27 November 2017

TRANSFORMASI SENI KL BIENNALE 2017 MEMBUDAYAKAN SENI BELAS ALAMI

kalau tenung punya tenung hasil seni artis dalam dan luar negara yang menjadi pameran di balai-balai seni lukis, memang kakak pandang sebelah mata sahaja.. hee~ mana nak faham ini kan pula nak tenung satu satu dan membuat penilaian sendiri.. nah !! dikesempatan yang ada sempena edisi sulung, Binnale Kuala Lumpur 2017 yang bertemakan BELAS atau Be Loved memberi kakak pengalaman baru yang memang takkan kakak lupakan..

biennale_kuala_lumpur_2017_2
mengiktiraf dan menggema nilai-nilai masyarakat tempatan, pameran bertaraf antarabangsa ini telah pun bermula dapa 01 November 2017 dan akan berlansung sehingga 31 Mac 2018 di Galeri Seni Nasional, Kuala Lumpur.. antara kisah-kisah BELAS ( Be Loved ) yang telah dibentangkan melalui pameran seni ini termasuklah :

  • Love for Nature / BELAS Alam
  • Love of Heritage / BELAS Warisan
  • Love for Humanity / BELAS Insan
  • Love for Animals / BELAS Haiwan
  • Love for Legendary Icons / Belasungkawa

BE LOVED

menurut kamus bahasa Melayu, Kamus Edisi Keempat ( 2015 ) yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka ( DBP ), 'BELAS' bermaksud kesedihan, empati dan kasihan.. BELAS juga bermaksud belas kasihan atau rahmat.. tema ini dipilih untuk menggambarkan bahawa KL Biennnale 2017 melampaui tema biasa biennales antarabangsa seperti perbezaan, konflik etnik, perang dan politik.. tema ini juga bersifat membina dan penuh belas kasihan, menanamkan nilai-nilai positif seperti belas kasihan, ketulusan, kebahagiaan, kejujuran, toleransi, saling menghormati, perpaduan, harapan dan kemapanan..

biennale_kuala_lumpur_2017_6

majlis yang telah dirasmikan oleh YB Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz ; Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia turut melahirkan rasa bangga apabila Kuala Lumpur dipilih menjadi penganjur edisi sulung Binnale ini sekaligus dapat mempromosikan Kuala Lumpur secara khasnya..

OBJEKTIF KL BIENNALE

  • untuk memperluaskan rangkaian kerjasama Galeri Seni Nasional dalam memastikan pembangunan industri seni kontemporari sekaligus mempromosikan seni kontemporari tempatan di peringkat antarabangsa
  • untuk memupuk identiti dan profil Malaysia dan meletakkan Kuala Lumpur sebagai salah satu bandar mesti dilawati di peta seni global
  • menjadikan Malaysia sebagai salah satu negara Asia yang berterusan dalam membangunkan sektor ekonomi kreatif yang berdaya saing di peringkat global
  • memupuk nilai-nilai positif budaya Malaysia dan menanamkan cinta dan belas kasihan dalam membina masyarakat yang harmoni
biennale_kuala_lumpur_2017_4

mempamerkan hasil seni bintang dari Asia Tenggara, China, Korea Selatan, Jepun dan India, KL Biennale dijangka menjadi tumpuan berikutan selaras dengan kalendar budaya dengan kerjasama antarabangsa dan tempatan yang sangat aktif bertukar idea.. nah !! bukan itu sahaja tau.. kalau kita pandang dari sudut kebudayaan tempatan, kakak rasa KL Biennale mampu pengukuhkan kedudukan Kuala Lumpur dalam peta kebudayaan global..

edisi sulung, gias !!
siapa tak bangga kan ?

biennale_kuala_lumpur_2017_1

antara pengkarya yang akan mempamerkan hasil kerja mereka sempena KL Biennale 2017 :

  • Sharmiza Abu Hassan
  • Ahmad Zakii Anwar
  • Hayati Mukhtar
  • Shoosie Sulaiman
  • HH Lim
  • K Thanggarajoo
  • Lisa Foo
dan ramai lagi !!! korang memang kena singgah walau sekejap untuk kurangkan rasa stress dengan cuba menikmati setiap hasil kerja yang dipamerkan.. memang menarik dan idealistik.. tidak lupa juga, KL Biennale 2017 turut memperingati pengkarya tempatan yang pernah menjulang nama Malaysia..

biennale_kuala_lumpur_2017_5

KL Biennale 2017 mengalu-alukan kehadiran masyarakat setempat dan pengiat seni kerana sasaran 250 000 pengungjung dalam tempoh lima bulan adalah satu sasaran yang besar.. hee~ best tau.. bawalah seisi keluarga sebab tak de bayaran masuk dikenakan.. ya !! PERCUMA jek--

biennale_kuala_lumpur_2017_11


kalau korang lapar atau haus, jangan risau.. sepanjang berjalannya KL Biennale 2017, ada banyak gerai dan foodtruck yang akan beroperasi.. nah !! apa lagi alasan ? hee~ tak de kan ? jom la.. serius best weyh..

KUALA LUMPUR BIENNALE OFFICE

National Visual Arts Development Board
No, 2 Jalan Temerloh Off Jalan Tun Razak,
53200 Kuala Lumpur

TEL : 03 - 40267000

Email : KLBiennale@artgallery.gov.my
Facebook : https://www.facebook.com/KLBiennale
Instagram : https://www.instagram.com/klbiennale/


No comments:

Post a Comment