3 August 2017

PELANCARAN BISKUT BELVITA BREAKFAST PERISA BAHARU SENSASI OAT DAN PISANG

wah !! curlass kan ? hee~ kita sedia tahu, celik mata je terus bergegas ke tempat kerja.. memang selalu ambil ringan tentang sarapan pagi apatah lagi untuk berfikir menu sarapan pagi yang sihat.. kan ? tadaa-- dengan rangkaian biskut belVita perisa baharu, mesti korang teruja dan tak lupa untuk sarapan lagi..


semenjak pelancarannya di Malaysia pada Ogos tahun lalu, rangkaian biskut belVita Breakfast telah mendapat sambutan yang memberansangkan dikalangan pengguna.. perisa ketiga belvita ini diperkenalkan berikutan prestasi kejayaannya di pasaran menerusi dua perisa sebelumnya iaitu Susu dan Bijirin serta Madu dan Coklat.. yang mana kegemaran kakak ? sudah tentu lah Madu dan Coklat.. hee~


"dengan menggabungkan pisang dan oat yang penuh nutrisi dalam produk 

terbaharu ini, kami dapat membekalkan pengguna dengan pilihan yang lebih sihat 
untuk menyediakan sarapan yang lazat dan seimbang..
tambahan pula, belVita Pisang & Oat boleh dimakan begitu sahaja 
tanpa memerlukan sebarang penyediaansekaligus menjadi pilihan 
yang mudah dan bersesuaian dengan rutin rakyat Malaysia yang sibuk 
pada zaman moden ini.."

Sharon Tan

Ketua Bahagian Biscuit & Salty Snacks, Mondelēz International 

Hansen Lee, Sharon Tan, Dr. Hamid, Dr. Ezani Farhana and Jenn Chia di Pelancaran belVita Banana & Oats

"oat atau bijirin terkenal dengan kandungan serat, 
pelbagai mineral serta zat-zat yang mampu merendahkan paras kolesterol, 
sekaligus menjadikannya amat sesuai bagi sarapan pagi.. bagaimanapun, 
oat sahaja tidak mencukupi untuk menjamin pemakanan yang sempurna. 
oleh demikian, buah-buahan seperti pisang adalah antara pelengkap 
yang sesuai dengan adanya kandungan serat, kalium, vitamin C dan B9 
yang dapat menyumbang kepada kesihatan jantung.. lagipun, 
pisang merupakan buah-buahan tempatan kegemaran rakyat Malaysia 
yang murah dan senang diperolehi..” 

Dr Hamid Jan Bin Jan Mohamed

Profesor Madya di Pusat Pengajian Sains Kesihatan, 
Program Nutrisi dan Dietetik Universiti Sains Malaysia ( USM )


Hansen Lee, iaitu personaliti TV dan jurulatih yoga dan kecerdasan bertauliah yang turut hadir pada majlis pelancaran berkata :



“jadual seharian saya sentiasa berubah dari masa ke semasa disebabkan 
oleh kepelbagaian tanggungjawab dan kekerapan bergerak ke beberapa tempat 
dalam masa yang singkat.. sebagai seorang yang mengamalkan gaya hidup sihat, 
sarapan yang bermutu tinggi merupakan hidangan harian paling 
penting bagi saya dan ini membolehkan saya memulakan hari dengan minda, 
emosi dan tubuh badan yang cerdas.. biskut belVita Breakfast merupakan 
sumber tenaga yang mudah dan cepat kerana ianya lengkap dengan 
pelbagai nutrien bagi menjamin sarapan yang seimbang, 
walaupun pada pagi yang paling sibuk..”


HARGA JUALAN

  • belVita Pisang dan Oat boleh didapati dalam dua ( 2 ) pilihan pek :
    • 80g ( RM 2.90 )
    • 160g ( RM 5.20 )
  •  perisa baharu ini akan dijual di semua pasar raya besar, pusat membeli-belah serta kedai runcit bermula Ogos 2017..
  • keseemua biskut belVita Breakfast mengandungi sekurang-kurangnya 50 peratus bijirin untuk membekalkan karbohidrat kompleks yang merupakan sumber tenaga utama pada waktu pagi..
  • biskut belVita Breakfast juga merupakan sumber serat dan mengandungi sekurang-kurangnya 8g bijirin tulen dalam setiap hidangan, berserta lapan jenis vitamin dan mineral.. apabila diambil sebagai sebahagian daripada sarapan yang seimbang, ianya mampu membekalkan tenaga dan khasiat untuk memulakan hari dengan baik..
jadi !!

apa alasan korang tak nak sarapan ? hee~ kalau korang tak sarapan, berat badan cepat naik tau.. haa.. nak gemok ke ? nak ? nak ? jom ubah gaya hidup dengan pemilihan makanan yang lebih sihat..

8 comments:

  1. Ada perisa baru ya.. Boleh cuba nanti 😉

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha'ah.. sedap kak sue.. nanti try la.. sesuai untuk brekfast time sibuk2..

      Delete
  2. Wahh dah lama tgok belvita ni...huhu mcm sedap je

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap dik !! kena beli.. hee~ harga pun murah tau kalau nak dibandingkan dengan biskut diet yang lain..

      Delete
  3. Fuhh wajib try ni, tapi tak nampak lagi pun kat kedai runcit kt rumah ni.

    ReplyDelete
  4. Mmg sedap biskut,permulaan diet sy 🤗

    ReplyDelete
  5. Mmg sedap biskut,permulaan diet sy 🤗

    ReplyDelete