AKTIFKAN DIRI ANDA BERSAMA SAFI SHAYLA – PAKAR RAMBUT WANITA BERTUDUNG

by - May 06, 2018

pada zaman serba moden ni, masa merupakan sesuatu yang sangt penting dan tak boleh dijual beli oleh sesiapa pun apabila dunia semakin pesat membangun dan masa tidak menunggu sesiapa.. ramai di antara golongan wanita terutamanya yang bertudung sering menghadapi masalah rambut mudah putus dan kegatalan kulit kepala..

safi_shayla_syampu_hijab

keyakinan diri adalah kunci utama bagi golongan wanita untuk menjalankan tugasan seharian dengan lebih berkualiti dan bertenaga.. oleh sebab itu, golongan wanita yang bertudung mahupun tidak kini tidak perlu risau lagi kerana SAFI telah mengeluarkan rangkaian lengkap produk penjagaan rambut khusus untuk wanita bertudung – SAFI SHAYLA..

SAFI yang juga merupakan jenama terkenal rangkaian produk Halal yang terbesar di dunia sangat memahami masalah yang dihadapi oleh wanita turut memperkenalkan Mist 2 dalam 1untuk rambut dan hijab, serum rambut dan minyak rambut yang dapat membantu golongan wanita bertudung menjaga rambut dengan lebih rapi dan baik supaya kekal sihat dan bersinar.. diformulasikan dengan manfaat 1001 Habatuss Sauda dan kebaikan Micro Bamboo Charcoal..

majlis_pelancaran_safi_shayla

SAFI menggunakan Habbatus Sauda di dalam produknya kerana ia dapat membantu mengurangkan kegatalan kulit kepala dengan cara mencegah pembiakan bakteria disamping mengekalkan kesihatan rambut  dan dapat menghindari masalah keguguran.. selain itu, Habbatus Sauda juga berfungsi melembapkan rambut dan menjadikan ia lebih bersinar.. dan penggunaan ekstrak Bamboo Charcoal membnatu menghilangkan toksin daripada kulit kepala, mengurangkan rambut berminyak dan memberikan sinar kepada rambut.. dengan mengeluarkan minyak dan kotoran, Micro Bamboo Charcoal menjadikan rambut lebih lebat dan pada masa yang sama dapat mengawal bau rambut supaya kekal wangi sepanjang hari..

uniknya SAFI Shayla, bau wangi yang dihasilkan dari botol elegan ini mampu bertahan selama 48 jam.. lama kan ?? jadi !! dah tak payah nak risau bau kepam yang terhasil dari peluh seharian..

kini !! SAFI Shayla bukan sahaja datang dengan variasi syampu malah turut mengeluarkan rangkaian penjagaan rambut iaitu Mist 2 in! untuk rambut dan hijab, serum rambut dan minyak rambut untuk wanita bertudung memiliki rambut ikal mayang dan kulit kepala yang sihat.. Mist 2 in 1 ini boleh disembur terus ke rambut ataupun hijab kerana ia cepat kering dan tidak meninggalkan sebarang kesan disaming mampu bertahan lebih 24 jam..

rangkaian_produk_safi_shayla

setiap variasi produk yang diformulasikan oleh SAFI Shayla saling melengkapi antara satu sama yang lain yang dapat memastikan wanita berhijab memperoleh keyakinan diri dengan mempunyai rambut sihat dan kuat..

1 : SYAMPU – 160g ( RM 8.35 ) | 320g ( RM 13.65 )

  • SAFI SHAYLA Syampu Segar & Bermaya
    • mengandungi Nano Lipid Enhancer dimana ia dapat melindungi rambut dan mengeluarkan kotoran minyak pada rambut.. selain itu, ia juga dapat membersihkan kulit kepala dengan lebih berkesan dan hasilnya memberikan rambut rasa segar dan bermaya..
  • SAFI SHAYLA Syampu Licin Terurus
    • mengandungi Teknologi Perawatan Rambut Lembut yang dapat meluruskan, melembutkan, melindungi dan mengurangkan rambut kerinting dan ia dapat menjadikan rambut anda lebih mudah untuk djaga..
  • SAFI SHAYLA Syampu Anti – Kelemumur
    • mengandungi Micro ZPT Complex dimana ia dapat mengurangkan 99.9% kulat yang boleh menyebabkan kelemumur hanya dengan basuhan yang pertama..
  • SAFI SHAYLA Syampu Kawalan Rambut Gugur
    • mengandungi Pro-Vitamin B5, protein gandum yang dapat mengukuhkan struktur rambut dan mengurangkan keguguran rambut..
  • SAFI SHAYLA Syampu Hitam Menawan
    • juga mengandungi Sheen Lock yang merupakan ejen pengunci kilauan yang dapat membuat rambut hitam, berkilat, sihat, lembut dan mudah diurus..
  • SAFI SHAYLA Syampu Itch  - Kontrol
    • mengandungi minyak argan dan mentol yang dapat menyegarkan dan menghapuskan bau di kulit kepala. Minyak Argan dan mentol akan membuatkan kulit kepala terasa sejuk dan segar seperti berada di awang-awangan..
  • SAFI SHAYLA Syampu Kawalan Minyak
    • mengandungi citrus dan mentol dimana ia dapat membantu dalam pengawalan rambut berminyak dengan membersihkan liang-liang roma secara mendalam dan memusnahkan minyak yang berlebihan.. sitrus dan menthol juga dapat menghilangkan kekotoran dan menyegarkan kulit kepala..
  • SAFI SHAYLA Syampu Kawalan Rambut Rosak
    • mengandungi amino complex yang membantu dalam pemulihan rambut rosak dengan memelihara selaput rambut sekaligus memberikan kelembapan pada rambut..

2 : SYAMPU POUCH – 480g ( RM 14.65 )

  • SAFI SHAYLA Syampu Kawalan Rambut Gugur
  • SAFI SHAYLA Syampu Segar Bermaya
  • SAFI SHAYLA Syampu Itch - Kontrol
  • SAFI SHAYLA Syampu Anti – Kelemumur
  • SAFI SHAYLA Syampu Licin Terurus

3 : SYAMPU PUMP – 520g ( RM 19.90 )

  • SAFI SHAYLA Syampu Kawalan Rambut Gugur
  • SAFI SHAYLA Syampu Segar Bermaya
  • SAFI SHAYLA Syampu Itch - Kontrol
  • SAFI SHAYLA Syampu Anti - Kelemumur
  • SAFI SHAYLA Syampu Licin Terurus

4 : SAFI SHAYLA Mist 2 dalam 1 Rambut dan Hijab – 100ml ( RM17.90 )

  • terdapat dua variasi iaitu Licin Terus dan Hitam Menawan : kedua-dua variasi SAFI Shayla Mist 2 in 1 mengandungi Habbatus Sauda Organik, perapi asas semulajadi, pro-vit B5 yang membekalkan rambut dengan nutrisi, anti-bakteria, perlindungan dari cahaya matahari, memberi kelembapan, mengembalikan sinar, menghindari rambut rosak dan pada masa yang sama ia membuatkan rambut lebih lebat dan sihat..


5 : SAFI SHAYLA Serum Rambut – 50ml ( RM17.90 )

  • formulasi SAFI SHAYLA Serum Rambut mengandungi :
    • minyak organik Habbatus Sauda : memberikan perlindungan UV, membekalkan nutrisi untuk rambut yang mengandungi anti-bakteria..
    • minyak Moroccan Argan Organik : kaya dengan vitamin, mineral dan anti-oxida yang dapat membantu dalam hidrasi rambut.. dengan itu ia dapat menghasilkan rambut yang lebih lembut dan mengurangkan kerosakan rambut rapuh dengan meningkatkan keanjalan rambut dan pada masa yang sama ianya dapat memulihkan kilauan rambut..
    • minyak Zaitun Asli : menyegarkan kembali rambut kering, kusam dan kerinting.
    • minyak Vitamin E : mengekalkan rambut yang kuat dan sihat kerana minyak vitamin E mengandungi anti-oxida yang dapat meneutralkan radikal di rambut..

6 : SAFI SHAYLA Minyak Rambut – 100ml ( RM11.90 )

  • SAFI SHAYLA Anti – Kekeringan
    • mengandungi Vitamin E, A & C yang dapat menjadikan kulit kepala lebih sihat dan melindunginya daripada sinaran cahaya matahari..
  • SAFI SHAYLA Kawalan Rambut Gugur
    • mengandungi minyak argan yang membantu memberikan rambut kelihatan lebih bersinar dan mengurangkan rambut rapuh..
  • SAFI SHAYLA Anti – Kelemumur
    • mengandungi ajen anti-kelemumur dan mentol di mana ia berkesan dalam mengurangkan kelemumur, kegatalan kulit kepala dan kulit kepala yang berminyak.. berbeza daripada 2 minyak rambut yang disebutkan di atas, minyak rambut SAFI Shayla Anti - Kelemumur dipakai sebelum mencuci rambut.. urutkan secara perlahan-lahan minyak rambut di permukaan kulit kepala hingga ke hujung rambut dan biarkan selama 3 – 5 minit, kemudian basuh dan bilas bersama rangkaian produk syampu SAFI SHAYLA..

syampu_safi

rangkaian penjagaan rambut SAFI SHAYLA melengkapi antara satu sama lain dan ia dapat membuahkan hasil yang baik bagi golongan wanita bertudung atau pun tidak, ia juga sangat bersesuaian untuk semua golongan wanita daripada wanita bekerjaya sebagai pemain drum, pemain papan luncur, pengajar zumba ataupun penunggang jet-ski kerana SAFI SHAYLA mengurangkan kegatalan dan masalah kulit kepala berminyak sambil meninggalkan kesan haruman sepanjang hari..

rangkaian produk SAFI SHAYLA adalah dalam lingkungan harga mampu milik dan memiliki sijil halal yang boleh didapati di pasaraya besar, pasar raya dan juga di laman web dalam talian.. uketerangan lanjut mengenai produk SAFI, sila log masuk ke laman sesawang Facebook SAFI, www.facebook.com/SAFIMY , laman sesawang Instagram di https://www.facebook.com/SAFI.MY dan Chanel SAFI di Youtube iaitu www.youtube.com/safimalaysia

blogger_malaysia

You May Also Like

1 comments

  1. safi shayla dh ada pelbagai produk skarang...sis mmg pki shampoo safi shayla..nanti bole try yg produk br ni plak

    ReplyDelete