KINGSMAN: THE GOLDEN CIRCLE LEBIH BERGAYA, GANAS DAN TAK MASUK AKAL

siapa dah tengok Kingman: The Secret Service ? ** sepsket !! ** best kan ? dengan jalan cerita - watak - adunan grafik yang tak menghampakan.. ingat kan takat tu jek la ceritanya, tak sangka plak ade sambungan !! haa.. rupanya Kingman: The Golden Circle pun tak kurang hebatnya !! dan banyak plot diluar jangkaan kakak sendiri..


memandangkan hampir kesemua watak adalah watak asal, Kingsman: The Golden Circle memang tak payah beriya nak intro watak dan aktiviti dorang.. terus ke masalah dan jalan penyelesaian..  ** walaupun semakin smart dan hensem masing-masingnya.. hahahah~ **

kali ni, Eggsy ( Taron Egerton ) berhadapan dengan 'masalah' besar apabila identitinya hampir terbongkar dan markas Kingsman di London telah diserang.. semua mati hanya yang tinggal Merlin ( Mark Strong ) dan Eggsy jek.. dan bila dunia menjadi tebusan, membawa Kingsman ke penemuan organisasi bersekutu di AS.. huu~ bersama Merlin, Eggsy mencuba cari jalan penyelesaian dan telah membawa mereka ke Statesman..

dengan bantuan ejen Whisky ( Pedro Pascal ), ejen Taquila ( Channing Tatum ) dan ejen Ginger ( Halle Berry ) mereka perlu menyelesaikan misteri penyebaran dadah secara berleluasa oleh team Golden Circle.. ya !! satu dunia mengalami masalah ketagihan dadah kronik.. --> plot ni korang kena tengok dengan teliti.. kakak tanak share..


siapa yang peka ? hahaha~ mungkin korang akan rasa, banyak plot telah dikitar semula dari filem pertama --> orang jahat nak mengambil alih dunia dan Kingsman muncul saat dunia memerlukan mereka.. hee~ cliche sangat kan..

tapi !! keseimbangan watak antara lucu dan macho membuatkan filem ini semakin menarik.. ye.. tersangat banyak adegan kelakar yang membuatkan korang tak sempat nak bosan ataupun flashback plot untuk filem pertama..

siapa yang sedih masa Harry ( Colin Firth ) mati ari tu ? hee~ sila simpan sedih korang sebab Harry mana boleh mati !! ya.. mengalami alzheimer tetapi telah berjaya disembuhkan oleh Eggsy dan Harry telah mula bekerja dengan cemerlang.. hero mana boleh mati.. kan ? kan ? kan ? cuma tak bestnya, bila Harry ada, Merlin plak mati.. huu~ berkecai weyh.. tapi pengorbanan Merlin memang buat kakak terdiam sekejap.. walaupun dalam filem tak sempat nak sedih sebab plot terlampau laju, bila mengenangkan cara dia berkorban tu, memang 'sakit' la..

SIAPA ORANG JAHAT ?

kenal Julianne Moore pemenang Oscar tu ? haa.. kalini watak orang jahat, perempuan yang menggantikan Samuel L. Jackson memberi nafas segar dan suspen.. sebab Poppy ( Julianne Moore ) tak nampak jahat ponnnnnnnn--

dengan tindakan mengedar dadah keseluruh dunia, hanya dia jek yang ada code untuk melepaskan antidot bagi merawat masalah BLUERASHES akibat pengambilan dadah yang telah diracun oleh Poppy.. haish.. memang geram sebab jahat sangat..

ada kawan kakak cakap..


"asal Halle Berry dapat watak kecik jek ?" 


haa.. memang Helle Berry dapat watak kecik jek.. serius.. kesian dia.. tapi !! korang kena ingat yang MUNGKIN ada Kingsman 3 yang menyerlakan watak Helle Berry.. sebab !! hujung-hujung cerita Helle Berry yang asalnya cuma 'budak makmal' jadi ejen jugak !! haa.. dah level Eggsy tu la.. takkan pengarah nak 'matikan' dia kat situ jek kan ?

nampak ?

Kingsman: The Golden Circle memang LAJU dengan kerjasama dari pelakon yang peka dengan kerja kamera dan gerak balas yang pantas dan lancar menjadikan penonton turut tenggelam dalam plot.. hmm.. tak macam sesetengah filem yang kakak tengok, kadang-kadang tak tau sape tumbuk sape tetiba jek dah mati..

secara keseluruhan, Kingmsan: The Golden Circle berjaya mengetepikan James Bond dan Jason Bourne melayakkan mereka menjadi pengintip yang sangat menyeronokkan penonton.. tak terlampau serius, tak terlampau teknikal.. 

2 jam 20 minit akan membuatkan korang tersenyum dengan loghat British Eggsy sekaligus menenggelamkan hampir kesemua pelakon dari Amerika.. tak percaya ? ce g tengok nanti..


balik jek dari premiere haritu, Nur Aiman sibuk nak tau jalan cerita Kingman: The Golden Circle ni sebab dia memang suka filem / drama lasak - tembak menembak.. hee~ lelaki kot kan.. cumanya tak sesuai la nak bawak budak bawah 18 tahun tengok filem ni.. banyak nau perkataan F*CK yang keluar dari watak-watak.. takut nanti anak-anak terikut.. jadi.. kena tunggu Nur Aiman cecah 18 tahun nanti ** lagi 11 tahun.. hahahah~ **


terima kasih Shopee Malaysia sebab sudi jemput kakak.. hee~ nanti jemput lagi ye..
eh !! lupa kakak nak bagitau !! last sekali Eggsy kawen.. yeay !!! dengan siapa ? mesti korang berteka-teka kan ? kalau kakak kata Eggsy kawen dengan puteri Tilde cemana ? dan sekaligus menjadikan Eggsy, PRINCE.. hahahaha~ bagus la tu.. sama masuk air..

korang dah boleh tengok Kingsman: The Golden Circle kat Golden Screen Cinema mulai 21 September 2017 tau.. g beli tiket dan nikmati ke-macho-an Eggsy.. hee~ tak !! tak !! nikmati susunan plot dari Matthew Vaughn.. memang menarik.. 

8 comments:

  1. Bestnya atie dpt g tgk masa premiere tu. I is jeles ok. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha~ tak de ape nak jeles pun la.. nextime ai ajak yu ye..

      Delete
  2. Replies
    1. hahaha~ layan gak la tapi bahasa dorang kasar sikit..

      Delete
  3. Lama giler tak tengok wayang..macam best je citer ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. best nad !! awak kena try layan.. hee~ tapi awal2 akak cakap, bahasa dorang kasar sikit tau.. dan ade adegan tak sesuai untuk fariza..

      Delete
  4. Tgk iklan pun mcm best je kingsman ni... nnt nak ajak Dearie akak g tgk ler

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha~ kena tengok kak.. serius.. g la dating2 tu.. ecececece..

      Delete

Powered by Blogger.