WESTSIDE BISTRO ; FENOMENA SIZZLING SKEWER TERBAIK DI SHAH ALAM

haa.. makan ape tu ? hee~ tak tau nak makan apa dah ? tak pe !! kakak ada di sini untuk membantu korang tapi mengikut citarasa tekak kakak la.. sebab SEDAP tu kan subjektif tapi kakak suka kan kelainan !! nah !! gittew-- kali ni kakak nak share pasal Westside Bistro yang terletak di Pusat Konvensyen Shah Alam ( SACC ) dengan menu terbaharu iaitu Sizzling Skewer.. apa tu ? apa tu ?


nah !! baru satu gambar korang dah menjejes air liur.. hee~ ada puluhan gambar yang kakak plan nak letak tapi nanti lagi teruk korang punya reaksi.. nak try ? singgah sana !!

WESTSIDE BISTRO, SHAH ALAM

restoran yang telah beroperasi sejak tahun 2010 ini terletak di Shah Alam ini mampu memuatkan 100 orang pengunjung dalam satu-satu masa dan kalau korang nak menyambut apa-apa keraian atau mesyuarat pun boleh.. dorang akan menyediakan makanan mengikut bajet korang sendiri..

bahagian luar yang lebih santai..

kakak dan suami sendiri suka dengan konsep yang ringkas dan santai macam ni.. al maklum la.. sejak dah berumur ni, suka la lepak-lepak kat tempat eksklusif tapi hidangannya berbaloi.. hee~ sambil makan pun ada pulak lagu-lagu romantik weyh.. lagi la buat kaki ni terkuis kaki mengimbau kenangan lama..

bahagian dalam Westside Bistro
istimewanya kali ini, chef Eksekutif Westside bistro ; Jamil Napiah membawakan keunggulan menu baharu dalam masakan yang dihidangkan iaitu Stik dan Gril - Daging Panggang Skewer, Kambing Panggang Skewer dan Ayam Panggang Skewer yang tidak boleh dinafikan lagi kelazatannya..

PROMOSI SIZZLING SKEWER WESTSIDE BISTRO

promosi Sizzling Skewer yang bermula dari 04 Oktober sehingga 31 Oktober 2017 ni memperkenalkan beberapa makanan yang berasaskan stik dan gril yang akan disediakan secara ala minute ( prepared to order, not prepared in advance ), bermula dari jam 6 petang hingga 10.30 malam setiap Rabu hingga Ahad SAHAJA..

kalau korang memang plan nak makan stik, inilah masa yang sesuai.. lagi-lagi menu baru weyh.. jom intai apa la yang kakak merepek sampai best sangat tu !!

dipanggang terus depan customer !! hee~ sempoi habis..
Daging Panggang Skewer yang juicy !!
Ayam Panggang Skewer
variasi mix and match salad.. terliur !!
ni baru sikit kakak tunjuk ni sebab ada puluhan jenis makanan yang korang sendiri boleh cuba dan kakak rasa takkan menghampakan korang.. bermula dari starter sampai la ke dessert, korang kena try satu persatu..



"pengunjung dan komuniti di sini sudah menjadi sebahagian daripada kami
dan ini adalah sebab utama kenapa kami masih di sini.. 
saya dan warga kerja Westside Bistro amat teruja untuk memperkenalkan
seleksi pilihan sajian stik dan gril yang disediakan khas buat anda.."

Kamarolhizen ; Pengurus Westside Bistro


ya !! kalau tengok environtment pun nampak selesa kan kalau nak buat makan-makan bersama keluarga.. haa.. jangan korang tak tau yang Westside Bistro ni terletak di bangunan SACC yang memang sangat banyak parking !! jadi !! tak de la masalah parking dan sangat mesra keluarga.. tak kisah la kalau bawak anak kecik ke, memang sesuai sangat..


yang mana nak sambut harijadi ke, anniversary ke, boleh jugak.. kat sana ada pelbagai jenis kek yang korang boleh pilih.. dan dah kalau alang-alang nak celebrate, apa kata korang try jek Sizzling Skewer ni.. sebab tengah promosi tau..


kalau korang buat tempahan melalui link yang kakak bagi kat atas tu, korang akan dapat diskaun jimat RM 10.00.. haa.. jimat banyak tu !! kalau tak harga sebenarnya adalah RM 48.00 tapi korang buat tempahan online, dapat la RM 38.00 tapi pastikan korang booking awal eh.. jangan la last minute nanti tak de tempat duduk dah.. korang jugak yang rugi..

dan !!

kalau korang plan nak bawak anak-anak sekali, kakak cadangkan korang pergi pada hari Rabu dan Khamis sebab setiap Rabu dan Khamis kanak-kanak yang berumur 7 - 10 tahun dapat EAT FOR FREE kat buffet kanak-kanak.. jimat gile kan ? hee~ tapi kalau hari lain memang kena bayar la..

WAKTU PROMOSI :
04 OKTOBER 2017 - 10 OKTOBER 2017

MASA :
6.00 PETANG - 10.30 MALAM

HARI :
SETIAP RABU HINGGA AHAD

HARGA WESTSIDE BISTRO

DEWASA
RM 48.++
( PROMOSI = RM 38.00 )

KANAK-KANAK
RM 12.++
EAT FOR FREE SETIAP RABU DAN KHAMIS
BAWAH 6 TAHUN = PERCUMA

nah !! untuk maklumat lanjut dan rujukan / pertanyaan korang..


5 comments:

  1. menariknya promosi sizzling skewer

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum wrmbth. Salam Jumaat sis atie hilmi

    makan makan panas panas memang sedap

    daging pun juicy kan

    ReplyDelete
  3. Wow..kena try nih..nmpk sgt sedap

    ReplyDelete
  4. Sedapnya tengok daging panggang skewer tu. restaurant dia pun nampak selesa sangat :) mmg terbaik

    ReplyDelete

Powered by Blogger.