PETUA / TIPS UNTUK IBUBAPA YANG BARU MENERIMA CAHAYA MATA BUAT PERTAMA KALI

kehadiran orang baharu untuk pasangan pengantin baharu menjadi impian pada setiap perkahwinan.. kan ? tapi.. dah ready ke ? hee~ kakak bukan la berpengalaman sangat, anak BARU 2 ( dua ) kot tapi ni antara tips yang kakak amalkan semasa menjadi ibu buat pertama kali – lapan tahun yang lepas.. hahahaha~ lama nya !!

tips_hamil_pertama_kali

kehadiran Nur Aiman memang tak plan lansung dan kami anggap ianya sebagai rezeki paling bernilai yang pernah Dia bagi.. cuak ? gile tak cuak.. memang masa tu kakak tak de knowledge nak handle segala macam ragam semasa hamil.. em.. nasib baik lah Encik Suami kakak rajin kumpul kan info dan ajar kakak macam-macam.. dan yang pastinya, kehidupan kakak berubah 360 darjah.. penat – takut – gembira semua bercampur baur..

nah !

pengalaman pertama yang banyak mengajar kakak erti SABAR dan BERTANGGUNGJAWAB gais.. tak susah tapi tak senang jugak.. cuma niat membuatkan hari hari kakak indah.. hee~ Nur Aina ? oh !! ini eksiden terok.. hahahaha~ dan kesemua tips kat bawah ni memang kakak buat dengan bantuan dari orang sekeliling kakak..

mana tau berguna jugak untuk korang..


1 : MINTA BANTUAN


  • tak pe jek kalau korang penat pun, amik masa untuk rehat.. tak payah belagak nak jadi superwoman kengkonon mampu nak buat semua benda dengan baik.. haa.. masa ni la korang kena terima hakikat, bukan semua benda yang korang mampu buat dan kena akui sesetengah perkara korang masih perlukan bantuan orang lain.. kalau 2 ( dua ) tangan korang tak cukup, minta bantuan orang sekeliling dan jangan segan terutamanya dari pasangan korang..

    2 : JAUHI AURA NEGATIF


    • ini yang kakak buat dari awal kehamilan sampai la sekarang.. hee~ kakak memilih untuk singkirkan orang-orang negatif dari hidup kakak dan hanya memilih pemikiran dan tindakan yang positif SAHAJA.. susah ? serius susah tapi tindakan awal akan membuatkan semuanya jadi mudah sebab kita bukan hidup untuk diri sendiri, kita buat keputusan untuk anak kita juga.. persekitaran positif juga dapat membentuk sahsiah awal anak-anak yang sedang melalui proses membesar..

      3 : AMBIL MASA UNTUK BEREHAT


      • ada peluang tu, tido lah.. tak payah nak beriya kengkonon OCD bagai.. hee~ rehat.. kakak pun alami benda yang sama, masa #duanur kecik dulu dorang kuat berjaga malam, waktu rehat kakak memang tak tersusun.. tapi !! masa dorang berjaga tu la kakak mengemas / masak / membasuh segala.. sampai masa dorang tido, kakak bantai la tido sekali.. tapi kena la bincang dengan pasangan korang jangan nanti pasangan berbunyi..


        ”asyik tido jek—“


        haa.. kena bagi para suami faham yang jaga anak-anak tak senang okay.. perlu mental dan emosi yang kuat disamping ilmu supaya tidak berlakunya pilih kasih terhadap anak.. eh !! takkan tak boleh rehat lansung kan ? jangan korbankan diri korang terlampau sangat..

      4 : GEJALA SELEPAS BERSALIN


      • selepas bersalin, CONFIRM akan berlaku gangguan emosi.. kalau tak banyak, sikit mesti ADA dan masa ni la korang kena mantapkan ilmu keibubapaan supaya tiada yang tercicir.. semasa berpantang, pastikan korang jelas dan peka dengan keadaan tumpah darah, pulmonary embolism dan meroyan.. semua ni akan memberi kesan jangka masa panjang terhadap kesihatan mental korang.. kalau mental koyak, apatah lagi kesihatan harian korang.. ni nak jaga baby lagi.. haa..

      meroyan

      • elakkan berpantang sensorang dan kalau terpaksa, carilah midwife yang boleh jaga korang bila suami korang pergi kerja dan tak payah perasan kuat sangat sampai semua kerja pun korang nak buat.. lepas bersalin, masa untuk berpantang adalah masa untuk berehat.. tau !!

      ** nanti kakak cerita pasal tumpah darah, pulmonary embolism dan meroyan dengan lebih detail ya..


      5 : “BIARKAN JEK ANAK TU MENANGIS..”


      • mesti kelam kabut kan kalau dengar anak menangis.. hee~ sebab minda kita sendiri dah set, kalau anak menangis mesti ada yang tak kena.. haa.. korang kena tahu dan faham, baby boleh jek menangis tanpa sebab.. hahaha~ ye.. serius.. kata mak bidan yang jaga kakak dulu ;


        ”anak menangis sikit sikit tak pe, ada muzik.. tapi kena tau melodinya macamana..”


        korang kena tau bezakan suara tangisan sebab setiap tangisan baby mewakili pelbagai keperluan dan selalunya berbeza-beza..

      6 : JANGAN SEGAN BERTANYA


      • jangan bergantung sepenuhnya dengan Google.. tolong.. sebaliknya, kalau ada sebarang masalah sebaiknya rujuk kepada yang lebih pakar ; paediatric yang sememangnya lebih mahir mengendalikan sekecil-kecil masalah kanak-kanak sehinggalah ke sebesar-besarnya.. jangan risau dengan soalan BODOH korang tu, dah tak tau dan mencari jawapan.. tanya.. okay ? hee~ biasa la kalau pertama kali jadi ibuayah mesti banyak soalan dan kebimbangan yang menyesakkan dada.. chill.. ramai pakar boleh bantu.. okay ?

        untuk anak-anak kakak, kakak serasi dengan Klinik Pakar Wanita & Bersalin Subang Permai.. masa Nur Aiman dan Nur Aina dalam perut, semua buat check up kat klinik ni sampai dah 7 bulan baru transfer ke klinik kesihatan kerajaan.. kes malas nak menunggu benonye.. hee~ tapi rekod yang doktor buat memang cantik dan konsultasi pun tiptop.. kalau kakak ada soalan, memang kakak akan rujuk dengan yang pakar, Google adalah pilihan kedua..

      dari hari ke hari, akan lebih banyak kejutan yang korang akan terima cuma nasihat kakak.. kawal emosi korang sebaik mungkin.. tak kira la kejutan tu adalah kejutan yang baik mahupun sebaliknya, percaya kepada naluri korang.. kakak percaya, orang sekeliling korang tak keberatan untuk membantu memberi sokongan ataupun menghulurkan bantuan meringankan bebanan korang.. jangan segan meminta bantuan dan bermanis mulut..

      jaga kesihatan korang yang paling penting.. tau !!

      kenapa ?

      sebab anak-anak memerlukan korang untuk menjalani hari-hari bermakna mereka..


      5 comments:

      1. new parents mesti excited sangat nak dapat baby and yes kena lengkapkan diri dengan pengetahuan dan basic skills. CT belom lagi hahaha..

        ada GA sedang berlangsung di blog CT. jemput join kalau sudi
        http://sitiyangmenaip.blogspot.com/2018/01/giveaway-souvenirs-pulau-jeju-by.html

        ReplyDelete
      2. sama la akak... mmg kali pertama mengandung dan bersalin mmg agak mencabar...kena pulak kurang cari info, gelabah jugak... nasib mak ada.. kutip sebanyak ilmu yang ada..so bila anak kedua, chap chussss semua dah ada dlm pokettt

        ReplyDelete
      3. Nice tips... Moga bermafaat buat para ibu bapa...

        ReplyDelete
      4. Bagusnya post ni. Boleh bagi ilmu kepada mereka yang impikan cahaya mata...

        ReplyDelete
      5. yeahhh. tips yang sangat berguna dari kakak cantik kita ni.. dari awal sampai akhir tau Nurul baca.. hehehe.. #duanur akak dari pandangan Nurul, diaorang nampak sangat bijak :D

        ReplyDelete

      Powered by Blogger.