CARA KEMASKINI BR1M ; JADUAL PEMBAYARAN BAGI SESI 2018

weehuuuu—mesti ramai melonjak gembirakan masa dengar Pembentangan Bajet 2018 haritu.. kakak ? em.. tak de effect pape dekkkk cuma kakak boleh bertabah jek la.. hahahah~ tapi !! untuk korang yang memang layak terima BR1M, mungkin entri ni sangat membantu korang..

Permohonan-BR1M-2017-Dan-Cara-Kemaskini-Online

TERKINI !!

1 : permohonan baharu / kemaskini BR1M 2018 secara dalam talian telah dibuka !!

2 : penghantaran melalui borang secara manual telah bermupa pada 27 November 2017 sehingga 31 Disember 2017


SKIM KHAIRAT KEMATIAN BR1M 2018

1 : Skim Khairat Kematian sebanyak RM 1 000.00 hanya layak diberikan kepada waris yang didaftarkan di Bahagian Maklumat Waris penerima BR1M kategori Isi Rumah dan Warga Emas yang telah meninggal dunia dalam tempoh 01 Januari 2018 sehingga 31 Disember 2018..

2 : waris perlu membawa dokumen seperti berikut :

  • sijil kematian asal atau salinan daripada Jabatan Pendaftaran Negara ( JPN )
  • kad pengenalan asal waris
  • dokumen pembuktian pertalian antara penerima dan waris

SYARAT KELAYAKAN BR1M

1 : warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja..

2 : lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada isi rumah / ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM 4 000.00 dan ke bawah..

3 : warga emas sebatang kara yang berumur 60 tahun dan ke atas dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM 4 000.00 dan ke bawah..

4 : bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM 2 000.00 dan ke bawah

kalau tak menepati syarat kelayakan, tak payah la korang mohon ye.. hee~ confirm akan ditolak.. jangan kata kakak tak pesan ya..


KEMUKAKAN SALINAN

1 : MyKad / MyPR / MyKAS / MyKid / sijil lahir / pasport dan visa bagi suami / isteri / tanggungan ( jika berkenaan )

2 : sijil penceraian / sijil kematian pasangan sekiranya pemohon berstatus ibu / bapa tunggal / balu / janda / duda

3 : pengesahan penamatan / pembubaran perniagaan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia ( SSM ) mulai 01 Oktober 2017 bagi pemohon dan pasangan yang mempunyai pendaftaran perniagaan dengan SSM

kalau tahun-tahun sebelumnya, pemegang Kad Debit Diskaun Siswa 1Malaysia ( KADS1M ) layak untuk menerima BR1M kan ? hee~ tapi untuk sesi 2017 / 2018 ni, korang TAK LAYAK gais.. sorry tau.. sebab korang dah ada kad siswa tu, cukup la.. budak-budak tak boleh pegang duit banyak-banyak..


CARA KEMASKINI BR1M SECARA ONLINE

1 : layari laman sesawang BR1M

2 : klik ke MyBR1M

update_BR1M_2018

3 : pilih untuk KEMAS KINI PERMOHONAN

4 : dah siap ? sila sahkan maklumat yang korang masukkan tu adalah maklumat yang BETUL


kemaskini_BR1M_2018


PERMOHONAN BARU BR1M

korang baru plan nak buat permohonan ? haa.. senang jek.. hee~ ikut step kat bawah ni..

1 : pilih PERMOHONAN BARU dan masukkan NOMBOR KAD PENGENALAN korang

2 : klik butang HANTAR

3 : masukkan maklumat diri korang dengan lengkap

4 : dah siap ? buat semakan terakhir sebelum submit borang dengan memastikan kesemua maklumat adalah betul


JADUAL PEMBAYARAN BR1M 2018

cara_update_BR1M_2018

BACA SINI –> FAQ BR1M 2018

dah siap semua ? mesti korang happy kan dan cuma tunggu duit masuk pada tarikh yang telah ditetapkan.. hee~ tapi !! sebelum tu korang kena la buat semakan samada korang layak ayau pun tak.. banyak jek kes yang LHDN tolak / gagal kan sebab maklumat yang diberikan tidak lengkap dan mencurigakan.. ingat dorang tak tau data maklumat korang ? hee~ sebab tu kakak cakap, yang mana TIDAK LAYAK tu, tak payah la mohon.. penat korang jek nanti..


semoga bantuan yang diberikan dapat dimanfaatkan sebaik mungkin.. jangan pegi joli plak ye.. hee~


2 comments:

  1. Nurul tak layak mohon lagi.. huhuhu.. :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha~ tak pe.. masanya akan tiba nanti.. sabar eh..

      Delete

Powered by Blogger.