BUFFET RAMADHAN SAJIAN SELERA DESA DI PULLMAN KUALA LUMPUR, BANGSAR

ramadhan bakal menjelma tidak lama lagi, dan kehangatan promosi buffet Ramadhan semakin meriah.. hee~ kakak juga tidak lepaskan peluang untuk sama-sama memeriahkan jemputan dari Pullman Kuala Lumpur yang terletak di Bangsar dengan tema Sajian Selera Desa.. wah !! makan makanan kampung di tengah-tengah Kuala Lumpur pastinya rare..

buffet_ramadhan_2018

Eksekutif Chef Juzaili telah menyuntik semngat baharu untuk tahun 2018 dengan mempamerkan kepakarannya melalui pelbagai jenis makanan termasuklah sajian antarabangsa dan tradisional.. mengadunkan pelbagai jenis rempah ratus untuk melengkapkan rasa.. kalau tahun lepas, Sup Gearbox menjadi pilihan ramai, kini ianya kembali dengan rasa yang masih sama dan sudah pastinya SEDAP !!

pullman_kl_bangsar

berbuka puasa dengan hidangan yang enak pasti memberi pengalaman yang menarik disamping memberi semangat untuk anak-anak berpuasa dengan lebih hikmah dan bertenaga.. bukan sekadar makanan tradisional yang dibanggakan, Pullman Kuala Lumpur Bangsar turut menyediakan pelbagai jenis makanan laut segar, gulai kawah, bubur lambuk, Magnolia grill, hidangan buah-buahan tempatan ( sudah tentunya ada durian !! yeay !! ) dan puluhan barisan pencuci mulut yang menyelerakan !!

buffet_ramadhan_pullman_kl_bangsar
pelbagai hidangan menarik !! korang kena cuba semuanya !!
buffet_ramadhan_kl_2018
tak lengkap tanpa buah-buahan !!


SAJIAN SELERA DESA PULLMAN KUALA LUMPUR BANGSAR


"pada tahun ini, kami sangat menekankan keaslian makanan dalam persediaan makanan 
kami untuk semua pengunjung kami berbuka puasa dalam suasana tradisional bersama 
keluarga dan rakan-rakan.."

- Andrew Carlile, Pengurus Besar Pullman Kuala Lumpur Bangsar


buffet_pullman_kl_hotel

buffet_ramadhan_bangsar

sajian_selera_desa_pullman_kl_bangsar

makanan_sedap_kuala_lumpur

terliur tak ? hahahaha~

tu baru tengok gambar tu, kalau korang rasa makanan dorang, confirm terbawa-bawa ke alam mimpi.. sebab tu korang kena juga singgah untuk berbuka puasa nanti..

buffet_ramadhan_kuala_lumpur

pengunjung yang hadir juga akan dihiburkan dengan persembahan secara lansung persembahan Ghazal yang akan memberikan impak ke – desa – an.. kiranya sambil korang makan, sambil layan lagu mendayu-dayu dan tenang, mesti best kan ?

pullman_kuala_lumpur

jangan lupa untuk buat tempahan awal bagi memastikan Sajian Selera Desa termasuk dalam menu berbuka puasa korang untuk tahun 2018 ni.. oh !! buat tempahan dari 01 Mac 2018 hingga 15 Mei 2018 dan nikmati diskaun 25% untuk setiap seorang.. jimatkan ?

pullman_kl_bangsar_2018


BUFFET RAMADHAN PULLMAN KUALA LUMPUR BANGSAR

--> 6.00 petang – 10.00 malam
--> setiap hari
--> RM 168.00 ( dewasa )
--> RM 84.00 ( kanak-kanak bawah 12 tahun )

serius !! korang kena tempah awal sebab setiap tahun, confirm penuh.. dan untuk tempahan, korang boleh :

TELEFON : 03-2298 1888 sambungan 5000

atiehilmi.com

6 comments:

  1. fuhhh..mmg terliur tengok sampai boleh bawa ke mimpi jap lagi nii..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. habis la air liur meleleh time tido.. hee~ diet kak diet..

      Delete
  2. Wow! heavennya kak, ada udang, oyster, sate, sushi.nyum2

    ReplyDelete
    Replies
    1. uuuuuhhhhhuuuuiiiii.. semuanya pun sedap lah !! sampai harini teringat-ingat.. over kan ? hee~

      Delete
  3. Wah dah ada buffet ye.. Tapi tahun ni mungkin puasa yang akan mencabar bagi saya ..
    Kena jaga makan yang betul2 jaga

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang bila masuk je bulan ramadhan, pesta makanan jangan cakap la.. cuma kita ni kena bijak memilih.. hee~

      Delete

Powered by Blogger.