DAH TUA PUN ADA SELAPUT PUTIH PADA LIDAH ? PENYAKIT LA TU

benda ni takkan jadi isu kalau suami kakak tak sakit haritu.. hee~ asalnya tak risau mana pun sampai lah orang sebelah berborak pasal selaput putih pada lidah suaminya.. haa.. suami.. kira-kira awal 30-an la gitu.. biasanya kita dengar selaput susu pada lidah baby kan ? eh !! penyakit ke tu ? kakak pun mula la membaca sana sini situ sinun segala..

kanser_lidah_thumb[2]

kalau kakak sendiri, ada ulser kat atau tergigit lidah ke confirm sakit apatah lagi kalau ada jangkitan kuman pada lidah.. haa.. ye ka.. korang ingat selaput putih tu ape kalau bukan jangkitan kuman kat lidah.. em.. kakak sempat Google dan tengok satu persatu masalah yang terjadi pada lidah dan kebanyakan pakar mengatakan ianya sangat bahaya dan pada tahap kroniknya – kanser lidah..

kebanyakan penyakit lidah berselaput putih disebabkan sekumpulan besar sel-sel mati dan bakteria yang melekat pada lidah ** masa ni la baru kakak teringat iklan berus gigi yang boleh berus lidah tu.. hee~ baru nampak logiknya kenapa kena berus lidah.. ** ada juga pakar mengatakan selaput putih tu bila lapisan atas pada lidah dijangkiti kulat, bakteria atau dalam sesetengah kes ianya disebabkan oleh pra-kanser pada lidah atau rongga mulut..

GEOGRAFIC TOUNGE

kondisi di mana permukaan lidah menghilang sebaliknya terlihat seperti peta di atas lidah.. puncanya belum diketahui tapi mungkin ada kaitan dengan genetik.. masih memerlukan pemerhatian dari pihak yang lebih pakar ( doktor ).. ada yang mengatakan ianya tidak sakit dan lansung tidak terkait dengan  infeksi atau kanser ( sebab genetik kan.. sama macam psoriasis laa.. ) tapi tak selesa kot sebab lidah tak peka dengan rasa..

geographic_tongue_thumb[2]


LEUKOPLAKIA

kondisi di mana terbentuknya bintik bintik putih pada lidah yang kerap terjadi kerana terlalu banyak sel dan protein keratin dalam mulut.. tak sakit tapi susah nak dibuang.. LEUKOPLAKIA selalu terjadi kepada perokok atau peminum minuman keras.. memang tak bahaya mana tapi boleh menjadi semakin kronik jika tidak dirawat dengan segera..
selaput_putih_pada_lidah_1_thumb[2]

ORAL TRUSH

juga disebut sebgai kandidiasis yang disebabkan oleh akumulasi atau pertumbuhan candida albicans ( organisme biasa ditemui dalam mulut ) yang membuatkan lidah terasa sakit mencucuk dan timbulnya plak putih ( kadang-kadang merah ) yang menyakitkan.. huu~ kakak tak dapat bayangkan.. kandidiasis biasanya terjadi pada bayi, pesakit kencing manis, mereka yang kekurangan zat besi dan vitamin B, sistem imun lemah dan pengguna gigi palsu..

selaput_susu_pada_lidah_bayi_thumb[2]

kalau korang nampak lidah korang pelik semacam.. pergi la jumpa doktor tau.. jangan tunggu dah kronik baru nak cari ubat..

PUNCA LIDAH BERSELAPUT PUTIH

mesti pelik kan.. cemana boleh terjadi.. hee~ ye.. kakak pun pelik kot.. bukan budak kecik yang menggonggong botol susu sampai nak ada selaput gitu.. kan ? rupanya !! puncanya pun atas kecuaian diri kita sendiri dekkkk :

  • dehidrasi ( kurang minum air masak )
  • penggunaan alkohol dalam jangka masa yang panjang
  • penggunaan antibiotik tertentu
risau ? ala.. chill a.. setiap penyakit pasti ada ubatnya.. kan ?

CARA MENGATASI MASALAH SELAPUT PUTIH PADA LIDAH


  • konsisten minum air masak 3 liter atau lebih setiap hari
    • kadang-kadang, tak minum air yang mencukupi menyebabkan zat makanan tersekat pada garis garis lidah.. nah !! situ punca.. makan banyak tapi tak nak minum air masak.. asyik la minum air bergula tu lahai..
  • gargling dengan air larutan garam
    • sekurang-kurangnya dua kali sehari.. ia berfungsi menghakis mendapan pada lidah pada tahap awal..
  • elakkan makanan bergula
    • memang sedia tahu la kan.. benda manis menggalakkan pembiakan bakteria merbahaya.. dan mendapan pada lidah tu adalah bakteria !! kalau tak dapat stop pun, kawal la sikit.. kurang kan ke.. lama-lama nanti okay la tu..
  • bersihkan lidah
    • cemana tu ? hee~ pakai jek berus gigi korang tu tapi yang lembut la tau.. jangan hat yang keras tu korang g tonyoh lidah.. sakit weyh..
  • sapu nipis minyak kepala pada lidah
  • amalkan makan yogurt
    • yogurt kan makanan probiotik semulajadi.. yogurt dapat menghalang pertumbuhan kulat candida.. makanlah yogurt selalu untuk kesihatan lidah anda.. haa.. gittew--
dari borak borak orang sebelah kakak, terhasilnya entri ni.. hahahahaha~ ye la.. cuak kot bila dah tua bangka ada selaput putih macam lidah baby yang menyusu tu.. tak normal tau sebab ngko dah tua.. jadi.. apa sebab lidah tu putih dan bukannya merah kalau bukan bakteria.. kan ?
jaga kesihatan okay !!


2 comments:

  1. baru tau..
    ingatkan baby je ada masalah ni.
    info yg bagus.

    ReplyDelete
  2. Guna listerine pun okey juga kak. Kalau kena ulser, cepat2x kumur listerine atau air garam. GV selalu wat cm2 kalau gusi terluka ke cmner. GV pun selalu gosok lidah sebab lidah tak gosok maybe boleh buat mulut berbau juga selain faktor lain.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.