M SUITES HOTEL ; KEMAS, BERSIH, TERSUSUN DAN BERBALOI

by - April 06, 2018

kalau pergi bercuti, penginapan antara aspek utama yang kakak akan titik beratkan.. ye la.. dah pergi bercuti jauh-jauh mestilah nak tempat rehat yang selesa dengan harga yang berbaloi supaya rancangan percutian berjalan lancar dan semua pun happy..

m_suites_hotel_johor_baharu

ingat tak trip kami satu family ke Legoland, Johor Baharu tahun lepas ? hee~ YA !! ini adalah entri kepam sampai terlupa nak update.. time nak update, ada jek entri yang lain perlu diutamakan.. dan !! nah !! buah tangan dari Johor Baharu selepas penat berkubang di Legoland..


kami ni, kalau dah penat memang malas nak berjalan jauh semata-mata nak cari tempat rehat yang kena dengan bajet.. kalau nak cakap pasal bajet, nafsu tu memang membuak-buak saje.. kan ? jadi.. kami ambil langkah paling selamat dengan memilih M SUITES HOTEL, JOHOR BAHARU untuk bermalam.. gamble jek, tak de hal..


M SUITES HOTEL, JOHOR BAHARU


perjalanan cuma 10 – 15 minit dari Legoland membuatkan penat kami tak terasa lansung sebaliknya tak sabar nak check in hotel, mandi, makan dan berehat.. hee~ dah kalau dari pagi berkubang kat Legoland, memang tak larat dah nak keluar berjalan-jalan.. ambil langkah mudah, buat tempahan secara online untuk booking bilik..

hotel_murah_dekat_legoland

bilik kami paling atas dan paling hujung.. aha.. kakak tak sempat nak tangkap gambar sebab kejarkan masa untuk kerah anak-anak mandi, nak hidangkan nasi ( nasib kami bawa bekal dari KL.. hee~ tak payah la nak keluar lagi cari makan.. ) dan bersiap untuk solat Maghrib.. memang kelam kabut dan sangat penat.. jadi.. habuan mata korang sangat terhad ya..

m_suites_hotel_jb
lebih dari muat untuk kami berempat..
masuk jek bilik, kami ‘dihidangkan’ dengan bau colok orang Cina sembahyang.. meremang jugak la segala bulu yang ada.. adoi.. nak kata cuak tu tak jugak tapi berbaik sangka jek la kan.. hee~ encik suami kakak cakap, memang biasanya kalau hotel yang mana pemiliknya berbangsa Cina, bau colok sembahyang mereka ibarat kita ambil wudhuk untuk solat lima waktu tu jugak la.. tak de apa yang perlu dirisaukan..

okay..

lepas mandi dan makan, kakak mula geledah bilik hotel untuk cari sejadah.. hampa ? tak lah.. kami okay jek solat tanpa sejadah..

hotel_di_johor_baharu
kakak ambil empat helai baju untuk digantikan menjadi sejadah.. tadaaaa.. fleksible kan ? hee~
sebenarnya bilik kami ni menghadap swimming pool, memang nampak la budak-budak berkubang tapi Nur Aiman dan Nur Aina tak terniat lansung untuk singgah dan minta berendam.. penat letteww--

kalau pada kakak la kan, menurut Penyambut Tetamu M Suites Hotel, Johor Baharu ni, harga yang mereka tawarkan sangat berbaloi dan mampu inap bagi mereka yang mempunyai bajet terhad.. mana tak nya.. tawaran dari Traveloka bermula dari RM 150.98 jek kotttttt.. berbaloi sangat lah kalau nak dibandingkan hotel bertaraf EMPAT BINTANG yang gah kat Johor Baharu ni..


menawarkan 133 bilik yang selesa, M Suites Hotel merupakan satu-satunya hotel yang menyediakan penginapan suite terbesar di Johor Baharu.. haa.. bilik yang kami duduk ni memang luas sangat siap boleh berlari semua la..

lengkap dengan pantry, bilik mandi, ruang menggosok baju, ruang menonton dan balkoni yang mempunyai pemandangan menarik, kakak rasa puas hati sangat lah dengan tawaran harga yang dorang bagi..

hotel_dekat_legoland
hampir ke semua channel adalah channel dari Singapura.. hee~ merasa jugak la tengok drama Melayu dorang.. boleh tahan best gak..

KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN


mesti korang congak-congak sendiri kan ape la yang best nau kat hotel ni ? ini adalah hotel yang HAMPIR lengkap pada kakak sebab dorang ada :

hotel_murah_di_johor_baharu

  • bilik yang selesa dilengkapi pantry + tandas + tv
  • ada perkhidmatan penghantaran makanan ke bilik
  • surau
  • swimming pool yang besar
  • cafe yang boleh memuatkan lebih 80 orang dalam satu-satu masa
  • bilik mesyuarat yang fleksible untuk acara-acara mengikut keperluan tetamu
  • pautan internet yang pantas
    • kakak sempat update satu entri blog dan balas banyak email.. hee~ laju berdesup perginya !!
  • gymnasium
  • kids club
    • ruang aktiviti anak-anak yang berusia empat tahun dan keatas mampu memuatkan 20 orang kanak-kanak dalam satu masa
  • aktiviti team building

hotel_near_singapore
bestkan ? sebab semua ada kot.. dah tak payah nak cari kat tempat lain dah..

TARIKAN DI JOHOR BAHARU


kalau nak diikutkan, kat Johor Baharu ni pusat bandar yang sedang membangun pesat.. kalau salah time korang bersiar-siar, korang akan menghadap jem kemahen lama.. sama macam KL jugak la kiranya.. cuma, kalau korang singgah dekat taman tema terkemuka Legoland ataupun yang sama bestnya ; Senrio Hello Kitty Town tu, hotel ni memang sesuai la untuk korang lepaskan lelah.. sebab keywordnya : SELESA..

kenapa nak belanja lebih sedangkan boleh berjimat tapi dapat perkhidmatan jauh lebih baik.. hee~ kakak memang suka bab jimat jimat nih.. dan ada rezeki singgah semula ke Johor Baharu, sudah tentu M Suites Hotel akan jadi pilihan kakak LAGI !!

You May Also Like

8 comments

  1. woww menariknyaaa.. nnti boleh bwk family ke sini :D
    follow sini #186

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang best sebab semua ada kat satu tempat.. tak payah nak keluar jauh jauh dah.. penat..

      Delete
  2. klau dah nak ke legoland, bagila pool ke apa game pun mesti anak-anak tak heran..
    seronok kalau dapat hotel yg dekat dgn tempat kita nak pergikan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kak.. hee~ jimat masa dan tenaga sudah tentunya.. atie ni dah la sejeni tak suka jalan jauh, penat.. jadi.. bila ada tempat rehat yang dekat, memang syok la..

      Delete
  3. murah je..dpt bilik mcm tu..
    akak pergi hari biasa ke..klo hari cuti mesti mahal

    ReplyDelete
    Replies
    1. murah gak dekkkkkkkkkk.. yang penting bilik luas.. sila bawak toto lebih.. hee~

      Delete
  4. Besar biliknya dan nampak kemas je. Best tidur hotel. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. hee~ sesekali boleh la tido hotel dekkkk.. kalau selalu mau rabak gak..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...