IT’S YOUR MONTH, ADIK !!

wee—kemain !! siap bersambung bagai ha.. hee~ Nur Aina ni sejenis diva, jadi bulan special ni memang semua pasal dia jek la.. boleh tak gitu ?


siti_nur_aina_turns_6

disebabkan 01 Mei, satu Malaysia cuti.. ibu decide untuk sambut harijadi adik sehari awal.. tak lena tido adik punya excited nak potong kek buat kali pertama dengan kawan-kawan ye.. kejap kejap bangun lepas tu kemas goodies bag, susun dan kira.. hahahah~ memang la comel tapi tu la tu.. bila tak cukup tido, susah nak bangun pagi..

ibu dengan ayah bagi pilihan kat adik :

1 : ibu booking bilik hotel dan celebrate harijadi adik kat situ.. kengkonon ibu nak hias la ala-ala princess hi-tea party siap ada belon bagai semua dan hadiah adalah surprise yang ibu dan ayah akan beli.. tapi keluarga kecil kami la dan tiada tetamu jemputan..

2 : sambut harijadi kat sekolah, potong kek dan makan dengan kawan-kawan.. hadiah adik akan pilih sendiri dan ayah akan bayar.. hee~ tak de mini party siap belon apa segala..

dan adik pilih nombor 2 !!!

apa pun pilihan adik, ibu tetap happy.. jangan risau.. sebab ibu tau adik dah pandai buat pilihan dan selalunya pilihan adik adalah yang terbaik untuk adik.. kenapa ibu dengan ayah suruh memilih ? sebab adik DAH BOLEH buat keputusan.. kalau adik dah pilih nombor 2, seikit pun adik tak menyebut dan tuntut pilihan 1 tadi..

nur_aina_nur_hilmi
terima kasih cikgu dan kawan-kawan !!
adik nak tau tak ?

enam tahun berlalu sekelip mata dan terlampau banyak ibu terlepas pandang walaupun adik depan mata ibu.. selalu ibu jelaskan pada adik kenapa ibu perlu ADIL antara abang dan adik, dan selalu juga adik cuba untuk faham.. ada masa ibu akan fokus sepenuhnya pada adik dan ada masanya ibu perlu dahulukan abang.. adik matang lebih cepat berbanding abang dan adik mudah untuk terima arahan.. itu yang ibu sangat bangga..

nur_aina_turns_6

membesarkan adik yang juga merupakan pesakit G6PD bukan seperti kanak-kanak yang lain membuatkan ibu dan ayah sangat berhati-hati dalam memilih makanan dan produk kegunaan harian adik.. risau ibu bergunung bila kali pertama adik demam, batuk dan selesema.. setiap kenangan PERTAMA kali dengan adik membuatkan ibu lebih peka dan ibu belajar sabar.. mujur ayah dan abang Aiman ikut sama membantu ibu..

adik ‘datang’ dalam keadaan ibu belum bersedia sepenuhnya untuk terima seorang lagi baby tapi bila ibu dapat tau yang sedang membesar dalam kantung perut ibu adalah seorang GADIS, ibu sangat gembir !! apatah lagi ayah !! hee~ hampir 70% barang baby ayah beli warna pink.. nampak betapa ayah teruja menunggu kehadiran adik..

my_g6pd_baby

adik lagi besar dari abang.. lahir dengan 30.5 kg dan semakin hari adik semakin membesar bulat dan gebu.. kuat makan ? haáh.. adik kuat makan dan adik makan semua benda.. cuma tu la tu.. bila dah besar ni selera adik pun dah lain tapi masih dalam kategori suka makan.. bab makan-makan ni ibu tak pening, adik akan makan apa jek yang ibu hidangkan..

setiap ibu dan ayah inginkan yang terbaik untuk anak-anak, sama juga dengan ibu dan ayah.. impian ibu dan ayah agar adik membesar dengan baik dan menjadi muslimah yang penuh dengan ilmu.. biarpun adik dibesarkan dalam keluarga yang kecil, ibu – ayah – abang melimpahkan sepenuhnya kasih sayang tanpa berbelah bahagi untuk adik.. hee~ kalau adik bergaduh dengan abang tu biasa la.. rotan tetap rotan, denda tetap denda.. dah besar nanti adik faham kenapa dan mengapa ibu selalu berpesan kat adik dan abang.. 
 
”belajar rajin rajin ya.. tolong kesian kan ibu dan ayah.. jaga nama baik adik tau..”



happy_birthday_nur_aina

selamat enam tahun yang gembira..
semoga adik jadi orang yang BAIK..

walau setinggi mana adik pergi..
jadilah orang BAIK..

semoga Dia selalu jagakan adik untuk ibu dan ayah..

blogger_malaysia

2 comments:

  1. happy 6th birthday utk adik...xmo kt hotel ye ..nk celebrates ngan kwn2 hehe..tkpe nanti ibu and ayah bw juga kn pi hotel

    ReplyDelete
  2. adik? Aina nak adik la..hehehe

    ReplyDelete

Powered by Blogger.