MENYELONGKAR HARGA BERPATUTAN KEDAI OTTO BUNDLE, JALAN REKO KAJANG

by - February 02, 2018

wah !! kemain kakak sekarang nih !! main selongkar kedai orang plak ha.. hee~ tergatal kaki plak nak tengok apa ada kat kedai pakaian bundle di Jalan Reko, Kajang sebab menghala ke Uptown Jalan Reko.. konon konon sambil menyelam minum air la tu.. apa yang kakak selongkar kat Otto Bundle tu ?

otto_bundle_jalan_reko_kajang

mula mula masuk, memang rasa macam kedai bundle biasa jek.. tak de yang menarik pun.. hee~ kedai ni ada 2 ( dua ) tingkat yang mengasingkan pakaian lelaki dewasa pada tingkat bawah dan pakaian wanita + kanak-kanak di tingkat atas.. em.. macam malas nak naik tangga sebenarnya tapi tak pe la, gagahkan diri jek..


OTTO BUNDLE JALAN REKO, KAJANG


bila dah naik tingkat 1 ( satu ) punyalah terkejut.. banyak gile pakaian yang dorang keluarkan, serius tak sangka sebanyak itu.. hee~ tengok Nur Aiman sejenis teruja nak mula menyelongkar, kakak pun join la.. selak sehelai demi sehelai baju kat ‘department’ kanak-kanak.. tak banyak pilihan sangat untuk Nur Aiman dan Nur Aina ( range umur 1 – 8 tahun ) tapi banyak untuk anak-anak awal remaja ( 9 – 14 tahun ) gitu..

kakak dah tak berapa nak layan sebenarnya sebab target awal nak carikan Nur Aiman seluar tidur jek - -

baju_bundle_budak_murah_timbang_kilo
dia la paling sibuk.. hee~
t-shirt sangat banyak dari yang ada lengan panjang sampai ke tak de lengan, semua ada tinggal nak pilih jek.. tapi tu la.. saiz tak banyak.. mungkin lepas entri ni ditaip tetiba korang pergi dan banyak plak koleksi kanak-kanak, tak tau la kan..

ya !!

t-shirt jek banyak dan tak de seluar pooooonnnnnn..

pembekal_bundle_murah_selangor
minah ni pun try nasib haa..
dia bukan tak de lansung cuma tak banyak.. haa.. apa yang banyak ? hee~ ya !! yang paling banyak adalah SELUAR JEANS !! serius banyakkkkkkkk.. kakak tengok jek memang tak plan nak membeli..

seluar_jeans_bundle_murah_di_kajang
ni semua seluar jeans wanita.. ada 4 railing..
ni kat tingkat atas la ni.. ada jugak pakaian wanita tapi untuk basahan boleh la kot, nak bawak keluar jenjalan korang carik la baju kat butik.. hee~ kakak, kalau masuk kedai bundle mesti kakak singgah bahagian ni..

kedai_bundle_murah_kajang
banyak blazer !! tapi tak beli jugak.. hee~ sebab blazer yang ada kat rumah pun tak pakai.. puas buat muka seposen supaya encik suami approve untuk tambah koleksi.. hampa gais.. hampa..
lepas pilih pilih mana yang berkenan, ada la empat helai yang Nur Aiman berkenan dan beli la untuk dia.. habis bahagian atas, kitorang settle – kan urusan kat bahagian bawah pulak.. tak de la happenning mana tapi kelabu gak la bijik mata bila tengok seluar jeans bapak lahai banyak nye..

kedai_bundle_jalan_reko_kajang

nak sejam gak la dok perati encik suami membelek satu persatu seluar jeans sebanyak-banyaknya yang hampir penuh satu kedai tu tapi penyudah beliau menggeleng jek.. cis.. tak pe la.. jimat sikit dan boleh ‘melontar’ kat uptown plak lepas tu.. hahahaha~

memang banyak t-shirt lelaki dari yang putih sampai ke bercampur-campur warna termasuklah seluar dari pelbagai jenis.. ada jeans, slack, seluar sukan.. eh !! serius banyak dan harga pun tak de la mahal mana.. haa.. kakak tau ni yang korang tunggu.. kat Otto Bundle ni, dorang tak jual harga mengikut helaian yang korang nak beli sebaliknya dorang jual mengikut KILO.. haa..

  • pakaian kanak-kanak : RM 45.00 / kilo
  • pakaian wanita : RM 35.00 / kilo
  • seluar jeans ( lelaki dan wanita ) : RM 20.00 / kilo
  • t-shirt lelaki : RM 35.00 / kilo
  • seluar sukan : RM 20.00 / kilo
  • langsir dan cadar katil : RM 20.00 / kilo

ada lagi beberapa harga yang kakak tak ingat dan tak dan pun tangkap gambar sebab sibuk mem ‘ behave ‘ kan budak bijak berdua tu ha.. penat bila buat tour kedai bundle ni sebab nak memilih satu persatu tu lagi pulak dengan kelaku anak-anak main menyorok la ape bagai.. nasib tak ramai orang masa tu.. hahahaha~ gasak la kakak menjerit sampai bergegar kedai..


KENAPA PAKAIAN BUNDLE ?


siapa kenal kakak, kakak memang bukan kaki bundle tapi bila tengok ada seorang kenalan asyik la menyinggah kedai bundle kat Port Dickson tu.. rasa nak mencuba tu ADA.. dan kakak pun ada jek seluar jeans bundle yang dibeli masa zaman kolej dulu.. ni anak dah 2 ( dua ) masih boleh pakai dan cantik lagi..

oh !!

lupa nak bagitau..

sehelai baju yang Nur Aiman pilih tadi, bajunya masih ada tag.. tu la.. nak tangkap gambar tapi kakak dah humban semuanya kat dalam mesin basuh.. hahahah~ halal jek la kan.. mampu cerita dan berkongsi pengalaman jek la..

encik suami kakak cakap, pakaian bundle ni bukan semuanya pakaian terpakai tapi kebanyakannya pakaian reject dari kilang luar negara ( Jepun / US / Korea / Australia ) seme.. kalau nak pilih pandai pandai tapis la sebab bukan semua pakaian serasi dengan kita..

untuk korang yang memang kaki bundle, mungkin boleh masukkan Otto Bundle dalam list korang.. ye la.. mana la tau kot jadi yang macam dah viral tu kan, siap jumpa duit kat dalam poket tu.. haa.. jangan main main.. ada jek bundle yang MAHAL..

lepas ni nak intai kedai bundle mana plak eh ?
korang ada idea tak ?
nak cari seluar jeans yang ada jenama untuk budak bijak nan dua ketul itu plak lepas ni..

atiehilmi.com

You May Also Like

2 comments

  1. Saya pun tak berapa minat baju bundle ni. Tapi bila dah ada pengalaman dapat baju yang sangat bagus kualitinya, barulah sekarang ni mula minat dengan barangan bundle

    ReplyDelete