aloe Vera
  • Prestige Rose
  • Paw Paw
  • Blood Orange
yang telah diformulasikan dari tumbuh-tumbuhan segar.. em.. bukan sekadar segar je tapi wangi juga tau.. hee~ apa yang menarik perhatian kakak, pembungkusan yang cantik dengan harga mampu milik yang kakak rasa akan mendapat sambutan hangat dari para pengguna..


sejak diperkenalkan pada tahun 2011, rangkaian Naturals masih mengekalkan reputasi yang baik dengan sambutan yang sangat menggalakkan dari pengguna dan terus mempergiatkan usaha untuk memberikan yang terbaik kepada pengguna..


"saya sudah menggunakan produk Natural selama 3 minggu.. saya sangat sukakan
losyen badan dan perapi rambut.. ia membuatkan kulit saya lembap..
tentang perapi pula, ia membuatkan rambut saya mudah diurus dan tiada
masalah rambut mengerbang.."

- model terkenal ; Thanuja


turut hadir sama, jurumekap terkenal iaitu adik kepada pelakon Syatilla Melvin ; Syifa Melvin yang juga merupakan pengguna Marula by Naturals, sangat berpuas hati selama menggunakan produk ini..

antara selebriti yang juga pengguna rangkaian produk Naturals ; Thanuja, Arja Lee, Syifa Melvin dan Miko Wong.
kalau kita nak nilai semula usaha Watsons mengekalkan rangkaian produk semulajadi ini merupakan inisiatif lain supaya kita sebagai pengguna menjadi lebih bijak dan menolak keras penggunaan produk yang berunsurkan kima merbahaya.. jadi.. tak salah rasanya kalau korang mengambil tindakan awal untuk memilih yang semulajadi..

mini reunion dengan kakak-kakak hebat..
bak kata Watsons..

LOOK GOOD, FEEL GOOD sangat sesuai dengan perkembangan produk Naturals yang semakin mendapat permintaan di pasaran..

untuk maklumat lanjut, korang boleh hubungi ;

FACEBOOK       : WATSONS MALAYSIA
WEBSITE          : NATURALS BY WATSONS

9 August 2017

ATIEHILMI.COM ; FIRST GIVEAWAY UKHWAH KITA KERANA ALLAH !!

yeay !! dan bila barang sponsor banyak plak kat rumah ngko dan tak tau nak letak mana dah.. meh la join ATIEHILMI.COM FIRST GIVEAWAY ; UKHWAH KERANA ALLAH..

senang jek sebab kakak sendiri tak suka benda remeh.. hee~

CARA-CARANYA :

1 : FOLLOW blog kakak
  • kakak akan follow awak balik nanti..
2 : FOLLOW G+ kakak
  • pun sama !! kakak akan follow balik jugak nanti..
3 : FOLLOW INSTAGRAM kakak

4 : LIKE FANPAGE kakak

3 : TULIS entri berkaitan ATIEHILMI.COM FIRST GIVEAWAY UKHWAH KITA KERANA ALLAH

kakak akan pilih pemenang secara random tau.. hee~ dan pemenang nanti kakak akan bagi !!!

terima kasih WATSONS Malaysia + Marissa Shoppe + Kleenso Malaysia !!

dah siap entry, nanti paste link kat bawah ye.. terima kasih korang sebab sudi join !! hee~ 

8 August 2017

AKU -- LAH BUDAK JUAL 'SPENDER' ITU ; KINI SUDAH DEWASA !!

kenangan sungguh bila menyebut BUDAK JUAL 'SPENDER' tu.. eh !! tak.. kakak tak jual pun benonye.. cuma gelaran untuk kami kami - pelajar masa sekolah rendah dulu.. kenapa ? bagaimana ? hahahaha~ ni nak cerita la ni..

ya !! itulah budak jual 'spender' nya !! hee~
dari darjah 1 sampai darjah 6, kakak dihantar bersekolah di sekolah yang mana kesemuanya adalah PEREMPUAN.. ya.. pelajarnya perempuan ** pakgad lelaki - pakcik Karim, uncle kantin lelaki sebab dia UNCLE **  kat mana ? seperti gambar di atas, sekolah tersebut terletak di Petaling Jaya..

kat sekolah tu la kakak belajar kenal kawan, mantapkan lagi ABC, belajar pecahan, apa itu pembolehubah yang dimalar kan.. hee~ sangat banyak kenangan yang kalau boleh nak flashback semuanya memang tak nampak lansung negatifnya.. dah nama pun fasa membesar bak juara.. tak fikir pun apa akan jadi kemudiannya yang ADA hanya explore sebanyak mungkin pengalaman..

pintu pagar utama..
kawasan bertar depan pagar ni dulu pernah jadi tempat perhimpunan kami.. haa.. betul !! depan ni jek.. dan duduk atas tar tu.. tak de pun mak ayah yang komplen.. hee~ 

6 ANGGERIK
 kelas tak banyak pun.. setiap darjah, ada 3 kelas jek..

  • Anggerik
  • Bakawali
  • Cempaka
sebab kelas terhad, pernah juga la kongis kongsi kelas.. hee~ cuma ada 3 blok jek pun.. cukuplah tu dari tak de kan.. pun ada kelebihan juga bila sekolah kecik ni.. dapat hafal semua nama dan muka cikgu..

kat kelas 6 Anggerik tu juga la kali pertama dan terakhir buku kakak dicampak keluar kelas sebab tak dapat nak bezakan antara GERAI dan KEDAI masa buat karangan Bahasa Melayu.. nama cikgu yang campak buku kakak tu, Cik Normah.. memang terkenal dengan bengis dan garang..

p/s : kalau Cik Normah ingat kakak lagi.. memang kakak nak jumpa beliau dan peluk lepas tu nak cakap "terima kasih cikgu sebab jadi pengkritik pertama saya !! jom saya belanja cikgu minum kopi.."

kalau nak kata pasal persaingan dari segi pelajaran, sebenarnya kuat jugak sebab ramai pandai-pandai kot.. 1B - 2B - 3A - 4B - 5A - 6A.. nampak ? kakak struggle masa darjah 4 sebab memang fokus nak naik kelas jek.. terkesan jugak la.. sampai harini memang takkan lupa macamana kakak paksa diri belajar untuk naik kelas.. hee~ ** tetiba sebak **

Pavillion
sebelum adanya Pavillion, Kuala Lumpur.. Petaling Jaya dah ada Pavillion -- lah !! hahaha~ ya !! kalau ada pape majlis ke, minggu bahasa ke memang kat sini la tempatnya.. kalau time nak masuk kelas kan kena beratur dulu kan ? dan kalau hujan, sini la jadi tempat kami beratur.. memang padat la..

dah kalau ramai-ramai perempuan, paling takut kes KUTU.. ya ampun !! kalau sorang dah kena tu, yang lain standby jek la.. memang tak boleh nak elak dah sebab benda tu hidup atas kepala kan.. 

tempat tunggu bas sekolah
dulu tak de pagar tu tau dan akan kelihatan motosikal / basikal acik acik yang jual jajan.. hahahha~ paling win masa tu limau kasturi dipotong 2 lepas tu letak asam masin.. nyum !! sedap weyh !! kecur air liur..

dan !! siapa beli, kalau pengawas nampak kena plak tulis nama.. hahaha~ adoi.. manis betul kenangan tu seme yang takkan kakak dapat kat tempat lain..

kakak dulu tak de la aktif sangat.. hee~ serius.. tak.. kalau takat bersukan memang OUT la sebab kakak dikategori kan katek berbanding kawan-kawan yang lain.. ha'ah.. walaupun dah darjah 6, kakak masih tak tak berapa nak KAKAK.. cuma kalau pertandingan, segala tok nek pertandingan memang kakak akan join..

  • wakil sekolah pertandingan perbahasan
  • wakil sekolah pertandingan sajak / syair
selebihnya wakilkan kelas untuk minggu bahasa jek-- okay la tu carik pengalaman.. dan memang takkan lupa macamana ayah kakak 'bukak kelas tambahan' kat rumah sampai pukul 3 pagi dan ajar kakak mantapkan lagu syair kakak untuk pertandingan syair sempena Minggu Bahasa Melayu..

eh !! kakak menang tau.. hee~ 

kakak mula join kumpulan koir masa kakak darjah 4.. masa tu KRU memang femes dan kakak ade geng yang memang minat melalak.. dalam tengah menyanyi, cikgu terdengar.. ha.. sudah.. 

persembahan koir.. haa.. masa ni darjah 3.. sape nampak kakak ?
pun persembahan koir.. masa ni darjah 5 kot..
selain wakil sekolah untuk pertandingan, kakak pun pengawas sekolah.. ** ya !! silakan gelak.. ** hahaha~ darjah 4 jadi pengawas pelatih dan darjah 5 baru naik jadi pengawas sepenuh masa.. sepanjang jadi pengawas tu, sekali kakak pernah kena gantung jawatan.. kenapa ? sebab terlebih nakal.. ye !! betul.. tapi seminggu jek.. lepas tu kena bertugas balik sampai habis.. hee~

hahahah~ ini paling WIN !! sape jumpa kakak ?
cukup 4 rumah sukan.. zalikha - razana - rabiah - hazrini.. hahaha~ masa ni tak ingat jual ape..
nampak ? betapa kakak rendang banyak !! hahaha~ sweet kan gambar ni.. ade kesan lipatan.. tandanya ada seseorang yang simpan gambar ni dalam beg duit..
hahahahaha~ mana kakak ? ce teka !! ce teka !!
dah habis UPSR !! yeay !! merdeka terok !! hee~
kalau diizinkan kakak putar balik masa, kakak nak patah balik dan nikmati sebaik baiknya zaman kanak-kanak kakak.. lain maciam weyh.. serius.. kawan-kawan, cikgu, pelajaran.. lain.. sangat lain.. 

kenapa SPENDER ??

  • benda ni penat kakak nak explain dari dulu tau.. hahaha~ tapi.. lencana sekolah kami berbentuk seakan benda tu.. dah tu singkatan dari SEKOLAH JALAN SELANGOR ( SJS ) - sekolah jual spender.. 
kalau sekolah lain ( biasanya sekolah Bukit Bintang - sekolah kesemuanya lelaki ) la yang selalu mengutuk kami.. dan berbalas la.. mana boleh diam jek.. hee~ bila ko dah duduk dikalangan perempuan, semangat nak protect antara satu sama lain tu kuat.. walaupun bukan dengan kuderat, dengan jelingan pun jadik la.. hahahaha~

serius rindu !!

walaupun selepas 19 tahun, tiap kali lalu kat sekolah ni encik suami + anak-anak akan dengar cerita yang sama dari kakak.. hahahaha~ nasib la kan..

banyak lagi nak cerita.. tunggu panggil budak-budak reunion dulu.. hee~ ye !! nanti kakak sambung..