19 September 2017

PART 1 - TONSIL MEMBENGKAK ; PERLU ATAU TIDAK DIBEDAH ?

em.. masa berlalu tanpa sedar.. hee~ serius tak sedar.. diam tak diam dah nak masuk sebulan Nur Aiman buat minor surgery untuk buang tonsil yang semakin hari semakin membesar.. ntah.. ada sesetengah pendapat kata "ala.. nanti surut la bengkak tu.. amalkan bla bla bla bla.." tapi kakak ni sejenis yang tak dengar cakap cakap orang.. degil la katakan.. hahahah~ Tonsil Membengkak ; Perlu Atau Tidak Dibedah ni ? jom !!


kalau pada kakak, memang tak payah nak sampai nak bedah seme kan.. tapi lain pula pendapat pengamal perubatan profesional.. em.. bulan 12 tahun 2016.. memang agak busy dengan persiapan Nur Aiman nak masuk darjah 1 dan Nur Aina masuk tadika.. teruja memang teruja tapi tak sangka kesibukan kakak bagi efek kat kesihatan Nur Aiman dan Nur Aina..


walaupun demam setakat 24 jam, rupanya ada benda membengkak kat dalam.. ya !! tonsil dorang selalunya membengkak dan kemudian akan surut lepas elok demam.. tapi kali tu, tak elok elok jugak.. risau ? memang risau sangat la kan.. hee~

doktor on antibiotik dan pelbagai lagi ubat demam.. standby.. dan kakak pun tak lupa bekalan supplement untuk anak bertuah ni.. masuk ke bulan 5 tapi masih dalam kondisi yang sama.. hee~ ntah.. perasaan masa tu bercampur-campur..

direzekikan.. satu hari tu ade masa terluang sikit.. singgah la klinik untuk buat pemeriksaan.. Nur Aina batuk-batuk dan takut berjangkit kat Nur Aiman.. nasib la klinik panel dan dari staff nurse sampai la ke doktor semua kami kenal.. ibarat rutin datang melawat kalau ade tanda-tanda tak sihat..

dalam dok buat pemeriksaan kat Nur Aina, mintak doktor cek sekali Nur Aiman.. haa.. masa tu la doktor bagi tau, tonsil Nur Aiman membengkak hampir menutup laluan udara kat dalam mulut..

sebagai ibu.. bohong la kalau kakak tak perasan perubahan Nur Aiman.. dari segi makan, memang dia tak tolak lansung la tapi bila tidur dia berdengkur, selalu gelisah, bad mood, cepat letih ( tapi dia lawan rasa letih ; dia jadi bad mood ) dan bila Nur Aiman bad mood, ibu pun ikut sama la bad mood.. hahahah~ semua jadi kucar kacir..


"dah besar sangat ni puan.. saya keluarkan surat hospital dan boleh
buat rujukan di ENT.. mana-mana hospital pun boleh.. sebab ni open letter.." 


nampaknya debaran makin kuat.. berombak teruk kat hati seorang ibu yang kacak ini.. hahahah~ tak pe la.. kami pun akur dan terus buat pemilihan hospital terbaik untuk Nur Aiman..

NUR AIMAN SAJA ?

tak.. sebenarnya open letter tu untuk dua-duanya.. hee~ tapi yang dalam kondisi kritikal adalah Nur Aiman.. Nur Aina okay lagi.. cuma perlukan rawatan jek.. kata doktor tu la.. tak pe la.. kami usaha jek mana yang termampu..

APA ITU TONSIL ?

tonsil adalah gumpalan tisu limfoid ( sub - epitelium ) yang terletak di bahagian tekak ( oropharynx ) dan setiap manusia mempunyai 2 biji tonsil yang berbentuk bujur ; terletak di dinding sisi tekak diantara riang anterior ( anterior pillar ) dan tiang posterior ( posterior pillar )..

saiz sebenar tonsil adalah lebih besar dari apa yang kita dapat lihat kerana ianya memanjang ke arah lelangit, memanjang ke arah pangkal lidah dan memanjang ke arah lengkung palatoglosal di sisi..


TONSILITIS

haa.. ni la sebenarnya peringkat awal anak-anak kakak.. hee~ radang yang  ada pada tonsil yang disebabkan oleh jangkitan virus atau bakteria.. cemana nak tau ? haa.. anak-anak kakak memang ada sakit tekak.. kalau nak kata berpunca dari virus, tonsil akan sembuh dengan sendiri.. tapi ni tak !! walaupun dah habis antibiotik, tetap la taknak menyusut..

sebab tu kami bersetuju dengan pendapat pakar ENT untuk meneruskan tonsilektomi..

6 comments:

  1. bila ank kecil yg kena tonsil kesiannye...ankbuah operation juga..get well soon utk ank2 atie

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la tu.. hee~ kalau tengok luaran, dorang sihat jek.. tapi takut melarat la..

      Delete
  2. Alahai..semoga cepat baik..kesian nengok

    ReplyDelete
    Replies
    1. hee~ nanti akak share gambar tonsil yang doktor dah buang.. besar gile.. kite pun tak terfikir benda tu sebesar itu..

      Delete
  3. tak sangka kanak-kanak pun boleh kena tonsil.. semoga anak akak cepat sihat ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak kes dik.. tapi yang sampai ke stage 4, yang memang kena bedah tak ramai.. hee~ Nur Aiman antara yang terpilih untuk ujian serupa ni.. tapi dia okay jek..

      Delete