28 March 2018

SERIKAN RAMADHAN DENGAN PAKEJ BERBUKA PUASA DI ROYAL CHULAN BUKIT BINTANG

bila tak lama jek lagi nak masuk bulan Ramadhan, berpusu-pusu lah hotel buat promosi tak masuk akal dengan menawarkan harga jauh lebih murah berbanding hari-hari biasa.. hee~ kakak memang tak lepaskan peluang kalau dapat jemputan untuk preview pakej yang menarik, macam kat Royale Chulan Bukit Bintang ni..

promosi_buffet_ramadhan_royal_chulan_bukit_bintang_1


"saya akan mengesyorkan keistimewaan kami untuk Ramadhan yang akan datang iaitu 
Rendang Itik, Nasi Arab, Kambing Golek, Gulai Kawah dan semua orang tidak 
boleh ketinggalan Bubur Lambuk yang terkenal dan lazat.."

- Chef Raja Kamaroszaman


kambing_golek_buffet_ramadhan_royal_chulan_bukit_bintang
apalah makna buffet Ramadhan tanpa kambing golek.. kan ? kan ? hee~

dengan penyediaan lebih dari 30 jenis menu makanan dan pencuci mulut, kakak rasa korang akan tersandar lepas makan.. hee~ dan memang kakak rekomen untuk korang rasa Kambing Golek + Nasi Arab.. dengan gabungan daging kambing yang lembut dan tak hamis, tambah pulak Nasi Arab.. memang ngam..


BUFFET ANEKA SELERA ROYALE CHULAN BUKIT BINTANG


antara menu utama yang bakal menjadi tumpuan sepanjang bulan Ramadhan ini adalah :

  • Nasi Hujan Panas
  • Ayam Percik
  • Daging Dendeng
  • Ikan Patin Masak Tempoyak
  • Pajeri Nanas
  • Udang Masak Lemak Cili Api
  • Labu Masak Lemak Putih Udang Kering

buffet_ramadhan_royal_chulan_bukit_bintang

ini baru main course nih gaissssss.. korang belum tengok dorang punya dessert lagi !!

buffet_ramadhan_royal_chulan

tersusun cantik aneka biskut raya, dodol, buah kurma, rempeyek, bahulu, tat buah, cream puff, cheese tart, cream caramel, sago gula melaka, pelbagai puding dan banyak lagi !! variasi pencuci mulut tradisional tempatan dan antarabangsa bakal memaniskan mulut korang nanti.. adoi.. memang kalau kakak pergi mana-mana buffet, bahagian INI yang akan kakak tuju dulu.. tak tunggu lama.. hee~


"kami memilih Buffet Aneka Selera sebagai tema kami tahun ini yang bermaksud semua 
orang boleh merasakan pelbagai hidangan utama dan hidangan pencuci mulut yang lazat 
dari barisan buatan kami.."

- Pengurus Besar Royale Chulan Bukit Bintang ; Mashor Din


jangan risau sebab kat Royale Chulan Bukit Bintang menyediakan tempat parkir yang selamat dengan kadar rata hanya RM 8.00, tapi kalau korang menginap kat sana lagi best.. kan ? turun jek dari bilik, boleh ke Sunflower Bresseries.. jangan risau !! ada kemudahan lif dan juga tangga untuk mereka yang nak bawa ibu / ayah berbuka puasa sama.. surau ? eh !! dah tentulah ADA..

buffet_ramadhan_royal_chulan_kerabu


"Royale Chulan Bukit Bintang juga menganjurkan Kempen Amal Ramadan yang dipanggil 
Kad Ketupat untuk anak-anak yang kurang bernasib baik di rumah amal yang dipilih 
Rumah Anak Yatim Shifa.. oleh itu, mari kita semua berikan kembali pada bulan Ramadhan 
tahun ini dengan membantu golongan miskin dan kurang mampu dengan menaja Kad Ketupat sebanyak RM 10.00 dan semua hasil akan diperpanjang ke Rumah Anak Yatim Shifa.."

- Pengurus Besar Royale Chulan Bukit Bintang ; Mashor Din



untuk korang yang memang nak merasa makan kat tempat mewah dengan harga yang berbaloi, inilah masanya !! sebab dorang akan buat PROMOSI !!

dari 16hb Mei 2018 – 20hb Mei 2018

  • RM 78.00 ( dewasa )
  • RM 60.00 ( warga emas / kanak-kanak )

image

kalau korang nak walk-in lepas tarikh promosi pun okay jek.. tapi kakak memang galakkan 'booking' seat korang waktu promosi ni la.. banyak jugak boleh jimat tu..

kan ?

kan ?


12 comments:

  1. Pepagi masul blog awak buat kite lapar teruk. Alahai terbayang2 kesedapan makanan dekat sini. Oh kambing golek.. Aku merinduimu.=P

    ReplyDelete
  2. Menu utamanya macam semua best je, mengancam sangatt😍

    Harga berpatutan dah tu

    ReplyDelete
  3. Dah ada promosi buffet Ramadhan. Untung kalau beli awal kan.

    ReplyDelete
  4. salam kenal....wah menariks tu. Sama la, kalau kak ayu pun..laju jer tengok dessert dulu... he he he.

    ReplyDelete
  5. terliur pulak tengok gambar kambing golek tu.

    kejap je dah nak masuk bulan puasa balik.

    ReplyDelete
  6. Bestnyaa Kak Atie..Hihih. Tengok menu menyelerakan..

    ReplyDelete
  7. terliurnya dengan desert2 tu. kak, muffin tu cam kenal je. hihi

    ReplyDelete
  8. Saya kalau pergi memang tak berbaloi. Sebab sejenis yang makan sikit je asalkan kenyang. Promosi ni sesuai bagi mereka yang makan banyak :)

    ReplyDelete
  9. Desserts dia tu nampak menarik betul! Sedapnyaaa puding caramel tuu.

    ReplyDelete
  10. Meriahnya makanan. Semua nmpak sedap dan menyelerakan

    ReplyDelete