MEMBELI-BELAH DENGAN JAMINAN PULANGAN 100% DI SHOPEE MALL

maaf.. kakak masih belum boleh move on dari Shopee nih.. hee~ belum sempat jatuh cinta dengan aplikasi membeli-belah yang lain, dorang buat pelancaran Shopee Mall plak baru-baru ni.. dah la tu, diberi jaminan pulangan 100% plak tu.. haish.. memang tak boleh tidak ni..


SHOPEE MALAYSIA

kalau dah nama kaki shopping tapi tak kenal Shopee, sila mereput sana.. hahaha~ ye la.. kat Shopee memang banyak barang yang korang boleh beli dengan harga berpatutan termasuklah barangan dari luar negara termasuk China.. sinonim.. kalau barang dari Tanah Besar China, memang lebih murah la..

tapi !!


sempena perasmian Shopee Mall ni, Shopee Malaysia sendiri mempertaruhkan 300 jenama terkemuka dengan tawaran jaminan 100% produk tulen ATAU pemulangan dua kali ganda dari nilai pembelian korang.. kat situ jek, Shopee Malaysia membina keyakinan terhadap pengguna dan membuatkan pengguna lebih yakin.. tambahan !! polisi 15 hari pemulangan dan penghantaran PERCUMA ke seluruh negara !! syok gile ah..

kakak sendiri pengguna Shopee, dan setakat ini ** kalau boleh jangan jadik laa.. hee~ ** seller dorang memang tiptop dan harga jauh lebih murah berbanding harga kat kedai tau.. 

antara jenama besar dan digemari ramai yang turut serta termasuklah :

  • Nestle
  • PETRONAS
  • Watsons
  • Sen Heng
  • Digi
  • Coca-cola
  • Huawei
  • L'Oreal
  • Xixili
  • dan banyak lagi !!


“Shopee Mall telah direka untuk memenuhi keperluan pengguna Malaysia 
yang semakin moden.. kepercayaan adalah faktor utama yang mendorong aktiviti 
membeli-belah secara dalam talian.. oleh itu, kami menyediakan satu platform 
yang membolehkan rakyat Malaysia membeli jenama dan produk kegemaran
 mereka terus daripada pemilik jenama tersebut.. kami juga menawarkan 
jaminan produk tulen dan pemulangan percuma buat pertama kali..”

Ian Ho ; Pengarah Urusan Serantau Shopee


dengan peningkatan bilangan jenama dan syarikat yang menyambut baik inisiatif ekonomi digital, Shopee Mall merupakan peluang keemasan untuk pelbagai jenama meluaskan pasaran mereka dengan mendekati pengguna sedia ada Shopee yang kini direkodkan sebanyak 4 juta muat turun di Malaysia !!

4 juta weyh !!
4 juta !!

sekiranya, mana-mana pengguna terjumpa sesuatu produk yang dijual pada harga lebih murah di platform e-commerce yang lain, pengguna boleh mendapatkan ganti rugi pada kadar 120% daripada perbezaan harga produk tersebut.. --> jaminan Shopee lagik !! hee~ win win situation yang diterapkan antara penjual untuk pengguna sangat berbaloi !!


di Shopee Mall, pengguna boleh mencari label MALL berwarna merah semasa mula membuat pemilihan barangan yang hendak dibeli.. haa.. macam biasa la.. kakak nak tekan kan.. untuk promosi di Shopee Mall ni, kesemua yang ada label MALL kesemuanya juga ada FREE POSTAGE !! tau !!


promosi yang TELAH bermula pada 03 Oktober dan akan tamat pada 08 Oktober nanti turut menawarkan potongan harga sehingga 90% !! dahsyat terok boleh jimat ni wak !! lagi-lagi mana yang baru gaji tu.. memang berpeluh la dok melayan aplikasi Shopee ni nanti.. hee~


FAKTA TENTANG SHOPEE MALL

  • lebih 300 jenama terkemuka
  • menawarkan lebih 100, 000 produk
  • aplikasi Shopee telah dimuat naik oleh 4 juta pengguna di Malaysia
  • pusat sehenti pelbagai jenis produk
  • penghantaran PERCUMA 
  • produk tulen terus dari pengeluar
  • polisi 15 hari pemulangan
  • jaminan harga terendah !!
  • boleh menggunakan aplikasi ataupun laman web

Shopee Mall sendiri direka untuk memenuhi keperluan pengguna di Malaysia dengan membina kepercayaan yang merupakan faktor utama yang mendorong aktiviti membeli-belah secara dalam talian..

jadi..

tunggu apa lagi ? hee~ 'bakul' kakak hampir penuh ni..

install aplikasi Shopee di App Store atau Google Play untuk keseronokan membeli-belah yang tiada taranya.. haahaha~

nah !! maklumat lanjut yang korang boleh korek-korek..


LAMAN WEB : www.shopee.com.my



2 comments:

  1. Tak pernah lagi cuba mall yang ni. Selalu Lazada dengan 11Street je.

    Post Terbaru: 5 Web Hosting Murah Malaysia 2017

    ReplyDelete
  2. CCL selalu shopping dlm shoppee ni . Mana tk nyer lepas shopping je kita akn dpt voucher . Klw xguna sayang . Klw guna duit mlayang

    ReplyDelete

Powered by Blogger.