HIDANGAN BERBUKA PUASA DI BBQ LAMB KEMENSAH DI TENGAH HUTAN KL

adoi.. dah kalau duduk kat KL ni memang tak de ruang untuk bernafas dan menikmati udara segar gamaknye kan ? hee~ SALAH sebenarnya tuuuuu.. ada jek ‘ruang’ untuk korang bernafas disebalik hutan batu Kuala Lumpur ni dan lokasinya mesti korang tak tersangka lansung.. mana taknya, dok terperuk kat tengah bandar – makan, minum, lepak pun kat tengah bandar.. jom !! kakak bawak korang singgah Kemensah untuk makan !!

bbq_lamb_kl_kemensah

ya !! dari kecik sampai ke besar ( read : tua ) nih, pernah la beberapa kali masuk Kemensah dengan family dan kengkawan ; lepak – mandi sungai – memancing – bbq tapi tu la.. tak tau pun ada port makan best dan tak tersangka dengan persekitaran hiruk pikuk bandar, tersoroknya kedai makan yang menghidangkan makanan serius sedap !!


BBQ LAMB KEMENSAH, KUALA LUMPUR


mendapat undangan dari pemilik BBQ Lamb Kemensah dan kakak setuju meredah jalan kampung untuk mempertaruhkan deria rasa kakak lagi.. dan dalam perjalanan tu memang kakak doa sangat la agar ianya berbaloi.. ye la.. perjalanan dari Bukit Jalil menghala ke Kemensah, makan 45 minit jugak tau.. kalau lapar terok memang boleh mengundang marah.. hahahah~

bila masuk jek simpang kat Zoo Negara tu, kira dalam separuh jalan gak, kakak dah bukak tingkap untuk amik feel makan dalam hutan.. segar bau hutan diselang seli dengan bunyi aliran sungai.. nyaman.. siokkkkkk lagi-lagi terbayang barbeku dengan suasana macam ni..

bbq_lamb_kemensah_kl

tapi bukan tu yang kakak nak cerita.. hee~ kembali ke topik MAKAN..

sesampai je kakak kat lokasi, bau daging bakar menusuk hidung.. perghhh.. expectation kakak kat kedai makan pemilikan Melayu biasanya rendah lagi-lagi bila menghidangkan hidangan berasaskan daging.. sebab dah pernah terkena kan.. memang frust habis la.. kakak tak kisah berhabis sikit duit untuk makan asalkan makanan yang dihidangkan berbaloi.. risau jugak nak try sebenarnya.. tapi untuk #makanapetuatie, kita redah gak la bagi taknak menghampakan jemputan dari pemilik BBQ Lamb Kemensah ni..

pakej_berbuka_puasa_kl_2018

ya !!

ya !!

ya !!

senyum lebar sebelum rasa adalah wajib tau.. hee~ dan pada malam kejadian di BBQ Lamb Kemensah tu, kakak dihidangkan dengan 3 ( tiga ) menu yang dijangka letopppppp sempena bulan Ramadhan 2018 ni.. kira signature dish untuk bulan puasa ni jek.. lepas bulan puasa nanti kakak tak jamin la ketiga-tiga set ni ada..

dan setiap set dihidangkan adalah untuk 4 ( empat ) orang.. kira ngam sangat lah kan untuk satu keluarga atau empat sekawan nak pergi berbuka puasa.. yang korang kena faham satu la.. nama jek hidangan untuk empat orang, tapi serius banyak weyh.. kalau pada kakak satu keluarga, mau satu hidangan tu untuk 6 ( enam ) orang kot..


HIGHLIGHTS : MENU BERBUKA PUASA


ada jek menu ala-carte tapi biasa sangat, kalau bukan bulan puasa pun korang boleh rasa.. yang wajib makan ni, set burung + set daging + set makanan laut ( masa kakak menaip ni pun terliur dan rasa lagi lembutnya daging mencair dalam mulut.. haissshhhhh—)


SET BURUNG ( BIRD SET )

kl_foods_must_try

nyum !! dihidangkan dalam dulang jek gaissss.. senang kalau makan sepah sepah berterabur pun tidaklah mengape.. hee~ dalam SET BURUNG ni ada kepak ayam + ayam organik + burung puyuh + itik yang diperap dengan rempah istimewa ( sudah tentulah rahsia BBQ Lamb Kemensah ye.. ) dan turut dihidangkan bersama 3 ( tiga ) jenis sos..

dengan harga RM 168.00, sedulang burung ni didatangkan dengan nasi + puding + koktel + 2 ( dua ) jag air buah asli dan kurma ( wajib !! hee~ )


SET DAGING ( MEAT SET )

kemensah

nak tau seseorang chef itu pandai masak daging, korang kena rasa tekstur daging yang dihidangkan.. kalau diluarnya sedikit garing, belah dalam seharusnya lah juicy dan tidak keras.. nah !! buat peminat daging, korang memang kena try SET DAGING ni sebab ada lamb ribs, short ribs, beef tenderloin dan lamb cut yang pastinya korang akan termimpi-mimpi.. dengan perapan istimewa yang tidak manis dan tidak terlampau berempah, sudah pastinya INI hidangan khas yang sangat menyelerakan.. walaupun diperap rata, sedikit pun tidak menjejaskan rasa dan tekstur daging ( ya !! terliur lagi buat kesekian kalinya.. hee~ )

berharga RM 188.00 sedulang daging ini didatangkan dengan nasi + puding + koktel + 2 ( dua ) jag air buah asli dan kurma..


SET MAKANAN LAUT ( SEAFOODS SET )

bbq_lamb_kemensah_kl

penggemar makanan laut ? nah !! hidangan untuk empat orang yang pastinya membuatkan korang makan dengan senyuman.. mana tak nya.. kalau hidangan terus segar dari laut, terus ke dulang korang.. confirm puas hati sebab sedulang SET MAKANAN LAUT ni ada sotong bakar + ketam goreng tepung + udang galah cheese + grilled salmon dan sos mangga.. masam – manis – pedas digabungkan menjadi rasa yang perfect !! ini ? ya !! puas hati jugak !! hee~

maharnya cuma RM 188.00 sedulang daging ini didatangkan dengan nasi + puding + koktel + 2 ( dua ) jag air buah asli dan kurma..

tempat_makan_best_kl
nasi herba yang menjadi igauan.. hahahaha~ makan pulak dengan set yang kakak bagitau kat atas nun.. terangkat !!
setakat yang kakak tau, tempahan sudah mula dibuka untuk berbuka puasa nanti.. dan kalau korang mencari persekitaran dan makanan yang LUAR BIASA, sudah tentunya kakak syorkan korang mencuba menu berbuka puasa di BBQ Lamb Kemensah ni.. kalau nak kata mahal, macam TAK jek kan sebab 1 ( satu ) kepala jatuh dalam RM 42.00 – RM 47.00 jek.. dengan portion yang besar, kenyang adalah pasti..

bbq_lamb_kemensah
sos tiga beradik !! nampak daging tu ? nampak ? hee~ terlir tak ?
macam kakak cakap la.. kalau bab makan, kakak memang tak berkira dan sanggup melabur tapi untuk makanan yang rasanya berbaloi.. dan kalau korang nak tau APA MAKSUD BERBALOI, ini lah.. in shaa Allah, kakak akan repeat untuk bulan puasa nanti.. ha ? tempat solat ? haish korang ni.. pemiliknya adalah Melayu Islam bermaksud memang ada la tempat solat untuk pengunjung Islam ( dah kata pun kakak buat review untuk berbuka puasa kan.. hee~ )

jangan risau sebab semuanya TERJAGA ELOK.. in shaa Allah..

kalau korang terliur, maksudnya korang kena singgah nanti tapi kena buat reservation dulu tau..

HOTLINE : 012 211 4100

DISCLAIMER : sedap bermaksud ; kena dengan tekak kakak dan keluarga.. kalau masa korang pegi nanti, tak kena dengan tekak korang jangan korang marah kakak tau.. hee~ anak tekak kita berbeza-beza dan rasa SEDAP kita pun tak sama.. wah !! gittew--

blogger_malaysia

2 comments:

  1. Bestnye kawasan dia.. Damai n sejuk jerk tgk.. Menu kambing paling win..

    ReplyDelete
  2. amboi bestnya makanan dia..:)

    ReplyDelete

Powered by Blogger.