BADAN BUKAN ROBOT SESEKALI KENA OVERHAUL JUGA

dah lama rasanya kakak tak mengajak korang detox kan ? hee~ tu la.. dari raya Aidilfitri lepas membawak ke Aidiladha manjang ngelat jek konon nanti nanti berat badan boleh turun sendiri.. konon jek.. padahal tau memang susah nak turun lepas dah kumpul toksin ntah dari mana hala dok ternak dalam badan.. em.. badan bukan robot sesekali kena overhaul juga supaya sel dalam badan kekal aktif tanpa gangguan makhluk perosak..

detoks_parasit

kalau korang perasan.. kalau la.. kakak memang kaki detoks tegar dan bila kakak detoks jek, habis satu family pun kakak paksa sama.. hahahah~ tak adil la kan detoks sensorang.. dan kalau korang nak tau.. banyak jek artikel pasal detoks yang kakak pernah tulis..





dan ada beberapa lagi artikel berkaitan yang kakak tulis dengan fakta tentang detoks ni..

PARASIT

ya !! pandai.. parasit adalah benda / objek / sesuatu yang menumpang.. dalam topik detoks ni, yang menumpang dalam badan kita adalah sejenis ‘syaitonnirrojim’ secara perlahan-lahan memakan nutrien sihat dan meninggalkan toksin yang merosakkan sel badan kita yang sihat.. sebenarnya ramai yang tak sedar dan tak pernah amik kisah pun pasal benda menumpang dalam badan kita ni sampai lah dorang dah mula tak sihat dan mengalami pelbagai simptom penyakit separa kronik dan kronik..

JENIS-JENIS PARASIT

kalau nak disenaraikan teramatlah banyak nye lahai si ‘syaitonnirrojim’  ni tapi yang paling famous :

detoks_dengan_atie

  • cacing tambang
    • berada di paru-paru dan usus
  • cacing gelang
    • biasanya aktif pada paru-paru, usus, otak dan hati
  • anisakis
    • cacing yang ada pada ikan
  • acanthamoeba
    • menumpang kat mata lagi-lagi yang pakai contact lens
dan ke semua cacing ni ada dalam badan korang !! cuak ? hee~ chill la.. belum lagi.. ni baru sikit ni.. ada banyak lagi kakak nak bagi tau kenapa korang kena detoks.. sabar..

SINGKIRKAN PARASIT SECARA SEMULAJADI

benda boleh bincang.. jangan risau.. sebab kehadiran parasit ni kita tak boleh elak tapi tak salah kalau kita mengawal pembiakan dorang kan ?

  • jaga kebersihan !!
    • ini memang mak ayah kita dah ajar dari kita kecik kan ? tapi !! selagi korang masuk jamban pun main handphone, maknanya korang memang kena polish lagi untuk memahami maksud kebersihan tu..
  • cuci anggota badan dengan sabun antibakteria setiap kali mandi
  • cuci bahan mentah masakan dengan bersih
    • kalau boleh guna pencuci makanan yang sesuai.. kalau tak de / tak jumpa, pakai cuka atau air garam..
  • minum air masak tidak kurang dari 3 liter sehari
  • berhenti / kurangkan pengambilan makanan yang menjadi punca parasit semakin aktif / membiak :
    • makanan bergula
    • makanan berproses
    • gula putih
    • gandum
  • puasa sunat pada HARI PUTIH
  • pengambilan supplement semulajadi tanpa bahan kimia yang membantu penyingkiran parasit dari badan
healthy eating and vegetarian diet concept - word detox with juice, fruits and vegetables

KELEBIHAN DETOKS

sesia la buat kalau bukan benda baik kan ? hee~ mesti la ada kelebihan yang BEST.. antaranya :

  • berat badan menurun
    • rekod terbaik team #detoxdenganatie – 1.1 kg sehari
  • kurang / hilang lansung ketagihan makanan rapu
  • senggugut hilang
  • badan lebih cargas
  • perut semakin kempis
  • kulit lebih cerah dan bersih
  • menguatkan sistem ketahanan badan
mesti semua tersenyum kan bila baca kelebihan yang akan korang terima kalau korang detoks.. kalau 31 tahun korang hidup dengan makanan yang tak tau apa kandungannya tapi tak pernah detoks.. korang rasa usus korang cemana punya berkerak ? hahahaha~ kakak memang tak boleh bayangkan.. punya la berkeladak siap ada cacing menguit nguit kat dalam perut korang tu.. haa.. itu punca la tu.. sebab tu dalam Islam sendiri ada cakap..

Rasullullah SAW bersabda ; maksudnya..


“perut manusia itu tempat segala penyakit, 
manakala pencegahan itu pokok dari segala pengubatan..”

-- Riwayat ad – Dailami


dan sampai bila korang nak layan jek nafsu makan korang tu ? memang nampak BEST tapi kakak tau korang risaukan berat badan korang makin lama makin menjadi-jadi.. ce tengok perut korang tu.. hee~ jom !! mula bertindak.. tak guna tanam azam bertahun tahun tapi tak bertindak..

in shaa Allah..

jika diberi peluang.. kakak akan mulakan detoks parasit pada 01 November 2017 ( selepas Maghrib ) hingga 06 November 2017.. ya.. 5 hari.. memang disiplinnya begitu.. jangan la tanya kakak kenapa 5 hari.. tapi tanya la diri korang, selain 5 hari tu, korang larat nak buat berapa hari ? ahahahaha~ tunggu nanti kakak share info detoks dari masa ke semasa ya..
atiehilmi.com

10 comments:

  1. Uisshhhh, geli betul tengok cacing tuhh..seram !!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaahha~ tapi realitinya.. itu la yang ada dalam usus kita..

      Delete
  2. entah berapa byk parasit dlm bdn kita ni kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. bergantung berapa lama badan tak 'dicuci' sis.. hee~ agak2 berapa lama tu ?

      Delete
  3. hadoiii...terpandang parasit tu ..rasa nk terkeluar isi perut pulak aiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha~ tu la realiti yang ada dalam badan kita ni kak.. memang realiti yang benar itu menyakitkan..

      Delete
  4. betul.

    benda parasit dan cacing ni, kekadang kita bukannya leh nampak.

    so, hati-hati la eh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu.. sebab tak nampak la orang pandang ringan benda macam ni.. hee~ bila dah sakit, baru menggelabah.. semoga kita sihat2 selalu la ye..

      Delete

Powered by Blogger.